Read Malaysia, pameran buku yang berlangsung di MIECC, Mines Resort City, Seri Kembangan kembali mencerah semula pesta ilmu untuk rakyat Malaysia. Pesta buku yang berlangsung pada 29 Mei - 7 Jun 09, sempat saya kunjungi baru-baru ini.
Di sana, saya dapati kira-kira separuh dari tapak pameran ini diseksyenkan dengan buku-buku berbahasa Cina, barangkali kerana pesta ini dianjur oleh pihak korporat Cina. Selain penerbit-penerbit tempatan, ia disertai dari negara China, Taiwan, Hong Kong & Singapura. Rangkaian buku MPH dilihat mendominasi petak-petak booth di Read Malaysia. Antara penerbit-penerbit tempatan yang menyertai pameran ini termasuklah Anbakri Publika, DBP, Berita Publishing, Al Ameen, Rhythm, Dawama, PTS, Saba Islamic Media, MEP, dsb.
Atas kekangan masa, saya tak beberapa lama di Read Malaysia, tetapi beberapa buah buku sempat saya dapatkan:
- IKHTIAR PENYEMBUHAN PENYAKIT DENGAN AYAT-AYAT DAN DOA-DOA MUSTAJAB - EDISI KEMASKINI (Darussyifa', 2009)
- KEMILAU PERIBADI NIK ABDUL AZIZ NIK MAT (Anbakri Publika, 2009)
- KONFLIK DUNIA ABAD KE-20 (DBP, 2008)
- PERBURUAN (Wira Karya, 1994)
- SI TENGGANG ANAK DERHAKA (DBP, 1996)
No comments:
Post a Comment