Wednesday, November 25, 2009

Parlimen Dahulu, Parlimen Sekarang


Parlimen Dahulu, Parlimen Sekarang





oleh Prof. Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim





Parlimen adalah tempat di mana rakyat, melalui wakilnya, merealisasikan hasrat mereka. Amalan dan tindakan Parlimen memperlihatkan sikap dan kecenderungan penduduk sesebuah negara. Sejarah Parlimen Malaysia yang sebenarnya telah bermula sebelum pembentukan Malaysia (pada 16 September 1963) kini berusia setengah abad.


Pada 31 Ogos, Tanah Melayu muncul sebagai sebuah negara bangsa. Ia merupakan suatu gabungan sembilan buah kerajaan berdaulat dan Negeri-negeri Selat yang dari tahun 1867-1957 (kecuali waktu Perang Dunia Kedua) merupakan Tanah Jajahan British. Sistem politik yang dipilih rakyatnya pada tahun 1957 adalah Demokrasi Berparlimen. Justeru sistem pemerintahannya terdiri daripada tiga bahagian yang berasingan: Kehakiman, Perundangan dan Eksekutif.

Bukan hanya negara yang mempunyai Perlembagaan, setiap negeri juga mempunyai Perlembagaan. Sistem politik dan pemerintahan harus berjalan berasaskan Perlembagaan. Memang ramai tidak faham apa itu Perlembagaan.

Secara ringkas, Perlembagaan adalah undang-undang tertinggi negara. Undang-undang lain yang bertentangan dengan Perlembagaan adalah tidak sah. Secara umumnya Perlembagaan memang dapat dipinda dengan majoriti dua pertiga tetapi dalam Perlembagaan Malaysia ada fasal-fasal tertentu yang hanya dapat dipinda dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Amat jelas bahawa sepanjang 1970-an Parlimen bukan hanya sibuk dengan isu mengenai Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang melibatkan kepentingan kaum Melayu dan kaum bukan Melayu, ia tidak memberi penjelasan tentang kedudukan orang Melayu dan golongan bumiputera kepada orang ramai. Undang-undang yang diluluskan membezakan di antara orang Melayu dengan kaum bumiputera di Sabah dan Sarawak tetapi pada suatu ketika orang Melayu di Semenanjung biasanya merujuk kepada diri sendiri sebagai kaum bumiputera.

Sepanjang 1970-an, akibat rusuhan 1969, isu-isu yang dianggap sensitif tidak dapat dibincangkan oleh orang ramai. Walau pun wakil rakyat diberi kebebasan di Parlimen untuk membangkitkan hal-hal yang membabitkan kepentingan orang ramai, mereka lebih berhati-hati daripada dahulu.

Di samping itu orang ramai diingatkan bahawa DEB bukan bertujuan memberi segala-galanya kepada orang Melayu. Strateginya ialah negara mesti meluaskan kekayaannya dan bahagian tambahan itu sahaja, dan bukan keseluruhannya, akan diberikan kepada orang Melayu.

Keadaan berubah dengan agak drastik pada awal 1980-an apabila Dr. Mahathir Mohamad (kini Tun) muncul sebagai Perdana Menteri. Beliau mentafsirkan DEB dengan cara yang tersendiri. Bagi beliau usahawan seharusnya diberi bantuan oleh pihak pemerintah agar mereka dapat mencapai keuntungan yang maksimum.

Dr. Mahathir juga pemimpin yang tidak bertoleransi dengan pengiring yang tidak mempunyai cita-cita tinggi. Pada masa beliau menjadi Perdana Menteri, DEB digunakan untuk menolong usahawan Melayu mencapai kejayaan yang luar biasa.

Walau pun kedudukan Barisan Nasional dan UMNO tidak menghadapi sebarang masalah di Parlimen, pada zaman Dr. Mahathir, kedudukan UMNO bukanlah begitu tenang. Timbalannya berubah beberapa kali.

Dalam jangka masa dua dekad Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri, empat orang telah menjadi Timbalannya. Kemudian tiba-tiba Dr. Mahathir berundur untuk membolehkan Abdullah Badawi (kini Tun) menggantikannya.

Perdana Menteri baru berjanji akan memperkenalkan beberapa perubahan yang akan mempertingkatkan taraf hidup rakyat. Satu cara untuk memajukan negara ialah dengan menitikberatkan Islam Hadari - Islam yang adil pada semua dengan menitikberatkan agama itu sebagai mana terdapat pada kitab al-Quran. Beliau juga minta rakyat jangan berkhidmat untuk beliau tetapi bersama beliau.

Walau pun sikap Abdullah Badawi diterima baik oleh rakyat, dari segi pelaksanaannya, parti pemerintah dan juga pegawai tadbir tidak berjaya meyakinkan rakyat.

Ahli Parlimen pada zaman akhir-akhir ini jauh berbeza dengan mereka yang sampai ke Parlimen pada 1960-an dan 1970-an. Pada zaman dahulu Ahli Parlimen berbahas berasaskan gagasan dan undang-undang.

Akhir-akhir ini, Ahli Parlimen lebih suka berlakon dan di antara mereka ini majoriti suka menjadi pelawak. Kadang-kadang ada juga yang tidak segan menggunakan bahasa yang tidak senonoh. Justeru rakyat mulai memandang negatif terhadap Ahli Parlimen. Ketidakpuasan hati mereka jelas ternampak bila prestasi Barisan Nasional merosot dengan jelas pada Pilihan Raya Umum 2008 dan juga selanjutnya bila Basrisan Nasional kalah di beberapa pilihan raya kecil.

Dalam jangka masa lebih kurang 25 tahun kebelakangan ini, Parlimen Malaysia tidak memperlihatkan bahawa ia semakin matang. Mutu perbahasan jelas tidak membuktikan peningkatan yang dapat menenangkan hati rakyat.

Ada suatu ketika dicadangkan oleh sesetengah pihak bahawa mesyuarat Parlimen sepatutnya ditayangkan secara langsung. Tetapi ini tidak dilaksanakan kerana ramai khuatir perangai Ahli Parlimen yang tidak senonoh itu nanti akan memberi kesan negatif kepada golongan muda di Malaysia.

Kini Parlimen sudah sampai ke suatu peringkat yang sangat genting. Pengumuman tentang konsep 1Malaysia memang dialu-alukan oleh mereka yang sayangkan Malaysia dan mahu melihat Malaysia muncul kembali sebagai sebuah negara yang dapat bersaing di peringkat antarabangsa dalam bidang ekonomi, pendidikan, pembangunan dan sukan. Tetapi prestasi Ahli Parlimen zaman sekarang tidak memperlihatkan kecemerlangan yang rakyat harapkan.

Yang lebih membimbangkan ialah wakil rakyat tidak dapat membuktikan bahawa mereka memahami undang-undang maka mereka seolah-olah tidak sanggup patuh kepada prinsip-prinsip Rukunegara: "Keluhuran Perlembagaan" dan "Kedaulatan Undang-undang". Ternampak seolah-oleh mereka lebih mementingkan agenda diri sendiri daripada agenda rakyat.

Malaysia ada satu matlamat lagi yang seharusnya dikejar: Wawasan 2020, iaitu Malaysia sepatutnya sampai ke status negara maju pada tahun itu. Untuk mencapai sasaran itu negara memerlukan pemimpin-pemimpin yang serius, berkebolehan dan penuh dengan integriti.

Wakil rakyat memang pemimpin yang sangat penting dalam sesebuah negara. Merekalah yang dipilih oleh rakyat untuk menjalankan pemerintahan maka rakyat menaruh harapan sepenuhnya kepada mereka. Parlimen adalah tempat di mana prestasi mereka secara terus menerus diuji.


sumber: Utusan Malaysia

Read more...

Tuesday, November 24, 2009

Kejayaan Malaysia 25 Tahun (1957-1982)













Judul : Kejayaan Malaysia 25 Tahun (1957-1982)

Suntingan : Fauzi Mohd
Reka letak & Fotografi : Bahagian Pengeluaran Visual
Penerbit : Jabatan Penerangan Malaysia, Kementerian Penerangan Malaysia
Tahun Terbitan: September, 1982




Kejayaan Malaysia 25 Tahun (1957-1982) merupakan buku meja kopi (cofee table book) yang diterbit oleh Jabatan Penerangan Malaysia, Kementerian Penerangan Malaysia pada tahun 1982, sebuah buku yang agak lama namun masih disimpan oleh bapa saya sehingga saya generasi hari ini. Buku yang bersaiz 10 x 9 inci, setebal 100 muka surat, merupakan sejarah 25 tahun kejayaan Malaysia bermula pada tahun 1957-1982, iaitu sejak kemerdekaan Tanah Melayu sehingga pencapaian Malaysia dalam pelbagai bidang dan kepimpinan pada masa itu.


Pada muka pendahuluan, diterangkan liku-liku negara ini dengan penjajahan Portugis (1511-1640), Belanda (1641-1786), kekuasaan Inggeris dan pendudukan Jepun di Tanah Melayu yang penuh dengan pancaroba sehingga perjalanan untuk mencapai kemerdekaan Tanah Melayu. Dua parti politik terpenting iaitu Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) dibawah kepimpinan Dr. Burhanuddin dan UMNO diketuai Dato’ Onn pada zaman itu, disebut di sini bagi menuntut pembubaran Malayan Union dan seterusnya membentuk Persekutuan Tanah Melayu. Walaupun Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, sekali lagi negara digugat dengan komunis dan peristiwa perkauman 13 Mei 1969. Berkat kebijaksanaan dan kepimpinan kerajaan pada waktu itu serta muafakat semula antara rakyat, keharmonian mekar kembali di Malaysia.




Logo Perayaan Jubli Perak
Hari Kebangsaan 31 Ogos 1982




Oleh kerana ia suatu buku meja kopi, sudah pasti dipenuhi banyak imej yang mempunyai seribu makna dalam susur galur Malaysia 25 tahun sejak 1957. Pengisian imej pertama di halaman buku menunjukkan Bapa Kemerdekaan melaungkan “merdeka” yang mengisytiharkan Tanah Melayu sebagai negara bebas dan merdeka pada 31 Ogos 1957. Halaman-halaman awal menunjukkan imej bangunan Parlimen yang menggambarkan demokrasi rakyat dalam menentukan kepimpinan kerajaan; Yang di-Pertuan Agong sebagai simbol Raja Berpelembagaan; Perdana-Perdana Menteri Malaysia sebagai ketua kerajaan - Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj (1957-1970), Tun Abdul Razak bin Hussein (1970-1975), Tun Hussein Onn (1975-1981) dan Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad (bermula 1981). Imej-imej termuat dalam buku ini diteruskan dalam bidang ekonomi, komoditi negara, pendidikan, pertahanan, agama sehingga ke hubungan luar negara manakala setiap bidang mempunyai penerangan teksnya.


Buku meja kopi ini sudah berusia 27 tahun lamanya. Melihat imej-imejnya saja, sudah tentu mengimbas kembali nostalgia kehidupan rakyat pada zaman tersebut, namun kelamaannya perlu ditukar dengan kebaharuan iltizam dan tekad generasi hari ini bagi mengekal dan mengisi kemerdekaan di tanah air tercinta ini.


Read more...

Friday, November 20, 2009

Novel 'Menjadi Bintang'



keratan akhbar Berita Harian - 13 November 2009 | 3 Zulhijjah 1430

Read more...

Friday, November 13, 2009

Malaysia A Dream Deferred (Ceritalah 3)

[Malaysia++A+Dream+Deferred+(Ceritalah+3)_BH_Jum+13+Nov+09_25+Zulqaedah+1430.jpg]

keratan akhbar Berita Harian, Jum 13 Nov 09 | 25 Zulqaedah 1430


Read more...

Sunday, November 8, 2009

Mengimbas Detik Haji dari Tanah Melayu ke Makkah Al Mukarramah

Oleh Rohaniza Idris
roha@bharian.com.my



Sejarah haji di Malaysia





Catatan awal menyatakan Sultan Mansur Shah berhasrat ke Tanah Suci tetapi mangkat sebelum dapat menunaikannya

IBADAT haji di negara ini dipercayai bermula sejak kedatangan Islam ke gugusan Kepulauan Melayu pada abad ke 13. Namun, catatan sejarah yang jelas mengenai perkembangan haji di negara ini sukar diperoleh secara terperinci kerana tidak banyak maklumat mengenainya.

Dipercayai orang Melayu yang berkemampuan dan terbabit dalam aktiviti pelayaran ialah kelompok terawal menunaikan haji, namun tiada catatan atau apa-apa penunjuk aras mengenainya ditemui.

Pengamal perubatan Portugis, Tom Pires mencatatkan dua pemerintah Melaka ada menyatakan hasrat ke Makkah iaitu Sultan Mansur Shah yang memerintah dari 1456-1477 Masihi atau 860-881 Hijrah dan Sultan Alauddin Riayat Shah (1477-1488 Masihi/881-893 Hijrah). Namun, kedua-duanya tidak dapat meneruskan niat mereka kerana mangkat.

Dalam catatan itu, Tom Pires menjelaskan kedua-dua pemerintah sudah membuat persediaan, termasuk menyediakan emas yang berganda jumlahnya dan mempersiapkan kapal untuk pelayaran menunaikan haji.

Catatan Tom Pires bagaimanapun, tidak boleh dianggap sebagai rekod terawal berkaitan pelayaran masyarakat Melayu menunaikan haji ke Makkah kerana ibadah haji itu sendiri adalah satu kewajipan yang dilaksanakan umat Islam.



Catatan yang tidak kurang penting mengenai jemaah haji dari Kepulauan Melayu ialah perjalanan ilmuwan Muhammad Yusuf Ahmad atau lebih dikenali sebagai Tok Kenali pada 19 Masihi (13 Hijrah).

Tok Kenali berasal dari Kelantan melanjutkan pengajian agama beliau di Makkah ketika berusia 18 tahun. Dicatatkan beliau mengambil masa enam bulan untuk sampai ke Makkah. Tok Kenali kemudian mengambil keputusan menetap di Makkah bagi menuntut ilmu, di samping menunaikan umrah dan haji.

Beliau kemudian kembali ke Kelantan pada usia 40 tahun dan mengasaskan pusat pengajian Islam. Selain beliau, beberapa ilmuwan Islam di Kepulauan Melayu yang terkenal ialah Hamzah Fansuri yang belayar ke Makkah pada akhir abad ke 16 Masihi (10 Hijrah) dan Abdul Rauf Singkel menunaikan haji pada 1643 Masihi (1052 Hijrah).

Apabila tiba abad ke 19 dan 20 Masihi, muncul bukti yang lebih banyak berkaitan aktiviti mengerjakan haji masyarakat Melayu di Malaysia. Banyak artifak, manuskrip, bahan bercetak dan gambar direkodkan orang Melayu yang pergi ke Makkah menunaikan haji.

Cendekiawan Malaya Harun Aminurashid bergambar di atas kapal ketika menunaikan haji pada 1960.

Antara catatan yang menarik dihasilkan Munsyi Abdullah seorang terpelajar berasal dari negara ini yang menceritakan dengan teliti pelayarannya ke Tanah Suci pada 1854 Masihi (1270 Hijrah) melalui Hikayat Pelayaran Abdullah.

Selepas itu ramai cendikiawan Melayu dan golongan terpelajar yang pernah ke Makkah menunaikan haji dan umrah mengabdikan pengalaman mereka dalam bentuk tulisan bagi berkongsi ilmu dengan orang lain.

Beberapa manuskrip bertulisan jawi ditemui di Kepulauan Melayu menyentuh pelbagai aspek berkaitan haji, termasuk catatan peribadi dan maklumat mengenai haji bersifat keagamaan.

Cendikiawan Melayu Harun Aminurashid menulis pengembaraannya ke Makkah dengan kapal laut pada 1960 Masihi (1379 Hijrah) dalam bukunya bertajuk Chatetan ka-Tanah Suchi.

Harun menceritakan perit getirnya sepanjang perjalanan dengan kapal diberi nama Anshun. Antara petikan berkenaan ialah: “susah menjadi penumpang di dalam bahagian tengah kapal...orang yang ingin menunaikan haji mestilah sabar... di sini tiada keseronokan atau kebebasan seperti kebiasaannya ketika di darat...kamu terpaksa menanggung kesusahan ini di sepanjang pelayaran pergi dan balik daripada menunaikan haji, sabar ialah satu-satunya jalan penyelesaian terbaik.”

Selain Harun, ada beberapa tulisan lain yang menceritakan keterujaan mereka menunaikan haji serta gambaran perjalanan ke Tanah Suci seperti Jaafar Jusoh Al Haj (Perihal Pemergian ke Mekah dan Madinah yang diterbitkan pada 1937 Masihi (1355 Hijrah) dan Haji Ismail Haji Ishak dalam bukunya bertajuk, Ke Mekah Mengikut Jalan Darat (1975 Masihi/ 1394 Hijrah) .

Selain catatan perjalanan, ada juga ditemui penulisan jemaah haji berkisar mengenai perasaan, pandangan dan pemikiran mereka terhadap apa yang berlaku sepanjang perjalanan yang dipersembahkan dengan gaya tersendiri, termasuk karya seni seperti puisi, lukisan dan poster.

Dicatatkan seorang jemaah haji yang tidak diketahui identitinya mengubah nazam menceritakan perjalanannya dari Kedah ke Makkah.

Dalam nazam tulisan jawi itu, penulis menyatakan tiga bulan dari Kedahlah dan kurang, Pelayaran kapal tatkala menyeberang, Jikalau angin dari belakang sampai ke Jeddah (laut) yang tenang...Dua malam tuan sudah di Jeddah hendak berjalan pula ke Makkah disewalah unta mana yang mudah kecil sedikit daripada gajah...”

Di akhir nazam dinyatakan 120 rahmat ke atas Kaabah iaitu 60 bagi mereka yang mengerjakan tawaf, 40 bagi mereka yang bersembahyang dan 20 bagi yang melihatnya.

Sejak 1900 hingga 1969, jemaah haji negara ini hanya menggunakan kapal laut untuk ke Makkah. Mulai 1970 hingga 1976, sebilangan kecil daripada mereka menaiki kapal terbang tetapi kapal laut masih terus digunakan.

Sejak 1977 kapal laut tidak lagi digunakan, sebaliknya semua jemaah haji Malaysia menaiki kapal terbang untuk ke Makkah. Pada zaman kapal laut, pelayaran dari negara ini ke Makkah mengambil masa di antara dua dan tiga bulan, selain dilihat berisiko lebih tinggi.

Kebanyakan jemaah yang menaiki kapal laut pernah mengalami pelbagai pengalaman pahit, termasuk dilanda ribut taufan. Malah, ada kapal laut yang terbakar ketika dalam pelayaran di tengah samudera. Namun, semua itu dianggap sebagai dugaan dan ujian Allah.

Dalam perjalanan selama berbulan-bulan ke Makkah, ada jemaah yang uzur atau meninggal dunia di atas kapal. Bagaimanapun, rekod sebenar mengenai kematian itu sukar diperoleh.


INFO: Kapal haji

  • Mendam Berahi (abad ke-15)
  • Subulus Salam (1854),
  • Antirorchus (1936), Bellophon (1936), Cyclops (1936) dan Potesilaus (1936)
  • Agamemnon, Adratus, Atreus, Ajax, Eurubates, Glaucus, Idomeneus (1940-an)
  • Prometheus (1950-an),
  • Malaysia Kita, Malaysia Raya dan Kuala Lumpur (1970-an).


    Peristiwa 1947

  • 670 jemaah haji Malaya berangkat ke Makkah melalui Singapura dan 1,326 melalui Pulau Pinang. Daripada jumlah itu, 1,729 pulang ke Malaya, manakala 200 lagi terus tinggal di Makkah; 67 meninggal dunia iaitu 31 ketika dalam pelayaran, manakala 36 di Makkah.

  • Sebelum Perang Dunia Kedua hingga negara mencapai kemerdekaan, Singapura dan Pulau Pinang menjadi dua pelabuhan penting bagi jemaah haji Malaya.

  • Kebanyakan jemaah sebelum merdeka dibawa ke pelabuhan dengan lori dan cara itu sering dikritik orang ramai menerusi akhbar. Satu peristiwa pernah menimpa jemaah di Pelabuhan Klang pada 8 Julai 1962 iaitu tragedi tangga patah menyebabkan 20 cedera ketika menyambut ketibaan jemaah haji di atas kapal `Kuala Lumpur'.

  • Menjelang awal 60-an, kesulitan itu semakin reda apabila pakar ekonomi negara, Prof Diraja Ungku Aziz mengesyorkan supaya Tabung Haji diwujudkan. Dalam memorandumnya berjudul `Pilgrims Economy Improvement Plan' kepada kerajaan, Ungku Aziz mengesyorkan penubuhan sebuah perbadanan untuk mengurus dan mengendalikan urusan umat Islam negara ini yang hendak menunaikan haji dan umrah.

  • Tabung Haji ditubuhkan pada 1969 dan menguruskan pergi balik jemaah haji ke Makkah dengan licin dan teratur. Tradisi dan amalan menjual harta benda untuk ke Makkah hingga menyebabkan `kepapaan' selepas jemaah haji kembali ke tanah air, juga semakin pupus.


  • Pameran sejarah, catatan perjalanan haji






    IBADAT haji menghimpunkan umat Islam tidak mengira warna kulit, latar belakang, keturunan dan lokasi ke satu tempat paling suci di tanah Arab iaitu Makkah.

    Peredaran zaman menyaksikan perjalanan ke Makkah untuk mengerjakan haji melalui fasa perubahan daripada keperitan dan kesusahan kepada lebih mudah dan singkat untuk ke kota suci berkenaan.

    Pada waktu dulu, ibadat haji hanya boleh dicapai mereka yang berhati cekal kerana banyak pengorbanan yang terpaksa di buat.



    Pengalaman jemaah ke Makkah






  • Penyair Parsi yang juga ahli falsafah Isma’ili, Naser Khosraw berasal dari Iran menceritakan beliau menyertai kumpulan karavan, suatu yang biasa pada zaman itu bagi perjalanan jauh untuk menunaikan haji.

  • Beliau dalam bukunya Safarnama menceritakan mengembara selama tujuh tahun dari 1046 Masihi (437 Hijrah) hingga 11 Masihi (443 Hijrah) menjelajahi bandar Islam sebelum sampai di Makkah untuk menunaikan haji.

    Ditemani saudara lelaki dan pembantunya bergerak melalui Nishapur, Tabriz, Aleppo, Baitul Maqdis dan destinasi terakhir Makkah. Perjalanan itu adalah titik perubahan kerohanian Naser yang mana dalam usia 42 tahun, beliau mengambil keputusan meninggalkan kehidupan bangsawan dan menuju ke Kaherah untuk menjadi ulama.

  • Penyair dan ilmuwan Sepanyol dari Granada, Ibnu Jubayr atau nama sebenarnya Abu Al-Husayn Ibnu Jubayr menceritakan kesukaran diganggu Tentera Salib dan perompak yang memang suka menjadikan rombongan karavan haji sebagai mangsa. Dicatatkan kepayahan rombongan haji yang disertainya berdepan kehadiran Tentera Salib Reynald de Chatillon iaitu pasukan yang dilatih khusus menyerang karavan haji.

    Dalam catatan itu, diceritakan, rombongan terpaksa menggunakan unta menuju ke selatan Kaherah untuk ke Pelabuhan Aydhab di laut Merah sebelum ke Jeddah untuk ke Makkah.

  • Pengembara Islam, Ibn Battutah menulis mengenai pengalamannya ke Makkah yang penuh berliku. Beliau mencatatkan bersendirian menyusuri laluan pinggir pantai dengan menunggang unta dan kuda sebelum menyertai karavan jemaah haji di Libya.
    Lady Evelyn Zainab Murray Cobbold

    Lapan bulan kemudian beliau tiba di Makkah bersama jemaah lain pada 1326 Masihi (726 Hijrah) dan Makkah sering menjadi tempat persinggahan beliau sepanjang pengembaraannya. Banyak yang dikongsikan Ibn Battutah sepanjang perjalanannya, begitu juga kisah dan gambaran beliau mengenai Makkah.

  • Laksamana Zheng He atau lebih dikenali Laksamana Cheng Ho yang berkhidmat di bawah Dinasti Ming juga melalui kesukaran sepanjang perjalanan menunaikan haji. Zheng He, laksamana angkatan laut yang pernah mengetuai tujuh misi diplomatik negaranya dari 1405-1433 Masihi (807-836 Hijrah) menyifatkan pengembaraan ke Makkah sebagai satu yang menakjubkan, dan tiba di Makkah pada pelayaran ketujuhnya, 1423-1433 M (835-836 Hijrah). Namun, wujud percanggahan pendapat antara cendikiawan dan sejarawan sama ada Zheng He benar-benar menunaikan haji atau sekadar singgah di Makkah.

  • Pengembara Itali, Ludovico Di Varthema menjadi orang Eropah pertama menceritakan pengalamannya ke Makkah mengerjakan ibadat haji dalam karya bertajuk Itinerario (Itinerary - jadual perjalanan).

    Status keislaman Varthema juga diragui, namun beliau berjaya menyertai angkatan tentera Mamluk yang bertanggungjawab mengiringi karavan haji ke Tanah Suci pada 1503 Masihi (908 Hijrah). Ketika dalam perjalanan dari Damsyik ke Makkah beliau merekodkan halangan yang terpaksa ditempuhi jemaah haji di tengah padang pasir.

  • Wartawan Sepanyol, Muhammad Asad dari Galicia menulis pengalaman menunaikan haji bersama isterinya Elsa dengan kapal laut dari Mesir ke Jeddah.

    Beliau menceritakan jemaah haji berasak-asak di atas kapal, disertai laungan ‘labayk, Allahumma, Labayk’ yang bersahut-sahutan. Jemaah haji Mesir dan Afrika Utara memenuhi setiap ruang dan sudut dalam kapal dengan berhimpit-himpit.

  • Satu lagi catatan zaman moden ditulis Lady Evelyn Zainab Murray Cobbold (1867-1963 Masihi (1283-1382 Hijrah). Beliau dipercayai wanita Eropah pertama merekodkan pengalamannya mengerjakan haji.

    Lady Evelyn anak sulung Earl of Dunmore yang dipercayai memeluk Islam sejak kecil memulakan perjalanan secara sendirian ke Makkah menaiki kapal laut di Kaherah ke Pelabuhan Jeddah pada usia 66 tahun dan diberi kebenaran masuk ke kota suci itu oleh Raja Abdul Aziz Ibn Saud pada 15 Zulkaedah 1351 Hijrah bersamaan 12 Mac 1933.

    Beliau yang mengembara menggunakan kereta Ford kecil menceritakan 10 hari masa yang diambil oleh unta untuk menamatkan perjalanan antara Madinah dan Jeddah , tiga minggu bagi pejalan kaki yang bergerak pada waktu malam.

  • Pengembara haji, Malcom X, berketurunan Afrika-Amerika yang mengerjakan haji pada 1964 menceritakan cabaran sebagai warga negara Amerika Syarikat yang mahu menunaikan haji sehingga terkandas 20 jam apabila tiba di Jeddah. Beliau yang lengkap memakai ihram tidak dibenarkan masuk kerana diragui keislamannya.

    Beliau akhirnya dibenarkan masuk ke Makkah, malah menjadi tetamu pemerintah Arab Saudi, Putera Feisal. Malcom memberitahu beliau mempelajari solat yang betul dan merasai semangat ummah (persaudaraan Islam) dalam tahanan 20 jam itu.


  • sumber: Berita Harian, 8 Nov 2009 | 20 Zulqaedah 1430


    Read more...

    Wednesday, November 4, 2009

    Asmaul Husna - The 99 Most Beautiful Names of Allah

    Dia-lah Allah dan tiada tuhan selain Dia, yang mengetahui segala yang ghaib dan segala yang nyata. Dia-lah yang Maha Pemurah, Maha Penyayang. Dia-lah Allah yang tiada tuhan selain Dia, Maha Berdaulat, yang Maha Suci, sumber segala kedamaian, Pelimpah keamanan, Maha Pelindung, Maha Perkasa, Maha Penakluk, Maha Agung, Maha Suci Allah, jauh dari apa yang mereka persekutukan. Dia-lah Allah yang Maha Pencipta, Pembuat segala sesuatu, Pemberi segala bentuk. Kepunyaan Dia-lah segala nama yang terindah. Segala sesuatu di seluruh langit dan bumi menyanjung Dia dan Dia-lah yang Maha Perkasa, Maha Bijaksana”.
    (QS.Al-Hasyr (59) : 21-24)



    1
    The Greatest Name
    2
    The All-Compassionate
    3
    The All-Merciful
    4
    The Absolute Ruler
    5
    The Pure One
    6
    The Source of Peace
    7
    The Inspirer of Faith
    8
    The Guardian
    9
    The Victorious
    10
    The Compeller
    11
    The Greatest
    12
    The Creator
    13
    The Maker of Order
    14
    The Shaper of Beauty
    15
    The Forgiving
    16
    The Subduer
    17
    The Giver of All
    18
    The Sustainer
    19
    The Opener
    20
    The Knower of All
    21
    The Constrictor
    22
    The Reliever
    23
    The Abaser
    24
    The Exalter
    25
    The Bestower of Honors
    26
    The Humiliator
    27
    The Hearer of All
    28
    The Seer of All
    29
    The Judge
    30
    The Just
    31
    The Subtle One
    32
    The All-Aware
    33
    The Forebearing
    34
    The Magnificent
    35
    The Forgiver and Hider of Faults
    36
    The Rewarder of Thankfulness
    37
    The Highest
    38
    The Greatest
    39
    The Preserver
    40
    The Nourisher
    41
    The Accounter
    42
    The Mighty
    43
    The Generous
    44
    The Watchful One
    45
    The Responder to Prayer
    46
    The All-Comprehending
    47
    The Perfectly Wise
    48
    The Loving One
    49
    The Majestic One
    50
    The Resurrector
    51
    The Witness
    52
    The Truth
    53
    The Trustee
    54
    The Possessor of All Strength
    55
    The Forceful One
    56
    The Governor
    57
    The Praised One
    58
    The Appraiser
    59
    The Originator
    60
    The Restorer
    61
    The Giver of Life
    62
    The Taker of Life
    63
    The Ever Living One
    64
    The Self-Existing One
    65
    The Finder
    66
    The Glorious
    67
    The One, the All Inclusive, The Indivisible
    68
    The Satisfier of All Needs
    69
    The All Powerful
    70
    The Creator of All Power
    71
    The Expediter
    72
    The Delayer
    73
    The First
    74
    The Last
    75
    The Manifest One
    76
    The Hidden One
    77
    The Protecting Friend
    78
    The Supreme One
    79
    The Doer of Good
    80
    The Guide to Repentance
    81
    The Avenger
    82
    The Forgiver
    83
    The Clement
    84
    The Owner of All
    85
    The Lord of Majesty and Bounty
    86
    The Equitable One
    87
    The Gatherer
    88
    The Rich One
    89
    The Enricher
    90
    The Preventer of Harm
    91
    The Creator of The Harmful
    92
    The Creator of Good
    93
    The Light
    94
    The Guide
    95
    The Originator
    96
    The Everlasting One
    97
    The Inheritor of All
    98
    The Righteous Teacher
    99
    The Patient One

    Read more...

    Sunday, November 1, 2009

    UPENA Sasar Matlamat


    UPENA Sasar Matlamat - Tanam budaya ilmiah dan minat membaca di kalangan pelajar


    Keratan Akhbar Kosmo Ahad 1 November 2009 bersamaan 13 Zulqaedah 1430
    UiTM - Sedekad Transformasi (1999-2009)



    Read more...

      © Powered by Blogger Theme ProBlogger, by Ourblogtemplates.com 2008

    DAMAI SURIA