Showing posts with label semasa. Show all posts
Showing posts with label semasa. Show all posts

Sunday, October 21, 2018

Bukan Semua Perkara Perlu Diswastakan (Privatisation)




Bukan semua perkara perlu diswastakan (privatisation). Penswastaan itu dikatakan dapat memenuhi pengurusan dan penyampaian yang lebih baik, cekap termasuk menggalakkan persaingan sihat di kalangan institusi, badan, agensi atau firma. Namun begitu, belum tentu penswastaan sebagai 'ubat mujarab' untuk segala masalah ketidakcekapan. Ini seperti yang telah disebutkan oleh Prof. Dr. Jomo K.S., penswastaan akan mengutamakan pertimbangan mengaut keuntungan semata-mata di samping mengorbankan kebajikan sosial dan kepentingan awam.  


Relatifnya, dasar penswastaan dalam menyampaikan perkhidmatannya, dari masa ke semasa akan menaikkan kos berlebihan dan mengenakan kadar caj tertentu atas khidmatnya, sedangkan prasarana dan infastrukturnya belum tentu dapat dimanfaat, dinikmati dan disenangi oleh masyarakat teramai.


Ironinya, kita melihat Penswastaan Kerja Pungutan Sampah di taman perumahan tidak kekal tetap diambil mengikut waktunya; Penswastaan Taman Rekreasi untuk riadhah keluarga dan awam - kemudahan dan persekitarannya amat sekali memalukan; Penswastaan Tandas Awam - kebersihannya digambarkan amat begitu menjelekkan; Penswastaan Tempat Parkir kenderaan - pengurusannya lemah dan penyelenggaraanya tidak diatur dengan baik;  Penswastaan Sistem Telekomunikasi - rangkaiannya tersekat-sekat, liputan terhad sehingga tidak dapat diakses di kawasan pedalaman; dan akhirnya Penswastaan Jaringan Lebuh Raya - mutu prasarana, mobiliti perjalanan dan keselamatan sering dipersoalkan.


Kerana itu, kita tidak perlu terikut-ikut dengan slogan penswastaan bahawa semuanya akan jadi baik-baik belaka.




| damaisuria.blogspot.com |



Friday, January 31, 2014

Gambar Recep Tayyip Erdogan Dianugerahkan Ijazah Kehormat UIAM

Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan dianugerahi Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Pengurusan oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) tatkala berada di Malaysia pada 10 Januari 2014 sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara Malaysia dengan Turki yang terjalin sejak 1964.  Majlis pengijazahan khas ini berlangsung di Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC) UIAM, disampaikan oleh Presiden UIAM,  Tan Sri Dr Rais Yatim. Penganugerahan ini dikurniakan kerana sumbangan bakti dan pencapaian beliau dalam memimpin Turki serta merencana pembangunan ummah di dunia Islam.














Tuesday, May 7, 2013

Kejayaan Disebalik Kekalahan

 -----------------------------------------------------------------------------------
 "Terimalah keputusan ini dengan penuh kesyukuran dan kesabaran.
"Yakinlah sesungguhnya janji Allah pasti akan tiba," 
-Tuan Guru Abdul Hadi Awang
----------------------------------------------------------------------------------



Kejayaan Disebalik Kekalahan

Parlimen
PRU12 BN 140, PR 82
PRU13 BN 133 (-7), PR 89 (+7)
Total 222 kerusi

DUN
PRU12: BN 344, PR 161
PRU13: BN 275 (-69), PR 230 (+69)
Total 505 kerusi

UNDI Keseluruhan (Popular votes)
PRU12: BN 4.0 Juta, PR 3.7 Juta (BN lebih popular)
PRU13. BN 5.3 Juta, PR 5.6 Juta (PR lebih popular)

Peratus keluar mengundi
PRU12: 8.0 Juta (76%)
PRU13: 10.9 Juta (82%) - Tertinggi dalam sejarah PRU

Apakah konklusi dari trending yg sangat menarik PRU12-PRU13 ini utk PRU14 akan dtg?

PR Berjaya Pungut 51% Undi Popular & Tambah Kerusi Parlimen..!!!

Keputusan akhirnya BN - 133, Pakatan Rakyat, yang dianggotai DAP, PKR dan Pas, pula mengumpulkan 89 kerusi Parlimen - menambah tujuh kerusi berbanding lima tahun lalu.

Berikut ialah pemerhatian terhadap keputusan akhir tersebut:
1) Pakatan kehilangan Kedah. Ketiga-tiga negeri PR yang lain - Selangor, Penang and Kelantan - kesemuanya menang dengan majoriti lebih 2/3:

Selangor - Pakatan 44, BN 12
Penang - Pakatan 30, BN 10
Kelantan - Pakatan 33, BN 12

2) MCA hanya tinggal 6 kerusi parlimen (berbanding 15 pada 2008), sementara Gerakan hanya tinggal satu (berbanding 2 ). Kerusi tunggal Gerakan ialah Simpang Renggam di Johor, yang dipertahankan oleh Liang Teck Meng.

3) DAP menambahkan 10 kerusi parlimen, sementara PKR dan PAS masing-masing kehilangan satu kerusi berbanding keputusan 2008.

DAP - 38
PKR - 30
PAS - 21

4) Terdapat 7 kerusi tambahan yang dimenangi oleh Pakatan dari Sabah (2 kerusi) dan Sarawak (5 kerusi).

5) Pengiraan awal menunjukkan secara keseluruhan Pakatan Rakyat telah menang dari sudut menerima lebih banyak undi popular - 50% berbanding 49% (1% lain-lain).

6) 4 orang menteri kabinet tewas. Mereka yang kalah ialah Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Chor Chee Heung dan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Tan Sri Benard Giluk Dompok. Diantara timbalan menteri yang kalah ialah Datuk Saifuddin Abdullah, Datuk Puad Zarkashi dan Datuk Lee Chee Leong.

7) Parti Progresif Penduduk (PPP) kalah di semua kerusi yang ditandinginya - satu kerusi parlimen dan empat kerusi parlimen - pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Selain tidak berupaya menyingkirkan calon DAP Dr Tan Seng Giaw bagi kerusi parlimen Kepong, parti komponen Barisan Nasional (BN) ini juga kalah di kerusi dewan undangan negeri Kota Laksamana (Melaka), Kota Alam Shah (Selangor), Pasir Bedamar (Perak) dan Guchil (Kelantan).

8) BN tidak mempunyai 2/3 majoriti di negeri-negeri berikut

Perak BN 31 PR 28
Terengganu BN 17 PR 15
Kedah BN 21 PR 15
Negeri Sembilan 22 PR 14

9) Kelima-lima pegawai Datuk Seri Najib Razak kalah di kerusi yang ditandingi mereka pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) kali ini. Mereka ialah dua pegawai khas beliau tewas kepada calon PAS di Kedah, Datuk Shahlan Ismail dan Datuk Latt Shariman Abdullah. Shahlan tewas dengan majoriti 3,935 kepada calon PAS Datuk Mahfuz Omar di kerusi Parlimen Pokok Sena, manakala Latt Shariman pula tewas kepada calon PAS Mohd Nasir Mustafa dengan majoriti 1,044 di kerusi dewan undangan negeri (DUN) Kubang Rotan. Setiausaha Politiknya di Kementerian Kewangan, Datuk Mohd Shafei Abdullah tewas kepada calon PKR, Datuk Dr Tan Kee Kwong dengan majoriti yang lebih besar sebanyak 5,511 berbanding keputusan yang diperoleh pada tahun 2008. Dua lagi pegawai khas beliau yang tewas di kerusi Parlimen adalah Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh di Kota Baru dan Datuk Mohamed Suffian Awang di Kuantan.

10) Bekas MB Johor, Abd Ghani Othman dan bekas KM Melaka, Mohd Ali Rustam tewas.

11) PAS berjaya melahirkan anak sulongnya di Melaka melalui kemenangan Dr Khalid Kassim di Dun Bukit Baru.

12) Rakyat tolak politik perkauman Najib & UMNO BN apabila calon dari PERKASA tewas. Veteran Ibrahim Ali tewas di tangan muka baru Nik Abduh Nik Aziz di Pasir Mas dan Zulkifli Nordin kalah teruk di tangan Khalid Samad di Shah Alam.

13) Perak, Kedah, Perlis dan Terengganu tewas selepas kiraan semula dengan peningkatan jumlah kerusi kepada BN setelah kiraan awal PAKATAN menang di kerusi tersebut.


sumber: [ R.A.M.M ]


Saturday, May 4, 2013

Undi Kita Menentu Hala Tuju Malaysia Tercinta

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgOSiG362kEsmtrsHfXKZmfkgrECYVhzc1sRp7onL5Pn4-Qo7Waf15bgFDdizHbWbYutLcVUdedq12FaBl_GoGzQlgRHFrxMT4AGJMuSp_rWz_OFlM0oeM37LDYE59GKk6NJO1JMo0hX6I4/s1600/Sayangi+Malaysia.jpg

Ada orang yang kurang senang apabila kita bercakap soal politik. Katanya politik itu kotor. Jadi dia menjauhi dan lalu tiada kepedulian yang dipertimbangkan terhadap politik negara. Ya, memang tidak dinafikan politik itu kotor apabila sesetengah pihak mengotorkan minda kita dengan bahan-bahan yang 'kotor'. Kita akhirnya dijumud dengan yang kotor-kotor, tanpa cuba membuka, mendekati dan memahami apa sebenarnya kewarasan berpolitik. Sebenarnya kesedaran politik itu ada nilai tambahnya. Dari kesedaran politik kita sebenarnya mampu memahami perkembangan isu semasa, pelegaran berita yang dibawa, termasuk pelbagai bidang ekonomi, sosial, agama dan sebagainya. Kesedaran ini mempertimbangkan kita untuk mengenal yang mana baik dan yang mana buruk. Politik itu mematangkan diri kita untuk bersikap kritikal dan kreatif terhadap sesuatu isu. Ia punyai potensi mencerdikkan kita dalam membuat keputusan.

Esok, Ahad 5 Mei 2013 adalah hari penting buat setiap warga Malaysia. Ia adalah saat penentu kita dalam membuat keputusan bagi menentu hala tuju negara tercinta. Kemerdekaan kita di tanah air selama 55 tahun direnungi semula. Pertanyaan boleh disoal sebegini:
  • Apakah kita sudah benar-benar bebas,  berekspresi dan bersuara atau terus disekat dan dicengkam? 
  • Apakah kita terus berasa selamat, aman dan tenteram atau sebaliknya dibayangi dengan kecurigaan dan ketakutan? 
  • Apakah Malaysia mempunyai nilai kesopanan dan budaya tinggi atau dihambur setiap hari dengan kata-mengata, fitnah dan lucah berleluasa. 
  • Apakah media-media  arus perdana terus menjadi medium didikan rakyat dan adil menyampai berita atau berat sebelah peranannya sebagai mata dan telinga masyarakat.
  • Apakah isi rumah kita mempunyai kuasa berbelanja dan membeli atau dikekang dengan kewangan dan gaji yang terbatas. 
  • Apakah kita sentiasa berasa sesuai dengan pendapatan dari kerjaya dan tanggungan yang ada atau dibeban dengan kos pendidikan, pengangkutan, harga barang, makanan, sara hidup, hutang yang melambung.
  • Apakah perpaduan bangsa yang dibina zaman berzaman terus kekal atau terhakis dengan politik sempit dan perkauman yang menebal. 
  • Apakah kita berasa selesa dengan kemudahan disediakan atau kita dihimpit dengan kekurangan daya prasarana yang mesra. 
  • Apakah benar agama Islam sebagai agama rasmi sudah syumul dipraktikkan atau pemerintah memilih bulu meletak Islam ikut tempat.
  • Apakah betul prestasi Malaysia boleh dibanggakan berbanding indeks rasuah dan korupsi masih tinggi dan kedudukan defisit kewangan negara terus melonjak dari tahun ke tahun.
Justeru itu, demi mengembalikan Malaysia bermaruah dan berkehadapan, kita perlu percaya diri, yakin dan berani membuat keputusan yang bijak dalam menuntut suatu perubahan. Undi kita 5 Mei ini adalah penentu segala-galanya bagi mendapat sebuah negara yang lebih baik, berkebajikan, berkepimpinan yang wibawa  dan martabat Islam terus diungguli. Sayangilah Malaysia untuk masa depan kita dan anak-anak! :)


| cetusan Faisal |


Monday, December 10, 2012

Bacaan Surat Khabar Negara Tertinggi




Surat khabar dalam definisi PRPM@DBP (atas talian) didefinisikan sebagai kertas bercetak yang menyiarkan berita dll. (umumnya diterbitkan hari-hari).  Cheyney (1992) mengajukan bahawa surat khabar sebagai bahan yang menghidangkan maklumat mengenai tempatan, negeri, kebangsaan, wilayah, hal ehwal dunia, informasi terkini dalam arena muzik, teater, televisyen, seni halus dan juga kolum dan komik untuk membuat orang ketawa. Surat khabar merupakan instrumen masyarakat dan peredarannya dalam komuniti sosial memberi kesedaran dan pendedahan kepada orang ramai mengenai berita baru yang keluar setiap hari.


Perkembangan surat khabar sejak dahulu sehingga sekarang menyaksikan apa saja sensasi, propaganda dan bahan hiburan boleh sahaja memasuki di akhbar. Ia juga boleh menjadi senjata hebat oleh golongan elit dan politikus sehingga berita yang disadur meningkat kepopularitian satu-satu pihak. Pengaruh surat khabar sentiasa ada kerana pembaca dahagakan maklumat seperti isu-isu semasa, bidang agama, sukan, hiburan, politik tanah air dan berita-berita tempatan. Bahagian pengiklanan di dada akhbar mempunyai signifikan tersendiri kerana ia merupakan sumber rujukan bagi mendapatkan pekerjaan, pendidikan, penajaan atau pengumuman penting.


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh8Zyeu6jInP-MVDjFvKz2-fqp6avqBNgY5HexcxaYTRe_xo7EyARwRDIIoe8R7z1PHOkevcD9m1auE6twux8X22gC1OUQ1_KJIRfgCtSeA9HlvQ07XeKfNjpFjo-a-KfuIQgjJ127blEGw/s1600/baca+berita.jpgDari kaca mata saya, perkara terbaik bagi naskhah-naskhah ini untuk berlegar di dalam komuniti ialah apabila ia berjaya menjadi medium didikan, kecelikan dan adil dalam menyampaikan berita kepada masyarakat. Kenyataan ini juga menyokong Babalola (2002) bagi melihat surat khabar di seluruh dunia, sebagai alat yang berguna untuk menggalakkan masyarakat celik.


Di samping itu terdapat kadar bacaan tertinggi terhadap surat khabar oleh penduduk sebuah negara berbanding dengan negara-negara lain. Keinginan terhadap maklumat pada media ini kemungkinan disebabkan latar belakang geografi tanah air dan taraf hidup rakyat di sesebuah negara semakin baik. Apabila taraf hidup penduduknya baik, kesedaran terhadap ledakan maklumat meningkat. 10 buah negara dalam kedudukan tertinggi bacaan surat khabar pada jadual di bawah menyaksikan negara-negara ini juga berstatus negara yang maju.


Kedudukan tertinggi bacaan Surat khabar di negara dunia

*K
NEGARA
Naskhah harian
per 1,000 orang
1
Iceland
551.62
2
Jepun
551.23
3
Norway
516.00
4
Sweden
480.57
5
Finland
431.07
6
Switzerland
420.04
7
Singapura
360.78
8
Denmark
352.77
9
Netherlands
307.50
10
United Kingdom
289.75
*K= kedudukan
Sumber: UNESCO dlm. Ash (2010)





Rujukan:

Ash, R.  2010. Newspapers & Magazines. Top 10 of Everything 2011. London: Hamlyn. Hlm. 114-115.

Babalola, E.T.   2002. Newspapers as instruments for building literate communities: The Nigerian experience. Nordic Journal of African Studies 11 (3), 403-410.

Cheyney, A. B.  1992. Teaching Reading Skills through the Newspaper. Newark: International Reading Association.



| cetusan Faisal |


Thursday, November 8, 2012

Memahami Hamas Melalui Buku Khaled Hroub



















Judul : Hamas, A Beginner's Guide
Penulis : Khaled Hroub
Penerbit : Pluto Press
Tahun Terbitan : 2006
Halaman : 169
ISBN : 9780745325910
Genre : organisasi | politik | kerajaan | kenegaraan | isu semasa | Islam 



Hamas bukan saja sebuah parti mendukung pembebasan bumi Palestin daripada penguasaan Zionis Yahudi, tetapi merupakan gerakan pertubuhan memayungi rakyat Palestin tercinta. Semenjak Hamas memenangi pilihan raya 2006 lalu, Hamas membuktikan merekalah pelindung kebajikan rakyat dan memperjuangkan isu-isu Palestin yang tidak pernah selesai. Menteri-menteri Hamas berkhidmat segala mungkin, memotong gaji  mereka dan  mengenepikan pelbagai keistimewaan demi tanggungjawab kepada rakyat jelata yang sedang mendepani ujian kehidupan serba mencabar.

Buku ini mengupas sejarah panjang dan susur-galur perjuangan Hamas yang bermula dari gerakan di Mesir. Hamas adalah lahir dari Ikhwan al-Muslimin dan ia tidak boleh disamakan sebagai Al-Qaeda atau mana-mana pertubuhan ekstremis. Ia merupakan sebuah gerakan organisasi dinamisme yang mempunyai ideologi, strategi dan gagasan yang melihat isu Palestin merupakan perjuangan bersama-sama umat Islam dunia bagi membebaskan bumi Palestin daripada dinodai cengkaman Zionis Yahudi.

Dengan gaya penyampaian secara soal jawab, penulis Khaled Hroub yang merupakam seorang sarjana di Universiti Cambridge menemukan maklumat sebenar mengenai Hamas (kini pertubuhan kepimpinan sah kerajaan) yang sering dikabur dengan maklumat salah ala Barat. Tidak dapat disangkal sumbangan Hamas dalam usaha menjaga kebajikan pelarian, pendidikan dan kesihatan adalah tanggungjawab sosial yang diberikan sebelum memenangi pilihanraya lagi. Tercetusnya intifada (1987), sokongan mula meluas terhadap Hamas dan ia terus melonjak dari pelosok daerah sehingga ke peringkat universiti.

Sheikh Ahmad Yassin, Abdul Aziz al-Rantisi, Mahmoud al-Zahhar, Ismail Haniya, Aziz Duwaik, Naser al-Sha'er, Khaled Mishal, Mousa Abu Marzouq, Syeikh Salah Syahadah, Ibrahim Maqadmah, Ismail Abu Shanab adalah nama-nama besar sinonim dengan perjuangan Hamas. Mereka dihadap dengan pelbagai rintangan dan di kalangan mereka menemui syahid. Namun begitu Hamas dalam merentasi masa terus melahir generasi pembebas termasuk anak-anak muda memperjuangkan rakyat dan bumi Palestin.  Isu perjuangan untuk mengembali dan mengikitiraf Palestin boleh dilihat dari banyak sudut.

Pertama, di Palestin merupakan sebuah negara yang terdapat warga rakyatnya bermastautin yang terdiri Islam (majoriti) dan Kristian (minoriti) namun dinafikan tanah kependudukan oleh negara haram baru bernama Israel. Warganya walaupun majoriti Islam, ia tetap mengiktiraf penduduk Kristian untuk hidup secara bersama secara harmoni.

Kedua, di Palestin terdapat Masjid Al-Aqsa iaitu masjid yang mendapat tempat kebajikan yang tinggi  selepas Masjidil Haram di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah seperti yang disabda Rasulullah SAW.

Ketiga, di Palestin terdapat tempat-tempat sejarah awal kedatangan dan penyebaran Islam.

Keempat, Palestin merupakan tempat lahirnya para anbia membawa Islam ke dunia.

Kelima, Palestin sebuah negara yang dihuni oleh saudara-saudara Muslim yang mana mereka berhak untuk terus hidup, menjalani kehidupan seharian dan dibantu oleh kita sesama muslim.

Palestin pernah dibebaskan ketika pahlawan Salahuddin Al-Ayubi menakluki Palestin pada tahun 1187. Apakah tidak mustahil Palestin terbuka belengunya suatu hari nanti. Usaha kita bukan menanti suatu hari nanti tetapi inisiatif ini bermula sekarang dengan menguatkan perpaduan, strategi, pertahanan, bersama menghulurkan bantuan dan terus berdoa. Saudara-saudara kita di sana sejak dahulu lagi hampir saja setiap hari bergelumang dengan pahit getir dan kita di sini dari sekecil-kecilnya usaha sehingga sebesar-besarnya ikthiar perlu menggarapkan kekuatan dan keprihatinan bagi membela rakyat Palestin terpinggir. Semoga!



| cetusan Faisal |

Wednesday, February 29, 2012

Kita Bukannya Suka Membaca Sangat




Keratan akhbar Sinar Harian 
28 Februari 2012 | 6 Rabiulakhir 1433, halaman 41


Klik di sini untuk diperbesarkan.




Thursday, October 27, 2011

Kedudukan Universiti Dunia Terbaik Sidang 2011/12



Saya terbaca baru-baru ini  melalui artikel Yahoo! News mengenai KEDUDUKAN UNIVERSITI DUNIA TERBAIK SIDANG 2011/12QS WORLD UNIVERSITY RANKINGS 2011/12 dikeluarkan secara tahunan dan merekod institusi pengajian tinggi terulung dari pelbagai benua dalam kedudukan yang terbaik. Mengikut QS University Ranking, terdapat 8 kriteria yang diambil kira dalam meletakkan sesebuah universiti adalah pada kedudukan yang terbaik. Setiap kriteria itu masing-masing mempunyai indikator dan timbang nilai:
  • Kualiti Penyelidikan (Research Quality)
  • Kualiti Pengajaran (Teaching Quality)
  • Kebolehpekerjaan Siswazah (Graduate Employability)
  • Infrastruktur (Infrastructure) 
  • Pengantarabangsaan (Internationalisation) 
  • Inovasi dan Pemindahan Pengetahuan (Innovation & Knowledge Transfer) 
  • Misi Ketiga (Third Mission)
  • Bidang Kepakaran (Specialist Subject) 






    10  Universiti terbaik di dunia bagi sidang 2011 adalah seperti berikut:

    #1     University of Cambridge  (United Kingdom)
    #2     Harvard University  (United States)
    #3     Massachusetts Institute of Technology  (United States)
    #4     Yale University  (United States)
    #5     University of Oxford  (United Kingdom)
    #6     Imperial College London  (United Kingdom)
    #7     UCL (University College London) ( United Kingdom)
    #8     University of Chicago  (United States)
    #9     University of Pennsylvania  (United States)
    #10   Columbia University  (United States)


    Melihat kedudukan IPT MALAYSIA pada sidang 2011/12 tersebut, hanya sebuah universiti sahaja mewakili Malaysia iaitu Universiti Malaya (UM) yang mendapat status kelayakan pada 200 universiti terunggul. Manakala dalam siri 700 universiti  dunia yang dinilaikan, terdapat 5 buah IPTA MALAYSIA yang dinobatkan pada kedudukan Universiti Dunia Terbaik 2011/12.

    #167           Universiti Malaya (UM)
    #279           Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
    #335           Universiti Sains Malaysia (USM)
    #401-450    Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
    #451-500    Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
    #601+         Universiti Teknologi Mara (UiTM)







    QS World University Rankings 2011/12  juga mengkategorikan kedudukan Universiti Asia Terbaik. Sidang 2011 meletakkan 10 Universiti Asia yang terbaik adalah seperti berikut:

    #1     The Hong Kong University of Science and Technology  (China)
    #2     University of Hong Kong  (China)
    #3     National University of Singapore (NUS)  (Singapura)
    #4     The University of Tokyo  (Jepun)
    #5     The Chinese University of Hong Kong  (Jepun)
    #6     Seoul National University (Korea Selatan)
    #7     Kyoto University  (Jepun)
    #8     Osaka University  (Jepun)
    #9     Tokyo Institute of Technology  (Jepun)
    #9     Tohoku University  (Jepun)

    Universiti dari MALAYSIA yang dinobatkan dalam 100 Universiti Asia Terbaik 2011 adalah seperti berikut:

    #39    Universiti Malaya (UM)
    #53    Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
    #54    Universiti Sains Malaysia (USM)
    #57    Universiti Putra Malaysia (UPM)
    #76    Universiti Teknologi Malaysia (UTM)


    Perbandingan Kedudukan Universiti Malaysia Tahun 2011 dan 2010 
    pada Kedudukan Universiti Terbaik Dunia
    - ihsan dari The Star Online




    Sunday, August 7, 2011

    Memanfaat Masa Menunggu dengan Bacaan

    https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjeP2CVGaccid9HNIafzhkFRQPmpuLbbIP7dsCya9rhXFCM4-9hyphenhyphenLs31FOIjT_k79ySV-ajaSq_maklk_FftuSKI9exOM7r7pUcmIfZrtlI0FceNAk3SUdS-57I9i92w0jR8HzlZwor7JBc/s1600/clock.jpg


    Dalam kehidupan, terdapat suatu masa yang  dilalui  oleh kita yang dipanggil MASA MENUNGGU. Masa menunggu merupakan masa sementara sebelum sampainya waktu mula bagi kita mempraktikkan program dan aktiviti sebenar kita.  Contoh waktu menunggu adalah seperti masa menunggu bas datang untuk ke tempat kerja, ketika menanti rakan sampai, waktu rehat di tempat kerja, sebelum bermulanya waktu sekolah dan sebagainya. Waktu menunggu boleh jadi panjang mahu pun pendek. Ia merupakan detik-detik yang tidak pernah lari untuk dihadapi oleh setiap insan di planet bumi.

    Apakah waktu menunggu saudara? Bagaimana saudara menggunakan waktu menunggu? Membiarkan masa menunggu dengan perkara yang tidak berfaedah seperti malas dan tidur, berborak kosong, merokok dan berkhayal seorang diri adalah suatu kerugian masa. Sedar tidak sedar masa yang berlalu mempunyai nilainya tersendiri. Masa-masa ini sebenarnya boleh dimanfaat dengan perkara ilmiah seperti memenuhi masa  tersebut dengan bahan bacaan.

    Bagaimana caranya?  Kita boleh membaca suratkhabar, buku atau novel sementara waktu menunggu. Sementara dalam keretapi menuju destinasi umpamanya, kita boleh buka dan mulakan pembacaan. Dalam beberapa minit banyak helaian yang boleh dihabiskan. Dalam setiap helaian membawa pengetahuan dan setiap pengetahuan membawa ilmu baru kepada kita.

    Kemajuan inovasi dan teknologi hari ini juga  membolehkan kita membaca dari komputer riba, telefon, alat peranti dan dari gajet pelbagai. Ini bermakna teknologi bukan sahaja sebagai media hiburan tetapi sesuatu yang boleh dihargai untuk sumber keilmiahan.

    Tatkala saudara keluar rumah, saudara boleh mengingatkan diri saudara dengan menyertakan buku dalam beg tangan, majalah dalam poket kereta, jurnal dalam beg sandang malah novel ketika berkembara. Bukankah saudara melalui masa kehidupan dengan kehebatan ilmu. Masa dan ilmu sesuatu yang tidak dapat dipisahkan. Di bawah merupakan contoh masa menunggu yang dilalui oleh individu dan kumpulan individu dalam kehidupan di mana waktu ini boleh dimanfaatkan dengan bacaan.


    https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiEnjVZQkdjKeqE0sFI7MyQ2qpxn1sUsxfgnJeGJyTtu62oHElYL9-pzPfdL-nWI6ufDT0hfB3n9LT1DHPiLn5jLsxchRoTMKtC77B2pQma2huRekLQV2zMNiiWMC7k8nE4geB0vPKyn6V3/s1600/4089R-357.jpg
    ketika menunggu kawan tiba

    https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhJhnILUfjxKhqIHkydBKY_Ngg90K3We01V8ZrywY4Ea5o7s6qky_oNM9v3XXd_n2jVcwuSTLMvo4zDcArr1QlIg2CA6PKtbmTytpMupWiQu0orNil221rbLTatzeRbueJ8XHH4PX9aMUiW/s1600/1742R-4131.jpg
    ketika menunggu bas, teksi dan kenderaan awam 

    https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhIwUl7PLrg99pRAhQ6nfLTbkhcLSTjx6V_SZ-QVOQFIihOfdzPjYk7gjF_ktZxeC57ALAz0M_iHNWokljP7VH5ywibnDKIfkrWc0e3kV5Gt-8cnoSp_85rD8g3xik5_-YBrcrNDPj6ZSDN/s1600/4039-89768.jpg
    ketika dalam bas, teksi, LRT, MRT, keretapi untuk ke destinasi

    https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjl9k20v1l5The46T5sP8raHUeDzUfmu9NBcxSfFivEUZv_uHMFfsor9GgEV29kS45KII7SuPugWLBrESq0_g816_zwcbAnyB2p_WZa3eRhhK2-PmC0hU6ToZtTQYDZAR0Ghiv6LD-Vh143/s1600/1775R-23148.jpg
    ketika menunggu kenderaan siap di bengkel

    https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiYEjbvW_OwBMFYfOfarSdycUqu_gELQ8R9TBa_fIgBda6mHlMKrg5GtrohxcWWfPwwqYeyE2ousM100KX0X857I-qMbHU4fUs53xz6Z-xvvaoV6QHLtdLuJ0m_vRNweEXrUbU4SSn5VyYm/s1600/1823-6821.jpg
    ketika menunggu pakaian siap dibasuh / didobikan

    https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjokhe9B925peNgEnQneF12S-9gdoktZTyo-xY47YZoQHldEcZCPaxMPSY2nfNWZHyZkOdYF_0l-4CRZqWGdIWtnZDvYZwejTSwYa99C_DXwhmgjnbIHnjc5FJ9KaQAyaB8yDAAjVYTAdAO/s1600/1804R-16286.jpg
    ketika menunggu ketibaan penerbangan

    https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg15XKFICnpqMjpfjvLtq3ICou0CaezWwBY75SLTYqVvetJ9SBF4FIdxwk7Cs3hcTUf6Ee1S4ro9LNBQCB7M48Xt2j_4DRoBmZ7uFCHs_2JSA_w-O5xvTvOGHL0OV7m-1UNbQCYgBER30SR/s1600/1574R-34191.jpg
    ketika menunggu hujan reda di luar

    https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiGYuuVEK6ilsgB8Nu_HxcPTytb-A8eyXZhKmtwAx0-m4WyBi3PWsqtS_bFaKzHrEJy1fnIUjqkoEp-oBBFyc66Izrr0FSx9AaHWNtbIqOORYGwawUY5LBP49CmK2bL-Udfp2iflXeVzqBH/s1600/1491R-1071181.jpg
    ketika waktu rehat di sekolah, kolej, IPT dan pejabat

    https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg2WbNzNKoB2ROryQs1WyRjpx_f4jsoUKNFmf4FtzqBjtGdYW-4CW2gMw1GboLUe23p1wi8JT_VHIvLtEhVQn8uShFy7S4snHE987lEkfjDmWLMvkZEj28AwaypxHg84PQtAmf8kJ8Mhpud/s1600/1842R-1687.jpg
    ketika menunggu untuk temujanji

    https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjDjDfmLXMrVjFyAcWzPt_z1WLucJLnYhni-XnG-_ky08IFlARg_xPF3ZClDBIJ_5-LhAcr78XpbM8kCgZwDanNdQnH8j5MOYD1LZSHQuUQ6pNBZEX-SxOE-kErDXIwfAablKlXM6RtDW9q/s1600/4041R-12215.jpg
    ketika menunggu waktu ditemuduga

    https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjkBZHcnvjtekDJPROcsx_MDK8JmVxbwymPOQW0v37qVNesPvLGg14t1JsIdxmrQCbXbUh80hbAWeaaTKRXxA2mW5dLWYRv4MYf2ArF1rHzfZUKHDiVZMUwPRahP7xq2h08ulwVYbBmTrlc/s1600/4001-1017.jpg
    ketika menunggu angka giliran di kaunter perkhidmatan awam

    https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEipJdKbLQiuRHMB9Rpgw-kCLQxmbsKA3YJ94Y-Jc99XoET0c7m4Vwpu2Vb6Mur1jl0RrPnmX0ku4l7K1MCJFvD1o5tR4C7uPNaRzRYY7UekbHBL8AEIEFS4gWo5V_M4Dov5g6juBHO0TQAV/s1600/1647R-159979.jpg
    ketika menunggu anak balik di luar sekolah

    https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhQLbjRvS4aatnfBctTGAdfWocCnjy6sP3EdTLBn9JW2mC2zhjVdja1hXfNph-fc3cEDP-wSBatmhaoraF5xsFTNxjs71eN_ZqL3cskvPX3hP3_BtoLSsue2xOJF1yNVJTrKZkOYL-J1lnz/s1600/1916-5239.jpg
    ketika menunggu kedai / pejabat dibuka

    https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEip2j0LYwtuBzDohdXYB0YQLiSVHXGHM1T7IyTNjzj9tNXHENjC1Cil1oHDTp11X4DQg5cSX8wCp6cPZP9CvUs8NDkqnj3p6FpbhbHNS-N3xEtXpqdW1U2Ch0gYKYTtc_76rSkxnMeMmPj_/s1600/1826R-9904.jpg
    ketika menunggu untuk bergunting rambut

    https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhflA7X-WLme6r9v0UsF-z2kU6McrhW-P9YeVv9nMrAGzV1yXIiaSjKg2uD3O7Ap67wBCTfQQSQLd5awHH1D_p8eW0rs720dUBjzuj_03unT0x7bQsBVpn-aB2_jNtvM5OtqJbrkOu2UIMI/s1600/1598R-239216.jpg
    ketika waktu memancing

    https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjoy2w9my2AAy8ToiFYJ8jF3knAdqqPa6wmWNuVwepYug_j-tHqzQIcZ1nysmbML51-gSMfyjmg9YDydBYw50jjeg6UD3IKye_Fbr3t24j95_h4Jh7h3E5TlBdkM-wSBTDx9hXlH2UU6-cM/s1600/1989-4934.jpg
    ketika musim bercuti / berkembara

    https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiuQQf2a2yYCd6oEv-ZvWSmw8_UaRtNxN5TWMUjP6LlIv0zlZHa8dcuO6gJj0-dXKWWKvAxtxpBz8_NWsY7mnFYOWDiuOWRfgnDkX3LC-adPlqKLGq7pyY0d4ATT0a-i7_PHLjkqbQnOC9r/s1600/1589R-10105.jpg
    sementara menunggu pesanan sampai

    https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgW6sCgx25VLrkltBrNKmzfSJmlPkmvhQaXX3c6J9rGYmXL7TUd7HKFcyJfxdnxyMJd6_8j_KFXUmi0cG1ETlAOWGq9fN0dfEBJiVrotffZ840qtZybwiQKp9s4uToBTkjwyiquOfuQiSlf/s1600/4039-67909.jpg
    sementara menunggu masuknya waktu sembahyang

    https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjrfp8H_vsLVbfvFqHornxmsh1dOrmtpLQVDTRYcWf09XxNbjzoLuIrJhHI6lfULzNv2tlFxgORgEzDl8Bw0swJKCTvG3vf5YYcFHgiCflT8vsPCe7fhRJuupYsd1WGw7EmfW6Xol0HbCwk/s1600/1890-11526.jpg
    sementara menunggu waktu berbuka puasa

    https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh7V_rHqS2UlUon1DV-5UgZZHFXEA_6-0S_uyiZnv3rP58LdmquNApHjpUXekMXLnKSm9ynpSNqrH880M_IzBdfLM1wksjDSEKhBCLpUoX3uMxgaCt2q5Mk8UqwuI4GDgkJh1fKNr691Rm9/s1600/1606-18382.jpg
    sementara menunggu keluarga membeli-belah

    https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiHve-vljd69A83xypOxfubCMEjLLymAt5WFon64XlVwjN1wno3Cqe0dH6w40zG_Z62Z6maOgN4wASsSwCthHxJGX0WIGpT-BpSugxCTgYc9lohR1ef1n7T9xH3wMO2S219RGcAlSG9WiSd/s1600/4064-131B.jpg
    sementara menunggu kedatangan pelanggan di kedai

    https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj9OuVkQtP91j9OnquzvkV0DpsWuRCOgEOqLVoDMhzyVeVXQdNFUzb4k_Z9OvVFacxDsCNcls-8_Qqnt0jlnC7fvOo2gkUC1mMqqWfj53U_2N0it2Kvo8Rg-Bfsg1EgXrJDLHuMjff5lUr6/s1600/1824R-38445.jpg
    sementara menunggu suatu pertandingan / perlawanan dimulakan

    https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEigNOdaWrbEQvFO0r6QaIaLd1s7HKFufjXnjfipS2hV7hGqiy80x7RoMDEHlg7bcdh-xuoZU_Gz99Glm7CvAa_g6qTrOIXU2IqxepGDjIcrwwPj8AykzcejoqG4ckWwoAr3NOXvXipUNzUT/s1600/1569R-197071.jpg
    sementara menanti suatu keputusan dikeluarkan

    https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgGs0oSpA3AWOver8XKdSaVGkblXuHOH0lkKEyGYFBAg6zvMiGD3Z__atHpxp5NnrtpCvEGdZirXjgLsOlWqDHUmI6PLmfebIW3qJtuRsOaqdx__lmP80-4tUwtJI3xpDybcm8PxySBquxL/s1600/1848-471551.jpg
    sementara menanti makanan masak di dapur

    https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh98TG-fugXmLsZzLW32LjGcu3sRXHh05i2HNXqwCnSL0EIy9lF-O6iszmhxTrgKnsvaJXv0akcN5gLX5m73WKSo3cVEuLTbcUAw8Nwa06Innzp4Skos1jZgroA-OvC9RAd8Ftocrqnw9Dz/s1600/1574R-015561.jpg
    sementara menanti kesihatan pulih sediakala di wad

    https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg1zXGTcd0rodLJ_NDeN6ixhNFKVSoZDSti7vBarDV17Xse-WBtnpQdXOikkDTHxr1UrsZ4JucnwUNWzal4W6qSJDzeRKETgLg4mnGLIckpj_HYSgUgLlbpYrSXGYmy7KXq5qa7qXV77BBs/s1600/1589-66874.jpg
    antara masa-masa berkawal sebagai pengawal

    https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi-lNaSxzcjeUB4QpN085QpsIYPwj2d9HNbPLYohhCognNvb3BIrS-SD4byoFDWm2o6WKbt0jQh0g-PElLDyncGv-4a4juyWEh2EvIRa5FeafAjlo-8GLH_OHTGAIQtW_P6KHKrpjoSo7E1/s1600/290-1778B.jpg
    antara masa-masa santai bersama keluarga dan rakan

    https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEipdVG4M5fdfYXTW7zfeyojxmySJZuxAozbjLa5rwsSe0m-YIdTxvVWrmIFxZBPQSwwOV5fP667r_4jUQVXzybZ3PNRxNckAenbwn10BwXqaXEfcGtJ7kbp4VSKYhJ57mEx3RldbIrW-OXa/s1600/1815R-65401.jpg
    antara waktu kerehatan di kebun / ladang

    https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgGCQReLjyp9qVOEyJZCCdLYUNGDQfVxeXAsAoJlzehULgHO3WezyxwmHjHdj4qXN38OhSKY-Kyr6nIrOL_7iDk7VscYHfv17UJWqyR7EX2Rna0izb_kPDydfvOSbgmNoGDMJRNPmkjNhYt/s1600/1775R-5415.jpg
    sebelum bermula waktu sekolah

    https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj6aYAEtYVWPAT5LgY1_LF7513dxmBtkVV8E5A-kXT8ZN8UYbdx0RFK5PENFBZVSHqjLlGeYeEYVm0qxi28jSAWZ_C5m9r-w_KD8dZNGb-QC0x1jy0CnBY5udevd4rrs0LU7FlQzQpi-yDo/s1600/1663R-49311.jpg
    sebelum masuk waktu tidur



    "Selamat Membaca Anda"



      © Powered by Blogger Theme ProBlogger, by Ourblogtemplates.com 2008

    DAMAI SURIA