Showing posts with label akhlak. Show all posts
Showing posts with label akhlak. Show all posts

Friday, May 31, 2013

Fikrah Bicara Hasan Al Banna

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjKFTtqjmtj9sk5nDaIm1ukyo75BZllgnCugCfITCDBjGwn30YhNyM9XikaVb4KAPmu6AU_h7DZCZpxeCvt3W0LauZyX4sIglgF6twJ-TASmbNPLVlFHPKBfxnzokiZYEYJlkULtfTWPp9w/s1600/Hasan+Al+Banna.jpg
------------------------------------------------------------------------------------
Andai Islam seperti sebuah bangunan usang yang hampir roboh, 
maka akan aku berjalan ke seluruh dunia mencari jiwa-jiwa muda.
Aku tidak ingin mengutip dengan ramai bilangan mereka,
tapi aku inginkan hati-hati yang ikhlas untuk membantuku 
dan bersama membina kembali bangunan usang itu 
menjadi sebuah bangunan yang tersergam indah. 
- Imam As-Syahid Hasan Al Banna
 ------------------------------------------------------------------------------------


Sunday, May 12, 2013

Islam: Apa Yang Diharamkan, Ada Jalan Halal Menuju Kebahagiaan


Islam haramkan arak, pada masa  yang sama membenarkan pelbagai minuman lain.  Islam mengharamkan judi dan rasuah, membenarkan hadiah dan sedekah. Islam mengharamkan zina, membenarkan perkahwinan.  Islam mengharamkan menilik nasib, alternatifnya sembahyang istikharah.  Apabila kita mengharamkan sesuatu, cadangkan alternatifnya.

 - Dr. Asri Zainul Abidin. 2012.  
   m/s 21. Travelog Minda Tadjid.





Wednesday, January 30, 2013

Sambutan Maulidur Rasul 1434, Masjid Sultan Azlan Shah, Ipoh


--------------------------------------------------------------------------------


There has certainly been for you in the Messenger of Allah 
an excellent pattern for anyone whose hope is in Allah 
and the Last Day and [who] remembers Allah often.
[ Surah Al-Ahzab 33 : 21 ]
--------------------------------------------------------------------------------


 Ustaz Badli Shah
People will lose faith if cheating. Trust is the core integrity of the individual. If we want to compare ourselves, certainly is far behind from the Prophet SAW. No matter what, from childhood to adulthood, the Prophet SAW never once cheating. This completely flourish the personality Muhammad SAW with siddiq, amanah, tabligh and fatonah. In history time, all people of Makkah were so pleased and entrusted in him. That is why the Prophet SAW was given the epithet Al-Amin (Muhammad the Trustworthy). They gave him this title, because they claimed him to be the best man among them, one who was never known to have told a lie. 

Similiarly in our life, it's actually not something hard to uphold trustworthy (kejujuran) in ourselves.  But, if one lose his trustworthy, he/she no longer had confidence by people and one getting difficult to maintain relationship with family, friends and community.  This was the content parts of ceramah Majlis Maulidur Rasul 1434H at Sultan Azlan Shah Mosque, Ipoh just now, speech by A.F. Ustaz Badli Shah Alauddin (Jabatan Agama Islam Pahang). The ceramah started after Maghrib prayer and I with my family took this opportunity to embrace more understanding from ceramah delivery. After ceramah, jamaah including students were solat Isyak together, imam by A.F. Ustaz Haji Radzi Kamarul Hailan. Alhamdulillah :)

Peace and  blessings upon 
our honest and trustworthy Rasulullah SAW
اللهم صلي على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلم



Salam Maulidur Rasul 1434 Hijriah
"Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah"


 | cetusan Faisal |


Monday, November 5, 2012

Khidmatnya Baik, Bermanis Muka dan Berlapang Dada


Saya akhirnya terjaga dari lamunan tidur. Jam di dashboard kereta menunjukkan 2.11 pagi dan saya masih berada di Hentian Bukit Gantang. Bertolak waktu malam dari UUM untuk ke Ipoh menyebabkan saya 'terdampar' seketika di hentian lebuh raya tersebut. Hari ini bertolak lewat. Ada diskusi dengan kawan-kawan saya di kampus. Di luar kereta, persekitarannya masih lembap dan basah akibat musim hujan yang panjang kebelakangan ini. Saya terus kembali mengingatkan diri untuk membeli buah tangan sebelum pulang ke Ipoh.

Di gerai buah, kelihatan seorang remaja lelaki sedang asyik menekan sesuatu pada handfon. Bermain games barangkali, melawan mata di larut malam agar jangan tidur lagi. Sampai saja saya di gerai, dia bergegas berhenti bermain dan tengok-tengokkan apa yang saya perlu. Cantik sekali khidmatnya kepada 'tetamu' yang bertandang.

"Saya ambil buah ini," kata saya sambil menunjukkan buah betik tersusun atas para. "Err.. jangan ambil buah ni lah abang, bawahnya tak beberapa elok pulak," pintas remaja yang baru tersedar buah yang sedikit rosak itu. Buah-buahan betik di atas para semuanya dah cukup masak. Ia sedia untuk dimakan apabila saya pulang ke rumah nanti. Kejujurannya dalam memberitahu keadaan buah dan cuba memilih yang terbaik menjadi kesukaan saya.

"Kalau begitu, saya ambil yang ini," pilih saya.
 "Hmm..okay," ujar remaja ini.

Saya menambah buah-buahan honeydew dan ciku dalam pembelian saya. Saya cukup senang dengan khidmat yang ditawarnya. Bermanis muka menyambut pelanggan dan berlapang dada dalam aktiviti niaganya. Apabila saya tanya sesuatu mengenai buah-buahan di gerainya, dia tidak berat mulut menjawabnya. Malah dia menyelitkan pertanyaan jika ada apa-apa lagi yang hendak saya beli. Di akhir jual beli, dia tidak lupa mengakadkan dengan perkataan 'saya jual' dan diikuti balas saya, 'saya beli'.  Dalam Islam, akad jual beli memuktamadkan urusan jual dan beli antara peniaga dan pelanggan. Berakad menambah kesepakatan dan keberkatan.  Berakad mencantik urusan jual beli. Berakad mencari keredhaan Ilahi. Islam agama yang sempurna. Kedatangan Islam menghalalkan usaha jual beli tetapi mengharamkan riba.

Apa yang yang saya cuba sebutkan di sini, bahawa remaja tersebut begitu berakhlak dalam menjaga keperluan pelanggannya. Ia begitu cepat dalam menengokkan pelanggannya. Apabila seseorang itu lambat dalam servis yang diberikan, kemungkinan orang ramai tentu tidak akan pergi ke kedainya. Ia juga lama-kelamaan menjejaskan prestasi jualan produknya. Mutu perkhidmatan yang disediakan tidak kira perniagaan secara kecil-kecilan atau besar-besaran harus berkualiti senantiasa.  Kisah ini mungkin nampak kecil, tetapi jika ramai umat Islam yang menawar perkhidmatannya yang beradab dan memuaskan hati pelanggan/pengguna, impaknya besar kepada dunia perdababan Islam.

Saya meluncurkan perjalanan saya yang masih berbaki lagi untuk sampai ke Ipoh. Di keheningan malam, saya terfikir andainya ramai remaja seperti ini alangkah indahnya muamalah Islam.


| cetusan Faisal |


Friday, August 17, 2012

PETRONAS dan BERNAS 2012 | 1433: Filem Pendek dan Iklan Raya ~ Mengesankan Hati



PETRONAS: 'Stranger'




https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj6DVWNBbnI3So84M3S4VucgkiYsiGhSkeBXCm3R-PIO0S_GG4nKa5BoHLooKeAC5Mo3-r9z8i2EIsWgh-U7HVMK9fTh7Xaffpqdx9OTaBly0YAYx6Ly3VHOD5jbexgYhH6lsBj9woAYQv0/s1600/caption1_PETRONAS+ramadhan_raya+1433.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgQRspuEmAkETBCJTSOdEHBV4zYYw5TeehSpic4_kUhPWWtMMVsGEhxljI4v7HlnqCY7tZKrmO9KHUUVUQNOfNDI6vn5BOlHIKp21_d_n-gLjrnoSkNd428PobUtjCwBRpQDxlybH-zi0mf/s1600/caption2_PETRONAS+ramadhan_raya+1433.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgfhdHsYjcPFAaWAxQorIjteu5jiSbrSNgTl_HFsuG895wZHQ4nvVXHjZHGbDK3p3XRhSMhYF13gKRm1A1BHX40SIzH1mY4GVTm8UEt24ndYQD6Aj3k7ZTKU_S7B4twLVZo3xbWE_Sxu5MY/s1600/caption3_PETRONAS+ramadhan_raya+1433.jpg







BERNAS: 'The Journey'




https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi1gnSi_ELhjfT8J3_KadnfCcy87E3_JBwf6Fg0PyatYGlNYemZYKNtcjYGUAhLyzdpVCx4T4RRrcbZQxTFekkkQJDKHB7-l4LXyXam0olkE_NAOQV-OhoLoxtNT3HA2QK9JKAABLFjOuHe/s1600/caption1_BERNAS+raya+2012.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgbf3UimKzBHrnibXjUzPELbZekIQeSsvCMgml8fSm9GGbjc-kh5OGQzuiiUUrDCY7197JAgAxG9ECk6_RM6coK62AimbC1jqZHdB-Lvdp7436mJjfbhWPfHgZX-GYGdZ7KznNwRdis1Cpj/s1600/caption2_BERNAS+raya+2012.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEileUL6DHTH5r-9rbrFimOybQli6HJ4SmFGh8HjEr686DDOcQ8-GA_J_LZECTikMAI_frm0YOSppMmM1EsewxoUagCncCY3ZFWVR7r45ZFjXNK_fT9Tvj8XbodtPUUN8LLudkKR6vSfAnGJ/s1600/caption3_BERNAS+raya+2012.jpg





Hari Raya lebih bermakna
apabila mereka yang lebih memerlukan
tiadalah berpisah, dibaja bunga-bunga kasih,
dipupuk bibit-bibit persaudaraan,
merayakan perayaan besar lagi teristimewa
sesama kita semuanya

Selamat Hari Raya 'Idilfitri 1433 hijriah.




https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgY-ONiI4hvrBlAUQfzTf_9WIC2r6m9AlWOAdJk-g5D31xilt2Pa4upcv1_oe1lpTkrORyU3qeK8FMNouDketJAU1z06-W65R3lcUg2e-Tr6pI-NmsjEg60-zTGu9uZVirScmU6sIzoXywk/s1600/faisal.png

Monday, August 13, 2012

Memeka Nasib Umat Islam di Myanmar


Tatkala kita gembira dengan kejatuhan rejim pemerintahan di Tunisia, Libya dan Mesir, kebangkitan rakyat diraikan dan kemunculan sinar Islam terus dinantikan. Kemunculan Islam yang syumul diharapkan dapat membina kegemilangan tamadun Islam yang pernah dilenyapkan sejak 1921 di Turki.


Biarpun kita menyenangi kebangkitan rakyat menggantikan pemerintahan kuku besi, di suatu sudut  kita amat bersimpati pergolakan umat Islam di Myanmar. Umat Islam di sana bergelumang dengan berbagai penindasan. Saudara kita diusir dari bumi tanah tumpah darahnya digantikan dengan pembunuhan berdarah. Saudara-saudara kita dinista, diusir, diserang, dipukul, dibelasah, diumpan dan disembelih. Rumah-rumah kediaman menjadi tempat berteduh terus dibakar. Hak-hak mereka dirampas lalu dinafikan. Anak-anak perempuan Islam dirosak kehormatannya. Kanak-kanak  menjadi mangsa rakus tidak berperikemanusiaan. Ini semua direkayasa junta biadab Myanmar.

Atas nama pembersihan etnik, ia tidak ubah seperti yang berlaku di Palestin sejak 1948 dan tidak berbeda apa yang berlaku di Bosnia Herzegovina pada tahun 1992. Dalam suasana dunia menerima kedatangan Ramadhan di tahun ini dan dalam masa dunia menumpukan sukan Olimpik berprestij,  apakah kepedulian kita terhadap saudara-saudara kita di sana masih ada? Bagaimana kita mendepani isu ini tatkala kita menghirup berkah Ramadhan manakala saudara-saudara seagama dengan kita bergelut derita dan sengsara? Andainya seluruh negara-negara Islam dunia bersatu, ketidakgerunan oleh musuh-musuh Islam dapat dipencilkan, jauh sekali menyempit kehidupan umat Islam seanteronya.

Mengambil petikan firman Allah SWT dalam surah Al-Anfal:


"Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh)  segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya  kepada kamu dan kamu tidak akan dianiaya. [Al-Anfal 8: 60]

Saudara, ambil inisiatif untuk membantu mereka. Pekalah nasib mereka di sana. Lantas, usahakanlah  semampu mungkin: kewangan mahupun material melalui saluran yang ada. Doakanlah mereka di sana. Pastinya pintu langit terbuka luas di Ramadhan mulia ini. Semoga mereka selamat dari tangan-tangan yang zalim.

"Ya Allah ya tuhan kami, selamatkanlah umat Islam kami di Myanmar, lindungilah mereka, bantulah mereka. Tempatkanlah mereka di bawah naunganMu. Mudahlah urusan mereka di sana. Ya Allah, pecah-belahkan puak kuffar mengganggu-gugat kedamaian umat Islam Myanmar. Amin, ya rabbal 'alamin."


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgY-ONiI4hvrBlAUQfzTf_9WIC2r6m9AlWOAdJk-g5D31xilt2Pa4upcv1_oe1lpTkrORyU3qeK8FMNouDketJAU1z06-W65R3lcUg2e-Tr6pI-NmsjEg60-zTGu9uZVirScmU6sIzoXywk/s1600/faisal.png

Saturday, July 28, 2012

Adab Cara Letak Buku Agama


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiPwc-gpuwJUMvCG4SdBF3D0MEGEY-90zapvzdmkAKy4Zs-p5GV3lQeKc5hrK5zk5ZaROD9Xdrr5PlsJ_WWoq5i6bMSGjx05QMZckPQr09kASzx6ZGXHWaI-OV3Bpvqy6h84rHAX5Rq6F2Z/s1600/buku+agama.jpg


Buku agama ialah buku  berunsur kerohanian yang di dalam terdapat keagungan kalimah yang perlu dijaga. Genre buku agama adalah banyak sekali seperti dalam judul sejarah, motivasi, pengurusan, politik, sains, perubatan, syariah dan sebagainya. Mushaf Al Quran juga dikategorikan dalam buku agama. Acap kali terjadi buku-buku agama yang dipamerkan di rak dalam susunan yang tidak kena. Buku-buku agama diletak pada susunan yang rendah sehingga mencecah kaki. Kedudukan perletakan lebih rendah membawa potensi kepada terlanggar, tersepak dan terlangkah.

Melalui pengalaman saya, saya pernah terlihat kedudukan buku agama disusun dalam keadaan yang tidak sesuai. Buku-buku agama di rak kedai diperagakan di bawah aras lutut sedangkan buku berkategori lain pada sudut atas. Hakikatnya, apabila pengunjung melalui zon buku agama ini, ia menyelisih betul-betul pada kaki. Di suatu tempat, terdapat peniaga meletakkan buku agama atas papan. Papannya pula terlalu rendah yang sama tinggi dengan buku lali. Ini juga mendedah kepada risiko terlangkah atau tersandung.

Di perpustakaan walaupun buku-buku disusun mengikut sistem genre dan kategori, buku-buku agamanya disusun bermula ruang rak atas sehingga ke ruang rak sangat bawah. Jika terdapat susunan kitab Al-Quran  pada aras bawah sekali tentu ia sepatutnya tidak berlaku sama sekali. Apabila seseorang itu mencapai buku di bahagian rak atas dengan menggunakan bangku bantu,  ini mengakibatkan kedudukan kakinya melampaui deretan buku agama di bahagian bawahnya.

Relatifnya buku-buku agama sering didominasi dan diakui teks yang mengandungi kalimah murni dan tulisan ayat-ayat suci Al Quran. Kalimah suci tersebut perlu dijaga kehormatannya. Cara letak buku agama dengan susunan yang betul merupakan sebahagian adab memelihara buku-buku agama daripada berada dalam keadaan yang tidak kondusif. Terus, bagaimana adab yang sesuai untuk peragaan buku agama ini? Saya mengemukakan tip-tip seperti berikut:

  • Peragakan buku-buku agama pada kedudukan tinggi dan selamat.
  • Elakkan buku-buku agama disusunkan memanjang sehingga ke paras lebih rendah, sebaliknya lebihan buku-buku agama boleh disusun sebelah kanan atau kiri rak, jauh dari paras terkebawah.
  • Jika memerlukan buku-buku agama diletakkan di atas papan, tinggi bangku papan sekurang-kurang pada aras pinggang.
  • Elakkan kitab Al Quran ditindih dengan buku-buku lain. Organisasikan mengikut pengkhususan Al Quran sahaja.
  • Jauhi posisi peragaannya berhampiran dengan patung, bahan tidak bermoral, bahan yang menjolok mata atau dianggap boleh merendahkan kemuliaan ayat suci Al Quran.
  • Jika menjual buku-buku agama secara bergerak (berkenderaan), jangan memilih lokasi di kawasan tepi-tepi longkang, tepi tandas, tempat kotor atau kawasan berbau tidak menyenangkan. Peragakan buku-buku agama di persekitaran bersih.



Wednesday, April 25, 2012

Membangunkan Masyarakat, Kerja yang Terpuji


If you want enjoy and be happy 
for a day, organize a party,

If you want enjoy and be happy 
for a week, go for a vacation,

If you want enjoy and be happy 
for a year, grow a graden,

If you want enjoy and be happy 
for a lifetime, develop human beings



Kalau saudara hendak seronok 
dan bahagia untuk sehari, adakan parti,

Kalau saudara hendak seronok 
dan bahagia untuk seminggu, pergilah bercuti,

Kalau saudara hendak seronok 
dan bahagia untuk setahun, berkebunlah,

Kalau saudara hendak seronok 
dan bahagia sepanjang hayat, majukan manusia


Ungkapan ini saya ambil tatkala terpandang sebuah buku di Perpustakaan UUM, Cerita-Cerita Motivasi Untuk Guru (Hamedah Wok Awang. 2004. Kuala lumpur: PTS). Ayat "If you want enjoy and be happy for a lifetime, develop human beings" cantik sekali pada susunan baris akhir. Ia menggambarkan bahawa tiada pekerjaan yang paling mulia selain membantu, mendidik, membangun dan memberi sumbangan kepada pembinaan masyarakat serta peradaban manusia.

Hari ini jika ada doktor berhasil mendapat penawar bagi mengubati penyakit, dia telah menyelamat nyawa manusia. Hari ini jika ada seorang pemimpin negara menaik taraf hidup rakyat, dia telah menjaga kebajikan warganya. Hari ini jika ada seorang perintis IT mencipta pelbagai teknologi dan inovasi, dia telah memudahkan orang ramai menikmati kemudahan dalam kehidupan seharian. Hari ini jika ada ulama yang terus-menerus mengajarkan agama, dia telah memandu umat ke jalan kebenaran. Hari ini jika ada ramai tokoh-tokoh dunia lahir dalam segenap bidang, ia bermula dari didikan insan bernama guru kerana merekalah yang mengajar ilmu, membangun insan, memajukan manusia.








Thursday, July 2, 2009

Pusat Perubatan An-Nur Islamik

Alhamdulillah, kakak saya selamat melahirkan baby perempuan di malam Selasa bersamaan 7 Rejab 1430. Pusat Perubatan An-Nur, di tengah-tengah Bandar Baru Bangi tempatnya kakak saya bersalin. Bersama keluarga tercinta, kami bersilang menunggu kakak dan kehadiran cahaya mata lahir ke dunia disambut dengan perasaan syukur dan gembira. Anak–anak buah saya sibuk menamakan untuk baby baru ini :). 

Perubatan An-Nur ini nampaknya Islamik. Kakak saya yang dimasukkan di bilik khas tingkat 1 diperdengarkan bacaan Al Quran sebelum tibanya waktu bersalin. Sesungguhnya Al Quran itu penawar dan penenang hati. Di dalamnya terkandung tafsiran dan kaifiat yang bermakna. Staf dan nurse An-Nur berpakaian sopan dan bertudung. Layanannya baik. Tahap kerjanya nampak telus dan profesional. Taniah diucapkan! 

Walaupun beroperasi di deretan bangunan kedai, namun kelengkapan perubatan, kemudahan dan logistik ambulans disediakan agak baik. Baris bersebelahannya An-Nur terdapat sebuah lagi Pusat Perubatan Az-Zahrah. Kedua-dua pusat perubatan Islam bersebelahan ini melengkap fardhu kifayah untuk dimanfaat pelbagai lapisan masyarakat di sini. 

Dalam Islam, penyediaan pusat / klinik perubatan menjadi fardhu ain (wajib) jika tidak dapat sebarang seumpamanya dalam sesuatu kawasan/wilayah. Kemajuan Islam dalam pelbagai bidang relatifnya semakin berkembang. Ia harus dilihat secara positif dan usahanya perlu dipupuk secara berterusan bagi menjayakan satu peradaban yang profesional dan berdaya maju. Penghargaan dan terima kasih dituju kepada Dr. Fatimah dan kakitangannya dalam mengetuai perbidanan kepada kakak saya. 



Thursday, June 11, 2009

Memaknai Kecintaan Alam Sekitar

 
Tidak terlewat rasanya bagi mengungkap sedikit bicara mengenai Hari Alam Sekitar yang disambut baru-baru ini di seluruh dunia (5 Jun). Dalam memaknai kecintaan terhadap alam sekitar ia harus dipupuk dan dibajai oleh generasi kita sejak kecil lagi. Ia tidak akan berlaku tanpa kesedaran dan kepekaan terhadap alam sekitar. Alam ini terlalu bermakna dan begitu signifikan terhadap kita. Memaknai alam sekitar bermakna ada kesedaran dan inisiatif kita dalam menyayangi dan memelihara alam ini dari sebarang pencemaran dan kerosakan. Seterusnya melestarikan alam ini supaya ia kekal dan kepentingan ekosistemnya memanfaat makhluk keseluruhannya. 

Hari ini dalam arus kemodenan dunia, pembangunan yang tidak mapan dan tidak seimbang menjejaskan alam sekitar. Hari ini abad ke 21, terdapat negara-negara mundur yang juga tidak toleran terhadap alam sekitar. Pemusnahan hutan, pencemaran alam, perubahan suhu dunia, kesan rumah hijau merupakan isu-isu alam sekitar berterusan kesan dari tangan-tangan manusia yang bersifat invidualistik. Suhu bumi ini telah meningkat kepada 0.76° C sejak 1850. Ketika ini di seluruh dunia, menyaksikan hutan diteroka bagi tujuan penempatan, pertanian, perindustrian dan pembangunan kawasan baru. Kesan dari pembangunan tidak terurus, hakisan tanah berlaku, tanah runtuh terjadi, banjir kilat menggenangi dan fenomena yang berkait rapat dengan ketidakseimbangan alam tercetus melanda. 

Justeru itu, kesedaran dan kepekaan kepada ‘suara’ alam itu penting dalam usaha menangani masalah alam sekitar hari ini. Kempen kesedaran terhadap alam sekitar, program-program untuk alam sekitar di samping penguatkuasaan undang-undang merupakan inisiatif yang perlu diterapkan secara berterusan dalam menjadi masyarakat berketamadunan terhadap alam. Kempen yang dijayakan haruslah berhemah dalam menerajui perubahan kerana terdapat banyak wang yang diperuntukkan dalam penajaan/pengiklanan daripada tindakan diri untuk alam sekitar. In fact, more money was spent on promoting the green image / environmental care instead of implementing their purported practices

Sesiapa sahaja boleh mencintai alam sekitar. Sesiapa sahaja boleh turut sama dalam menjayakan pemeliharaan alam sekitar. Cumanya kesedaran dan inisiatif perlu sentiasa diingatkan dalam diri.


Thursday, March 19, 2009

Berlaku Adil kepada Haiwan


Manusia mempunyai hak untuk hidup di bumi ini. Manusia juga berhak untuk makan, minum, mencari tempat tinggal dan menjalankan rutin harian di dunia ini. Begitu juga makhluk yang bernama haiwan mempunyai hak yang sama untuk hidup di bumi ini. Manusia saling simbiosis dengan haiwan dan kekadang haiwan saling simbiosis dengan manusia.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEie12UfVEXR78gYvs4sNWo1VaFLbrnwMceAcZjwtMgm-OZ-RRuksYc5Zf1ILDJtfcZYsaXDme7AhxoYyODc00iH1-lCRwLbYNxrN775HYyJg6_YjurQ539ZkU9W1ROMoEfcgCtcMIqpH3bM/s1600/burden.jpgSejarah mencatatkan manusia saling bergantung haiwan dalam membantu dan meringankan kerja-kerja manusia. Binatang sejak dahulu lagi dikerah tenaganya di sektor pertanian, membawa orang, mendagang barang-barang manusia malah sampai menyorong kayu balak. Haiwan yang mempunyai fizikal yang mantap dan kuat sifatnya seperti lembu, kerbau, kuda, unta, gajah, keldai selalu digunakan oleh manusia dalam bidang-bidang lasak. Kalau di ladang pertanian tamsilannya, haiwan kerbau membantu manusia menggembur tanah-pamah, mengangkut air, mengangkat alat-alat pertanian dan membawa hasil tuaian.

Hari ini memasuki abad 21 kerja-kerja binatang diganti dengan jentera dan mesin, walaupun tidak dapat didangkalkan ketika ini masih ada binatang-binatang seumpama tadi digunakan dalam kerja-kerja manusia. Negara-negara miskin dan sebahagian negara-negara membangun menggunakan binatang kebanyakannya sebagai tunggangan kenderaan ke destinasi hendak dituju, mengembeleng dalam bidang pertanian dan perladangan. Hal ini tidak dapat dielakkan kerana tahap ekonomi dan sara diri rakyat di negara tersebut tidak begitu baik.

Infrastruktur dan prasarana masih rendah malah kawasan-kawasan atau di ceruk-ceruk daerah sama sekali tiada langsung kelengkapan asas bekalan air, elektrik dan kenderaan. Maka sering kali haiwan digunakan sebagai ganti. Artikel ini ditulis bukan menafikan penggunaan haiwan bagi meringankan kerja manusia, tapi penulisan ini mengetengahkan pertimbangan waras berfikir dan keadilan kepada haiwan yang digunakan.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiXdyzdoNol0hnxCeMPNEErlzE-Nk8lIq8vV731llgew1BexK79RIDKbnMhrzuanpHXyaDUuZHC9lX5Y5QRYsitql0XYWamHE1f1fAAgMSfRFWTGcxKZe7_7L-wAebDVLyu_LY04uJlENXU/s1600/elephant.jpgSetiap jenis haiwan yang digunakan mempunyai kelebihan dan keupayaan istimewa masing-masing. Kuda dengan kepantasannya belari disamping mampu membawa manusia di atasnya. Unta dengan kelebihan kakinya yang tinggi mengharungi padang pasir yang luas dan bersuhu tinggi. Bulu matanya tebal mampu mengharungi debu-debu pasir yang berterbangan. Begitu juga sewaktu ia minum dengan banyaknya, seekor unta mampu berdahaga berhari-hari lamanya. Binatang gajah mempunyai kekuatan fizikal tersendiri. Belalainya kuat mampu membawa batang-batang kayu dan menumbangkan pepohon. Begitu juga beberapa binatang lain terutamanya hidup di darat mempunyai kelebihan masing-masing.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEji_We3Xc0lB7p_WFHGnHv7v4CLges1G5wSHIhmkJfF2yqMYAU6AJx-6Oi1Bz_BGqnGYxX0dStEcingunSelAR26sEQINIHcW1aEAAnqyykQci8ERhL61V7seOlzSHgMDMZn4ueQSil2ObC/s1600/horse.jpgAtas keupayaan binatang tersebut, menyebabkan terdorong manusia menggunakan ia sebagai haiwan yang dapat meringankan tugas-tugas di lapangan luar manusia. Tapi manusia itu alpa. Cuai ketika menggunakan ia dan lalai memanfaatkan dengan sewajarnya. Keistimewaan yang dianugerah oleh Tuhan kepada makhluk bernama haiwan dijejaskan oleh makhluk bernama manusia sendiri. Beban yang ditanggung oleh haiwan kadang-kadang tiada siapa peduli. Kesihatannya terjejas apabila melakukan kerja yang banyak. Kekuatannya terjejas apabila letih, tidak diberi makan dan minum disamping tugas-tugasnya kepada manusia.

Haiwan walaupun sihat dan segar jika bebanan di pundak dan belakangnya sarat dengan barang-barang tuannya, pasti sengsara dan derita. Tersungkur barang-barang tuannya apabila kudrat haiwan tidak berdaya lagi maka tergoleklah barang-barang dagangan tuannya yang berharga. Siapa yang rugi akhirnya? Orang-orang yang mendikriminasi binatang itu turut rugi. Sesal akhirnya menjelma diri kerana sebelum ini memikir kepentingan sendiri. Sudahlah tungangannya jatuh tersungkur. Barang-barangnya pula jatuh terhempas yang barangkali terpaksa pula mencari ganti rugi.

Jika manusia itu bijak mengendalikan barang dan binatang tungangan sudah tentu ia memikirkan perancangan barang dan perjalanannya, soal keselamatan dan keadaan haiwannya. Tidak mengapalah jika dia terpaksa berulang dua kali membawa barang tunggangannya dari terus membeban dan menyeksa haiwannya di sepanjang perjalanan. Sesekali kita melihat dengan kepala mata kita sendiri, apabila seekor kucing disepak manusia seperti bola apabila menerkap makanan secara curi atau mungkin paling tragis yang kita lihat apabila manusia tidak berketamadunan menyimbah air panas ke tubuh kucing.

Apakah makhluk itu tidak bernyawa menyebabkan manusia boleh melakukan sesuka hati? Apakah soal nafsu amarah menghalalkan tindakan? Sebenarnya haiwan mempunyai naluri hati dan perasaan walaupun tidak dianugerahi akal fikiran. Manakan tidak, seekor ibu kucing pun mempunyai naluri kasih sayang terhadap anaknya. Membelai ketika sayang dan menyusukan ketika anak lapar.

Mungkin di suatu ketika, ada kala kita melihat seekor binatang kerbau yang kurus menampak sisa tulangnya bekerja membajak tanah di ladang oleh tuannya. Kekadang kita menyaksikan sendiri ternakan binatang peliharaan hidup dalam persekitaran yang tidak kondusif dan kurang menyenangkan. Kekadang kita melihat haiwan ternakan ayam dan itik di sebalik jaringan besi sangkar yang sedia untuk dijual tetapi agak malang sangkarnya terlalu rendah menjejas kehidupan fitrahnya. Jika ia berdiri atau bertenggek sudah tentu jaringan sangkar di atas mengenai kepalanya. Maka terpaksa ia terus menunduk.

Jika ditanya mengapa wahai si polan melakukan sebegitu rupa. Si polan menjawabnya mudah. “Kerana saya miskin tidak berkemampuan. Inilah sumber pendapatan saya”. Lebih dahsyat jika si polan ini menjawab “Apa aku peduli. Ia sekadar haiwan saja”. Apakah alasan miskin menghalal caranya berlaku tidak adil kepada binatang. Bukankah termaktub dalam agama untuk berbuat baik sesama makhluk Tuhan. Bukankah makhluk haiwan, tumbuh-tumbuhan, alam ini bertasbih memuji kebesaranNya. Apakah haiwan tidak mempunyai doanya tersendiri apabila dizalimi.

Sebenarnya jika kita mengasihi haiwan, ia juga berdoa kebaikan untuk kita. Cumanya kita tidak mendengar dan mengetahui cara doanya. Kasihlah makhluk haiwan selagi ia tidak mendatang mudarat bagi kita.



  © Powered by Blogger Theme ProBlogger, by Ourblogtemplates.com 2008

DAMAI SURIA