Saturday, July 28, 2012

Adab Cara Letak Buku Agama


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiPwc-gpuwJUMvCG4SdBF3D0MEGEY-90zapvzdmkAKy4Zs-p5GV3lQeKc5hrK5zk5ZaROD9Xdrr5PlsJ_WWoq5i6bMSGjx05QMZckPQr09kASzx6ZGXHWaI-OV3Bpvqy6h84rHAX5Rq6F2Z/s1600/buku+agama.jpg


Buku agama ialah buku  berunsur kerohanian yang di dalam terdapat keagungan kalimah yang perlu dijaga. Genre buku agama adalah banyak sekali seperti dalam judul sejarah, motivasi, pengurusan, politik, sains, perubatan, syariah dan sebagainya. Mushaf Al Quran juga dikategorikan dalam buku agama. Acap kali terjadi buku-buku agama yang dipamerkan di rak dalam susunan yang tidak kena. Buku-buku agama diletak pada susunan yang rendah sehingga mencecah kaki. Kedudukan perletakan lebih rendah membawa potensi kepada terlanggar, tersepak dan terlangkah.

Melalui pengalaman saya, saya pernah terlihat kedudukan buku agama disusun dalam keadaan yang tidak sesuai. Buku-buku agama di rak kedai diperagakan di bawah aras lutut sedangkan buku berkategori lain pada sudut atas. Hakikatnya, apabila pengunjung melalui zon buku agama ini, ia menyelisih betul-betul pada kaki. Di suatu tempat, terdapat peniaga meletakkan buku agama atas papan. Papannya pula terlalu rendah yang sama tinggi dengan buku lali. Ini juga mendedah kepada risiko terlangkah atau tersandung.

Di perpustakaan walaupun buku-buku disusun mengikut sistem genre dan kategori, buku-buku agamanya disusun bermula ruang rak atas sehingga ke ruang rak sangat bawah. Jika terdapat susunan kitab Al-Quran  pada aras bawah sekali tentu ia sepatutnya tidak berlaku sama sekali. Apabila seseorang itu mencapai buku di bahagian rak atas dengan menggunakan bangku bantu,  ini mengakibatkan kedudukan kakinya melampaui deretan buku agama di bahagian bawahnya.

Relatifnya buku-buku agama sering didominasi dan diakui teks yang mengandungi kalimah murni dan tulisan ayat-ayat suci Al Quran. Kalimah suci tersebut perlu dijaga kehormatannya. Cara letak buku agama dengan susunan yang betul merupakan sebahagian adab memelihara buku-buku agama daripada berada dalam keadaan yang tidak kondusif. Terus, bagaimana adab yang sesuai untuk peragaan buku agama ini? Saya mengemukakan tip-tip seperti berikut:

  • Peragakan buku-buku agama pada kedudukan tinggi dan selamat.
  • Elakkan buku-buku agama disusunkan memanjang sehingga ke paras lebih rendah, sebaliknya lebihan buku-buku agama boleh disusun sebelah kanan atau kiri rak, jauh dari paras terkebawah.
  • Jika memerlukan buku-buku agama diletakkan di atas papan, tinggi bangku papan sekurang-kurang pada aras pinggang.
  • Elakkan kitab Al Quran ditindih dengan buku-buku lain. Organisasikan mengikut pengkhususan Al Quran sahaja.
  • Jauhi posisi peragaannya berhampiran dengan patung, bahan tidak bermoral, bahan yang menjolok mata atau dianggap boleh merendahkan kemuliaan ayat suci Al Quran.
  • Jika menjual buku-buku agama secara bergerak (berkenderaan), jangan memilih lokasi di kawasan tepi-tepi longkang, tepi tandas, tempat kotor atau kawasan berbau tidak menyenangkan. Peragakan buku-buku agama di persekitaran bersih.



6 comments:

Abd Razak said...

Subhanallah, adab yang perlu dijaga sentiasa..

DAMAI SURIA said...

Terima kasih atas maklumbalas. Dijaga walau di mana ia dan kita berada.

rosmaini binti baharum said...

Bagaimana jika meletakkan rak di bawah tangga, Dan terdapat buku agama Dan alquran di atas rak tersebut?

DAMAI SURIA said...

Jika diberi ruang untuk buku agama dipamerkan pada ruang di bawah sedangkan pada aras tingkat atas akan ada orang yang berjalan dan menjadi laluan adalah masih tidak mengapa kerana aras itu masing-masing terpisah antara dua bahagian: aras atas dengan aras di bawah.

Jika di bawah tangga itu luas simen dan dinding strukturnya di mana letaknya peragaan buku agama adalah ia tidak mengapa. Namun, jika betul-betul di bawah tangga sehingga turun-naik pengguna menimbul terasa gegaran injakan kaki, adalah lebih afdal untuk memindahkan peragaan buku-buku agama ke tempat lain.

Unknown said...

Mohon pencerahan tuan. Di Masjid saya Al Quran yang telah dibaca oleh para jemaah selepas solat subuh setiap hari kecuali hari sabtu dan ahad diletakkan di atas almari panjang atas rehal yang dibawah@dalam almari panjang itu terdapat susunan naskah Al Quran yang disimpan belum digunakan. Tujuan rehal tersebut diletak diatas almari tersebut supaya memudahkan para jemaah mengambil pada selepas subuh esok hari. Persoalan saya adakah itu ikut adap dan hormat kita pada Alquran. Mohon penjelasan tuan. Terima kasih.

Ibu5Dara said...

rumah kampung lantai kayu,dan kadang2 boleh terdengar injakkan kaki org berjalan di tingkat atas.bolehkan tingkat bawah itu dijadikan tempat belajar alquran dan juga rak untuk menyusun alquran dan kitab2 setaraf dengannya

  © Powered by Blogger Theme ProBlogger, by Ourblogtemplates.com 2008

DAMAI SURIA