Thursday, July 2, 2009

Pusat Perubatan An-Nur Islamik

Alhamdulillah, kakak saya selamat melahirkan baby perempuan di malam Selasa bersamaan 7 Rejab 1430. Pusat Perubatan An-Nur, di tengah-tengah Bandar Baru Bangi tempatnya kakak saya bersalin. Bersama keluarga tercinta, kami bersilang menunggu kakak dan kehadiran cahaya mata lahir ke dunia disambut dengan perasaan syukur dan gembira. Anak–anak buah saya sibuk menamakan untuk baby baru ini :). 

Perubatan An-Nur ini nampaknya Islamik. Kakak saya yang dimasukkan di bilik khas tingkat 1 diperdengarkan bacaan Al Quran sebelum tibanya waktu bersalin. Sesungguhnya Al Quran itu penawar dan penenang hati. Di dalamnya terkandung tafsiran dan kaifiat yang bermakna. Staf dan nurse An-Nur berpakaian sopan dan bertudung. Layanannya baik. Tahap kerjanya nampak telus dan profesional. Taniah diucapkan! 

Walaupun beroperasi di deretan bangunan kedai, namun kelengkapan perubatan, kemudahan dan logistik ambulans disediakan agak baik. Baris bersebelahannya An-Nur terdapat sebuah lagi Pusat Perubatan Az-Zahrah. Kedua-dua pusat perubatan Islam bersebelahan ini melengkap fardhu kifayah untuk dimanfaat pelbagai lapisan masyarakat di sini. 

Dalam Islam, penyediaan pusat / klinik perubatan menjadi fardhu ain (wajib) jika tidak dapat sebarang seumpamanya dalam sesuatu kawasan/wilayah. Kemajuan Islam dalam pelbagai bidang relatifnya semakin berkembang. Ia harus dilihat secara positif dan usahanya perlu dipupuk secara berterusan bagi menjayakan satu peradaban yang profesional dan berdaya maju. Penghargaan dan terima kasih dituju kepada Dr. Fatimah dan kakitangannya dalam mengetuai perbidanan kepada kakak saya. 



2 comments:

Afida Anuar said...

Tahniah Incik atas kehadiran anak saudara baru.. tak silap saya, saya pernah melawat kawan kat salah satu hospital ni..az zahrah ke, an nur..dah lupa dah, huhu. Tapi memang layanan dan suasana yg bagus dan Islamik.Ayat2 suci Al-Quran tidak putus2 kedengaran..

DAMAI SURIA said...

T.kasih atas maklumbalas. Ha'ah..Itu yg seronok dgn hospital yg Islamik. Hati pun tenang!

  © Powered by Blogger Theme ProBlogger, by Ourblogtemplates.com 2008

DAMAI SURIA