Showing posts with label desain. Show all posts
Showing posts with label desain. Show all posts

Thursday, August 30, 2012

Rak Buku: Misi 'Sua Ceria'

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhOku-YBuF3mNfUW2EHJDToaT-DLthUyvifHPI0YQB4qedX-hcCQh-TFU1vpnCPL1ya5QGm80mKdTpVYQMDCNQDGLfI_SN14k961LtTyu95baSD5-B5zikFDgKuG3Rb3gEWCy89AbNAeVWD/s1600/rak+buku+damaisuria+.jpg

Ini ialah rak buku saya, kategori bukan fiksyen. Terisi dengan buku-buku ilmu dan berbagai genre, rak ini mekar terletak di ruang kamar saya. Persepsi terhadap buku-buku di rak begitu banyak. Bagi saya, ia merupakan sumber inspirasi siang dan malam saya tatkala berada di ruang kamar.

Buku-buku sebelum ini saya susunkan mengikut kategori dan genre. Bagaimanapun baru-baru ini saya mereformasikan susunan buku mengikut tema warna. Idea menyusun buku ikut tema warna tercetus apabila saya poskan entri Susunan Buku Ikut Warna.

Maka dari situ, bermulalah misi menyusun buku yang dikenali sebagai misi 'Sua Ceria'. Sebenarnya tidak sukar mengorganisasinya, tidak payah mengkhususnya kerana  misi  menyusun buku  dilakukan secara beransur-ansur bermula akhir Syaaban dan siap 'diwarnakan' pada awal Ramadhan lalu.  Lalu terhasil susunan warna buku mengikut putih, kelabu, kuning, merah, hijau, biru, coklat dan hitam.


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgY-ONiI4hvrBlAUQfzTf_9WIC2r6m9AlWOAdJk-g5D31xilt2Pa4upcv1_oe1lpTkrORyU3qeK8FMNouDketJAU1z06-W65R3lcUg2e-Tr6pI-NmsjEg60-zTGu9uZVirScmU6sIzoXywk/s1600/faisal.png

Monday, August 6, 2012

Projek aMAZEme: Keterujaan Terhadap Buku




Buku boleh menjadi suatu seni apabila dicetuskan dalam susunan yang unik dan menarik. Dari objek bernama buku ia menghasilkan kreativiti apabila diambil dari suatu bentuk asal lalu dijelma kepada bentuk kreatif.

aMAZEme ialah projek buku diinspirasikan artis Marcos Saboya and Gualter Pupo sempena Festival London 2012 yang berlangsung di Royal Festival Hall. Projek ini merangsangkan "PERASAAN INGIN TAHU, PENGETAHUAN DAN KREATIVITI" di kalangan pengunjung. Bagi menjayakan projek ini, sebanyak 250,000 buah buku disusun secara berlorong membentuk struktur spiral.  Dinding-dinding buku ini dibina dengan ketinggian 2.5 meter, ditimbun dengan ribuan buku dan mengambil sekitar luas 500 meter persegi.

Melalui penyusuran lorong buku ini, pengunjung akan melalui pengalaman imej, tekstur dan emosi. Projek ini juga mengilhamkan orang ramai keterujaan terhadap perkataan dan idea, desain dan corak (words and thoughts, designs and patterns). Pameran projek tersebut bermula pada Julai lalu dan akan berakhir pada 26 Ogos bulan ini.


 difoto oleh: Healthy Planet

 difoto oleh: Best Photo Site

 difoto oleh: Wired

 difoto oleh: Eleanor Ford

 difoto oleh: My Modern Met

difoto oleh: Creative Review

difoto oleh: Metro


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgY-ONiI4hvrBlAUQfzTf_9WIC2r6m9AlWOAdJk-g5D31xilt2Pa4upcv1_oe1lpTkrORyU3qeK8FMNouDketJAU1z06-W65R3lcUg2e-Tr6pI-NmsjEg60-zTGu9uZVirScmU6sIzoXywk/s1600/faisal.png

Saturday, July 28, 2012

Adab Cara Letak Buku Agama


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiPwc-gpuwJUMvCG4SdBF3D0MEGEY-90zapvzdmkAKy4Zs-p5GV3lQeKc5hrK5zk5ZaROD9Xdrr5PlsJ_WWoq5i6bMSGjx05QMZckPQr09kASzx6ZGXHWaI-OV3Bpvqy6h84rHAX5Rq6F2Z/s1600/buku+agama.jpg


Buku agama ialah buku  berunsur kerohanian yang di dalam terdapat keagungan kalimah yang perlu dijaga. Genre buku agama adalah banyak sekali seperti dalam judul sejarah, motivasi, pengurusan, politik, sains, perubatan, syariah dan sebagainya. Mushaf Al Quran juga dikategorikan dalam buku agama. Acap kali terjadi buku-buku agama yang dipamerkan di rak dalam susunan yang tidak kena. Buku-buku agama diletak pada susunan yang rendah sehingga mencecah kaki. Kedudukan perletakan lebih rendah membawa potensi kepada terlanggar, tersepak dan terlangkah.

Melalui pengalaman saya, saya pernah terlihat kedudukan buku agama disusun dalam keadaan yang tidak sesuai. Buku-buku agama di rak kedai diperagakan di bawah aras lutut sedangkan buku berkategori lain pada sudut atas. Hakikatnya, apabila pengunjung melalui zon buku agama ini, ia menyelisih betul-betul pada kaki. Di suatu tempat, terdapat peniaga meletakkan buku agama atas papan. Papannya pula terlalu rendah yang sama tinggi dengan buku lali. Ini juga mendedah kepada risiko terlangkah atau tersandung.

Di perpustakaan walaupun buku-buku disusun mengikut sistem genre dan kategori, buku-buku agamanya disusun bermula ruang rak atas sehingga ke ruang rak sangat bawah. Jika terdapat susunan kitab Al-Quran  pada aras bawah sekali tentu ia sepatutnya tidak berlaku sama sekali. Apabila seseorang itu mencapai buku di bahagian rak atas dengan menggunakan bangku bantu,  ini mengakibatkan kedudukan kakinya melampaui deretan buku agama di bahagian bawahnya.

Relatifnya buku-buku agama sering didominasi dan diakui teks yang mengandungi kalimah murni dan tulisan ayat-ayat suci Al Quran. Kalimah suci tersebut perlu dijaga kehormatannya. Cara letak buku agama dengan susunan yang betul merupakan sebahagian adab memelihara buku-buku agama daripada berada dalam keadaan yang tidak kondusif. Terus, bagaimana adab yang sesuai untuk peragaan buku agama ini? Saya mengemukakan tip-tip seperti berikut:

  • Peragakan buku-buku agama pada kedudukan tinggi dan selamat.
  • Elakkan buku-buku agama disusunkan memanjang sehingga ke paras lebih rendah, sebaliknya lebihan buku-buku agama boleh disusun sebelah kanan atau kiri rak, jauh dari paras terkebawah.
  • Jika memerlukan buku-buku agama diletakkan di atas papan, tinggi bangku papan sekurang-kurang pada aras pinggang.
  • Elakkan kitab Al Quran ditindih dengan buku-buku lain. Organisasikan mengikut pengkhususan Al Quran sahaja.
  • Jauhi posisi peragaannya berhampiran dengan patung, bahan tidak bermoral, bahan yang menjolok mata atau dianggap boleh merendahkan kemuliaan ayat suci Al Quran.
  • Jika menjual buku-buku agama secara bergerak (berkenderaan), jangan memilih lokasi di kawasan tepi-tepi longkang, tepi tandas, tempat kotor atau kawasan berbau tidak menyenangkan. Peragakan buku-buku agama di persekitaran bersih.



Friday, July 20, 2012

Kaedah Buku Baring dan Buku Menegak


Apabila seseorang mempunyai rak disertai banyak buku yang dimilikinya pada satu-satu masa, seseorang itu mungkin akan memikirkan bagaimana kaedah menyusun lambakan bukunya. Mengorganisasikan buku merupakan teknik dalam  mengurus dan memperagakan buku-buku agar berada dalam keadaan yang tersusun dan kemas. Penyusunan buku ini secara umumnya boleh dibahagikan kepada dua kaedah iaitu susunan buku secara menegak (vertical) dan susunan buku secara baring (horizontal).


Buku Secara Menegak

Teknik buku menegak ialah kaedah menyusunkan buku-buku secara mendirikan ia. Buku-buku disusun secara rapat bersama di antara satu sama lain di mana ia akan menampakkan deretan tetulang buku di rak. Buku secara menegak merupakan kaedah penyusunan popular dan sering dilihat di perpustakaan-perpustakaan. Melalui buku secara menegak di perpustakaan, ia sebenarnya memudah dan mempercepatkan kita mengambil buku yang dicari. Di samping itu, terdapat juga buku yang disusun secara menegak dengan menampakkan muka buku. Melalui perletakan cara tersebut, gambaran penuh sesebuah buku atau bahan bacaan yang diterbitkan dapat diperlihatkan kepada orang ramai.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj1lCqCGDd_2G2RkMHJetKEvZgJAwKkXzOZrq3J1vq4pg630FbVAs8fezrMOaRae5SAdRTVlf0v1aEETB83CPyllOI6hfLz5urYLSHDELK3Lz4oxL8nXyQ9a8GaR-ESWF19Ro6w_HOWabH0/s1600/buku+secara+menegak.jpg
buku disusun menegak menampakkan tetulang buku

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgppcT-ihy7Omw8oo-m3cjNOhbjPZReMwcDDI-Pz2scz5HMrD9gOdaAXJIlk7TuGycWgcPKJv7zlv5G8103THPrGTo8OYCY9dq7b79jZL_Dj2RhGXafERI7URgY0y-1Se9gVHWIzleyc0s7/s1600/muka+buku.jpg
buku disusun menegak menampakkan muka buku


Buku Secara Baring

Teknik buku baring ialah meletakkan buku secara melintang di rak. Ia boleh diumpamakan 'menidurkan' buku-buku kita. Dalam kaedah buku baring, buku yang disusunkan akan bertindih dengan buku-buku lain di atasnya. Untuk menampakkan kekemasan, buku baring boleh diorganisasikan dengan susunan mengikut saiz dan ketebalannya.


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjAbbCXZI-02OoVTV6N4itAVk6PCo3UJe0KtswBv_Gy4lQmc1TiOU1bTOZFgwGviVFrMbuim_BGGPU8ORr14fYYQGgnEgSr-bFsgaU8GOudUWph5dKGfbsLKb9gl5-O9zcalCwkSUYcDcQj/s1600/buku+baring.jpg
buku disusun cara baring


Untuk tip penjagaan dan pengurusan buku, penulisan saya tersebut ada dimuatkan pada arkib di blog ini.






Thursday, July 12, 2012

Susunan Buku Ikut Warna


Banyak cara menyusun buku sama ada melalui genre, siri, edisi, penulis, penerbit, abjad, tahun keluaran. Mengorganisasikan buku mengikut kaedah tertibnya akan menampakkan kekemasan, rapi dan cantik. Di samping itu, terdapat di khalayak pengemar buku menyusun buku  mengikut tema warna. Susunan ikut tema warna bermaksud kaedah susunan mengikut warna kulit buku dari satu warna ke warna yang lain.

Ia suatu cubaan berani bagi menampak suasana luar biasa atau istimewa di ruang pejabat atau di rumah. Warna yang diilhamkan boleh mengikut kategori warna, warna majmuk atau digayakan dengan warna pelangi. Di bawah merupakan cubaan-cubaan dari pengemar-pengemar buku mencetuskan tema warna pada susunan buku di rak.


____________________________________________________________
____________________________________________________________

20,000 buah buku Adobe diatur mengikut warna oleh Chris Cobb dan kumpulannya. Projek ini dikenali sebagai  “There is Nothing Wrong in This Whole Wide World”.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEijIW5mrvG5sVmPvkfRyMZ_vUixuITCbdLHIYwkKLBabcPwNn_saqU_kfm5xoQ7GTC4MkexyyK6fDCgDsa17Ye4NQtAh0qn68kI_1FEDqvEqEq9GU5EeB2pTPjGFs9B_0Fqet096cR9JLVn/s1600/1.jpg
difoto oleh: Superhero Journal



Pemilik buku, Amy yang pada asalnya menyusunkan buku mengikut genre akhirnya mengambil keputusan  menyusun buku-buku mengikut tema warna.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgyWDYt6io1a41IXkANtSWO1fmC_3uPc8LwQfd88n2J9gTZslJTaUbY90BGWQHBfdXLVx73Si_UhIrXEPUaO0MiHvPz4f1e1EIb0WQoOHTCmhRLZ6ZE4N85JDI1Q1HstjvX6rVgr_-ODWoC/s1600/2.jpg
difoto oleh: Turn the Page



Bersama dengan lebih 20 krew, pasangan suami isteri Sean Ohlenkamp dan Lisa mengerahkan usaha untuk buku-buku di kedai Type Books, Toronto. Mereka melalui saat-saat kekurangan tidur bagi menjayakan misi dikenali "The Joy of Books".

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjXg8lALSTJZ806bURxsPcOydr-gCU32gnm1pTXmIMsw9Yh8tdcI6nk3Dhl6W1FPJFqDX5EEcIGiSzQXLqgA_MdtM0egadL0oE1zbB1kGQ369ebBvddYB1z4Gr2SDTKm2sPH0T7jiqr2I3L/s1600/3.jpg
difoto oleh: ounodesign



Chachic, seorang penggemar buku berasal dari Manila, menjadikan raknya dihiasi dengan warna merah, kuning, biru, ungu, putih, hijau, dan hitam.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhSiWwgp5DhKp21Mv9Gx_ZybKXLnPPZIsz6ezaNzM2M42My97sFky8Zq9Yu7ZNfQ9lz4-rfXl0tbPgXUHsz6aXom8jghgO-HLtuEnALydoCbhPwke0oIzM0hq10tbz4PV-xxCECBKK4KpGR/s1600/4.jpg
difoto oleh: Chachic









Tuesday, July 10, 2012

Uniknya Desain Toko Buku


____________________________________________________

Nama Premis: Poplar Kids Republic
Lokasi: Beijing, CHINA
URL: http://www.poplar.com.cn
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgPXJkMs_quZOF2k7pS_uKU2YpYFlXiGAyulYwbXmBBgwg7IaLB2r4w7ueRRatP0Sgmhem79HWbIx3X1hH_RyRtwlRCXTQukjn3LlmUtwSE5UClJb9q3qlEdSrtm-2kj0yH5_2aFBJygV78/s1600/Poplar+Kids+Republic+Bookstore.jpg
difoto oleh: Poplar Kids 

____________________________________________________

Nama Premis: Livraria da Vila
Lokasi: São Paulo, BRAZIL
URL: http://www.livrariadavila.com.br
 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgXSKMUgzzQ-9Rpdl6x4RizPJqEsYjZqCOEylYHPHxpW6YGlShejvwH3XIUvu9_56OFDKuuzP2VMBPObYAflPG5DaDk4i9jQQ3kDi0K8Vu9cUkyCyGLgiUAB9VlBr7uYUXlBi95H2FY-1Rj/s1600/2.jpg
difoto oleh: BID

____________________________________________________

Nama Premis: Plural Bookshop
Lokasi: Batislava, SLOVAKIA
URL: http://www.plural.sk/en
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjfsJaHtbAiAfbOrwo9BTUXccRnztolo5_JivwpWlwZCin2jwJkIlIoZE-ueYR-EOn_fQmgsX9jw1xq4hJPbB-0IFumFVijN1HT62ZCK7aVXQiL4sRGBjOn3Kzoxd25npTHqa-PFZgw4H1z/s1600/4.jpg
difoto oleh: Arch|dez|art

____________________________________________________

Nama Premis: Cook & Book
Lokasi: Brussels, BELGIUM
URL: http://www.cookandbook.be/
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEip3FERa0Ecn9BjXHXihCwg117K9n13eFC2gZ9gRiUE2fakBJIofwWcoxxlzzClr6l9igPJ82iqR_rpoJA9-UJvecinye_6BA10gYy91EUWQTESRXiRGXI2cDEeXAbS04pLhiupWvT_gFAZ/s1600/5.JPG
difoto oleh: I Love Belgium

____________________________________________________

Nama Premis: El Pendulo
Lokasi: Mexico City, MEXICO
URL: http://pendulo.com
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi9MdaBV3mO6peSYBWQKqGuR-fNpuirBcMiWtj_eQ9Q2o290n3MLOM7VcX5YtYsNMU0QCGDl5a_-nKeaAUMtkmJpD_rXJE7u6AJcBW4I6IQ0fBOQr2IFMTCJZ3DkD81lhbO_fvBWGA3p1dR/s1600/6.jpg
difoto oleh: Pendulo

____________________________________________________

Nama Premis: Van Alen Book
Lokasi: New York, UNITED STATES
URL: http://www.vanalen.org/books/
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgfB8Puxu-9uWlj8I6sZgztxMTDNnm6KqdUGwZHYsFIbvO54HuEagXXbDCpNENILa_njruWpeAh9z15dSAj4aGTy1WGuYcywuU1OSupSbcjH5Ig2tKAhc1ldLWYuCj5Oh8nSAP2OzTxdWJc/s1600/7.jpg
difoto oleh: w-architecture

____________________________________________________

Nama Premis: Shakespeare & Co
Lokasi: Paris, PERANCIS
URL: http://www.shakespeareandcompany.com
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgAz8aObbf815Nv-R_QUh2rvBM5n5exej0j_K2R5LSiA1U6WK0TEgxCunQIZd__JccprqoE_w4zlcbA7vOr_81XI93LRLL4yeNRKPKBEvtzwm9IEFfILeunNoxn7Trk4_Wtd6OONgTpxinT/s1600/8.jpg
difoto oleh: Visualist Images

____________________________________________________

Nama Premis: Paagman
Lokasi: Hague, BELANDA
URL: http://www.paagman.nl
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj7KZfKg2IfUHGmypg4xypFzKuUUHT1UrZxKIImXslQnyMt2GtQUIHCfhKm_Jd-lgDECMVKmw7G_UqP0ItK9nrO_1E1scQkOfUf90uc1OFoRKTLnLs5SxWdqo5oGyMXKIFsG3MJ_5i5XEsY/s1600/9.jpg
difoto oleh: Contemporist

____________________________________________________

Nama Premis: Livraria Lello
Lokasi: Porto, PORTUGAL
URL: http://lelloprologolivreiro.com.sapo.pt
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEix7tTzm2et-n9e0mHHDVcvTCNmlM8jzApAM99pxJdMzPLyQc_dSjdWIggfbNUX31ke4YVL9ztNjQIDTiVJXjOi6icCeV8fg27EHKhq8fxarV1KPqNIdin_-0fqwN7Ya_O-E7ckA49w8lHJ/s1600/10.jpg
difoto oleh: Portugal Confidential

____________________________________________________

Nama Premis: Book'abar
Lokasi: Rom, ITALI
URL: http://www.bookabar.com
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjndC2ZTucVxiJuqGMFlSdI41JLlw72BZgUsJfaoOmoMwPrTq10CXdBZWyOHwmswB5zvnhkrR-iIelOjsQ7foiZ2a9NV-ZWFU7hn8eXOsvhFkwt-B_-obGLsTlG9Jm4MkifvfzRfAUwm3bf/s1600/11.jpg
difoto oleh: Architecture-Page

____________________________________________________

Nama Premis: Shibuya Publishing Booksellers
Lokasi: Tokyo, JAPAN
URL: http://www.shibuyabooks.net
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjyeRvgWlRz9Oqmf14jp3eKUvsCvwSLfnV03_Jw4qWzbfygPQUjni_WSE4Ag4snBDowA5RBsi1Wl6moIeRCuKbQwe1H-mieScuxIdhPVBD6vxmsmeKapt-r4XIdcHc2wc5yiNX6cm-QX7al/s1600/12.jpg
difoto oleh: Momoy

____________________________________________________




Sunday, April 8, 2012

Sistem Giliran di Skrin Sentuh




Mengambil giliran di bank tidak semacam dulu di mana kita beratur memanjang mengikut kaunter.  Untuk cepat, kita beratur pada kaunter yang paling sedikit orang bagi mendapat perkhidmatannya. Ia seperti yang dipraktikkan kita sekarang di pasar raya di mana kita mencari baris-baris kosong bagi membuat pembayaran ke atas barangan kita.

Kemudian sistem giliran di bank diperbaiki. Para pelanggan akan beratur tetapi dalam satu had sempadan. Orang pertama pada had sempadan itu akan dilayan dahulu melalui kaunter mana yang kosong.  Jika kaunter yang lain kosong, orang kedua pula akan pergi ke kaunter yang kosong itu dan begitu orang ketiga, keempat dan seterusnya mengikut kaunter-kaunter kosong. Sistem giliran ini lebih adil, cumanya kekurangan yang ada ialah pelanggan tidak dapat duduk kerana terpaksa beratur.

Sistem giliran kemudian diperkemaskinikan. Ia menggunakan sistem nombor dan mesin nombor mula diperkenalkan di bank dan pusat-pusat perkhidmatan. Kaedah ini memerlukan pelanggan menekan nombor pada mesin tersebut dan slip nombor akan keluar menerakan nombor giliran kita. Apabila banyak servis yang disediakan oleh satu-satu bank tersebut, butang-butang mesin ditambah bilangannya mengikut kategori pekhidmatan yang disediakan. Para pelanggan akan dipanggil gilirannya melalui suara berkomputer atau tanda bunyi seperti tertera pada skrin pandangan di dinding bank. Sistem giliran mesin nombor banyak digunakan hari ini seperti di pejabat pos, TNB, kaunter pembayaran bil air dan pejabat-pejabat kerajaan. Dalam pengenalan sistem giliran bermesin, para pelanggan dapat duduk tanpa berdiri lama untuk beratur.

Hari ini sistem giliran diperhebatkan. Konsep skrin sentuh sudah mula menggantikan sistem giliran mesin. Dengan satu sentuhan sahaja, kita sudah mendaftar untuk mendapat giliran kita. Trend ini seiring hegemoni teknologi di arus perdana. Dari skrin sentuh kiosk maklumat di pejabat kerajaan sehinggalah skrin sentuh parking kenderaan, aplikasi skrin sentuh diperluaskan serata tempat. Konsep aplikasi skrin sentuh boleh dikatakan dirintis melalui  mesin ATM (Auto Teller Machine). Mesin ATM mempunyai skrin, antara muka, menu dan butang menu selain bahagian pengeluaran wang dan slip. Seperti mana mesin ATM mempunyai antara muka menu dan tempat pengeluaran slip, maka seperti mana skrin sentuh mempunyai antara muka menu dan tempat pengeluaran slip nombor. Bezanya cuma butang menu mesin digantikan skrin input yang mana pada skrinnya dikemaskinikan dengan sensor elektronik bagi membolehkan interaksi sentuhan jari dengan skrin dijanakan.

Bank EON (kini Bank Hong Leong) telah menggunakan sentuhan pada skrin. Dari sentuhan skrin, slip nombor dikeluarkan. Di Bank Islam, aplikasi sentuhan pada skrin mencetakkan nombor giliran. Bagi warga emas pula, mereka hanya memasukkan kad pengenalan pada sistem. Layanan yang cepat akan diberi kepada mereka yang berumur oleh perkhidmatan bank tersebut. Begitu juga konsep aplikasi skrin sentuh dilihat dominan dipraktikkan di syarikat-syarikat telekomunikasi.

Tatkala saya berurusan di takaful Etiqa, saya perlu mendaftar diri di sistem giliran skrin sentuh untuk mendapat giliran saya. Saya memasukkan kad pengenalan dan sistem akan membaca maklumat identiti saya. Skrin akan mempamerkan jenis menu pelanggan dan saya memilih urusan yang diingini. Seterusnya  nombor giliran saya dipamerkan pada skrin dan saya perlu mengingatinya. Kemudian saya mengeluarkan kad pengenalan dari sistem dan menunggu di ruang duduk. Pada skrin pandangan giliran di dinding, pelanggan boleh melihat nama dan nombor semasa mereka yang sedang berurusan di kaunter. Pada susunan jujukan giliran, pelanggan dapat mengetahui dia di bawah pelanggan siapa. Apabila masa giliran saya tiba, suatu nada dibunyikan dan  saya lihat abjad nama dan nombor kaunter saya sudah tertera di skrin pandangan. Rumusannya, tiada slip kertas dikeluarkan untuk giliran! Hatta tiada kertas-kertas penuh di meja kaunter. Kaunternya kemas, tersusun bersih. Takaful Etiqa telah mengorak langkah meminimakan penggunaan kertas (paperless).

Saya tidak pasti pakcik-pakcik dan makcik-makcik yang di luar sana (baca: yang tidak terdedah dengan dunia IT)  mampu menggunakan khidmat skrin sentuh yang difasilitet di bank-bank atau pusat-pusat perkhidmatan. Sistem giliran di skrin sentuh sebenarnya suatu yang asas sebelum kita pergi jauh bagi penggunaan peranti PDA, telefon pintar, komputer tablet, GPS atau apa seumpama dengannya yang sedang berkembang dalam masyarakat kita. Skrin sentuh ialah hasil produk interaktif. Rogers, Sharp & Preece (2002) mentakrifkan  produk interaktif ialah mengenai semua kelas sistem yang interaktif, persekitaran, peralatan, aplikasi dan peranti.[1] 

Interaksi manusia dengan mesin memerlukan mesin itu mesra pengguna agar pengguna dapat menerima kemudahan dengan sebaiknya tanpa menyusahkan. Sekiranya mesin atau peranti itu menyukarkan pengguna, maka ia mempunyai desain yang rendah (poor design). Malah jika skrin sentuh mempunyai fungsi yang mengelirukan, peranan skrin sentuh sebagai peranti interaksi antara manusia dengan mesin telah sama sekali gagal dalam memenuhi penyampaian dan hubungan pengguna↔mesin walaupun harganya beratus-ratus ribu. 




1. Preece, J., Rogers, Y., & Sharp, H. 2002. Interaction design: Beyond human-computer interaction. New York: John Wiley & Sons, Inc.



  © Powered by Blogger Theme ProBlogger, by Ourblogtemplates.com 2008

DAMAI SURIA