Showing posts with label ketokohan. Show all posts
Showing posts with label ketokohan. Show all posts

Friday, January 31, 2014

Gambar Recep Tayyip Erdogan Dianugerahkan Ijazah Kehormat UIAM

Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan dianugerahi Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Pengurusan oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) tatkala berada di Malaysia pada 10 Januari 2014 sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara Malaysia dengan Turki yang terjalin sejak 1964.  Majlis pengijazahan khas ini berlangsung di Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC) UIAM, disampaikan oleh Presiden UIAM,  Tan Sri Dr Rais Yatim. Penganugerahan ini dikurniakan kerana sumbangan bakti dan pencapaian beliau dalam memimpin Turki serta merencana pembangunan ummah di dunia Islam.














Saturday, December 7, 2013

Lensa Politik Morsi dalam Memimpin Mesir

Mohammed Morsi Isa' al-Ayyat diputerakan pada 20 Ogos 1951. Morsi dibesarkan di kampung Al-Adawah, daerah Asy-Syarqiyah, sebuah wilayah pertanian di timur Mesir. Beliau mendapat pendidikan di Universiti Kaherah dalam bidang Kejuruteraan (1975; 1978) dan kemudian menyambung pelajarannya di Universiti Southern California, Amerika Syarikat dalam bidang kedoktoran (1982).  Bapanya seorang petani dan ibunya suri rumah dan dibesarkan dalam suasana sederhana yang menekan nilai-nilai keagamaan bersama adik-beradiknya.  Perkahwinan Morsi dengan isterinya pada tahun 1978 membawa kepada lima cahaya mata di mana kesemuanya anak-anaknya 'dikeluarkan' sebagai hafiz dan hafizah termasuk beliau dan isteri tercintanya. Beliau seringkali  berjemaah dalam menunaikan solat  di masjid dan kemampuannya mengimami solat menunjukkan beliau mempunyai ciri-ciri kekhalifahan, pemimpin dan penunjuk teladan baik. Jawatan presiden yang disandangnya tidak menjadi jarak pemisah antara Allah dan masyarakat.

Dalam perkhidmatan kerjayanya, beliau telah menjadi pensyarah di Universiti Southern California; Pembantu Profesor di Universiti State California, North Ridge (sehingga 1985); berkhidmat di Badan Penerbangan dan Angkasa Amerika Syarikat (NASA); Profesor dan Ketua Jabatan Fakulti Kejuruteraan Material Universiti Zaqaziq (1985-2000). 

Dalam lapangan gerakan tarbiyah dan politik, beliau menganggotai Ikhwanul Muslimin bermula tahun 1977 dan menjadi ahli Maktab Irsyad (Dewan Syura) Ikwhanul Muslimin sebagai platform beliau berorganisasi dan berdakwah sehingga menjadi Ahli Parlimen (2000-2005). Beliau seorang aktif dalam gerakan dakwah dan sangat prihatin terhadap kezaliman dan isu-isu rakyat yang melanda. Kelantangan bersuara dan tindakannya, menyebabkan beliau pernah beberapa kali ditangkap bersama anggota Ikhwanul Muslimin di bawah regim Husni Mubarak. Beliau juga merupakan pemimpin  Parti Keadilan dan Kebebasan yang ditubuhkan Ikhwanul Muslimin.  Revolusi Mesir  yang tercetus 25 Januari 2011 atas kesedaran rakyat membawa kemaraan beliau untuk dicalonkan kerusi Presiden May-Jun 2012. Ini kerana beliau mempunyai pakej lengkap iaitu seorang ilmuwan, Islamik, profesional. Dalam pilihan raya ini, beliau mendapat undian terbanyak 51.7 peratus mengalahkan Ahmed Shafik, lapisan pengganti Husni Mubarak. Beliau secara rasmi dilantik menjadi Presiden Mesir ke-5 pada 24 Jun 2012.

Saat beliau berada tampuk kekuasaannya pemerintah kepada rakyatnya, beliau dicengkam hebat. Protes anti kerajaan membawa para pemberontak turun ke jalanan setelah dicucuk oleh Tamarod. Alasannya kerana Morsi didakwa telah gagal  memulih ekonomi dan mentadbir  negara.  Morsi tetap menegaskan bahawa beliau merupakan ketua yang sah mentadbir negara itu. Perlantikan ini satu amanah dan menganggap dirinya sebagai pelayan rakyat kepada kesejahteraan bumi kinanah. Pegangan Islam yang kuat menyebab beliau tetap sabar dan istiqamah untuk memacu Mesir keluar dari kepompong kebejatan sosial, kerosakan sistem pentadbiran dan kehakiman, kesenjangan jurang taraf hidup masyarakat, ketidakadilan pengagihan sumber-sumber negara yang ada kepada sebuah negara yang mendukung nilai-nilai Islam yang syumul, yang mempertahankan daulat rakyat, yang menjadi Mesir vokal terhadap isu-isu sejagat hingga disegani di mata dunia.

Pada 3 Julai 2013, tentera di bawah arahan Abdul Fattah As-Sisi, Menteri Pertahanan dalam barisan kabinet Morsi yang telah berpaling tadah melakukan kudeta terhadap kerajaan Morsi. Penggulingan Morsi tanpa sebarang kesalahan adalah sesuatu yang memilukan dalam menggapai nilai-nilai kebebasan, demokrasi dan keadilan dalam sistem politik dan kenegaraan moden dunia hari ini.

Antara kejayaan dan dasar-dasar Dr. Mohammed Morsi di bawah pemerintahannya seperti berikut:
  • Mengangkat Islam sebagai agama rasmi negara, bahasa Arab bahasa pengantara rasmi, syariat Islam sumber undang-undang dalam perlembagaan dan Al-Azhar sebagai tempat rujukan syariat Islam.
  • Meminimumkan protokol dan pengawalan yang kurang penting.
  • Menggunakan bahagian daripada gajinya bagi membantu apa yang boleh bagi meringankan hidup rakyat.
  • Menetapkan bonus 15 peratus gaji kepada para pegawai kerajaan.
  • Menaikkan subsidi 200 pound kepada 300 pound bagi satu keluarga dengan dua juta penerima bagi meredakan permasalahan rakyat.
  • Membuka pintu rafah yang menjadi laluan sempadan antara Palestin dan Mesir yang sebelum ini ditutup dan terpisah oleh regim terdahulu.
  • Menjernih dan mengukuh hubungan antara umara dan ulama.
  • Menjayakan hubungan baik dengan pemimpin dan masyarakat non-muslim secara harmoni sebagai sebuah warga yang mempunyai hak partisipasi dalam kehidupan bernegara.
  • Membuat dasar yang memberi bantuan modal kepada peniaga-peniaga kecil keluar dari kepompong kemiskinan.
  • Membawa Mesir menghasilkan 10 juta tan gandum dalam masa 11 bulan pemerintahan.
  • Menjadikan Terusan Suez sebagai pusat rantau perdagangan global terulung.
  • Membebaskan tahanan politik semasa pemerintahan Husni Mubarak.
  • Kelantangan terhadap regim Syria ke atas penduduk Islam sunni dan mengiktiraf bumi Palestin dari terus dinodai Israel dan seterusnya membawa Mesir sebuah negara yang peka terhadap umat Islam seantero dunia dan isu-isu antarabangsa.

(Difoto oleh: Mohammed Abu Zaid)
Mohammed Morsi melihat skrin yang memaparkan trek pengundian pada hari pertama pilihan raya parlimen di Kaherah, 28 November 2011.

  (Difoto oleh: Reuters)
Mohamed Morsi ketika menunaikan ibadah solat Jumaat, Kaherah, 15 Jun 2012.

(Difoto oleh: Reuters)
Dr. Mohamed Morsi bercakap di sidang akhbar, Kaherah, 18 Jun 2012.

(Difoto oleh: Reuters)
Para penyokong meraikan calon dari Parti Keadilan dan Kebebasan (FJP) di sisi poster yang tertera gambar Morsi. Dalam kempennya, Morsi membawa agenda "keselamatan kestabilan, keadilan dan kemakmuran", Kaherah, 18 Jun 2012.

(Difoto oleh: AP)
Reaksi spontan Morsi di hadapan ratusan ribu rakyatnya di atas pentas selepas diumumkan kemenangan untuk kerusi Presiden oleh Suruhanjaya Pilihanraya Mesir. Morsi mendapat undian 52% manakala calon lawannya, Ahmed Shafik mendapat 48% undian, 24 Jun 2012.

 (Difoto oleh: Amr Nabil/AP Photo)
Calon Presiden Mesir, Mohamed Morsi berucap kepada penyokongnya  di Dataran Tahrir, Kaherah pada 29 Jun 2012.

(Difoto oleh: Maya Alleruzzo/AP)
Mohamed Morsi menerima kunjungan Setiausaha Negara, Hillary Clinton di Istana Presiden, Kaherah, 14 Jun 2012.

(Difoto oleh: AP)
Presiden Mesir Mohamed Morsi diapit oleh Ketua Majlis Tentera, Field Marshal Hussein Tantawi (kiri) dan Ketua  Staf Angkatan Tentera Mesir, Sami Anan (kanan) dalam majlis pengijazahan kadet tentera udara   di Sharquiya, 10 Julai 2012.

(Difoto oleh: AFP)
Dr. Mohammed Morsi disambut oleh Putera Salman bin Abdulaziz Al Saud di Jeddah.  Arab Saudi negara luar pertama beliau kunjungi secara rasmi setelah dilantik menjadi ketua pimpinan kerajaan Mesir, 11 Julai 2012.

 (Difoto oleh: AFP)
Dr. Mohammed Morsi dan Raja Abdullah melihat lukisan Masjidil Haram yang dipamerkan di Jeddah. Dalam kunjungannya, beliau membincangkan mengenai isu rantau dan kerjasama ekonomi antara kedua-dua negara, 11 Julai 2012.

(Difoto oleh: Reuters)
Mohamed Morsi bersolat bersama jamaah ketika menziarahi makam Rasulullah SAW di Masjid Nabawi, 12 Julai 2012.

 (Difoto oleh: Xinhua)
Mohamed Morsi ketika menunaikan solat Jumaat di masjid kampungnya, Zagazig di bulan Ramadhan, 22 Julai 2012.

(Difoto oleh: Reuters)
Mohamed Morsi berjabat tangan dengan Pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh ketika pertemuan di Istana Presiden, Kaherah, 26 Julai 2012

(Difoto oleh: AP)
Dr. Mohammed Morsi melintasi perbarisan kawalan kehormat ketika mengadakan kunjungan rasmi 3 hari ke negara China, 28 Ogos 2012.

 (Difoto oleh: AP)
Dr. Mohammed Morsi dikelilingi pemimpin Iran ketika menghadiri sidang kemuncak Non-Alligned Movement (NAM) di Tehran, 30 Ogos 2012.

(Difoto oleh: Spencer Platt/Getty Images)
Dr. Mohamed Morsi berucap di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Dalam ucapannya beliau menyinggung nasib rakyat Palestin bahawa resolusi PBB yang diusulkan tidak pernah dikuatkuasakan di mana Israel terus-menerus merampas dan menduduki tanah-tanah haram Palestin. Manakala konflik di Syria merupakan sebuah "tragedi dalam zaman kita" dan rejim Assad Bashar terus membunuh rakyatnya siang dan malam.

(AP Photo / Yasin Bulbul)
Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan menyambut Presiden Mesir, Mohammed Morsi sebelum menghadiri bersama persidangan Parti Pembangunan dan Keadilan  Kali Ke-4 di Ankara,  Sept. 30, 2012.

 (Difoto oleh: AP Photo)
Dr. Mohamed Morsi melambai tangan kepada orang ramai yang berhimpun di Stadium Kaherah sempena  sambutan Hari Angkatan Tentera, 6 Oktober 2012.

(Difoto oleh: Time Magazine)
Dr. Mohamed Morsi sebagai hiasan muka Majalah Time, terbitan 10 Disember 2012 yang bartajuk "The Most Important Man in The Middle East. Ini merupakan wawancara sulung bersama beliau susulan kemenangannya menjadi Presiden Mesir yang baru.

(Difoto oleh: Egypt Presidency)
Di Hospital Ketenteraan Maadi, Kaherah, Mohamed Morsi meluangkan masa melawat mangsa-mangsa tragedi nahas keretapi yang berlaku di  Badrasheen waktu tengah malam, 15 Januari 2013.

 (Difoto oleh: PressTV)
Presiden Mesir, Mohamed Morsi  dan Kaunselor German, Angela Merkel mengadakan sidang dialog bersama di Berlin pada 30 Januari 2013. German merupakan negara rakan dagangan ketiga terpenting bagi Mesir.

(Difoto oleh: AFP Photo)
Kunjungan Ketua Polisi Luar Kesatuan Eropah, Catherine Ashton di Kaherah pada 7 April 2013.

(Difoto oleh: AFP)
The National University of Science and Technology (NUST) Islamabad, menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah kepada Presiden Mesir, Dr Mohamed Morsi pada majlis konvokesyen khas pada 18 Mac 2013.

(Difoto oleh: AP/ Egyptian Presidency)
Presiden Mesir, Dr. Mohamed Morsi menyampaikan pidato sempena himpunan "Sokongan untuk Syria" di Stadium Kaherah. Beliau membuat keputusan untuk tidak lagi menjalin hubungan diplomatik dengan kerajaan Syria dan menutup Kedutaan Mesir di  Damaskus sebagai protes terhadap perlakuan rejim Bashar Assad terhadap umat Islam sunni di negara itu. 15 Jun 2013.

 (Difoto oleh: Hassan Ammar)
Kanak-kanak Mesir berdiri di sebelah poster Mohammed Morsi yang telah digulingkan di luar Masjid Rabaah Al-Adawiya di mana para penyokong telah memasang kem dan mengadakan perhimpunan harian di Nasr, Kaherah, 31 Julai 2013.

(Difoto oleh: Fayez Nureldine)
Kaum hawa melintasi poster Mohamed Morsi yang digulingkan oleh rejim tentera. Perampasan kuasa menyebabkan penduduk Mesir turun di jalanan menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Mohamed Morsi, pemimpin yang dipilih secara demokrasi, Kaherah, 25 Julai 2013.





Monday, November 11, 2013

Sedikit Ulasan Mengenai Buku Mohamed Morsi, Terbitan Kemilau Publika


Judul :  Mohammed Morsi - Khilafah Islam Kembali bermula di Bumi Kinanah (Mesir)
Pengarang : Zainudin Hashim
Penerbit : Kemilau Publika
Tahun Terbitan : 2012
Halaman : 354
ISBN : 978-967-361-066-2
Genre : biografi | ketokohan | pemerintahan | politik | Islam


Morsi, sosok nama yang mengharumkan nama Ikhwan Muslimin setelah berdekad-dekad pergerakan pertubuhan itu dihitamkan oleh rejim terdahulu (Raja Farouk, Ibrahim Abdul Hadi Pasha, Gamal Abdel Nasser, Anwar Sadat, Hosni Mubarak). Beliau memenangi kerusi Presiden melalui suara teramai adalah lanjutan dari kesedaran dan revolusi rakyat Mesir yang tercetus pada tahun 2011. Ini yang disebutkan 'Arab Spring' seperti mana berlaku di negara arab Tunisia dan Libya.

Buku ini boleh direntas bagi mengimbau semula jelmaan sosok Sayyid Qutb,
Hasan Al-Banna, Muhammad Abduh, Jamal al-Din al-Afghani, nama-nama besar dan berpengaruh yang meninggalkan kesan dalam masyarakat dan sejarah revolusi Mesir. Ia menjurus kepada perjuangan  membangunkan semula negara-negara Islam bagi menegakkan ruh Islami dalam sistem kehidupan Islam yang menyeluruh kepada warganya. Acapkali pemerintah Islam mempamerkan keunggulan Islamiah dalam pentadbiran negaranya, maka bisa saja ada proksi-proksi dalam dan luar negara yang cuba menggagal dan menjatuhkan kerajaan Islam yang muncul di zaman moden ini. Jika diimbas, nasib serupa pernah menimpa kepada Hasan Al Turabi dari Ikhwan Muslimin di Sudan (1989) dan Sheikh Abbas Madani dari Front Islamic Salvation (FIS) di Algeria (1992) dan cubaan demi cubaan dikenakan kepada Ismail Haniyeh dari Hamas di Palestin. Begitu juga di Turki, para demonstran dicucuk jarum menggoyahkan kepimpinan Recep Tayyip Edorgan bagi mengembalikan Islam (diluputkan oleh legasi Kamal Attartuk).

Morsi yang muncul di zaman milenium sebenarnya dibesarkan di kampung Al-Adawah, daerah Asy-Syarqiyah dan mendapat pendidikan di Universiti Kaherah yang kemudiannya berkhidmat di Amerika. Sekembalinya beliau ke Mesir, beliau diangkat sebagai pemimpin rakyat yang diharapkan akan membawa Mesir ke sebuah negara ke hadapan yang hari ini jauh bertentangan dengan nilai-nilai Islam, kebebasan, berkebajikan dan demokratik.Namun kepimpinan yang diamanahkan tidak bertahan lama, gagasan reformasinya cuba dipadamkan begitu sahaja apabila junta tentera merampas kedudukannya sebagai pemimpin sah melalui demokrasi pilihanraya Jun 2012. Penggulingan beliau tanpa sebarang kesalahan adalah sesuatu yang memilukan dalam menggapai nilai-nilai kebebasan, demokrasi dan keadilan dalam sistem politik dan kenegaraan moden dunia hari ini. 

Pada awal buku ini dikeluar, Morsi masih lagi memerintah. Keterujaan penulis buku dalam membangkit nama Morsi sebagai khalifah yang akan melakukan reformasi dan transformasi kepada bumi kinanah banyak mengambil semangat ayat quran bermaksud:

"Dan Kami hendak memberi kurnia 
kepada orang-orang yang tertindas di bumi Mesir itu 
dan hendak menjadikan mereka pemimpin (khalifah)
 dan menjadikan mereka orang-orang 
yang mewarisi bumi." 
[ 28. Al-Qasas : 5 ]

Mengharukan tatkala saat Morsi naik, beliau ditekan dan dijatuhkan sebegitu rupa. Sayang sekali bagi mencari sosok berperibadi mulia, hafiz, berilmu, dilahir dari anggota Ikhwanul Muslimin, dengan mengenepikan protokol ketat, begitu vokal isu-isu dunia Islam dan kelantangannya terhadap kebejatan yang melanda di Palestin dan Syria akan sentiasa terus dikagumi. Kejatuhannya sebagai petanda bahawa demokrasi dan Islam yang syumul masih suram dan tidak menentu di Mesir. Apa yang diharap bahawa suatu keajaiban akan muncul di bumi kinanah bersandarkan surah Al Qasas di atas. Wallahu a'lam.
 


* Jika mahu menelusuri kehidupannya, terus saja ke Bab 6 kerana awal buku ini dipadatkan dengan banyaknya mukadimah.


| cetusan Faisal |

Friday, May 31, 2013

Fikrah Bicara Hasan Al Banna

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjKFTtqjmtj9sk5nDaIm1ukyo75BZllgnCugCfITCDBjGwn30YhNyM9XikaVb4KAPmu6AU_h7DZCZpxeCvt3W0LauZyX4sIglgF6twJ-TASmbNPLVlFHPKBfxnzokiZYEYJlkULtfTWPp9w/s1600/Hasan+Al+Banna.jpg
------------------------------------------------------------------------------------
Andai Islam seperti sebuah bangunan usang yang hampir roboh, 
maka akan aku berjalan ke seluruh dunia mencari jiwa-jiwa muda.
Aku tidak ingin mengutip dengan ramai bilangan mereka,
tapi aku inginkan hati-hati yang ikhlas untuk membantuku 
dan bersama membina kembali bangunan usang itu 
menjadi sebuah bangunan yang tersergam indah. 
- Imam As-Syahid Hasan Al Banna
 ------------------------------------------------------------------------------------


Saturday, February 9, 2013

Kupasan Buku 25 Cendekiawan Islam

















Judul : 25 Cendekiawan Islam
Pengarang : Shafie Abdul Rahman
Penerbit : Must Read
Tahun Terbitan : 2011
Halaman : 196
ISBN : 978-967-5426-75-9
Genre : ketokohan | biografi | cendekiawan | Islam | perintis



Ketokohan Islam dalam pelbagai bidang sesungguhnya sentiasa dikagumi. Sumbangan mereka dalam dalam menginovasi dan merintis terhadap potensi bidang sentiasa cemerlang membawa kejayaan. Sumbangan mereka tidak dapat dinafikan memangkin Islam ke mercu jaya. Ia sebagai penanda aras bahawa kedatangan Islam ke dunia tidak kosong tetapi dihampar dengan kegemilangan tokoh-tokoh yang dibawa. Tokoh-tokoh yang disebut oleh pengarang ini adalah:
  1. Al-Batani  (astronomi)
  2. Al-Biruni  (kaji bumi, astronomi, matematik, saintis)
  3. Al-Farabi  (falsafah, kosmologi, psikologi, sosiologi, muzik)
  4. Al-Farghani  (astronomi, matematik)
  5. Al-Jahiz  (zoologi)
  6. Al-Jazari  (kejuruteraan, robotik)
  7. Al-Kahzin  (matematik, astronomi, fizik)
  8. Al-Khawairizmi  (matematik, astronomi)
  9. Al-Kindi  (farmakologi, falsafah, kaligrafi, penterjemah)
  10. Al-Razi  (perubatan, kimia)
  11. Al-Zahrawi  (perubatan)
  12. Al-Zarqali  (astronomi, mekanikal)
  13. Ibnu Al-Baitar  (botani, saintis)
  14. Ibnu Bajjah  (falsafah, astronomi, fizik)
  15. Ibnu Firnas  (kejuruteraan, juruterbang)
  16. Ibnu Al-Haitham  (optik, kanta objek)
  17. Ibnu Khaldun  (falsafah, sosiologi, ekonomi, peradaban)
  18. Ibun Al-Nafis  (falsafah, perubatan, fisiologi)
  19. Ibnu Miskawyh  (falsafah, psikologi, sejarah)
  20. Ibnu Rusyd  (falsafah, perundangan)
  21. Ibnu Sina  (perubatan, astronomi)
  22. Ibnu Tufail  (perubatan, saintis, falsafah, sasterawan)
  23. Ibnu Zuhr  (perubatan, pendidik, saintis)
  24. Jabir Ibnu Hayyan  (kimia, perubatan)
  25. Umar Khayyam  (matematik, astronomi, falsafah, penyair)

Setelah saya menghadam buku ini, terdapat pengajaran yang boleh saya belajar. Cendekiawan Islam yang disebut dalam buku ini mengkhatam dan menghafal Al Quran sejak kecil. Mereka diberi didikan agama di peringkat awal. Pentarbiyahan agama yang baik menjadi jiwa mereka bersih dan hati yang kuat. Melalui Quran, mereka menelaah kejadian alam dan keajaibannya. Dari sinilah mereka mengkaji alam dan memikir Penciptanya.  Penyelidikan, penciptaan dan inovasi yang dibuahkan merupakan pencerakinan seperti apa yang dihikmah terkandung dalam Al Quran.  Al Quran yang diperturunkan sudah menghidangkan makna yang luas, hanya hamba-hambaNya sahaja mencari penyelesaian terhadap persoalan dan kehidupan.


iqra'
Tokoh-tokoh Islam sejak dahulu gemilang mewarnai dunia mengambil semangat iqra seperti diajukan dalam surah Al'-Alaq (Bacalah) ayat 1-5 . Ilmu dimanfaat sebaik mungkin mengharapkan keredhaan Allah SWT semata-mata. Inilah seperti yang disebut Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri iaitu “ilmu dalam konteks semangat iqra' selamanya berorientasi tauhidik, bertolak daripada motivasi imanik dan bergerak mencapai objektif mengenal, mengagumi dan mengabdi kepada Ilahi.”


Rekaan Kumpulan Robot Penyanyi
(Al-Jazari)
Keduanya, mereka terus menekuni ilmu tanpa jemu dan lelah. Al-Khawarizmi sebagai contohnya sanggup berulang-alik ke India beberapa kali untuk menemui seorang guru Matematik. Ibnu Khaldun dalam memantap ilmunya  berguru dengan ramai cerdik pandai dan ulama seperti Muhammad As-Satti, Abdul Muhaimin dan Muhammad bin Ibrahim Al-Abili. Mengukuhkan diri dengan ilmu adalah dengan menjayakan pembelajaran yang berterusan dengan terus memerhati, mengkaji, menguji, mempraktik dan mencipta.


Al-Jazari seorang ilmuwan dalam bidang kejuruteraan dan robotik telah mencipta sistem pembekalan air ke masjid dan ke hospital Diyarbakir, Turki. Beliau juga memodelkan robot penyanyi dan pemain muzik yang berupa robot duduk dalam sebuah bot belayar di sebuah tasik sambil mengalunkan muzik. Begitu juga Ibnu Firnas yang  mencipta sepasang sayap untuk terbang. Beliau juga membuat latihan diri dengan melakukan eksperiman penerbangan ini. Konsep penerbangan ini diambil dengan memerhatikan cara bagaimana burung terbang dan keupayaannya menghinggapi dengan sayapnya.


Halaman pada Kitab
Al-Hayawan (Al-Jahiz)
Ketiga, mereka terus merekod dan menulis. Ilmu yang ada tidak akan hilang begitu saja tanpa meninggalkan sebarang catatan berguna. Mereka memperkembangkan fikrah, idealisme, kajian, hasil dapatan melalui penulisan. Al-Jahiz seorang tokoh zoologi menghasilkan ensiklopedia berjudul 'Kitab Al-Hayawan' (Book of Animals) yang terdiri daripada tujuh jilid buku. Al-Farabi yang lahir pada 872 masihi menulis buku bertajuk 'Al-Madina Al-Fadila'. Buku ini menghuraikan negara ideal seperti yang dinyatakan oleh Plato dalam karyanya 'The Republic'. Al-Farabi menggajukan  bahawa sistem politik boleh dibuat dengan memenuhi kepercayaan Islam melalui kajian gabungan falsafah, sains, matematik dan agama.


Manakala Ibnu Sina, bapa perubatan yang terkenal dengan kitab 'Qanun fi Al-Tibb' telah menyiapkan 238 karya sepanjang hayatnya. Merencanakan penulisan ini memberi sumbangan hebat kepada kemajuan peradaban dunia. Ia seterusnya menjadi rujukan besar kepada generasi timur dan barat. Ini pernah diakui oleh sarjana barat, Bertrand Russell (1872-1970) terhadap sumbangan peradaban Islam dalam membangunkan tamadun moden Barat yang sebelum ini menempuhi abad kegelapan.


Dalam mendepani cabaran dunia hari ini, umat Islam jangan meremeh bakat yang ada. Hakikatnya, idealisme dan bakat sebenarnya boleh dijelmakan dalam diri dan membentuk siri kejayaan dalam pelbagai lapangan.  Pengetahuan yang baik akan menghasilkan inovasi yang gah. Pengalaman luas akan membantu memaknai wawasan merentasi arus zaman dengan gemilang. Jika kita biarkan potensi diri tanpa usaha penggilapan, kita akan terus ketinggalan, dicengkam atau 'diracuni' oleh tamadun/koloni bertentangan dengan nilai-nilai Islam. Pengalaman tokoh-tokoh Islam yang lalu boleh dijadikan panduan. Mereka terus unggul mendahului zaman kerana kekuatan diri seperti yang disebut di atas. Hikmahnya dengan mempelajari dan terus belajar. Paling penting jangan melupai agama!



| cetusan Faisal |

Monday, October 1, 2012

Menjejaki Biografi Agung Rasulullah SAW























Judul : Biografi Agung Rasulullah Sallallahu Alayhi Wasallam
Penulis : Rusydi Ramli Al-Jauhari
Penerbit : Must Read
Tahun Terbitan : 2012
Halaman : 368
ISBN : 978-967-5426-90-2
Genre : biografi | sirah | ketokohan



--------------------------------------------------------------------------------

 Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), 
melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.
[ Surah Al-Anbiya' 21 : 107 ]

--------------------------------------------------------------------------------


Biografi Agung Rasulullah SAW merupakan sebuah buku istimewa yang di dalamnya dipenuhi dengan santapan ilmiah bagi menjejaki sirah tokoh agung insan bernama Muhammad. Ia boleh dianggap sebuah karya seumpama ensiklopedia dan rujukan penting yang mesti dalam milikan. Disertakan dengan ayat Al-Quran dan hadis yang bukan sedikit, ia menemukan pembuktian nyata tentang sosok peribadi dan perjalanan besar junjungan mulia Rasulullah SAW. Disamping itu, terdapat lampiran salasilah keluarga nabi, piagam madinah, wasiat nabi, imej bersejarah dan barangan milik baginda untuk ditelusuri umatnya sebagai pecinta nabi. Teksnya disusun rapi mengikut topik memudahkan penyusuran dari bab ke bab.

Nabi Muhammad SAW merupakan suri teladan kepada umat dunia. Diutuskan baginda ke dunia adalah bagi menyempurnakan akhlak manusia memandu kepada tuhan yang satu, Allah azzawajalla. Kehidupan jika dibahtera tanpa panduan, maka pincanglah erti kehidupan ini. Maka pandulah diri dengan mengikuti ajaran baginda. Bukalah hati untuk menerima cahaya sunah agar kita tidak terus tenggelam dalam kegelapan. Sesungguhnya baginda telah meninggalkan kita seribu empat tahun lalu, sayugia manusia tidak selama-lamanya sesat selagi mengukuh diri dengan Al-Quran dan sunnah yang dibawa baginda SAW. Menjejak perjalanan baginda dalam kembara di helai-helaian muka ini sebenarnya merupakan proses mendekatkan sayangnya kita kepada baginda SAW.

"Ya Allah, anugerahkan rahmat dan kesejahteraan yang sempurna ke atas penghulu kami Nabi Muhammad, yang dengan berkatnya terhurai apa yang tersimpul, terlepas daripada segala kesusahan, juga ditunaikan segala hajat, dan tercapai segala keinginan, dan akhir hayat yang baik, dan dicurahkan rahmat, hasil keberkatan wajahnya, yang mulia, kerahmatan dan kesejahteraan yang sempurna Engkau anugerahkan juga ya Allah, ke atas keluarga dan sahabatnya dengan kiraan setiap kerdipan mata, juga hembusan nafas dan setiap bilangan ilmu yang ada bagiMu."




https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgY-ONiI4hvrBlAUQfzTf_9WIC2r6m9AlWOAdJk-g5D31xilt2Pa4upcv1_oe1lpTkrORyU3qeK8FMNouDketJAU1z06-W65R3lcUg2e-Tr6pI-NmsjEg60-zTGu9uZVirScmU6sIzoXywk/s1600/faisal.png

Thursday, May 24, 2012

Soal-Jawab Bersama Ustaz Azhar Idrus Dibukukan



























Judul : Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Permasalahan Semasa
Penulis : Ustaz Azhar Idrus
Susunan : Ahmad Badrul Hisam A. Razak 
Terbitan : PTS Islamika
Tahun Terbitan: Oktober 2011
Halaman : 180
ISBN : 978-967-366-102-2
Genre : Islam | Ad-Din | Soal-Jawab | Fiqah | Syariat



-------------------------------------------------------------------------
 Orang yang selalu ditipu adalah orang muda 
yang menyangka bahawa kematian itu 
berlaku hanya pada orang tua.
- Ustaz Azhar Idrus
-------------------------------------------------------------------------


Azhar Idrus, satu nama yang tidak asing di kalangan masyarakat kita. Beliau ialah guru, daie, ustaz dan ulama. Beliau ialah mu'allim kepada muta'allim.  Penyampaiannya sentiasa dekat di hati di khalayak ramai. Barangkali media utama seperti tv, radio, surat khabar arus perdana mungkin 'tidak mesra' dengan beliau, namun sinonim dengan media baru melalui internet, you tube, facebook, blog dan twitter,  ia mampu menyerlahkan nama beliau sehingga ke persada masyarakat bandar dan desa. Fenomena beliau di media maya menyebabkan beliau turut mendapat gelaran 'Ustaz You Tube'.  Bergerak dari ceramah masjid, surau, pentas ceramah, padang awam sehingga memenuhi undangan institusi, ustaz azhar tanpa payah dan jemu mengajar kepada mereka yang dahaga ilmu.

Kehebatannya mendepani persoalan isu semasa, muamalat, hukum, kekeluargaan sehingga bab-bab rahsia atau sensitif yang biasanya orang segan hendak tanya menyebabkan beliau terus densiti dan relevan dengan ranjau kehidupan ummah masa kini.  Beliau dilihat santai, humor dan bersahaja sebaliknya apabila berbicara akan hukum,  ilmunya cukup mendalam  menyampaikan kebenaran. Atas sebab itu majlis ilmunya selalu mendapat tarikan. Sambutan ceramahnya sering penuh di masjid, dewan dan padang. Seorang kawan India saya pada 2 bulan lalu turut mengejutkan saya. Katanya dia merupakan peminat kepada Ustaz Azhar. Siri ceramahnya ditontoni melalui laman You Tube. Tambahnya lagi, apa yang dia suka penyampaiannya spontan, ringkas dan kekadang sampai membuat orang ketawa. Dari situ dia secara tidak langsung dapat memahami konsep Islam yang dianuti majoriti di negara ini.

Ustaz Azhar Idrus
Kredit Gambar: Facebook Ustaz Azhar Idrus


Kuliyah Perdana di Dataran Stadium Sultan Muhammad IV, 
Kota Bharu Kelantan (13/05/2012)
Kredit Gambar: Blog Ustaz Azhar Idrus


Ustaz yang berasal dari Terengganu cukup mesra dan mudah tersenyum apabila disapa. Beliau juga tidak kekok dalam menjayakan program ceramah bersama pemimpin agama, ahli politik dan celebriti. Gandingannya bersama celebriti Bob Lokman, Zizan, Sham Kamikaze, kumpulan XPDC menunjukkan keterbukaan beliau mengisi acara santai ilmiah disamping menawan hati anak muda dan remaja hari ini.

Buku ANDA BERTANYA USTAZ AZHAR IDRUS MENJAWAB BERKENAAN PERMASALAHAN SEMASA merupakan himpunan soal-jawab bersama Ustaz Azhar Idrus bersama dengan jemaah masjid, tetamu, penonton dan masyarakat Islam di negara ini. Buku yang disusun oleh saudara Ahmad Badrul Hisam A. Razak merupakan koleksi soal jawab yang diambil melalui siri-siri cermah Ustaz Azhar yang disalin dalam VCD dan laman web rasmi beliau. Buku ini diterbit PTS, Oktober 2011. Menurut sumber PTS, buku beliau begitu popular sehingga  terjual lebih 130 ribu unit dalam tempoh 6 bulan selepas terbit.

Buku ini dibahagikan kepada 12 bahagian dengan topik-topik berikut:

1 TAHARAH                                          
• Minyak Wangi Tanpa Alkohol
• Hukum Kencing Tidak Lawas
• Cara Mandi Wajib
• Membersihkan Karpet Masjid Yang Terkena Air Kencing
• Mandi Junub Atau Mandi Wajib
• Perbezaan Air Mani Dan Air Mazi
• Penggunaan Botol Arak
• Samak Jaket Kulit Khinzir
• Bawa Lori Najis
• Kasut Berkulit Babi
• Kemeja Sutera Campuran
• Samak Kereta Terkena Anjing
• Adab Masuk Tandas
• Kencing Berdiri
• Makanan Dimasuki Semut
• Membersihkan Barang Bundle
• Bangkai Dalam Air
• Veterinar Memegang Anjing
• Mentayamumkan Mayat
• Berkhitan Bagi Kanak-Kanak Perempuan

2 WUDUK                                             
• Berwuduk Dalam Keadaan Telanjang
• Berwuduk Dalam Keadaan Tangan Bersimen
• Ukuran Mata Kaki Dalam Wuduk
• Mandi Wajib Tanpa Wuduk

3 SOLAT                                               
• Azan Sebelum Masuk Waktu Solat
• Azan Subuh Dua Kali
• Perbezaan Waktu Solat
• Waktu Solat Di Negeri Orang
• Keliru Arah Kiblat Ketika Dalam Gua
• Tempat Niat Solat
• Bacaan Dalam Solat
• Sukar Melafazkan Bacaan-Bacaan Solat
• Memejamkan Mata Ketika Solat
• Bacaan Pengganti Basmalah
• Menggantikan Imam Yang Batal Solat
• Qada (Menggantikan) Solat
• Dua Jemaah Dalam Satu Masjid
• Menggerakkan Jari Semasa Tahiyat
• Solat Hormat Waktu Dalam Penerbangan
• Solat Bersama Anak Bawah Umur
• Membaca Doa Qunut
• Meletak Tangan Di Atas Paha Ketika Duduk Di Antara Dua Sujud
• Kerap Tertinggal Solat Subuh
• Bercakap Ketika Khutbah
• Kurang Faham Mengenai Solat Jamak dan Qasar
• Mendengar Khutbah Jumaat Sambil Mengambil Nota
• Solat Jumaat di Negara China
• Solat Zuhur Wanita Uzur pada Hari Jumaat
• Solat Sunat bagi Menampung Solat Fardu
• Niat Solat Tahajjud
• Bilangan Sujud Sajadah
• Solat Sunat Taubat
• Waktu Luput Solat Sunat Duha

4 PUASA                                               
• Korek Hidung Semasa Berpuasa
• Hukum Berkumur dengan Lesterine Pada Siang Bulan Puasa
• Masuk Air Sebab Sakit
• Ganti Puasa
• Mengeluarkan Air Mani dengan Sengaja Di Bulan Puasa
• Fidyah Solat dan Puasa untuk Ibu yang Meninggal Dunia
• Puasa di Bulan Rejab dan Syaban 47

5 ZAKAT                                               
• Kewajipan Zakat ke atas Remaja
• Orang Tua Menerima Zakat

6 HAJI DAN UMRAH                             
• Menunaikan Haji Dalam Keadaan Berhutang
• Mencium Hajarul Aswad Selepas Tawaf
• Upah Haji untuk Ibu

7 AURAT                                              
• Aurat Menantu
• Aurat di dalam Televisyen
• Melihat Aurat Lelaki
• Aurat di Laman Rumah
• Aurat Lelaki 60
• Aurat Di Hadapan Bukan Islam
• Hukum Buka Baju dan Memakai Seluar Pendek

8 JUAL BELI                                        
• Jual Beli Barang Lama
• Jual Beli Binatang
• Loan (pinjaman) Kereta
• Peraduan
• Ambil Barang Orang Bukan Islam
• Claim (Tuntutan Semula)
• Bersedekah Dengan Wang Haram

9 NIKAH DAN KAHWIN                        
• Hukum Suami Ambil Duit Isteri
• Tidak Mahu Berkahwin
• ‘Couple' (berpasangan)
• Ibu Bapa Memilih Pasangan Hidup Untuk Anaknya
• Isteri Solehah
• Ingin Tahu Jumlah Isteri Nabi
• Suka Kepada Perempuan
• Nikah Gantung
• Hukum Zina Sebelum Kahwin
• Kelahiran Anak dan Belah Mulut (Tahnik)
• Pahala Bagi Perempuan
• Ambik Anak Angkat
• Ingin Bayi Comel
• Pewaris Gugurkan Janin
• Hubungan Dengan Bekas Bapa Tiri
• Kehendak Isteri dan Kuliah Jumaat
• Jilat Kemaluan Isteri
• Oral Seks
• Berjimak Pada 1 Syawal
• Keliru Sentuh Air Mani
• Krisis Rumah Tangga
• Cerai Talak Tiga
• Hukum Suami Keluar Malam
• Berkahwin dengan Amanah Ibu
• Amanah Tidak Mencukur Rambut Anak

10 AL-QURAN                                      
• Membeli al-Quran
• Hukum Terkentut Sewaktu Membaca al-Quran
• Hukum Meletakkan al-Quran di Kepala
• Hafaz al-Quran
• Orang Kafir Memegang al-Quran
• Wanita yang Memotong Badannya Sendiri
• Gantung Ayat al-Quran
• Hukum Wanita Membaca al-Quran
• Mengubah Diri dengan al-Quran
• Hukum Membaca Ayat al-Quran di dalam Tandas

11 HALAL DAN HARAM                       
• Hukum Merokok
• Halal Ataupun Haram Sarang Burung
• Hukum Onani
• Meluruskan Rambut (Rebonding)
• Hukum Upah Sembahyang Jenazah
• Hukum Wanita Memakai Wangian
• Hukum Lelaki Memakai Cincin Suasa
• Hukum Bekerja di Kilang Percetakan Akhbar
• Hukum Memakai (braces) Gigi
• Mengeluarkan Fatwa
• Membuat Ukiran Khat
• Halal Atau Haram Makan Kucing
• Hukum Makan Keldai
• Hukum Bayar Wang Pinjaman Ceti
• Hukum Jual Lintah
• Bantal Bulu Angsa
• Hukum Memakai Tali Leher
• Bertanya Khabar dan Waalaikumsalam
• Lelaki Berinai?
• Kelebihan Buluh Perindu
• Hukum Bunuh Cicak
• Memakai Baju Berlogo Carlsberg
• Kubur Campuran Islam dan Kafir
• Hukum Mengunjungi Tempat Rekreasi Hiburan
• Hukum Pergi ke Rumah Kawan Perempuan Pada Hari Raya
• Menyimpan Bahan Lucah
• Hukum Membela Gecko
• Hukum Bekerja dengan Majikan Yang Fasik dan Kafir
• Video Seksaan Kubur
• Mendengar Ceramah Perempuan
• Hukum Bermesej (SMS)
• Hukum Berkongsi Bekas Minuman
• Hukum Pertandingan Ayam Serama dan Memancing
• Hukum Mengungkit
• Hukum Melawat Zoo
• Melanggar Sumpah
• Hukum Melihat Jenazah
• Akikah Orang Dewasa
• Status Syahid Pengebom Bali
• Menjawab Salam SMS
• Makna Jihad
• Nasihat Kakak
• Tali Pengikat Jenazah
• Boleh Percaya atau Tidak
• Ciri-Ciri Orang Fasik
• Wali Fasik
• Hukum Menggunakan Umpan Katak dan Anak Ikan
• Mencukur Bulu Roma
• Hukum Memakai Celak

12 ISU SEMASA                                   
• Hukum Memakai Sutera
• Salam Bukan Islam
• Terjumpa Barang Kemas
• Menggantung Gambar Sarjana Islam
• Fatwa Memakai Gelang Kesihatan
• ‘Insyaallah’ Itu Satu Janji
• Hidangan Arak di Hotel
• Pekerjaan Memasang CCTV (kamera litar tertutup)
• Mencuri di Pasar Raya
• Hijab Antara Pelajar Perempuan
• Hukum Beri Salam Ketika Sedang Makan
• Pemakaian Niqab (Purdah)
• Bawa Telefon Bimbit Perisian al-Quran
• Menggunakan Pinggan di Restoran
• Mengaji Atas Kubur
• Menghias Kubur
• Sedekah
• Bermain Snuker
• Hukum Mencium Tangan Semasa Bersalam
• Kesucian Masjid
• Pakai Topi (Cap)
• Hukum Menonton di Pawagam
• Pembuatan IVF( Bayi tabung uji)
• Memakai Gelang Kaki
• Mesin Pakaian Basuhan Automatik
• Adab Memakai Cincin
• Vaksin Daripada Binatang Haram
• Doktor Lelaki Menyambut Bayi
• Hukum Urut Zakar
• Majlis Makan Malam
• Menyimpan Janggut
• Perbezaan Sunni dan Syiah
• Mubahallah
• Lukisan Lucah
• Bermain Gitar
• Mengumpat Orang Bukan Islam
• Tuntutan Kerja Lebih Masa (Overtime)
• Meminta Restu
• Kematian: Mayat Budak
• Fitnah Kehidupan, Kematian dan Kubur
• Memakai Pakaian Dipinjam
• Pelajar Ponteng
• Pertandingan Futsal
• Golongan Syed dan Syarifah
• Minyak oh Minyak
• Membela Binatang Peliharaan
• Doa dan Nyanyian
• Mengampu Majikan
• Orang Bukan Islam Melafazkan Tasbih
• Wanita Terlanjur Keliru
• Hukum Rotan


Sebahagian Siri Ceramah Ustaz Azhar Idrus

Bahagian 1


Bahagian 2


Bahagian 3



  © Powered by Blogger Theme ProBlogger, by Ourblogtemplates.com 2008

DAMAI SURIA