Tidak terlewat rasanya bagi mengungkap sedikit bicara mengenai Hari Alam Sekitar yang disambut baru-baru ini di seluruh dunia (5 Jun). Dalam memaknai kecintaan terhadap alam sekitar ia harus dipupuk dan dibajai oleh generasi kita sejak kecil lagi. Ia tidak akan berlaku tanpa kesedaran dan kepekaan terhadap alam sekitar. Alam ini terlalu bermakna dan begitu signifikan terhadap kita. Memaknai alam sekitar bermakna ada kesedaran dan inisiatif kita dalam menyayangi dan memelihara alam ini dari sebarang pencemaran dan kerosakan. Seterusnya melestarikan alam ini supaya ia kekal dan kepentingan ekosistemnya memanfaat makhluk keseluruhannya.
Hari ini dalam arus kemodenan dunia, pembangunan yang tidak mapan dan tidak seimbang menjejaskan alam sekitar. Hari ini abad ke 21, terdapat negara-negara mundur yang juga tidak toleran terhadap alam sekitar. Pemusnahan hutan, pencemaran alam, perubahan suhu dunia, kesan rumah hijau merupakan isu-isu alam sekitar berterusan kesan dari tangan-tangan manusia yang bersifat invidualistik. Suhu bumi ini telah meningkat kepada 0.76° C sejak 1850. Ketika ini di seluruh dunia, menyaksikan hutan diteroka bagi tujuan penempatan, pertanian, perindustrian dan pembangunan kawasan baru. Kesan dari pembangunan tidak terurus, hakisan tanah berlaku, tanah runtuh terjadi, banjir kilat menggenangi dan fenomena yang berkait rapat dengan ketidakseimbangan alam tercetus melanda.
Justeru itu, kesedaran dan kepekaan kepada ‘suara’ alam itu penting dalam usaha menangani masalah alam sekitar hari ini. Kempen kesedaran terhadap alam sekitar, program-program untuk alam sekitar di samping penguatkuasaan undang-undang merupakan inisiatif yang perlu diterapkan secara berterusan dalam menjadi masyarakat berketamadunan terhadap alam. Kempen yang dijayakan haruslah berhemah dalam menerajui perubahan kerana terdapat banyak wang yang diperuntukkan dalam penajaan/pengiklanan daripada tindakan diri untuk alam sekitar. In fact, more money was spent on promoting the green image / environmental care instead of implementing their purported practices.
Sesiapa sahaja boleh mencintai alam sekitar. Sesiapa sahaja boleh turut sama dalam menjayakan pemeliharaan alam sekitar. Cumanya kesedaran dan inisiatif perlu sentiasa diingatkan dalam diri.
No comments:
Post a Comment