Wednesday, November 30, 2011

Komik Baby Blues - Ten Years and Still in Diapers











Judul:  Baby Blues: Ten Years and Still in Diapers
Penulis/Pelukis:  Rick Kirkman & Jerry Scott
Penerbit:  Andrews McMeel Publishing
Tahun Terbitan:  1999
Halaman:  256
ISBN: 978-0-7407-0008-8
Genre:  komik | humor



Baby Blues ialah komik yang mempunyai unsur-unsur humor diterbit dari negara Amerika. Baby Blues mengisahkan ragam kehidupan keluarga bagi Darryl MacPherson (suami), Wanda (isteri), Zoe dan Hamish (anak-anak).  Komik ini pernah dipopularkan dalam suratkhabar bahasa Inggeris di Malaysia seperti Star dan News Strait Times.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhpRJuLiFyYo0NKi8adYBlyhbDSbyzFB_Xl3ztaexqyDzusbneP5fW-TeowK7sJYVnQbDSh7sD47Sf94reuYATYSrG3bCVwS17eGVXFJgplASXkpvuezSHhsvhaPvHI3QNGGh0gGDRXUD1Z/s1600/images.jpgDalam judul Ten Years and Still in Diapers, penulis dan pelukis Rick Kirkman & Jerry Scott mempersembahkan Daryl sebagai seorang suami yang berprofesion kerjaya di pejabat. Dia seorang yang santai dan sesekali kurang peka terhadap kerja-kerja seharian isterinya sebagai suri rumah. Wanda ialah seorang isteri dan ibu yang tidak berkerja. Dia sentiasa sibuk menguruskan anak-anak, makanan dan urusan rumahnya. Kelahiran Zoe ke dunia menjadi keluarga mereka meriah dengan pelbagai kerenah.

Ketika Darryl bekerja, Wanda pula membuat kerja-kerja di rumah dan bermacam ragam berlaku antara dia dan anaknya, Zoe. Ketika Darryl balik kerja membawa kelibat baru bagaimana dia mendapatkan anak dan isterinya.  Jalur komik (komik strip) yang dipersembahkan agak spontan dan kekadang unsur humor menambat hati para pembaca. Aksi Zoe teruja nak ke sekolah cukup menyentuh hati ayah dan ibunya, apabila anaknya kini mula membesar dan akan berpisah sementara dengan kedua-dua ibu bapanya.

Pembaca juga akan dipertontonkan kelahiran watak baru, bayi Hammie yang menambah telatah baru dalam keluarga mereka. Zoe ketika ini yang nakal juga tidak sepi untuk mengusik adiknya, Hammie. Selain dari kisah mereka seisi keluarga, terdapat cerita jiran-jiran mereka, kisah tempat kerja Darryl dan rencam Zoe di sekolah.

Di bawah merupakan watak-watak dalam keluarga Baby Blues, Ten Years and Still in Diapers:

 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhCUQy7_mIXCoHA_HET8EBtg5z3JLyDReEbCDeYur8QsnEIpNRpKgDV-nZ7spVSbGu9_-QoVADcL2C_O9JYkGTMmecUfZ_GlxQ5YlVc9U4xgLo8pjQIDQFkvnlK7uKZKznRGaqfRPP48WJc/s1600/Darryl.png
Darryl MacPherson

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj6zkJQgWvZdYwOBBUb73uq7MDC0J_LrM4sDXHoyTYfXICCR31qEreyUQfkfIahp0neFKr4YisWKBLMrwMXavuVHpfGqcsrirOctdwH4bOPlmtwHfPprgdRW_Z_wwgRDPllbZEXvyczbzJK/s1600/Wanda.jpg
Wanda MacPherson

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj3_Q0olWdlRuVtgepkpH-G8JXIaXpvGedARkib0bF10hn_VrlS9yCk9-Y1aBVnLPD-yXunXW4d_Q1qz8lXawfUdIcVM87gi9OK3T5sQCigqeEPCafT0HmCYh5090hQV6-995l-9c6-vW6-/s1600/Zoe.jpg
Zoe MacPherson

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgc07SOTN3OU_RWHHMj9_16dzexDjc66eMGOriQRCZDoWWHDiS3vXYu0cjn4Knu7k8Z7FLog1wSrHjOqwQ1PyMPqQFEXqzqNBUUhg8BtH5YRl75Uoit5phRZlYFbkKrpahzh5d2bkb5T0Sr/s1600/hamish_mcpherson-char.jpg
Hamish MacPherson




2 comments:

Afida Anuar said...

Ingatkan layan buku je, komik pun layan rupanya...;)

Komik baby blues ni macam menarik, berkisar tentang kehidupan keluarga....

DAMAI SURIA said...

Baby Blues menarik! Cadangnya nak buat koleksi untuk keluaran-keluaran akan datang.

Komik pun saya layan juga.

  © Powered by Blogger Theme ProBlogger, by Ourblogtemplates.com 2008

DAMAI SURIA