Monday, December 10, 2012

Bacaan Surat Khabar Negara Tertinggi




Surat khabar dalam definisi PRPM@DBP (atas talian) didefinisikan sebagai kertas bercetak yang menyiarkan berita dll. (umumnya diterbitkan hari-hari).  Cheyney (1992) mengajukan bahawa surat khabar sebagai bahan yang menghidangkan maklumat mengenai tempatan, negeri, kebangsaan, wilayah, hal ehwal dunia, informasi terkini dalam arena muzik, teater, televisyen, seni halus dan juga kolum dan komik untuk membuat orang ketawa. Surat khabar merupakan instrumen masyarakat dan peredarannya dalam komuniti sosial memberi kesedaran dan pendedahan kepada orang ramai mengenai berita baru yang keluar setiap hari.


Perkembangan surat khabar sejak dahulu sehingga sekarang menyaksikan apa saja sensasi, propaganda dan bahan hiburan boleh sahaja memasuki di akhbar. Ia juga boleh menjadi senjata hebat oleh golongan elit dan politikus sehingga berita yang disadur meningkat kepopularitian satu-satu pihak. Pengaruh surat khabar sentiasa ada kerana pembaca dahagakan maklumat seperti isu-isu semasa, bidang agama, sukan, hiburan, politik tanah air dan berita-berita tempatan. Bahagian pengiklanan di dada akhbar mempunyai signifikan tersendiri kerana ia merupakan sumber rujukan bagi mendapatkan pekerjaan, pendidikan, penajaan atau pengumuman penting.


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh8Zyeu6jInP-MVDjFvKz2-fqp6avqBNgY5HexcxaYTRe_xo7EyARwRDIIoe8R7z1PHOkevcD9m1auE6twux8X22gC1OUQ1_KJIRfgCtSeA9HlvQ07XeKfNjpFjo-a-KfuIQgjJ127blEGw/s1600/baca+berita.jpgDari kaca mata saya, perkara terbaik bagi naskhah-naskhah ini untuk berlegar di dalam komuniti ialah apabila ia berjaya menjadi medium didikan, kecelikan dan adil dalam menyampaikan berita kepada masyarakat. Kenyataan ini juga menyokong Babalola (2002) bagi melihat surat khabar di seluruh dunia, sebagai alat yang berguna untuk menggalakkan masyarakat celik.


Di samping itu terdapat kadar bacaan tertinggi terhadap surat khabar oleh penduduk sebuah negara berbanding dengan negara-negara lain. Keinginan terhadap maklumat pada media ini kemungkinan disebabkan latar belakang geografi tanah air dan taraf hidup rakyat di sesebuah negara semakin baik. Apabila taraf hidup penduduknya baik, kesedaran terhadap ledakan maklumat meningkat. 10 buah negara dalam kedudukan tertinggi bacaan surat khabar pada jadual di bawah menyaksikan negara-negara ini juga berstatus negara yang maju.


Kedudukan tertinggi bacaan Surat khabar di negara dunia

*K
NEGARA
Naskhah harian
per 1,000 orang
1
Iceland
551.62
2
Jepun
551.23
3
Norway
516.00
4
Sweden
480.57
5
Finland
431.07
6
Switzerland
420.04
7
Singapura
360.78
8
Denmark
352.77
9
Netherlands
307.50
10
United Kingdom
289.75
*K= kedudukan
Sumber: UNESCO dlm. Ash (2010)





Rujukan:

Ash, R.  2010. Newspapers & Magazines. Top 10 of Everything 2011. London: Hamlyn. Hlm. 114-115.

Babalola, E.T.   2002. Newspapers as instruments for building literate communities: The Nigerian experience. Nordic Journal of African Studies 11 (3), 403-410.

Cheyney, A. B.  1992. Teaching Reading Skills through the Newspaper. Newark: International Reading Association.



| cetusan Faisal |


No comments:

  © Powered by Blogger Theme ProBlogger, by Ourblogtemplates.com 2008

DAMAI SURIA