Selamat Hari Ibu Wahai Para Wanita
Ya Allah,
wanita ini adalah wanita baik yang tabah,
yang sabar dan kuat
sesungguhnya kemuliaannya disanjungi
keikhlasannya tiada ditandingi
kehebatan amat dikagumi
maka saya amat menyayanginya
Ya Allah
wanita ini sumber inspirasi keluarga
yang mendampingi suaminya
yang memelihara anak-anaknya
yang menjaga isi rumahnya
yang mengharmoni rumahtangganya
maka saya amat mengasihinya
Ya Allah,
Kau teguhkan hati dan imannya
Kau semarakkan kehidupannya
Kau berkatkan usaha murninya
Kau bukakan pintu rahmat seluas-luasnya
maka bahagiakanlah wanita ini di dunia dan akhirat
Ya Allah,
Kau percantikkanlah peribadinya
dengan sifat keibuan yang utama,
dengan budi isteri yang sempurna,
dengan kewanitaan solehah bercahaya,
maka berjayakanlah wanita ini di dunia dan akhirat
Amin ya rabbal 'alamin
Faisal Hj Mohamed, Ipoh
9 Mei 2010 bersamaan 24 Jamadilawwal 1431
9 Mei 2010 bersamaan 24 Jamadilawwal 1431
Nukilan ini dituju kepada para wanita bernama IBU
sempena sambutan HARI IBU pada 9 Mei 2010 di Malaysia.
2 comments:
Salam..
Ni hasil nukilan sendiri ke tuan? Tahniah..!!
Terima kasih. Dibuat tatkala waktu Ahad malam Isnin. Terfikir apakah ayat sesuai utk Hari Ibu lalu diambil dari idea sms & dikembangkan kepada rangkap-rangkap panjang utk ibu-ibu tercinta.
Post a Comment