Monday, November 11, 2013

Sedikit Ulasan Mengenai Buku Mohamed Morsi, Terbitan Kemilau Publika


Judul :  Mohammed Morsi - Khilafah Islam Kembali bermula di Bumi Kinanah (Mesir)
Pengarang : Zainudin Hashim
Penerbit : Kemilau Publika
Tahun Terbitan : 2012
Halaman : 354
ISBN : 978-967-361-066-2
Genre : biografi | ketokohan | pemerintahan | politik | Islam


Morsi, sosok nama yang mengharumkan nama Ikhwan Muslimin setelah berdekad-dekad pergerakan pertubuhan itu dihitamkan oleh rejim terdahulu (Raja Farouk, Ibrahim Abdul Hadi Pasha, Gamal Abdel Nasser, Anwar Sadat, Hosni Mubarak). Beliau memenangi kerusi Presiden melalui suara teramai adalah lanjutan dari kesedaran dan revolusi rakyat Mesir yang tercetus pada tahun 2011. Ini yang disebutkan 'Arab Spring' seperti mana berlaku di negara arab Tunisia dan Libya.

Buku ini boleh direntas bagi mengimbau semula jelmaan sosok Sayyid Qutb,
Hasan Al-Banna, Muhammad Abduh, Jamal al-Din al-Afghani, nama-nama besar dan berpengaruh yang meninggalkan kesan dalam masyarakat dan sejarah revolusi Mesir. Ia menjurus kepada perjuangan  membangunkan semula negara-negara Islam bagi menegakkan ruh Islami dalam sistem kehidupan Islam yang menyeluruh kepada warganya. Acapkali pemerintah Islam mempamerkan keunggulan Islamiah dalam pentadbiran negaranya, maka bisa saja ada proksi-proksi dalam dan luar negara yang cuba menggagal dan menjatuhkan kerajaan Islam yang muncul di zaman moden ini. Jika diimbas, nasib serupa pernah menimpa kepada Hasan Al Turabi dari Ikhwan Muslimin di Sudan (1989) dan Sheikh Abbas Madani dari Front Islamic Salvation (FIS) di Algeria (1992) dan cubaan demi cubaan dikenakan kepada Ismail Haniyeh dari Hamas di Palestin. Begitu juga di Turki, para demonstran dicucuk jarum menggoyahkan kepimpinan Recep Tayyip Edorgan bagi mengembalikan Islam (diluputkan oleh legasi Kamal Attartuk).

Morsi yang muncul di zaman milenium sebenarnya dibesarkan di kampung Al-Adawah, daerah Asy-Syarqiyah dan mendapat pendidikan di Universiti Kaherah yang kemudiannya berkhidmat di Amerika. Sekembalinya beliau ke Mesir, beliau diangkat sebagai pemimpin rakyat yang diharapkan akan membawa Mesir ke sebuah negara ke hadapan yang hari ini jauh bertentangan dengan nilai-nilai Islam, kebebasan, berkebajikan dan demokratik.Namun kepimpinan yang diamanahkan tidak bertahan lama, gagasan reformasinya cuba dipadamkan begitu sahaja apabila junta tentera merampas kedudukannya sebagai pemimpin sah melalui demokrasi pilihanraya Jun 2012. Penggulingan beliau tanpa sebarang kesalahan adalah sesuatu yang memilukan dalam menggapai nilai-nilai kebebasan, demokrasi dan keadilan dalam sistem politik dan kenegaraan moden dunia hari ini. 

Pada awal buku ini dikeluar, Morsi masih lagi memerintah. Keterujaan penulis buku dalam membangkit nama Morsi sebagai khalifah yang akan melakukan reformasi dan transformasi kepada bumi kinanah banyak mengambil semangat ayat quran bermaksud:

"Dan Kami hendak memberi kurnia 
kepada orang-orang yang tertindas di bumi Mesir itu 
dan hendak menjadikan mereka pemimpin (khalifah)
 dan menjadikan mereka orang-orang 
yang mewarisi bumi." 
[ 28. Al-Qasas : 5 ]

Mengharukan tatkala saat Morsi naik, beliau ditekan dan dijatuhkan sebegitu rupa. Sayang sekali bagi mencari sosok berperibadi mulia, hafiz, berilmu, dilahir dari anggota Ikhwanul Muslimin, dengan mengenepikan protokol ketat, begitu vokal isu-isu dunia Islam dan kelantangannya terhadap kebejatan yang melanda di Palestin dan Syria akan sentiasa terus dikagumi. Kejatuhannya sebagai petanda bahawa demokrasi dan Islam yang syumul masih suram dan tidak menentu di Mesir. Apa yang diharap bahawa suatu keajaiban akan muncul di bumi kinanah bersandarkan surah Al Qasas di atas. Wallahu a'lam.
 


* Jika mahu menelusuri kehidupannya, terus saja ke Bab 6 kerana awal buku ini dipadatkan dengan banyaknya mukadimah.


| cetusan Faisal |

1 comment:

Unknown said...

assalamu aleku ,i saw this web and post and i found it very useful
for intrusted persons .i am from learnquranweb.com Learnquranweb.com insha’Allah to help children and adults of all ages to learn the holy Quran
with Tajweed whether they are complete beginners, have some prior knowledge or aleady possess advanced reading skills.
Our trained male and female staff provide 1-to-1 tuition at a pace and schedule to suit everyone.
With over 3 years of experience, Learnquranweb.com currently provide tuition services to adults and children living in USA,
UK, Canada, France and Australia.
Learnquranweb.com offer 30-60 minute classes ranging from 2 to 6 days a week at times to suit your home,
work or school commitments. Anyone with a standard home computer and an Internet connection can use our tuition service.
If you are still unsure, why not take advantage of our no obligation free 3 day trial lessons and see the service firsthand.
my mail info@learnquranweb.com
skype id learnquranweb1
web www.learnquranweb.com

  © Powered by Blogger Theme ProBlogger, by Ourblogtemplates.com 2008

DAMAI SURIA