Manusia mempunyai hak untuk hidup di bumi ini. Manusia juga berhak untuk makan, minum, mencari tempat tinggal dan menjalankan rutin harian di dunia ini. Begitu juga makhluk yang bernama haiwan mempunyai hak yang sama untuk hidup di bumi ini. Manusia saling simbiosis dengan haiwan dan kekadang haiwan saling simbiosis dengan manusia.

Infrastruktur dan prasarana masih rendah malah kawasan-kawasan atau di ceruk-ceruk daerah sama sekali tiada langsung kelengkapan asas bekalan air, elektrik dan kenderaan. Maka sering kali haiwan digunakan sebagai ganti. Artikel ini ditulis bukan menafikan penggunaan haiwan bagi meringankan kerja manusia, tapi penulisan ini mengetengahkan pertimbangan waras berfikir dan keadilan kepada haiwan yang digunakan.


Haiwan walaupun sihat dan segar jika bebanan di pundak dan belakangnya sarat dengan barang-barang tuannya, pasti sengsara dan derita. Tersungkur barang-barang tuannya apabila kudrat haiwan tidak berdaya lagi maka tergoleklah barang-barang dagangan tuannya yang berharga. Siapa yang rugi akhirnya? Orang-orang yang mendikriminasi binatang itu turut rugi. Sesal akhirnya menjelma diri kerana sebelum ini memikir kepentingan sendiri. Sudahlah tungangannya jatuh tersungkur. Barang-barangnya pula jatuh terhempas yang barangkali terpaksa pula mencari ganti rugi.
Jika manusia itu bijak mengendalikan barang dan binatang tungangan sudah tentu ia memikirkan perancangan barang dan perjalanannya, soal keselamatan dan keadaan haiwannya. Tidak mengapalah jika dia terpaksa berulang dua kali membawa barang tunggangannya dari terus membeban dan menyeksa haiwannya di sepanjang perjalanan. Sesekali kita melihat dengan kepala mata kita sendiri, apabila seekor kucing disepak manusia seperti bola apabila menerkap makanan secara curi atau mungkin paling tragis yang kita lihat apabila manusia tidak berketamadunan menyimbah air

Apakah makhluk itu tidak bernyawa menyebabkan manusia boleh melakukan sesuka hati? Apakah soal nafsu amarah menghalalkan tindakan? Sebenarnya haiwan mempunyai naluri hati dan perasaan walaupun tidak dianugerahi akal fikiran. Manakan tidak, seekor ibu kucing pun mempunyai naluri kasih sayang terhadap anaknya. Membelai ketika sayang dan menyusukan ketika anak lapar.
Mungkin di suatu ketika, ada kala kita melihat seekor binatang kerbau yang kurus menampak sisa tulangnya bekerja membajak tanah di ladang oleh tuannya. Kekadang kita menyaksikan sendiri ternakan binatang peliharaan hidup dalam persekitaran yang tidak kondusif dan kurang menyenangkan. Kekadang kita melihat haiwan ternakan ayam dan itik di sebalik jaringan besi sangkar yang sedia untuk dijual tetapi agak malang sangkarnya terlalu rendah menjejas kehidupan fitrahnya. Jika ia berdiri atau bertenggek sudah tentu jaringan sangkar di atas mengenai kepalanya. Maka terpaksa ia terus menunduk.
Jika ditanya mengapa wahai si polan melakukan sebegitu rupa. Si polan menjawabnya mudah. “Kerana saya miskin tidak berkemampuan. Inilah sumber pendapatan saya”. Lebih dahsyat jika si polan ini menjawab “Apa aku peduli. Ia sekadar haiwan saja”. Apakah alasan miskin menghalal caranya berlaku tidak adil kepada binatang. Bukankah termaktub dalam agama untuk berbuat baik sesama makhluk Tuhan. Bukankah makhluk haiwan, tumbuh-tumbuhan, alam ini bertasbih memuji kebesaranNya. Apakah haiwan tidak mempunyai doanya tersendiri apabila dizalimi.
Sebenarnya jika kita mengasihi haiwan, ia juga berdoa kebaikan untuk kita. Cumanya kita tidak mendengar dan mengetahui cara doanya. Kasihlah makhluk haiwan selagi ia tidak mendatang mudarat bagi kita.
No comments:
Post a Comment