Semalam, cuti amnya program santai di Agrofest. Sg. Siput. Pada mulanya saya agak berat nak pergi sementelahan beberapa kerja yang perlu disiapkan. Tapi akhirnya mengalah setelah dipujuk ahli keluarga. Agrofest Perak 2009 berlangsung selama 4 hari bermula Khamis, 25 Jun hingga Ahad semalam. Walaupun tidak sebesar MAHA, karnival ini cukup memikat jumlah pengunjung yang ramai.
Kami yang baru tiba, perlu sedikit bersabar untuk mendapat parking. Memang benar, kenderaan terlalu banyak sehingga diletak di tengah-tengah pembahagian jalan. Maknanya Agrofest dapat tempat di hati rakyat negeri ini. Saya dan keluarga akhirnya masuk. Produk pertama yang saya beli ialah teh peria. Barangkali sedikit teruja dengan produk teh yang agak baru dikenali..ha! Di Agrofest terhimpunnya usahawan-usahawan dan agensi-agensi kerajaan mempamerkan produk dan maklumat mereka. Rupa-rupanya khazanah bumi Tuhan ini luas. Sebahagian biodiversiti ini boleh didapati di karnival ini. Pelbagai herba, tumbuh-tumbuhan, buah-buahan, kekacang dan bijiran untuk tujuan pemakanan, kesihatan, perubatan dan tanaman hobi di rumah boleh didapati. Manakala produk berasaskan daging dan tenusu laku dibeli orang. Tak kurang juga pakai-pakaian, aksesori rumah dan barang mainan yang tiada kaitan dengan tema ini memenuhi ruang di Agrofest.
Saya difahamkan pelbagai program menarik sepanjang karnival Agrofest ini. Kami paling seronok melihat anak-anak kecil bermain manja dengan arnab-arnab dalam ruang berpagar. Sebagai buah tangan balik, durian dan jagung tak lupa mengiringi jejari kami ke bonet kereta. Ada pun daging rusa dibeli, membuka selera di rumah nanti..aha!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment