Sumber: Facebook Recep Tayyip Erdogan
Showing posts with label politik. Show all posts
Showing posts with label politik. Show all posts
Friday, January 31, 2014
Gambar Recep Tayyip Erdogan Dianugerahkan Ijazah Kehormat UIAM
Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan dianugerahi Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Pengurusan oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) tatkala berada di Malaysia pada 10 Januari 2014 sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara Malaysia dengan Turki yang terjalin sejak 1964. Majlis pengijazahan khas ini berlangsung di Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC) UIAM, disampaikan oleh Presiden UIAM, Tan Sri Dr Rais Yatim. Penganugerahan ini dikurniakan kerana sumbangan bakti dan pencapaian beliau dalam memimpin Turki serta merencana pembangunan ummah di dunia Islam.
Saturday, December 7, 2013
Lensa Politik Morsi dalam Memimpin Mesir
Mohammed Morsi Isa' al-Ayyat diputerakan pada 20 Ogos 1951. Morsi dibesarkan di kampung Al-Adawah, daerah Asy-Syarqiyah, sebuah wilayah pertanian di timur Mesir. Beliau mendapat pendidikan di Universiti Kaherah dalam bidang Kejuruteraan (1975; 1978) dan kemudian menyambung pelajarannya di Universiti Southern California, Amerika Syarikat dalam bidang kedoktoran (1982). Bapanya seorang petani dan ibunya suri rumah dan dibesarkan dalam suasana sederhana yang menekan nilai-nilai keagamaan bersama adik-beradiknya. Perkahwinan Morsi dengan isterinya pada tahun 1978 membawa kepada lima cahaya mata di mana kesemuanya anak-anaknya 'dikeluarkan' sebagai hafiz dan hafizah termasuk beliau dan isteri tercintanya. Beliau seringkali berjemaah dalam menunaikan solat di masjid dan kemampuannya mengimami solat menunjukkan beliau mempunyai ciri-ciri kekhalifahan, pemimpin dan penunjuk teladan baik. Jawatan presiden yang disandangnya tidak menjadi jarak pemisah antara Allah dan masyarakat.
Dalam perkhidmatan kerjayanya, beliau telah menjadi pensyarah di Universiti Southern California; Pembantu Profesor di Universiti State California, North Ridge (sehingga 1985); berkhidmat di Badan Penerbangan dan Angkasa Amerika Syarikat (NASA); Profesor dan Ketua Jabatan Fakulti Kejuruteraan Material Universiti Zaqaziq (1985-2000).
Dalam lapangan gerakan tarbiyah dan politik, beliau menganggotai Ikhwanul Muslimin bermula tahun 1977 dan menjadi ahli Maktab Irsyad (Dewan Syura) Ikwhanul Muslimin sebagai platform beliau berorganisasi dan berdakwah sehingga menjadi Ahli Parlimen (2000-2005). Beliau seorang aktif dalam gerakan dakwah dan sangat prihatin terhadap kezaliman dan isu-isu rakyat yang melanda. Kelantangan bersuara dan tindakannya, menyebabkan beliau pernah beberapa kali ditangkap bersama anggota Ikhwanul Muslimin di bawah regim Husni Mubarak. Beliau juga merupakan pemimpin Parti Keadilan dan Kebebasan yang ditubuhkan Ikhwanul Muslimin. Revolusi Mesir yang tercetus 25 Januari 2011 atas kesedaran rakyat membawa kemaraan beliau untuk dicalonkan kerusi Presiden May-Jun 2012. Ini kerana beliau mempunyai pakej lengkap iaitu seorang ilmuwan, Islamik, profesional. Dalam pilihan raya ini, beliau mendapat undian terbanyak 51.7 peratus mengalahkan Ahmed Shafik, lapisan pengganti Husni Mubarak. Beliau secara rasmi dilantik menjadi Presiden Mesir ke-5 pada 24 Jun 2012.
Saat beliau berada tampuk kekuasaannya pemerintah kepada rakyatnya, beliau dicengkam hebat. Protes anti kerajaan membawa para pemberontak turun ke jalanan setelah dicucuk oleh Tamarod. Alasannya kerana Morsi didakwa telah gagal memulih ekonomi dan mentadbir negara. Morsi tetap menegaskan bahawa beliau merupakan ketua yang sah mentadbir negara itu. Perlantikan ini satu amanah dan menganggap dirinya sebagai pelayan rakyat kepada kesejahteraan bumi kinanah. Pegangan Islam yang kuat menyebab beliau tetap sabar dan istiqamah untuk memacu Mesir keluar dari kepompong kebejatan sosial, kerosakan sistem pentadbiran dan kehakiman, kesenjangan jurang taraf hidup masyarakat, ketidakadilan pengagihan sumber-sumber negara yang ada kepada sebuah negara yang mendukung nilai-nilai Islam yang syumul, yang mempertahankan daulat rakyat, yang menjadi Mesir vokal terhadap isu-isu sejagat hingga disegani di mata dunia.
Pada 3 Julai 2013, tentera di bawah arahan Abdul Fattah As-Sisi, Menteri Pertahanan dalam barisan kabinet Morsi yang telah berpaling tadah melakukan kudeta terhadap kerajaan Morsi. Penggulingan Morsi tanpa sebarang kesalahan adalah sesuatu yang memilukan dalam menggapai nilai-nilai kebebasan, demokrasi dan keadilan dalam sistem politik dan kenegaraan moden dunia hari ini.
Antara kejayaan dan dasar-dasar Dr. Mohammed Morsi di bawah pemerintahannya seperti berikut:
(Difoto oleh: AP)
Dr. Mohammed Morsi melintasi perbarisan kawalan kehormat ketika mengadakan kunjungan rasmi 3 hari ke negara China, 28 Ogos 2012.
(Difoto oleh: AP)
Dr. Mohammed Morsi dikelilingi pemimpin Iran ketika menghadiri sidang kemuncak Non-Alligned Movement (NAM) di Tehran, 30 Ogos 2012.
(Difoto oleh: Spencer Platt/Getty Images)
Dr. Mohamed Morsi berucap di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Dalam ucapannya beliau menyinggung nasib rakyat Palestin bahawa resolusi PBB yang diusulkan tidak pernah dikuatkuasakan di mana Israel terus-menerus merampas dan menduduki tanah-tanah haram Palestin. Manakala konflik di Syria merupakan sebuah "tragedi dalam zaman kita" dan rejim Assad Bashar terus membunuh rakyatnya siang dan malam.
(AP Photo / Yasin Bulbul)
Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan menyambut Presiden Mesir, Mohammed Morsi sebelum menghadiri bersama persidangan Parti Pembangunan dan Keadilan Kali Ke-4 di Ankara, Sept. 30, 2012.
(Difoto oleh: AP Photo)
Dr. Mohamed Morsi melambai tangan kepada orang ramai yang berhimpun di Stadium Kaherah sempena sambutan Hari Angkatan Tentera, 6 Oktober 2012.
(Difoto oleh: AFP Photo)
Kunjungan Ketua Polisi Luar Kesatuan Eropah, Catherine Ashton di Kaherah pada 7 April 2013.

- Mengangkat Islam sebagai agama rasmi negara, bahasa Arab bahasa pengantara rasmi, syariat Islam sumber undang-undang dalam perlembagaan dan Al-Azhar sebagai tempat rujukan syariat Islam.
- Meminimumkan protokol dan pengawalan yang kurang penting.
- Menggunakan bahagian daripada gajinya bagi membantu apa yang boleh bagi meringankan hidup rakyat.
- Menetapkan bonus 15 peratus gaji kepada para pegawai kerajaan.
- Menaikkan subsidi 200 pound kepada 300 pound bagi satu keluarga dengan dua juta penerima bagi meredakan permasalahan rakyat.
- Membuka pintu rafah yang menjadi laluan sempadan antara Palestin dan Mesir yang sebelum ini ditutup dan terpisah oleh regim terdahulu.
- Menjernih dan mengukuh hubungan antara umara dan ulama.
- Menjayakan hubungan baik dengan pemimpin dan masyarakat non-muslim secara harmoni sebagai sebuah warga yang mempunyai hak partisipasi dalam kehidupan bernegara.
- Membuat dasar yang memberi bantuan modal kepada peniaga-peniaga kecil keluar dari kepompong kemiskinan.
- Membawa Mesir menghasilkan 10 juta tan gandum dalam masa 11 bulan pemerintahan.
- Menjadikan Terusan Suez sebagai pusat rantau perdagangan global terulung.
- Membebaskan tahanan politik semasa pemerintahan Husni Mubarak.
- Kelantangan terhadap regim Syria ke atas penduduk Islam sunni dan mengiktiraf bumi Palestin dari terus dinodai Israel dan seterusnya membawa Mesir sebuah negara yang peka terhadap umat Islam seantero dunia dan isu-isu antarabangsa.
(Difoto oleh: Mohammed Abu Zaid)
Mohammed Morsi melihat skrin yang memaparkan trek pengundian pada hari pertama pilihan raya parlimen di Kaherah, 28 November 2011.
Mohammed Morsi melihat skrin yang memaparkan trek pengundian pada hari pertama pilihan raya parlimen di Kaherah, 28 November 2011.
(Difoto oleh: Reuters)
Mohamed Morsi ketika menunaikan ibadah solat Jumaat, Kaherah, 15 Jun 2012.
(Difoto oleh: Reuters)
Dr. Mohamed Morsi bercakap di sidang akhbar, Kaherah, 18 Jun 2012.
(Difoto oleh: Reuters)
Para penyokong meraikan calon dari Parti Keadilan dan Kebebasan (FJP) di sisi poster yang tertera gambar Morsi. Dalam kempennya, Morsi membawa agenda "keselamatan kestabilan, keadilan dan kemakmuran", Kaherah, 18 Jun 2012.
(Difoto oleh: AP)
Reaksi spontan Morsi di hadapan ratusan ribu rakyatnya di atas pentas selepas diumumkan kemenangan untuk kerusi Presiden oleh Suruhanjaya Pilihanraya Mesir. Morsi mendapat undian 52% manakala calon lawannya, Ahmed Shafik mendapat 48% undian, 24 Jun 2012.
(Difoto oleh: Amr Nabil/AP Photo)
Calon Presiden Mesir, Mohamed Morsi berucap kepada penyokongnya di Dataran Tahrir, Kaherah pada 29 Jun 2012.
(Difoto oleh: Maya Alleruzzo/AP)
Mohamed Morsi menerima kunjungan Setiausaha Negara, Hillary Clinton di Istana Presiden, Kaherah, 14 Jun 2012.
(Difoto oleh: AP)
Presiden Mesir Mohamed Morsi diapit oleh Ketua Majlis Tentera, Field Marshal Hussein Tantawi (kiri) dan Ketua Staf Angkatan Tentera Mesir, Sami Anan (kanan) dalam majlis pengijazahan kadet tentera udara di Sharquiya, 10 Julai 2012.
(Difoto oleh: AFP)
Dr. Mohammed Morsi disambut oleh Putera Salman bin Abdulaziz Al Saud di Jeddah. Arab Saudi negara luar pertama beliau kunjungi secara rasmi setelah dilantik menjadi ketua pimpinan kerajaan Mesir, 11 Julai 2012.
(Difoto oleh: AFP)
Dr. Mohammed Morsi dan Raja Abdullah melihat lukisan Masjidil Haram yang dipamerkan di Jeddah. Dalam kunjungannya, beliau membincangkan mengenai isu rantau dan kerjasama ekonomi antara kedua-dua negara, 11 Julai 2012.
(Difoto oleh: Reuters)
Mohamed Morsi bersolat bersama jamaah ketika menziarahi makam Rasulullah SAW di Masjid Nabawi, 12 Julai 2012.
(Difoto oleh: Xinhua)
Mohamed Morsi ketika menunaikan solat Jumaat di masjid kampungnya, Zagazig di bulan Ramadhan, 22 Julai 2012.
(Difoto oleh: Reuters)
Mohamed Morsi berjabat tangan dengan Pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh ketika pertemuan di Istana Presiden, Kaherah, 26 Julai 2012
(Difoto oleh: Maya Alleruzzo/AP)
Mohamed Morsi menerima kunjungan Setiausaha Negara, Hillary Clinton di Istana Presiden, Kaherah, 14 Jun 2012.
(Difoto oleh: AP)
Presiden Mesir Mohamed Morsi diapit oleh Ketua Majlis Tentera, Field Marshal Hussein Tantawi (kiri) dan Ketua Staf Angkatan Tentera Mesir, Sami Anan (kanan) dalam majlis pengijazahan kadet tentera udara di Sharquiya, 10 Julai 2012.
(Difoto oleh: AFP)
Dr. Mohammed Morsi disambut oleh Putera Salman bin Abdulaziz Al Saud di Jeddah. Arab Saudi negara luar pertama beliau kunjungi secara rasmi setelah dilantik menjadi ketua pimpinan kerajaan Mesir, 11 Julai 2012.
(Difoto oleh: AFP)
Dr. Mohammed Morsi dan Raja Abdullah melihat lukisan Masjidil Haram yang dipamerkan di Jeddah. Dalam kunjungannya, beliau membincangkan mengenai isu rantau dan kerjasama ekonomi antara kedua-dua negara, 11 Julai 2012.
(Difoto oleh: Reuters)
Mohamed Morsi bersolat bersama jamaah ketika menziarahi makam Rasulullah SAW di Masjid Nabawi, 12 Julai 2012.
(Difoto oleh: Xinhua)
Mohamed Morsi ketika menunaikan solat Jumaat di masjid kampungnya, Zagazig di bulan Ramadhan, 22 Julai 2012.
(Difoto oleh: Reuters)
Mohamed Morsi berjabat tangan dengan Pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh ketika pertemuan di Istana Presiden, Kaherah, 26 Julai 2012
(Difoto oleh: AP)
Dr. Mohammed Morsi dikelilingi pemimpin Iran ketika menghadiri sidang kemuncak Non-Alligned Movement (NAM) di Tehran, 30 Ogos 2012.
(Difoto oleh: Spencer Platt/Getty Images)
Dr. Mohamed Morsi berucap di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Dalam ucapannya beliau menyinggung nasib rakyat Palestin bahawa resolusi PBB yang diusulkan tidak pernah dikuatkuasakan di mana Israel terus-menerus merampas dan menduduki tanah-tanah haram Palestin. Manakala konflik di Syria merupakan sebuah "tragedi dalam zaman kita" dan rejim Assad Bashar terus membunuh rakyatnya siang dan malam.
(AP Photo / Yasin Bulbul)
Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan menyambut Presiden Mesir, Mohammed Morsi sebelum menghadiri bersama persidangan Parti Pembangunan dan Keadilan Kali Ke-4 di Ankara, Sept. 30, 2012.
(Difoto oleh: AP Photo)
Dr. Mohamed Morsi melambai tangan kepada orang ramai yang berhimpun di Stadium Kaherah sempena sambutan Hari Angkatan Tentera, 6 Oktober 2012.
(Difoto oleh: Time Magazine)
Dr. Mohamed Morsi sebagai hiasan muka Majalah Time, terbitan 10 Disember 2012 yang bartajuk "The Most Important Man in The Middle East. Ini merupakan wawancara sulung bersama beliau susulan kemenangannya menjadi Presiden Mesir yang baru.
(Difoto oleh: Egypt Presidency)
Di Hospital Ketenteraan Maadi, Kaherah, Mohamed Morsi meluangkan masa melawat mangsa-mangsa tragedi nahas keretapi yang berlaku di Badrasheen waktu tengah malam, 15 Januari 2013.
(Difoto oleh: PressTV)
Presiden Mesir, Mohamed Morsi dan Kaunselor German, Angela Merkel mengadakan sidang dialog bersama di Berlin pada 30 Januari 2013. German merupakan negara rakan dagangan ketiga terpenting bagi Mesir.
(Difoto oleh: AFP Photo)
Kunjungan Ketua Polisi Luar Kesatuan Eropah, Catherine Ashton di Kaherah pada 7 April 2013.
(Difoto oleh: AFP)
The National University of Science and Technology (NUST) Islamabad, menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah kepada Presiden Mesir, Dr Mohamed Morsi pada majlis konvokesyen khas pada 18 Mac 2013.
(Difoto oleh: AP/ Egyptian Presidency)
Presiden Mesir, Dr. Mohamed Morsi menyampaikan pidato sempena himpunan "Sokongan untuk Syria" di Stadium Kaherah. Beliau membuat keputusan untuk tidak lagi menjalin hubungan diplomatik dengan kerajaan Syria dan menutup Kedutaan Mesir di Damaskus sebagai protes terhadap perlakuan rejim Bashar Assad terhadap umat Islam sunni di negara itu. 15 Jun 2013.
(Difoto oleh: Hassan Ammar)
Kanak-kanak Mesir berdiri di sebelah poster Mohammed Morsi yang telah digulingkan di luar Masjid Rabaah Al-Adawiya di mana para penyokong telah memasang kem dan mengadakan perhimpunan harian di Nasr, Kaherah, 31 Julai 2013.
(Difoto oleh: Fayez Nureldine)
Kaum hawa melintasi poster Mohamed Morsi yang digulingkan oleh rejim tentera. Perampasan kuasa menyebabkan penduduk Mesir turun di jalanan menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Mohamed Morsi, pemimpin yang dipilih secara demokrasi, Kaherah, 25 Julai 2013.
Tuesday, May 7, 2013
Kejayaan Disebalik Kekalahan
-----------------------------------------------------------------------------------
"Terimalah keputusan ini dengan penuh kesyukuran dan kesabaran.
"Yakinlah sesungguhnya janji Allah pasti akan tiba,"
"Yakinlah sesungguhnya janji Allah pasti akan tiba,"
-Tuan Guru Abdul Hadi Awang
----------------------------------------------------------------------------------
Kejayaan Disebalik Kekalahan
Parlimen
PRU12 BN 140, PR 82
PRU13 BN 133 (-7), PR 89 (+7)
Total 222 kerusi
DUN
PRU12: BN 344, PR 161
PRU13: BN 275 (-69), PR 230 (+69)
Total 505 kerusi
UNDI Keseluruhan (Popular votes)
PRU12: BN 4.0 Juta, PR 3.7 Juta (BN lebih popular)
PRU13. BN 5.3 Juta, PR 5.6 Juta (PR lebih popular)
Peratus keluar mengundi
PRU12: 8.0 Juta (76%)
PRU13: 10.9 Juta (82%) - Tertinggi dalam sejarah PRU
Apakah konklusi dari trending yg sangat menarik PRU12-PRU13 ini utk PRU14 akan dtg?
PR Berjaya Pungut 51% Undi Popular & Tambah Kerusi Parlimen..!!!
Keputusan akhirnya BN - 133, Pakatan Rakyat, yang dianggotai DAP, PKR dan Pas, pula mengumpulkan 89 kerusi Parlimen - menambah tujuh kerusi berbanding lima tahun lalu.
Berikut ialah pemerhatian terhadap keputusan akhir tersebut:
1) Pakatan kehilangan Kedah. Ketiga-tiga negeri PR yang lain - Selangor, Penang and Kelantan - kesemuanya menang dengan majoriti lebih 2/3:
Selangor - Pakatan 44, BN 12
Penang - Pakatan 30, BN 10
Kelantan - Pakatan 33, BN 12
2) MCA hanya tinggal 6 kerusi parlimen (berbanding 15 pada 2008), sementara Gerakan hanya tinggal satu (berbanding 2 ). Kerusi tunggal Gerakan ialah Simpang Renggam di Johor, yang dipertahankan oleh Liang Teck Meng.
3) DAP menambahkan 10 kerusi parlimen, sementara PKR dan PAS masing-masing kehilangan satu kerusi berbanding keputusan 2008.
DAP - 38
PKR - 30
PAS - 21
4) Terdapat 7 kerusi tambahan yang dimenangi oleh Pakatan dari Sabah (2 kerusi) dan Sarawak (5 kerusi).
5) Pengiraan awal menunjukkan secara keseluruhan Pakatan Rakyat telah menang dari sudut menerima lebih banyak undi popular - 50% berbanding 49% (1% lain-lain).
6) 4 orang menteri kabinet tewas. Mereka yang kalah ialah Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Chor Chee Heung dan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Tan Sri Benard Giluk Dompok. Diantara timbalan menteri yang kalah ialah Datuk Saifuddin Abdullah, Datuk Puad Zarkashi dan Datuk Lee Chee Leong.
7) Parti Progresif Penduduk (PPP) kalah di semua kerusi yang ditandinginya - satu kerusi parlimen dan empat kerusi parlimen - pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).
Selain tidak berupaya menyingkirkan calon DAP Dr Tan Seng Giaw bagi kerusi parlimen Kepong, parti komponen Barisan Nasional (BN) ini juga kalah di kerusi dewan undangan negeri Kota Laksamana (Melaka), Kota Alam Shah (Selangor), Pasir Bedamar (Perak) dan Guchil (Kelantan).
8) BN tidak mempunyai 2/3 majoriti di negeri-negeri berikut
Perak BN 31 PR 28
Terengganu BN 17 PR 15
Kedah BN 21 PR 15
Negeri Sembilan 22 PR 14
9) Kelima-lima pegawai Datuk Seri Najib Razak kalah di kerusi yang ditandingi mereka pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) kali ini. Mereka ialah dua pegawai khas beliau tewas kepada calon PAS di Kedah, Datuk Shahlan Ismail dan Datuk Latt Shariman Abdullah. Shahlan tewas dengan majoriti 3,935 kepada calon PAS Datuk Mahfuz Omar di kerusi Parlimen Pokok Sena, manakala Latt Shariman pula tewas kepada calon PAS Mohd Nasir Mustafa dengan majoriti 1,044 di kerusi dewan undangan negeri (DUN) Kubang Rotan. Setiausaha Politiknya di Kementerian Kewangan, Datuk Mohd Shafei Abdullah tewas kepada calon PKR, Datuk Dr Tan Kee Kwong dengan majoriti yang lebih besar sebanyak 5,511 berbanding keputusan yang diperoleh pada tahun 2008. Dua lagi pegawai khas beliau yang tewas di kerusi Parlimen adalah Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh di Kota Baru dan Datuk Mohamed Suffian Awang di Kuantan.
10) Bekas MB Johor, Abd Ghani Othman dan bekas KM Melaka, Mohd Ali Rustam tewas.
11) PAS berjaya melahirkan anak sulongnya di Melaka melalui kemenangan Dr Khalid Kassim di Dun Bukit Baru.
12) Rakyat tolak politik perkauman Najib & UMNO BN apabila calon dari PERKASA tewas. Veteran Ibrahim Ali tewas di tangan muka baru Nik Abduh Nik Aziz di Pasir Mas dan Zulkifli Nordin kalah teruk di tangan Khalid Samad di Shah Alam.
13) Perak, Kedah, Perlis dan Terengganu tewas selepas kiraan semula dengan peningkatan jumlah kerusi kepada BN setelah kiraan awal PAKATAN menang di kerusi tersebut.
sumber: [ R.A.M.M ]
Subscribe to:
Posts (Atom)