Sumber: Facebook Recep Tayyip Erdogan
Showing posts with label ad-din. Show all posts
Showing posts with label ad-din. Show all posts
Friday, January 31, 2014
Gambar Recep Tayyip Erdogan Dianugerahkan Ijazah Kehormat UIAM
Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan dianugerahi Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Pengurusan oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) tatkala berada di Malaysia pada 10 Januari 2014 sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara Malaysia dengan Turki yang terjalin sejak 1964. Majlis pengijazahan khas ini berlangsung di Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC) UIAM, disampaikan oleh Presiden UIAM, Tan Sri Dr Rais Yatim. Penganugerahan ini dikurniakan kerana sumbangan bakti dan pencapaian beliau dalam memimpin Turki serta merencana pembangunan ummah di dunia Islam.
Sunday, September 29, 2013
Ungkapan Dr. Siddiq Fadzil: Melayu, Islam dan Alam
Pengislaman telah mentransformasikan Melayu dari bangsa yang terkurung dalam kekarutan tahyul dan dongeng menjadi bangsa rasional yang responsif terhadap rangsangan al-Qur'an agar berfikir (tafakkur) dan merenung (tadabbur). Ungkapan tradisi "alam terkembang dijadikan guru" adalah penjelmaan kesedaran Melayu tentang hakikat alam sebagai al-kitab al-maftuh (kitab terbuka) yang memuatkan pelbagai rahsia dan hikmah yang bermanfaat bagi manusia yang dapat memahaminya. Memang alam adalah ayatu'Llah (tanda yang mengisyaratkan keesaan, kebesaran dan kekuasaan Allah). Justeru, berguru kepada alam dalam tradisi Melayu dapat diertikan sebagai usaha memaknai tanda-tanda pada alam ciptaan Tuhan (ayat al-kawn) dan mengambil iktibar untuk panduan hidup. Peribahasa Melayu yang mengungkapkan wisdom pusaka bangsa banyak sekali mengangkat objek kealaman: langit, tanah, gunung, bukit, batu, air, angin, flora dan fauna. Demikianlah bukti nyata ketajaman daya renung Melayu.
- Dr. Siddiq Fadzil
Islam dan Melayu: Martabat Umat dan Daulat Rakyat. 2012.
Friday, May 31, 2013
Fikrah Bicara Hasan Al Banna

------------------------------------------------------------------------------------
Andai Islam seperti sebuah bangunan usang yang hampir roboh,
maka akan aku berjalan ke seluruh dunia mencari jiwa-jiwa muda.
Aku tidak ingin mengutip dengan ramai bilangan mereka,
tapi aku inginkan hati-hati yang ikhlas untuk membantuku
dan bersama membina kembali bangunan usang itu
menjadi sebuah bangunan yang tersergam indah.
- Imam As-Syahid Hasan Al Banna
------------------------------------------------------------------------------------
Sunday, May 12, 2013
Islam: Apa Yang Diharamkan, Ada Jalan Halal Menuju Kebahagiaan
Islam haramkan arak, pada masa yang sama membenarkan pelbagai minuman lain. Islam mengharamkan judi dan rasuah, membenarkan hadiah dan sedekah. Islam mengharamkan zina, membenarkan perkahwinan. Islam mengharamkan menilik nasib, alternatifnya sembahyang istikharah. Apabila kita mengharamkan sesuatu, cadangkan alternatifnya.
- Dr. Asri Zainul Abidin. 2012.
m/s 21. Travelog Minda Tadjid.
Friday, May 10, 2013
Mendapatkan Kitab Mutiara Ihya' ' Ulumuddin
-----------------------------------------------------------------------------------
“Declare your jihad on thirteen enemies you cannot see -
egoism, arrogance, conceit, selfishness, greed, lust,
intolerance, anger, lying, cheating, gossiping
and slandering. If you can master and
destroy them, then you will be read
to fight the enemy you can see.”
- Imam Al-Ghazali
-----------------------------------------------------------------------------------
Ini kitab Mutiara Ihya' Ulumuddin, petikan Imam Al-Ghazali. Baru-baru ini saya dan keluarga mendapatkan buku ini apabila mendapat tahu ia dipromosikan di Ipoh. Set kitab Mutiara Ihya' Ulumuddin ini didatangkan dengan 5 buah buku yang mengungkapkan perkara seperti ibadat, muamalat, munakahat, fardhu ain, fardhu kifayah bersandar nas quran dan hadis yang membantu Muslim merujuk persoalan kompas kehidupan dengan jayanya, insyaAllah. Imam Al-Ghazali merupakan tokoh yang tidak asing di kalangan kita. Beliau yang nama sebenarnya Abu Hamid Muhammad ibn Muhammad al-Ghazali lahir pada tahun 450 Hijrah bersamaan dengan 1058 Masihi di Tus, Parsi. Beliau merupakan pemikir, filsuf, ulama sufi sehingga dikenali sebagai "Hujjatul Islam" (Pembela Islam, yang mempertahankan ajaran dan kebenaran Islam).
Sepanjang hayatnya, beliau mencetuskan fikrah dengan menghasilkan pelbagai penulisan dan karya terhadap perkembangan Islam. Karya beliau begitu banyak sehingga mencecah ratusan buah penulisan. Antaranya seperti Kitab tahẓib al-uṣul, Kimiya-ye saʿadah, al-Risala al-qudsia, Jawahir al-qurʾān wa duraruh, Al-ḥikmah fi makhluqat illah, Maqaṣid al-falasifah, Ihya' 'Ulumuddin. Dalam kitab Ihya' Ulumuddin yang tersebut, ia terbahagi kepada 4 topik besar dengan setiap topik mengandungi sepuluh bab. Topik pertama menyentuh ibadat. Topik kedua memfokuskan hubungan dan adab. Topik ketiga membicarakan keburukan dan kejahatan. Topik keempat mendepani perhitungan diri dan kehidupan ukhrawi. Kitab ini diterbitkan Illusion Network (2009).
| cetusan Faisal |
Location:
Ipoh, Perak, Malaysia
Saturday, February 9, 2013
Kupasan Buku 25 Cendekiawan Islam
Judul : 25 Cendekiawan Islam
Pengarang : Shafie Abdul Rahman
Penerbit : Must Read
Tahun Terbitan : 2011
Halaman : 196
ISBN : 978-967-5426-75-9
Genre : ketokohan | biografi | cendekiawan | Islam | perintis
Ketokohan Islam dalam pelbagai bidang sesungguhnya sentiasa dikagumi. Sumbangan mereka dalam dalam menginovasi dan merintis terhadap potensi bidang sentiasa cemerlang membawa kejayaan. Sumbangan mereka tidak dapat dinafikan memangkin Islam ke mercu jaya. Ia sebagai penanda aras bahawa kedatangan Islam ke dunia tidak kosong tetapi dihampar dengan kegemilangan tokoh-tokoh yang dibawa. Tokoh-tokoh yang disebut oleh pengarang ini adalah:
- Al-Batani (astronomi)
- Al-Biruni (kaji bumi, astronomi, matematik, saintis)
- Al-Farabi (falsafah, kosmologi, psikologi, sosiologi, muzik)
- Al-Farghani (astronomi, matematik)
- Al-Jahiz (zoologi)
- Al-Jazari (kejuruteraan, robotik)
- Al-Kahzin (matematik, astronomi, fizik)
- Al-Khawairizmi (matematik, astronomi)
- Al-Kindi (farmakologi, falsafah, kaligrafi, penterjemah)
- Al-Razi (perubatan, kimia)
- Al-Zahrawi (perubatan)
- Al-Zarqali (astronomi, mekanikal)
- Ibnu Al-Baitar (botani, saintis)
- Ibnu Bajjah (falsafah, astronomi, fizik)
- Ibnu Firnas (kejuruteraan, juruterbang)
- Ibnu Al-Haitham (optik, kanta objek)
- Ibnu Khaldun (falsafah, sosiologi, ekonomi, peradaban)
- Ibun Al-Nafis (falsafah, perubatan, fisiologi)
- Ibnu Miskawyh (falsafah, psikologi, sejarah)
- Ibnu Rusyd (falsafah, perundangan)
- Ibnu Sina (perubatan, astronomi)
- Ibnu Tufail (perubatan, saintis, falsafah, sasterawan)
- Ibnu Zuhr (perubatan, pendidik, saintis)
- Jabir Ibnu Hayyan (kimia, perubatan)
- Umar Khayyam (matematik, astronomi, falsafah, penyair)
Setelah saya menghadam buku ini, terdapat pengajaran yang boleh saya belajar. Cendekiawan Islam yang disebut dalam buku ini mengkhatam dan menghafal Al Quran sejak kecil. Mereka diberi didikan agama di peringkat awal. Pentarbiyahan agama yang baik menjadi jiwa mereka bersih dan hati yang kuat. Melalui Quran, mereka menelaah kejadian alam dan keajaibannya. Dari sinilah mereka mengkaji alam dan memikir Penciptanya. Penyelidikan, penciptaan dan inovasi yang dibuahkan merupakan pencerakinan seperti apa yang dihikmah terkandung dalam Al Quran. Al Quran yang diperturunkan sudah menghidangkan makna yang luas, hanya hamba-hambaNya sahaja mencari penyelesaian terhadap persoalan dan kehidupan.
![]() |
| iqra' |
![]() |
| Rekaan Kumpulan Robot Penyanyi (Al-Jazari) |
Al-Jazari seorang ilmuwan dalam bidang kejuruteraan dan robotik telah mencipta sistem pembekalan air ke masjid dan ke hospital Diyarbakir, Turki. Beliau juga memodelkan robot penyanyi dan pemain muzik yang berupa robot duduk dalam sebuah bot belayar di sebuah tasik sambil mengalunkan muzik. Begitu juga Ibnu Firnas yang mencipta sepasang sayap untuk terbang. Beliau juga membuat latihan diri dengan melakukan eksperiman penerbangan ini. Konsep penerbangan ini diambil dengan memerhatikan cara bagaimana burung terbang dan keupayaannya menghinggapi dengan sayapnya.
![]() |
| Halaman pada Kitab Al-Hayawan (Al-Jahiz) |
Manakala Ibnu Sina, bapa perubatan yang terkenal dengan kitab 'Qanun fi Al-Tibb' telah menyiapkan 238 karya sepanjang hayatnya. Merencanakan penulisan ini memberi sumbangan hebat kepada kemajuan peradaban dunia. Ia seterusnya menjadi rujukan besar kepada generasi timur dan barat. Ini pernah diakui oleh sarjana barat, Bertrand Russell (1872-1970) terhadap sumbangan peradaban Islam dalam membangunkan tamadun moden Barat yang sebelum ini menempuhi abad kegelapan.
Dalam mendepani cabaran dunia hari ini, umat Islam jangan meremeh bakat yang ada. Hakikatnya, idealisme dan bakat sebenarnya boleh dijelmakan dalam diri dan membentuk siri kejayaan dalam pelbagai lapangan. Pengetahuan yang baik akan menghasilkan inovasi yang gah. Pengalaman luas akan membantu memaknai wawasan merentasi arus zaman dengan gemilang. Jika kita biarkan potensi diri tanpa usaha penggilapan, kita akan terus ketinggalan, dicengkam atau 'diracuni' oleh tamadun/koloni bertentangan dengan nilai-nilai Islam. Pengalaman tokoh-tokoh Islam yang lalu boleh dijadikan panduan. Mereka terus unggul mendahului zaman kerana kekuatan diri seperti yang disebut di atas. Hikmahnya dengan mempelajari dan terus belajar. Paling penting jangan melupai agama!| cetusan Faisal |
Wednesday, January 30, 2013
Sambutan Maulidur Rasul 1434, Masjid Sultan Azlan Shah, Ipoh
--------------------------------------------------------------------------------
There has certainly been for you in the Messenger of Allah
an excellent pattern for anyone whose hope is in Allah
and the Last Day and [who] remembers Allah often.
[ Surah Al-Ahzab 33 : 21 ]
--------------------------------------------------------------------------------
![]() |
| Ustaz Badli Shah |
Similiarly in our life, it's actually not something hard to uphold trustworthy (kejujuran) in ourselves. But, if one lose his trustworthy, he/she no longer had confidence by people and one getting difficult to maintain relationship with family, friends and community. This was the content parts of ceramah Majlis Maulidur Rasul 1434H at Sultan Azlan Shah Mosque, Ipoh just now, speech by A.F. Ustaz Badli Shah Alauddin (Jabatan Agama Islam Pahang). The ceramah started after Maghrib prayer and I with my family took this opportunity to embrace more understanding from ceramah delivery. After ceramah, jamaah including students were solat Isyak together, imam by A.F. Ustaz Haji Radzi Kamarul Hailan. Alhamdulillah :)
Peace and blessings upon
our honest and trustworthy Rasulullah SAW
اللهم صلي على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلم
Salam Maulidur Rasul 1434 Hijriah
"Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah"
| cetusan Faisal |
Location:
Ipoh, Perak, Malaysia
Thursday, November 8, 2012
Memahami Hamas Melalui Buku Khaled Hroub
Judul : Hamas, A Beginner's Guide
Penulis : Khaled Hroub
Penerbit : Pluto Press
Tahun Terbitan : 2006
Halaman : 169
ISBN : 9780745325910
Genre : organisasi | politik | kerajaan | kenegaraan | isu semasa | Islam
Hamas bukan saja sebuah parti mendukung pembebasan bumi Palestin daripada penguasaan Zionis Yahudi, tetapi merupakan gerakan pertubuhan memayungi rakyat Palestin tercinta. Semenjak Hamas memenangi pilihan raya 2006 lalu, Hamas membuktikan merekalah pelindung kebajikan rakyat dan memperjuangkan isu-isu Palestin yang tidak pernah selesai. Menteri-menteri Hamas berkhidmat segala mungkin, memotong gaji mereka dan mengenepikan pelbagai keistimewaan demi tanggungjawab kepada rakyat jelata yang sedang mendepani ujian kehidupan serba mencabar.
Buku ini mengupas sejarah panjang dan susur-galur perjuangan Hamas yang bermula dari gerakan di Mesir. Hamas adalah lahir dari Ikhwan al-Muslimin dan ia tidak boleh disamakan sebagai Al-Qaeda atau mana-mana pertubuhan ekstremis. Ia merupakan sebuah gerakan organisasi dinamisme yang mempunyai ideologi, strategi dan gagasan yang melihat isu Palestin merupakan perjuangan bersama-sama umat Islam dunia bagi membebaskan bumi Palestin daripada dinodai cengkaman Zionis Yahudi.
Dengan gaya penyampaian secara soal jawab, penulis Khaled Hroub yang merupakam seorang sarjana di Universiti Cambridge menemukan maklumat sebenar mengenai Hamas (kini pertubuhan kepimpinan sah kerajaan) yang sering dikabur dengan maklumat salah ala Barat. Tidak dapat disangkal sumbangan Hamas dalam usaha menjaga kebajikan pelarian, pendidikan dan kesihatan adalah tanggungjawab sosial yang diberikan sebelum memenangi pilihanraya lagi. Tercetusnya intifada (1987), sokongan mula meluas terhadap Hamas dan ia terus melonjak dari pelosok daerah sehingga ke peringkat universiti.
Sheikh Ahmad Yassin, Abdul Aziz al-Rantisi, Mahmoud al-Zahhar, Ismail Haniya, Aziz Duwaik, Naser al-Sha'er, Khaled Mishal, Mousa Abu Marzouq, Syeikh Salah Syahadah, Ibrahim Maqadmah, Ismail Abu Shanab adalah nama-nama besar sinonim dengan perjuangan Hamas. Mereka dihadap dengan pelbagai rintangan dan di kalangan mereka menemui syahid. Namun begitu Hamas dalam merentasi masa terus melahir generasi pembebas termasuk anak-anak muda memperjuangkan rakyat dan bumi Palestin. Isu perjuangan untuk mengembali dan mengikitiraf Palestin boleh dilihat dari banyak sudut.
Pertama, di Palestin merupakan sebuah negara yang terdapat warga rakyatnya bermastautin yang terdiri Islam (majoriti) dan Kristian (minoriti) namun dinafikan tanah kependudukan oleh negara haram baru bernama Israel. Warganya walaupun majoriti Islam, ia tetap mengiktiraf penduduk Kristian untuk hidup secara bersama secara harmoni.
Kedua, di Palestin terdapat Masjid Al-Aqsa iaitu masjid yang mendapat tempat kebajikan yang tinggi selepas Masjidil Haram di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah seperti yang disabda Rasulullah SAW.
Ketiga, di Palestin terdapat tempat-tempat sejarah awal kedatangan dan penyebaran Islam.
Keempat, Palestin merupakan tempat lahirnya para anbia membawa Islam ke dunia.
Kelima, Palestin sebuah negara yang dihuni oleh saudara-saudara Muslim yang mana mereka berhak untuk terus hidup, menjalani kehidupan seharian dan dibantu oleh kita sesama muslim.
Palestin pernah dibebaskan ketika pahlawan Salahuddin Al-Ayubi menakluki Palestin pada tahun 1187. Apakah tidak mustahil Palestin terbuka belengunya suatu hari nanti. Usaha kita bukan menanti suatu hari nanti tetapi inisiatif ini bermula sekarang dengan menguatkan perpaduan, strategi, pertahanan, bersama menghulurkan bantuan dan terus berdoa. Saudara-saudara kita di sana sejak dahulu lagi hampir saja setiap hari bergelumang dengan pahit getir dan kita di sini dari sekecil-kecilnya usaha sehingga sebesar-besarnya ikthiar perlu menggarapkan kekuatan dan keprihatinan bagi membela rakyat Palestin terpinggir. Semoga!
| cetusan Faisal |
Monday, November 5, 2012
Khidmatnya Baik, Bermanis Muka dan Berlapang Dada
Saya akhirnya terjaga dari lamunan tidur. Jam di dashboard kereta menunjukkan 2.11 pagi dan saya masih berada di Hentian Bukit Gantang. Bertolak waktu malam dari UUM untuk ke Ipoh menyebabkan saya 'terdampar' seketika di hentian lebuh raya tersebut. Hari ini bertolak lewat. Ada diskusi dengan kawan-kawan saya di kampus. Di luar kereta, persekitarannya masih lembap dan basah akibat musim hujan yang panjang kebelakangan ini. Saya terus kembali mengingatkan diri untuk membeli buah tangan sebelum pulang ke Ipoh.
Di gerai buah, kelihatan seorang remaja lelaki sedang asyik menekan sesuatu pada handfon. Bermain games barangkali, melawan mata di larut malam agar jangan tidur lagi. Sampai saja saya di gerai, dia bergegas berhenti bermain dan tengok-tengokkan apa yang saya perlu. Cantik sekali khidmatnya kepada 'tetamu' yang bertandang.
"Saya ambil buah ini," kata saya sambil menunjukkan buah betik tersusun atas para. "Err.. jangan ambil buah ni lah abang, bawahnya tak beberapa elok pulak," pintas remaja yang baru tersedar buah yang sedikit rosak itu. Buah-buahan betik di atas para semuanya dah cukup masak. Ia sedia untuk dimakan apabila saya pulang ke rumah nanti. Kejujurannya dalam memberitahu keadaan buah dan cuba memilih yang terbaik menjadi kesukaan saya.
"Kalau begitu, saya ambil yang ini," pilih saya.
"Hmm..okay," ujar remaja ini.
Saya menambah buah-buahan honeydew dan ciku dalam pembelian saya. Saya cukup senang dengan khidmat yang ditawarnya. Bermanis muka menyambut pelanggan dan berlapang dada dalam aktiviti niaganya. Apabila saya tanya sesuatu mengenai buah-buahan di gerainya, dia tidak berat mulut menjawabnya. Malah dia menyelitkan pertanyaan jika ada apa-apa lagi yang hendak saya beli. Di akhir jual beli, dia tidak lupa mengakadkan dengan perkataan 'saya jual' dan diikuti balas saya, 'saya beli'. Dalam Islam, akad jual beli memuktamadkan urusan jual dan beli antara peniaga dan pelanggan. Berakad menambah kesepakatan dan keberkatan. Berakad mencantik urusan jual beli. Berakad mencari keredhaan Ilahi. Islam agama yang sempurna. Kedatangan Islam menghalalkan usaha jual beli tetapi mengharamkan riba.
Apa yang yang saya cuba sebutkan di sini, bahawa remaja tersebut begitu berakhlak dalam menjaga keperluan pelanggannya. Ia begitu cepat dalam menengokkan pelanggannya. Apabila seseorang itu lambat dalam servis yang diberikan, kemungkinan orang ramai tentu tidak akan pergi ke kedainya. Ia juga lama-kelamaan menjejaskan prestasi jualan produknya. Mutu perkhidmatan yang disediakan tidak kira perniagaan secara kecil-kecilan atau besar-besaran harus berkualiti senantiasa. Kisah ini mungkin nampak kecil, tetapi jika ramai umat Islam yang menawar perkhidmatannya yang beradab dan memuaskan hati pelanggan/pengguna, impaknya besar kepada dunia perdababan Islam.
Saya meluncurkan perjalanan saya yang masih berbaki lagi untuk sampai ke Ipoh. Di keheningan malam, saya terfikir andainya ramai remaja seperti ini alangkah indahnya muamalah Islam.
| cetusan Faisal |
Saturday, October 27, 2012
Mencari Kebenaran, Suatu Dialog Islam-Kristian
Judul : Mencari Kebenaran, Suatu Dialog Islam-Kristian
Narator : K.D. Bahaudin Mudhary
Ilustrasi Naratif : Rossem
Penerbit : Persatuan Ulama Malaysia (PUM)
Tahun Terbitan : 1998
Halaman : 122
Genre : agama | soal-jawab | ad-din | dialog
Dialogue is the most beautiful encounter between the two sides. Through dialogue, the ideals of reasoned argument, point of view and better understanding can be forwarded. Dialogue with Christians or non-Muslims cannot take it lightly, but filled with scholarly and thoughtful approach.
Mentioned in the Quran:
Invite to the way of your Lord with wisdom and good
instruction, and argue with them in a way that is best. Indeed,
your Lord is most knowing of who has strayed from His way,
and He is most knowing of who is [rightly] guided.
[ An-Nahl 16 : 125 ]
And do not argue with the People of the Scripture
except in a way that is best, ..
[ Al-Ankabut 29 : 46 ]
Ustaz Bahaudin and brother Antonius find the best enlightenment of the two religions, the Christian religion has a big believers in the world and Islam as a religion that covers the world and the hereafter, so quickly spread across the world. Congratulations to Ustaz Bahaudin in finding the truth. The rest is Allah's guidance and hidayah to guide his lovers. Subhanallah!
Brother Antonius finally turned to Islam. He was inspired seeing and hearing something that impressed himself by means of holy Quran. Through Quran, it provides solution to every problem and answer to every question. In our history time, there were many people have been converted to Islam. Zaid Shakir, Yvonne Ridley, Bilal Philips, Yusuf Estes, Jermaine Jackson, Malcom X, Lauren Booth, Hussain Yee, Yusuf Islam are the names who have been accepted Islam in their life.
Among them have become scholar dan daie. They speak the truth of Islam. They spread the wonderful of Islam. There is beauty in Islam which stole the hearts of believers and Islam is a syumul religion covering dimensions of life.

Monday, October 1, 2012
Menjejaki Biografi Agung Rasulullah SAW
Judul : Biografi Agung Rasulullah Sallallahu Alayhi Wasallam
Penulis : Rusydi Ramli Al-Jauhari
Penerbit : Must Read
Tahun Terbitan : 2012
Halaman : 368
ISBN : 978-967-5426-90-2
Genre : biografi | sirah | ketokohan
--------------------------------------------------------------------------------
Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad),
melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.
[ Surah Al-Anbiya' 21 : 107 ]
--------------------------------------------------------------------------------
Biografi Agung Rasulullah SAW merupakan sebuah buku istimewa yang di dalamnya dipenuhi dengan santapan ilmiah bagi menjejaki sirah tokoh agung insan bernama Muhammad. Ia boleh dianggap sebuah karya seumpama ensiklopedia dan rujukan penting yang mesti dalam milikan. Disertakan dengan ayat Al-Quran dan hadis yang bukan sedikit, ia menemukan pembuktian nyata tentang sosok peribadi dan perjalanan besar junjungan mulia Rasulullah SAW. Disamping itu, terdapat lampiran salasilah keluarga nabi, piagam madinah, wasiat nabi, imej bersejarah dan barangan milik baginda untuk ditelusuri umatnya sebagai pecinta nabi. Teksnya disusun rapi mengikut topik memudahkan penyusuran dari bab ke bab.
Nabi Muhammad SAW merupakan suri teladan kepada umat dunia. Diutuskan baginda ke dunia adalah bagi menyempurnakan akhlak manusia memandu kepada tuhan yang satu, Allah azzawajalla. Kehidupan jika dibahtera tanpa panduan, maka pincanglah erti kehidupan ini. Maka pandulah diri dengan mengikuti ajaran baginda. Bukalah hati untuk menerima cahaya sunah agar kita tidak terus tenggelam dalam kegelapan. Sesungguhnya baginda telah meninggalkan kita seribu empat tahun lalu, sayugia manusia tidak selama-lamanya sesat selagi mengukuh diri dengan Al-Quran dan sunnah yang dibawa baginda SAW. Menjejak perjalanan baginda dalam kembara di helai-helaian muka ini sebenarnya merupakan proses mendekatkan sayangnya kita kepada baginda SAW.
"Ya Allah, anugerahkan rahmat dan kesejahteraan yang sempurna ke atas penghulu kami Nabi Muhammad, yang dengan berkatnya terhurai apa yang tersimpul, terlepas daripada segala kesusahan, juga ditunaikan segala hajat, dan tercapai segala keinginan, dan akhir hayat yang baik, dan dicurahkan rahmat, hasil keberkatan wajahnya, yang mulia, kerahmatan dan kesejahteraan yang sempurna Engkau anugerahkan juga ya Allah, ke atas keluarga dan sahabatnya dengan kiraan setiap kerdipan mata, juga hembusan nafas dan setiap bilangan ilmu yang ada bagiMu."

Friday, August 17, 2012
PETRONAS dan BERNAS 2012 | 1433: Filem Pendek dan Iklan Raya ~ Mengesankan Hati
PETRONAS: 'Stranger'



BERNAS: 'The Journey'



Hari Raya lebih bermakna
apabila mereka yang lebih memerlukan
tiadalah berpisah, dibaja bunga-bunga kasih,
dipupuk bibit-bibit persaudaraan,
merayakan perayaan besar lagi teristimewa
sesama kita semuanya
Selamat Hari Raya 'Idilfitri 1433 hijriah.

Monday, August 13, 2012
Memeka Nasib Umat Islam di Myanmar
Tatkala kita gembira dengan kejatuhan rejim pemerintahan di Tunisia, Libya dan Mesir, kebangkitan rakyat diraikan dan kemunculan sinar Islam terus dinantikan. Kemunculan Islam yang syumul diharapkan dapat membina kegemilangan tamadun Islam yang pernah dilenyapkan sejak 1921 di Turki.
Biarpun kita menyenangi kebangkitan rakyat menggantikan pemerintahan kuku besi, di suatu sudut kita amat bersimpati pergolakan umat Islam di Myanmar. Umat Islam di sana bergelumang dengan berbagai penindasan. Saudara kita diusir dari bumi tanah tumpah darahnya digantikan dengan pembunuhan berdarah. Saudara-saudara kita dinista, diusir, diserang, dipukul, dibelasah, diumpan dan disembelih. Rumah-rumah kediaman menjadi tempat berteduh terus dibakar. Hak-hak mereka dirampas lalu dinafikan. Anak-anak perempuan Islam dirosak kehormatannya. Kanak-kanak menjadi mangsa rakus tidak berperikemanusiaan. Ini semua direkayasa junta biadab Myanmar.
Atas nama pembersihan etnik, ia tidak ubah seperti yang berlaku di Palestin sejak 1948 dan tidak berbeda apa yang berlaku di Bosnia Herzegovina pada tahun 1992. Dalam suasana dunia menerima kedatangan Ramadhan di tahun ini dan dalam masa dunia menumpukan sukan Olimpik berprestij, apakah kepedulian kita terhadap saudara-saudara kita di sana masih ada? Bagaimana kita mendepani isu ini tatkala kita menghirup berkah Ramadhan manakala saudara-saudara seagama dengan kita bergelut derita dan sengsara? Andainya seluruh negara-negara Islam dunia bersatu, ketidakgerunan oleh musuh-musuh Islam dapat dipencilkan, jauh sekali menyempit kehidupan umat Islam seanteronya.
Mengambil petikan firman Allah SWT dalam surah Al-Anfal:
"Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu dan kamu tidak akan dianiaya. [Al-Anfal 8: 60]
Saudara, ambil inisiatif untuk membantu mereka. Pekalah nasib mereka di sana. Lantas, usahakanlah semampu mungkin: kewangan mahupun material melalui saluran yang ada. Doakanlah mereka di sana. Pastinya pintu langit terbuka luas di Ramadhan mulia ini. Semoga mereka selamat dari tangan-tangan yang zalim.
"Ya Allah ya tuhan kami, selamatkanlah umat Islam kami di Myanmar, lindungilah mereka, bantulah mereka. Tempatkanlah mereka di bawah naunganMu. Mudahlah urusan mereka di sana. Ya Allah, pecah-belahkan puak kuffar mengganggu-gugat kedamaian umat Islam Myanmar. Amin, ya rabbal 'alamin."

Saturday, July 28, 2012
Adab Cara Letak Buku Agama

Buku agama ialah buku berunsur kerohanian yang di dalam terdapat keagungan kalimah yang perlu dijaga. Genre buku agama adalah banyak sekali seperti dalam judul sejarah, motivasi, pengurusan, politik, sains, perubatan, syariah dan sebagainya. Mushaf Al Quran juga dikategorikan dalam buku agama. Acap kali terjadi buku-buku agama yang dipamerkan di rak dalam susunan yang tidak kena. Buku-buku agama diletak pada susunan yang rendah sehingga mencecah kaki. Kedudukan perletakan lebih rendah membawa potensi kepada terlanggar, tersepak dan terlangkah.
Melalui pengalaman saya, saya pernah terlihat kedudukan buku agama disusun dalam keadaan yang tidak sesuai. Buku-buku agama di rak kedai diperagakan di bawah aras lutut sedangkan buku berkategori lain pada sudut atas. Hakikatnya, apabila pengunjung melalui zon buku agama ini, ia menyelisih betul-betul pada kaki. Di suatu tempat, terdapat peniaga meletakkan buku agama atas papan. Papannya pula terlalu rendah yang sama tinggi dengan buku lali. Ini juga mendedah kepada risiko terlangkah atau tersandung.
Di perpustakaan walaupun buku-buku disusun mengikut sistem genre dan kategori, buku-buku agamanya disusun bermula ruang rak atas sehingga ke ruang rak sangat bawah. Jika terdapat susunan kitab Al-Quran pada aras bawah sekali tentu ia sepatutnya tidak berlaku sama sekali. Apabila seseorang itu mencapai buku di bahagian rak atas dengan menggunakan bangku bantu, ini mengakibatkan kedudukan kakinya melampaui deretan buku agama di bahagian bawahnya.
Relatifnya buku-buku agama sering didominasi dan diakui teks yang mengandungi kalimah murni dan tulisan ayat-ayat suci Al Quran. Kalimah suci tersebut perlu dijaga kehormatannya. Cara letak buku agama dengan susunan yang betul merupakan sebahagian adab memelihara buku-buku agama daripada berada dalam keadaan yang tidak kondusif. Terus, bagaimana adab yang sesuai untuk peragaan buku agama ini? Saya mengemukakan tip-tip seperti berikut:
- Peragakan buku-buku agama pada kedudukan tinggi dan selamat.
- Elakkan buku-buku agama disusunkan memanjang sehingga ke paras lebih rendah, sebaliknya lebihan buku-buku agama boleh disusun sebelah kanan atau kiri rak, jauh dari paras terkebawah.
- Jika memerlukan buku-buku agama diletakkan di atas papan, tinggi bangku papan sekurang-kurang pada aras pinggang.
- Elakkan kitab Al Quran ditindih dengan buku-buku lain. Organisasikan mengikut pengkhususan Al Quran sahaja.
- Jauhi posisi peragaannya berhampiran dengan patung, bahan tidak bermoral, bahan yang menjolok mata atau dianggap boleh merendahkan kemuliaan ayat suci Al Quran.
- Jika menjual buku-buku agama secara bergerak (berkenderaan), jangan memilih lokasi di kawasan tepi-tepi longkang, tepi tandas, tempat kotor atau kawasan berbau tidak menyenangkan. Peragakan buku-buku agama di persekitaran bersih.
Saturday, July 21, 2012
Bertemu Ramadhan yang Barakah
Wahai orang-orang yang beriman!
kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana
yang telah diwajibkan ke atas orang-orang
yang terdahulu sebelum kamu,
semoga kamu bertaqwa.
[ 2. Al-Baqarah : 183 ]
Bulan Ramadan yang padanya
diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk
bagi sekalian manusia, dan menjadi
keterangan-keterangan yang menjelaskan
petunjuk dan (menjelaskan)
perbezaan antara yang benar
dengan yang salah...
[ 2. Al-Baqarah : 185 ]
----------------------------------------------------------------------------------
Salam Ramadhan Al Mubarak 1433 hijriah.
Selamat menjalani ibadah puasa, mengerjakan amalan soleh
dan seterusnya menuju diri kepada darjat ketaqwaan disisiNYA
----------------------------------------------------------------------------------dan seterusnya menuju diri kepada darjat ketaqwaan disisiNYA
Thursday, May 24, 2012
Soal-Jawab Bersama Ustaz Azhar Idrus Dibukukan
Judul : Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Permasalahan Semasa
Penulis : Ustaz Azhar Idrus
Susunan : Ahmad Badrul Hisam A. Razak
Terbitan : PTS Islamika
Tahun Terbitan: Oktober 2011
Halaman : 180
ISBN : 978-967-366-102-2
Genre : Islam | Ad-Din | Soal-Jawab | Fiqah | Syariat
-------------------------------------------------------------------------
Orang yang selalu ditipu adalah orang muda
yang menyangka bahawa kematian itu
berlaku hanya pada orang tua.
- Ustaz Azhar Idrus
-------------------------------------------------------------------------
Azhar Idrus, satu nama yang tidak asing di kalangan masyarakat kita. Beliau ialah guru, daie, ustaz dan ulama. Beliau ialah mu'allim kepada muta'allim. Penyampaiannya sentiasa dekat di hati di khalayak ramai. Barangkali media utama seperti tv, radio, surat khabar arus perdana mungkin 'tidak mesra' dengan beliau, namun sinonim dengan media baru melalui internet, you tube, facebook, blog dan twitter, ia mampu menyerlahkan nama beliau sehingga ke persada masyarakat bandar dan desa. Fenomena beliau di media maya menyebabkan beliau turut mendapat gelaran 'Ustaz You Tube'. Bergerak dari ceramah masjid, surau, pentas ceramah, padang awam sehingga memenuhi undangan institusi, ustaz azhar tanpa payah dan jemu mengajar kepada mereka yang dahaga ilmu.
Kehebatannya mendepani persoalan isu semasa, muamalat, hukum, kekeluargaan sehingga bab-bab rahsia atau sensitif yang biasanya orang segan hendak tanya menyebabkan beliau terus densiti dan relevan dengan ranjau kehidupan ummah masa kini. Beliau dilihat santai, humor dan bersahaja sebaliknya apabila berbicara akan hukum, ilmunya cukup mendalam menyampaikan kebenaran. Atas sebab itu majlis ilmunya selalu mendapat tarikan. Sambutan ceramahnya sering penuh di masjid, dewan dan padang. Seorang kawan India saya pada 2 bulan lalu turut mengejutkan saya. Katanya dia merupakan peminat kepada Ustaz Azhar. Siri ceramahnya ditontoni melalui laman You Tube. Tambahnya lagi, apa yang dia suka penyampaiannya spontan, ringkas dan kekadang sampai membuat orang ketawa. Dari situ dia secara tidak langsung dapat memahami konsep Islam yang dianuti majoriti di negara ini.
Ustaz Azhar Idrus
Kredit Gambar: Facebook Ustaz Azhar Idrus
Kuliyah Perdana di Dataran Stadium Sultan Muhammad IV,
Kota Bharu Kelantan (13/05/2012)
Kredit Gambar: Blog Ustaz Azhar Idrus
Ustaz yang berasal dari Terengganu cukup mesra dan mudah tersenyum apabila disapa. Beliau juga tidak kekok dalam menjayakan program ceramah bersama pemimpin agama, ahli politik dan celebriti. Gandingannya bersama celebriti Bob Lokman, Zizan, Sham Kamikaze, kumpulan XPDC menunjukkan keterbukaan beliau mengisi acara santai ilmiah disamping menawan hati anak muda dan remaja hari ini.
Buku ANDA BERTANYA USTAZ AZHAR IDRUS MENJAWAB BERKENAAN PERMASALAHAN SEMASA merupakan himpunan soal-jawab bersama Ustaz Azhar Idrus bersama dengan jemaah masjid, tetamu, penonton dan masyarakat Islam di negara ini. Buku yang disusun oleh saudara Ahmad Badrul Hisam A. Razak merupakan koleksi soal jawab yang diambil melalui siri-siri cermah Ustaz Azhar yang disalin dalam VCD dan laman web rasmi beliau. Buku ini diterbit PTS, Oktober 2011. Menurut sumber PTS, buku beliau begitu popular sehingga terjual lebih 130 ribu unit dalam tempoh 6 bulan selepas terbit.
Buku ini dibahagikan kepada 12 bahagian dengan topik-topik berikut:
• Minyak Wangi Tanpa Alkohol
• Hukum Kencing Tidak Lawas
• Cara Mandi Wajib
• Membersihkan Karpet Masjid Yang Terkena Air Kencing
• Mandi Junub Atau Mandi Wajib
• Perbezaan Air Mani Dan Air Mazi
• Penggunaan Botol Arak
• Samak Jaket Kulit Khinzir
• Bawa Lori Najis
• Kasut Berkulit Babi
• Kemeja Sutera Campuran
• Samak Kereta Terkena Anjing
• Adab Masuk Tandas
• Kencing Berdiri
• Makanan Dimasuki Semut
• Membersihkan Barang Bundle
• Bangkai Dalam Air
• Veterinar Memegang Anjing
• Mentayamumkan Mayat
• Berkhitan Bagi Kanak-Kanak Perempuan
2 WUDUK
• Berwuduk Dalam Keadaan Telanjang
• Berwuduk Dalam Keadaan Tangan Bersimen
• Ukuran Mata Kaki Dalam Wuduk
• Mandi Wajib Tanpa Wuduk
3 SOLAT
• Azan Sebelum Masuk Waktu Solat • Azan Subuh Dua Kali
• Perbezaan Waktu Solat
• Waktu Solat Di Negeri Orang
• Keliru Arah Kiblat Ketika Dalam Gua
• Tempat Niat Solat
• Bacaan Dalam Solat
• Sukar Melafazkan Bacaan-Bacaan Solat
• Memejamkan Mata Ketika Solat
• Bacaan Pengganti Basmalah
• Menggantikan Imam Yang Batal Solat
• Qada (Menggantikan) Solat
• Dua Jemaah Dalam Satu Masjid
• Menggerakkan Jari Semasa Tahiyat
• Solat Hormat Waktu Dalam Penerbangan
• Solat Bersama Anak Bawah Umur
• Membaca Doa Qunut
• Meletak Tangan Di Atas Paha Ketika Duduk Di Antara Dua Sujud
• Kerap Tertinggal Solat Subuh
• Bercakap Ketika Khutbah
• Kurang Faham Mengenai Solat Jamak dan Qasar
• Mendengar Khutbah Jumaat Sambil Mengambil Nota
• Solat Jumaat di Negara China
• Solat Zuhur Wanita Uzur pada Hari Jumaat
• Solat Sunat bagi Menampung Solat Fardu
• Niat Solat Tahajjud
• Bilangan Sujud Sajadah
• Solat Sunat Taubat
• Waktu Luput Solat Sunat Duha
4 PUASA
• Korek Hidung Semasa Berpuasa
• Hukum Berkumur dengan Lesterine Pada Siang Bulan Puasa
• Masuk Air Sebab Sakit
• Ganti Puasa
• Mengeluarkan Air Mani dengan Sengaja Di Bulan Puasa
• Fidyah Solat dan Puasa untuk Ibu yang Meninggal Dunia
• Puasa di Bulan Rejab dan Syaban 47
5 ZAKAT
• Kewajipan Zakat ke atas Remaja • Orang Tua Menerima Zakat
6 HAJI DAN UMRAH
• Menunaikan Haji Dalam Keadaan Berhutang
• Mencium Hajarul Aswad Selepas Tawaf
• Upah Haji untuk Ibu
7 AURAT
• Aurat Menantu • Aurat di dalam Televisyen
• Melihat Aurat Lelaki
• Aurat di Laman Rumah
• Aurat Lelaki 60
• Aurat Di Hadapan Bukan Islam
• Hukum Buka Baju dan Memakai Seluar Pendek
8 JUAL BELI
• Jual Beli Barang Lama
• Jual Beli Binatang
• Loan (pinjaman) Kereta
• Peraduan
• Ambil Barang Orang Bukan Islam
• Claim (Tuntutan Semula)
• Bersedekah Dengan Wang Haram
9 NIKAH DAN KAHWIN
• Hukum Suami Ambil Duit Isteri
• Tidak Mahu Berkahwin
• ‘Couple' (berpasangan)
• Ibu Bapa Memilih Pasangan Hidup Untuk Anaknya
• Isteri Solehah
• Ingin Tahu Jumlah Isteri Nabi
• Suka Kepada Perempuan
• Nikah Gantung
• Hukum Zina Sebelum Kahwin
• Kelahiran Anak dan Belah Mulut (Tahnik)
• Pahala Bagi Perempuan
• Ambik Anak Angkat
• Ingin Bayi Comel
• Pewaris Gugurkan Janin
• Hubungan Dengan Bekas Bapa Tiri
• Kehendak Isteri dan Kuliah Jumaat
• Jilat Kemaluan Isteri
• Oral Seks
• Berjimak Pada 1 Syawal
• Keliru Sentuh Air Mani
• Krisis Rumah Tangga
• Cerai Talak Tiga
• Hukum Suami Keluar Malam
• Berkahwin dengan Amanah Ibu
• Amanah Tidak Mencukur Rambut Anak
10 AL-QURAN
• Membeli al-Quran • Hukum Terkentut Sewaktu Membaca al-Quran
• Hukum Meletakkan al-Quran di Kepala
• Hafaz al-Quran
• Orang Kafir Memegang al-Quran
• Wanita yang Memotong Badannya Sendiri
• Gantung Ayat al-Quran
• Hukum Wanita Membaca al-Quran
• Mengubah Diri dengan al-Quran
• Hukum Membaca Ayat al-Quran di dalam Tandas
11 HALAL DAN HARAM
• Hukum Merokok
• Halal Ataupun Haram Sarang Burung
• Hukum Onani
• Meluruskan Rambut (Rebonding)
• Hukum Upah Sembahyang Jenazah
• Hukum Wanita Memakai Wangian
• Hukum Lelaki Memakai Cincin Suasa
• Hukum Bekerja di Kilang Percetakan Akhbar
• Hukum Memakai (braces) Gigi
• Mengeluarkan Fatwa
• Membuat Ukiran Khat
• Halal Atau Haram Makan Kucing
• Hukum Makan Keldai
• Hukum Bayar Wang Pinjaman Ceti
• Hukum Jual Lintah
• Bantal Bulu Angsa
• Hukum Memakai Tali Leher
• Bertanya Khabar dan Waalaikumsalam
• Lelaki Berinai?
• Kelebihan Buluh Perindu
• Hukum Bunuh Cicak
• Memakai Baju Berlogo Carlsberg
• Kubur Campuran Islam dan Kafir
• Hukum Mengunjungi Tempat Rekreasi Hiburan
• Hukum Pergi ke Rumah Kawan Perempuan Pada Hari Raya
• Menyimpan Bahan Lucah
• Hukum Membela Gecko
• Hukum Bekerja dengan Majikan Yang Fasik dan Kafir
• Video Seksaan Kubur
• Mendengar Ceramah Perempuan
• Hukum Bermesej (SMS)
• Hukum Berkongsi Bekas Minuman
• Hukum Pertandingan Ayam Serama dan Memancing
• Hukum Mengungkit
• Hukum Melawat Zoo
• Melanggar Sumpah
• Hukum Melihat Jenazah
• Akikah Orang Dewasa
• Status Syahid Pengebom Bali
• Menjawab Salam SMS
• Makna Jihad
• Nasihat Kakak
• Tali Pengikat Jenazah
• Boleh Percaya atau Tidak
• Ciri-Ciri Orang Fasik
• Wali Fasik
• Hukum Menggunakan Umpan Katak dan Anak Ikan
• Mencukur Bulu Roma
• Hukum Memakai Celak
12 ISU SEMASA
• Hukum Memakai Sutera
• Salam Bukan Islam
• Terjumpa Barang Kemas
• Menggantung Gambar Sarjana Islam
• Fatwa Memakai Gelang Kesihatan
• ‘Insyaallah’ Itu Satu Janji
• Hidangan Arak di Hotel
• Pekerjaan Memasang CCTV (kamera litar tertutup)
• Mencuri di Pasar Raya
• Hijab Antara Pelajar Perempuan
• Hukum Beri Salam Ketika Sedang Makan
• Pemakaian Niqab (Purdah)
• Bawa Telefon Bimbit Perisian al-Quran
• Menggunakan Pinggan di Restoran
• Mengaji Atas Kubur
• Menghias Kubur
• Sedekah
• Bermain Snuker
• Hukum Mencium Tangan Semasa Bersalam
• Kesucian Masjid
• Pakai Topi (Cap)
• Hukum Menonton di Pawagam
• Pembuatan IVF( Bayi tabung uji)
• Memakai Gelang Kaki
• Mesin Pakaian Basuhan Automatik
• Adab Memakai Cincin
• Vaksin Daripada Binatang Haram
• Doktor Lelaki Menyambut Bayi
• Hukum Urut Zakar
• Majlis Makan Malam
• Menyimpan Janggut
• Perbezaan Sunni dan Syiah
• Mubahallah
• Lukisan Lucah
• Bermain Gitar
• Mengumpat Orang Bukan Islam
• Tuntutan Kerja Lebih Masa (Overtime)
• Meminta Restu
• Kematian: Mayat Budak
• Fitnah Kehidupan, Kematian dan Kubur
• Memakai Pakaian Dipinjam
• Pelajar Ponteng
• Pertandingan Futsal
• Golongan Syed dan Syarifah
• Minyak oh Minyak
• Membela Binatang Peliharaan
• Doa dan Nyanyian
• Mengampu Majikan
• Orang Bukan Islam Melafazkan Tasbih
• Wanita Terlanjur Keliru
• Hukum Rotan
Sebahagian Siri Ceramah Ustaz Azhar Idrus
Bahagian 2
Bahagian 3
Subscribe to:
Posts (Atom)








































