Sunday, September 11, 2011

Ke BookExcess

Lanjutan dari rumah terbuka kakak saya di Bangi, saya kali ini mengambil kesempatan ke BookXcess di Amcorp Mall. Semalam, kami sekeluarga telah sampai di Bangi dari Perak. Abang saya dan adik perempuan saya yang tinggal di KL turut berada di rumah kakak saya tatkala kami sampai. Rumah terbuka ini tidaklah sebesar mana kerana jamuan ini dibuat utk keluarga dan saudara saya terdekat. Walaupun tidak sebesar, menu makanannya tetap menyelerakan disediakan kakak saya sekeluarga. (Terima kasih kepada Yong!)

Ahad tengahari, kami (saya dan abang) memulakan perjalanan ke Amcorp Mall yang terletak di Petaling Jaya dengan tren. Perjalanan ke Amcorp Mall dari rumah abang saya di Ampang memerlukan kami menukarkan tren LRT STAR di Masjid Jamek dengan LRT Putra ke Stesen Taman Jaya.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEimEdYqfQyUr2wAnI5iNbcYOOXsE1z73Saoqd90fN13SnodFl1w7Tpq0YDIY31nx1G-Rt6sQ6fxL4Bfch38nKcJYcy5tJsA7un7EFyCxXrGfC0GvWSRM0n4NUvJGrfu8JtmjFjKqORzH6Z_/s1600/bookexcess1.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgKMiverqvTA8XL3GJWvRJlas_1RyPKXvi9rzicJF3Id7s1V5OQP9fya8l3fkDlBhDnfXxjP3uGIljlWSi764JeqonQGKZvRMTVTymLiYS0JcjLzwBPiOQuEKUs-P_0zqDtuugyi2RvWgu-/s1600/bookexcess2.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiTJ4V0AescPwSL4R1jDglaqq80BEmRjPkHcMJVhR_ZkNX375c-XqjnUkViZp6fUgnCisU267Mm-2kNSfFY2XZrBB2uBytJ_NhbP2mGVyHa6qqI9kgODrEmAyHGGcsye5YP_fe8skFtZcbG/s1600/bookexcess3.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhC2FzgIgOtMIRGxO4bIvE47VuKGtNuq4cNbrBQmCaw-Ry7aU5YVflmcbjNs77WgSm_bt364hLAJcDrvBEphNgAdRhxuF9VSWVNqQnBdLzx1ZT8-tQgB2mR0TrBpDzboonxJUERQ6JHSNSG/s1600/bookexcess4.jpg

Sebenarnya, ini kali pertama saya ke kedai buku BookXcess. Malu rasanya, sepanjang menjadi kaki buku, ini julung kalinya saya berpeluang melangkah masuk ke BookXcess. Sebelum ini saya hanya menelusuri buku-bukunya menerusi internet dan melalui abang saya. BookXcess adalah sebuah kedai buku yang menjual senarai buku-buku bestseller, buku audio, buku meja kopi, buku manual bantu diri, novel, majalah termasuk bahan bacaan untuk kanak-kanak. Ia sinonim sebagai kedai buku popular di  ibu kota  kerana buku-bukunya diletakkan pada harga yang rendah setiap masa. Dimiliki oleh pasangan suami isteri, En. Andrew dan Pn. Jacquline, buku-buku yang ditawarkan adalah dalam bahasa Inggeris.

Ada sesuatu yang istimewa setiap tahun, apabila BookXcess turut menganjurkan acara buku secara besar-besaran yang dikenali Big Bad Wolf Sale. Big Bad Wolf suatu fenomena di mana potongan yang melampau-lampau diadakan buat peminat buku di luar sana. Sindrom kegilaan terhadap buku ini bakal muncul apabila Big Bad Wolf akan berpesta sebulan lagi di MAEPS, Serdang pada 7-14 Oktober 2011.

Di BookXcess tadi, saya telah dapatkan The Adventure of English (Melvyn Bragg, 2003) : RM19.90; Wikinomics: How Mass Collaboration Changes Everything (Don Tapscott & Anthony D. Williams, 2010) : RM17.90 ; Teach Yourself Political Philosophy (Mel Thompson, 2008) : RM14.90 dan Teach Yourself Humanism  (Mark Vernon, 2008) : RM14.90.




2 comments:

Afida Anuar said...

Ya Allah..harga tu memang melampau2... sayangnya, walaupun saya bermastautin di sini, tapi saya tak berpeluang pun lagi nak berkunjung ke BookExcess tu. Asyik pi MPH alamandaaaa jee... isk..

DAMAI SURIA said...

Kalau begitu, jom singgah nanti kat Big Bad Wolf Sale di MAEPS, Serdang :)

  © Powered by Blogger Theme ProBlogger, by Ourblogtemplates.com 2008

DAMAI SURIA