Showing posts with label bahasa. Show all posts
Showing posts with label bahasa. Show all posts

Friday, May 10, 2013

Mendapatkan Kitab Mutiara Ihya' ' Ulumuddin

-----------------------------------------------------------------------------------

 “Declare your jihad on thirteen enemies you cannot see -
egoism, arrogance, conceit, selfishness, greed, lust, 
intolerance, anger, lying, cheating, gossiping 
and slandering. If you can master and 
destroy them, then you will be read 
to fight the enemy you can see.”

- Imam Al-Ghazali
-----------------------------------------------------------------------------------



Ini kitab Mutiara Ihya' Ulumuddin, petikan Imam Al-Ghazali. Baru-baru ini saya dan keluarga mendapatkan buku ini apabila mendapat tahu ia dipromosikan di Ipoh. Set kitab Mutiara Ihya' Ulumuddin ini didatangkan dengan 5 buah buku yang mengungkapkan perkara seperti ibadat, muamalat, munakahat, fardhu ain, fardhu kifayah bersandar nas quran dan hadis yang membantu Muslim merujuk persoalan kompas kehidupan dengan jayanya, insyaAllah. Imam Al-Ghazali merupakan tokoh yang tidak asing di kalangan kita. Beliau yang nama sebenarnya Abu Hamid Muhammad ibn Muhammad al-Ghazali lahir pada tahun 450 Hijrah bersamaan dengan 1058 Masihi di Tus, Parsi. Beliau merupakan pemikir, filsuf, ulama sufi sehingga dikenali sebagai "Hujjatul Islam" (Pembela Islam, yang mempertahankan ajaran dan kebenaran Islam).

Sepanjang hayatnya, beliau mencetuskan fikrah dengan menghasilkan pelbagai penulisan dan karya terhadap  perkembangan Islam. Karya  beliau begitu banyak sehingga mencecah ratusan buah penulisan.  Antaranya seperti Kitab tahẓib al-uṣul, Kimiya-ye saʿadah, al-Risala al-qudsia, Jawahir al-qurʾān wa duraruh, Al-ḥikmah fi makhluqat illah, Maqaṣid al-falasifah, Ihya' 'Ulumuddin. Dalam kitab Ihya' Ulumuddin yang tersebut,  ia terbahagi kepada 4 topik besar dengan setiap topik mengandungi sepuluh bab. Topik pertama menyentuh ibadat. Topik kedua memfokuskan hubungan dan adab. Topik ketiga membicarakan keburukan dan kejahatan. Topik keempat mendepani perhitungan diri dan kehidupan ukhrawi. Kitab ini diterbitkan Illusion Network (2009).


 | cetusan Faisal |

Wednesday, April 25, 2012

Membangunkan Masyarakat, Kerja yang Terpuji


If you want enjoy and be happy 
for a day, organize a party,

If you want enjoy and be happy 
for a week, go for a vacation,

If you want enjoy and be happy 
for a year, grow a graden,

If you want enjoy and be happy 
for a lifetime, develop human beings



Kalau saudara hendak seronok 
dan bahagia untuk sehari, adakan parti,

Kalau saudara hendak seronok 
dan bahagia untuk seminggu, pergilah bercuti,

Kalau saudara hendak seronok 
dan bahagia untuk setahun, berkebunlah,

Kalau saudara hendak seronok 
dan bahagia sepanjang hayat, majukan manusia


Ungkapan ini saya ambil tatkala terpandang sebuah buku di Perpustakaan UUM, Cerita-Cerita Motivasi Untuk Guru (Hamedah Wok Awang. 2004. Kuala lumpur: PTS). Ayat "If you want enjoy and be happy for a lifetime, develop human beings" cantik sekali pada susunan baris akhir. Ia menggambarkan bahawa tiada pekerjaan yang paling mulia selain membantu, mendidik, membangun dan memberi sumbangan kepada pembinaan masyarakat serta peradaban manusia.

Hari ini jika ada doktor berhasil mendapat penawar bagi mengubati penyakit, dia telah menyelamat nyawa manusia. Hari ini jika ada seorang pemimpin negara menaik taraf hidup rakyat, dia telah menjaga kebajikan warganya. Hari ini jika ada seorang perintis IT mencipta pelbagai teknologi dan inovasi, dia telah memudahkan orang ramai menikmati kemudahan dalam kehidupan seharian. Hari ini jika ada ulama yang terus-menerus mengajarkan agama, dia telah memandu umat ke jalan kebenaran. Hari ini jika ada ramai tokoh-tokoh dunia lahir dalam segenap bidang, ia bermula dari didikan insan bernama guru kerana merekalah yang mengajar ilmu, membangun insan, memajukan manusia.








Thursday, November 3, 2011

Tera Buku




Dari buku seseorang itu boleh membaca, mengalami, melihat, mengkaji dan berfikir. Ia juga suatu proses  mencerap pengetahuan. Oleh kerana MINAT AKAN BUKU, saya kembangkan tera buku dalam pelbagai kategori dan genre. Mula-mula, tera buku ini saya kumpulkan dulu dalam bentuk teks. Kemudian saya pindahkan teks ini melalui WORDLE, perisian reka tulisan masa-nyata percuma di internet.

Dengan masa 3 minit, saya dapat menghasilkan reka susun yang menarik secara rawak. Kemudian saya edit sedikit warna dan susunan pada perkataan. Lalu terhasil tera buku dalam kategori + genre yang saya suka. Bagaimana dengan anda? Apa yang anda MINAT?  Aha.. anda juga boleh mencubanya!




  © Powered by Blogger Theme ProBlogger, by Ourblogtemplates.com 2008

DAMAI SURIA