Showing posts with label ukhuwah. Show all posts
Showing posts with label ukhuwah. Show all posts

Friday, September 6, 2013

Jamaludin's Family Day

Family Ties: Jamaludin's Family Reunion


On 5 Syawwal 1434H,  87 family members attended the reunion of the Jamaludin's Family Day including me as a third generation. Our families and relatives came from Perak, Penang, Pahang and Selangor. The event took place at Teluk Senangin, Perak brings a memorable family reunion, which creates family cohesion and ukhuwwah one another. Alhamdulillah.



| cetusan Faisal |

Wednesday, January 30, 2013

Sambutan Maulidur Rasul 1434, Masjid Sultan Azlan Shah, Ipoh


--------------------------------------------------------------------------------


There has certainly been for you in the Messenger of Allah 
an excellent pattern for anyone whose hope is in Allah 
and the Last Day and [who] remembers Allah often.
[ Surah Al-Ahzab 33 : 21 ]
--------------------------------------------------------------------------------


 Ustaz Badli Shah
People will lose faith if cheating. Trust is the core integrity of the individual. If we want to compare ourselves, certainly is far behind from the Prophet SAW. No matter what, from childhood to adulthood, the Prophet SAW never once cheating. This completely flourish the personality Muhammad SAW with siddiq, amanah, tabligh and fatonah. In history time, all people of Makkah were so pleased and entrusted in him. That is why the Prophet SAW was given the epithet Al-Amin (Muhammad the Trustworthy). They gave him this title, because they claimed him to be the best man among them, one who was never known to have told a lie. 

Similiarly in our life, it's actually not something hard to uphold trustworthy (kejujuran) in ourselves.  But, if one lose his trustworthy, he/she no longer had confidence by people and one getting difficult to maintain relationship with family, friends and community.  This was the content parts of ceramah Majlis Maulidur Rasul 1434H at Sultan Azlan Shah Mosque, Ipoh just now, speech by A.F. Ustaz Badli Shah Alauddin (Jabatan Agama Islam Pahang). The ceramah started after Maghrib prayer and I with my family took this opportunity to embrace more understanding from ceramah delivery. After ceramah, jamaah including students were solat Isyak together, imam by A.F. Ustaz Haji Radzi Kamarul Hailan. Alhamdulillah :)

Peace and  blessings upon 
our honest and trustworthy Rasulullah SAW
اللهم صلي على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلم‎



Salam Maulidur Rasul 1434 Hijriah
"Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah"


 | cetusan Faisal |


Wednesday, September 26, 2012

Ziarah dan Bual Buku di Sri Manjung


25 Sep, 12. Usai meraikan saudara keluarga saya di Ayer Tawar yang akan berangkat ke Makkah nanti, kami (saya, ibu dan ayah) menyambung perjalanan kami ke Sri Manjung. Di sana kami menziarahi sepupu kami sebelah ayah. Pasangan ini saya panggil Yong Wa dan Yop. Rupa-rupanya ketika kami sampai, mereka baru nak keluar. Ha..tu laa.. kedatangan kami mengejut.. telefonnya pun tidak.. mujur cepat sampai.. kalau tidak melepas jumpa la pulak!

Dari bicara keluarga perbualan kami memasuki dunia buku. Ini semua gara-gara saya apabila terlihat deretan buku berwarna hijau di rak. Rak itu berada di ruang makan.

"Kitab apa yang warna hijau tu Yong Wa?" tanya saya.
"Oh! Mari datang tengok buku apa" balas Yong Wa.

SubhanAllah.. pengkoleksian kitab Tafsir Azhar oleh Hamka segak tersusun di rak. Banyak sungguh buku-buku agama lain terhidang di rak. Saya baru teringat Yong Wa seorang yang minat agama. Beliau rajin menekuni ilmu dan menghadiri kelas pengajian. Yop pula seorang yang bermasyarakat. Orangnya tak lekang dengan keramahannya. Kalau diajak teman berkereta, agaknya tak ngantuk dibuatnya.

"Buku ini kami beli dapat diskaun masa kat Penang" sambung Yop sambil memegang buku sangat tebal berjudul Kisah Para Nabi dan Rasul.

Saya mengiakan sambil menyisip kandungan halamannya. Beberapa buah buku memenuhi di meja kopi. Resensi buku meriah terasa oleh kami sehingga menjengah sebuah ensiklopedia. Ensiklopedia Solat sangat cantik dihadam. Ilmiah dengan info dan berilustrasi! Buku itu terbaru dimilikinya sejak Ramadhan lalu.

Petang itu, kami menguzurkan diri dulu. Ada saudara lagi mahu diziarah di Lekir!


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgY-ONiI4hvrBlAUQfzTf_9WIC2r6m9AlWOAdJk-g5D31xilt2Pa4upcv1_oe1lpTkrORyU3qeK8FMNouDketJAU1z06-W65R3lcUg2e-Tr6pI-NmsjEg60-zTGu9uZVirScmU6sIzoXywk/s1600/faisal.png

Friday, August 17, 2012

PETRONAS dan BERNAS 2012 | 1433: Filem Pendek dan Iklan Raya ~ Mengesankan Hati



PETRONAS: 'Stranger'




https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj6DVWNBbnI3So84M3S4VucgkiYsiGhSkeBXCm3R-PIO0S_GG4nKa5BoHLooKeAC5Mo3-r9z8i2EIsWgh-U7HVMK9fTh7Xaffpqdx9OTaBly0YAYx6Ly3VHOD5jbexgYhH6lsBj9woAYQv0/s1600/caption1_PETRONAS+ramadhan_raya+1433.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgQRspuEmAkETBCJTSOdEHBV4zYYw5TeehSpic4_kUhPWWtMMVsGEhxljI4v7HlnqCY7tZKrmO9KHUUVUQNOfNDI6vn5BOlHIKp21_d_n-gLjrnoSkNd428PobUtjCwBRpQDxlybH-zi0mf/s1600/caption2_PETRONAS+ramadhan_raya+1433.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgfhdHsYjcPFAaWAxQorIjteu5jiSbrSNgTl_HFsuG895wZHQ4nvVXHjZHGbDK3p3XRhSMhYF13gKRm1A1BHX40SIzH1mY4GVTm8UEt24ndYQD6Aj3k7ZTKU_S7B4twLVZo3xbWE_Sxu5MY/s1600/caption3_PETRONAS+ramadhan_raya+1433.jpg







BERNAS: 'The Journey'




https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi1gnSi_ELhjfT8J3_KadnfCcy87E3_JBwf6Fg0PyatYGlNYemZYKNtcjYGUAhLyzdpVCx4T4RRrcbZQxTFekkkQJDKHB7-l4LXyXam0olkE_NAOQV-OhoLoxtNT3HA2QK9JKAABLFjOuHe/s1600/caption1_BERNAS+raya+2012.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgbf3UimKzBHrnibXjUzPELbZekIQeSsvCMgml8fSm9GGbjc-kh5OGQzuiiUUrDCY7197JAgAxG9ECk6_RM6coK62AimbC1jqZHdB-Lvdp7436mJjfbhWPfHgZX-GYGdZ7KznNwRdis1Cpj/s1600/caption2_BERNAS+raya+2012.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEileUL6DHTH5r-9rbrFimOybQli6HJ4SmFGh8HjEr686DDOcQ8-GA_J_LZECTikMAI_frm0YOSppMmM1EsewxoUagCncCY3ZFWVR7r45ZFjXNK_fT9Tvj8XbodtPUUN8LLudkKR6vSfAnGJ/s1600/caption3_BERNAS+raya+2012.jpg





Hari Raya lebih bermakna
apabila mereka yang lebih memerlukan
tiadalah berpisah, dibaja bunga-bunga kasih,
dipupuk bibit-bibit persaudaraan,
merayakan perayaan besar lagi teristimewa
sesama kita semuanya

Selamat Hari Raya 'Idilfitri 1433 hijriah.




https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgY-ONiI4hvrBlAUQfzTf_9WIC2r6m9AlWOAdJk-g5D31xilt2Pa4upcv1_oe1lpTkrORyU3qeK8FMNouDketJAU1z06-W65R3lcUg2e-Tr6pI-NmsjEg60-zTGu9uZVirScmU6sIzoXywk/s1600/faisal.png

Saturday, July 21, 2012

Bertemu Ramadhan yang Barakah



Wahai orang-orang yang beriman!
kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana
yang telah diwajibkan ke atas orang-orang
yang terdahulu sebelum kamu,
semoga kamu bertaqwa.
[ 2. Al-Baqarah : 183 ]

Bulan Ramadan yang padanya 
diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk 
bagi sekalian manusia, dan menjadi 
keterangan-keterangan yang menjelaskan 
petunjuk dan (menjelaskan) 
perbezaan antara yang benar 
dengan yang salah...  
[ 2. Al-Baqarah : 185 ] 

----------------------------------------------------------------------------------
Salam Ramadhan Al Mubarak 1433 hijriah. 
Selamat menjalani ibadah puasa, mengerjakan amalan soleh
dan seterusnya menuju diri kepada darjat ketaqwaan disisiNYA
----------------------------------------------------------------------------------




Wednesday, March 28, 2012

Dari Aktiviti Bowling hingga Bertukar-Tukar Bahasa


Nampaknya saya tidak dapat lari dari berkawan dengan pelajar-pelajar antarabangsa sejak memasuki UUM. Kawan-kawan luar negara semakin bertambah. Kelmarin, saya, Ariz, Yahya dan Tara menggunakan waktu petang kami bermain bowling di C-Mart. Ariz ialah sahabat baik saya sejak di sekolah menengah lagi. Kemasukannya menyambung belajar di IPT sama menyebab ukhuwah kami semakin rapat. Yahya ialah seorang Arab dari Yaman. Dia juga Presiden kepada Perwakilan Pelajar Siswazah Antarabangsa UUM. Dia belajar jurusan sama dengan saya. Tara pula seorang pelajar perempuan Cina berasal dari China mengambil jurusan dalam International Bisnes.

Rupa-rupanya ini kali pertama Yahya bermain bowling. Katanya di Yaman jauh sekali banyaknya pusat bowling didirikan. Membaling bola bowling suatu yang menyeronokkan bagi dia sungguhpun dia kelihatan agak sedikit kalut buat pertama kalinya. Manakala bagi Tara, ini merupakan kali kedua dia main bowling dan mencuba sukan ini di negeri orang (Malaysia) merupakan yang pertamanya.

'Yes, this is my second time playing bowling,' kata Tara yang tak lekang dengan senyumannya.

Tapi jika ditanya kepada kami,  memang dah berpuluh-puluh kali dengan sukan  ini.  Ariz ni lagilah... pantang dicabar. Lagaknya sungguh berbisa di pentas bowling. Tetapi kewujudan Ariz sebenarnya menambah semangat permainan ini.

Usai bowling, aktiviti kami dibawa ke meja makan. Di sana kami bertukar-tukar bahasa dari  ucapan cina 'ni hao ma' sehingga perkataan arab 'majnun'. Bahasa itu suatu lambang dan pengantaraan penting bagi mencapai hasrat dan maksud seseorang itu. Lenyap bahasa, maka hilanglah satu identiti bangsa. Yahya sebenarnya tidak kedekut untuk berkongsi bahasanya. Tanyalah apa saja, ada saja jawabnya.

Kata Tara, 'ni hao ma' itu untuk ucapan apa khabar kepada seorang sahaja. Tetapi ucapan 'ta jia hao' untuk ucapan apa khabar kepada ramai orang. Ha..sungguh, ucapan pemimpin-pemimpin sudah pandai menggunakan pendekatan bahasa pelbagai kaum pada era ini. Lagi banyak bahasa yang digayakan oleh seorang pemimpin, lagi banyak pengaruh relatifnya menawan hati pelbagai etnik rakyat di tanah air ini.

Ariz yang tidak duduk diam banyak memperkenalkan maksud makanan yang dimakan oleh kami dalam bahasa Melayu seperti nasi putih, bihun sup, tomyam, nasi pataya, sayur campur. Saya juga tidak lupa memperkenal cara masyarakat Melayu Islam Malaysia termasuklah menyatakan makanan yang akhir atau yang tertinggal satu lagi itulah yang paling berkat! Malah Tara cukup teruja dengan pesanan Air Batu Campur saya yang berwarna-warni itu.

'What we want to call it if we want to order this?' tanya Tara sambil menunjukkan Air Batu Campur saya yang kemerah-merahan.
'Just said ABC!'  kata saya.
'Oh! so simple!'  katanya sedikit terkejut semudah abjad abc sambil  disambung dengan gelak ketawa kami.




Thursday, March 22, 2012

Semangatnya Wira Wirawati!


Wira, bila keluar kem nanti nak jadi apa? tanya saya.
Saya nak sambung belajar, cikgu! jawab wira.
Bagus! sahut saya spontan.

Kemudian dalam kelas, saya memilih secara rawak seorang demi seorang di kalangan wira dan wirawati PLKN. Mereka bangun tersipu-sipu. Kata saya, wira yang ini bila dewasa akan menjadi doktor. Mendengar perkataan doktor,  lalu dia mendapat tepukan dari rakan-rakan mereka. Wirawati ini  pula akan menjadi menteri, lantas mendapat sorakan hebat dari kawan-kawan mereka. Wirawati yang ini pula akan menjadi angkasawan, lagi tepukan gemuruh dan semangat dari kelas.

Sejak meninggalkan Kem Syruz (5-9 Mac 2012), Facebook saya di'tagged' dengan gambar-gambar mereka. Ia membawa imbasan semula pengalaman bersama mereka. Di sana saya sebagai jurulatih program Integrasi. Di sana saya menyemai makna perpaduan, persaudaraan, penghargaan dan peranan yang boleh dibawa oleh mereka nanti. Di sana ada keseronokan dan cabaran yang dirasai.

Selamat maju ke depan wira wirawati!

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhqhrhcYmkjjLpwlguxKxGNgasAgpAXIJX-1J-V6df2cTjVwy9zh0MxM5AIhdOoRSv6jkhFVbpHMg688GgYBJIKei5k4E2XYGlP3dRv5jpo85onDhwjeqdyYAU8h_HQKUNkU94Zm6nCB3hf/s1600/Kem+Syruz1.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgLyAyjdit-AdMrkLwJfsg8AQq3dFUIwZgCo0TfZ1QtCSqzvFjou7ZOGz_-DE38lbu2HEqY-AdAgxvjO-EhT90DvR-pyMSl49izsB14YQRjS1et00vPB6YWWgBdhS_mhBaCBTFqGpTCayqd/s1600/Kem+Syruz2.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh1c2lqjGuIPh1hRx9IGKCJ2EqlvWPXqBa4ApCPLFieNclyC3zUyAC832dICVft6Np4jncLOspbHt0Ilu0jDZm2HY3erlWzXPoWp2ua0JjiFDa6aDt69FPLMtqpK5trO18Kji92Ue61mn2z/s1600/Kem+Syruz3.jpg


Friday, June 18, 2010

Naskhah Cinta

Naskhah Cinta buat si Isteri yang dikasihi https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg-KahT3OWobsRgx94bMG3NrbTzsiJTUoN712hwyjPEvcRVIxdSPXyv76Z4e0y2QBwmBUdIqNAPLKoDEhl2Gm1g9iq5XPtOa8YjT70ny2OyDbubMjBir7nZtiEnCJP9TUaxyT0YxaIko6pG/s1600/naskhah+cinta.jpg
gambar diambil dari Harakah, 5-7 Rejab 1431

Sunday, May 9, 2010

Selamat Hari Ibu Wahai Para Wanita


Selamat Hari Ibu Wahai Para Wanita

Ya Allah, 
wanita ini adalah wanita baik yang tabah, 
yang sabar dan kuat 
sesungguhnya kemuliaannya disanjungi 
keikhlasannya tiada ditandingi
kehebatan amat dikagumi 
maka saya amat menyayanginya 

Ya Allah 
wanita ini sumber inspirasi keluarga 
yang mendampingi suaminya 
yang memelihara anak-anaknya 
yang menjaga isi rumahnya 
yang mengharmoni rumahtangganya 
maka saya amat mengasihinya 

Ya Allah, 
Kau teguhkan hati dan imannya 
Kau semarakkan kehidupannya 
Kau berkatkan usaha murninya 
Kau bukakan pintu rahmat seluas-luasnya 
maka bahagiakanlah wanita ini di dunia dan akhirat 

Ya Allah, 
Kau percantikkanlah peribadinya 
dengan sifat keibuan yang utama, 
dengan budi isteri yang sempurna, 
dengan kewanitaan solehah bercahaya, 
maka berjayakanlah wanita ini di dunia dan akhirat 
Amin ya rabbal 'alamin 


Faisal Hj Mohamed, Ipoh
9 Mei 2010 bersamaan 24 Jamadilawwal 1431 


Nukilan ini dituju kepada para wanita bernama IBU
sempena sambutan HARI IBU pada 9 Mei 2010 di Malaysia.



Friday, February 12, 2010

Ceramah Hijratul Rasul

Malam tadi, saya berkesempatan menghadiri program ceramah agama di Masjid Asy-Syakirin, Ipoh. Program ceramah yang dianjurkan masjid ini disampaikan Y.Bhg. Dato' Haji Sheikh Mohamah Nor b. Haji Mansor Al Hafiz, Pengarah Jabatan Agama Islam Perak. 

'Hijratul Rasul' merupakan intipati tajuk ceramah ini yang sampaikan secara berkesan untuk ditadah ilmunya oleh para jamaah masjid dan muslimah yang hadir. Banyak yang tersirat dalam hijratul Rasul. Sebagai tokoh agung Islam, nama Rasulullah disebut selalu dalam solat, azan, tahlil, zikir, wirid, selawat, doa dan kehidupan dan ibadah seharian kita. 

Kupasan apa erti Islam diolah dengan baik oleh Dato' Sheikh iaitu asshariatun, aqidatun wa akhlaq iaitu Islam diterjemah sebagai syariah, aqidah dan akhlak. Kesempurnaan Iman dan Islam adalah apabila kita beriman dengan rukun-rukunnya. Jika salah satu daripada rukunnya kita tolak, iman kita tidak sempurna. 

Ucapan beliau kira-kira hampir sejam setengah menanggapi nilai-nilai ilmu dan falsafah yang berguna untuk dimanfaat oleh kami. Mengakhiri ceramahnya, Dato' Sheikh menekan betapa penting penyatuan umat Islam kini bagi membina suatu ummah yang berjaya sebagai sebuah negara Islam. Perpecahan umat Islam menjadi umat itu mundur dan membuka ruang bangsa-bangsa lain mengambil kesempatan ke atas diri kita. 

Model dalam hijratul Rasul iaitu penghijrahan baginda dari kota Makkah ke Madinah diambil hikmah tentang bagaimana Rasulullah SAW menyatukan puak yang berhijrah (Muhajirin) dengan penduduk di Madinah (Ansar). Kemudian dengan penyatuan umat Islam ini, Rasulullah menyatukan orang Islam dengan orang yang bukan Islam untuk hidup dengan aman, damai dan bekerjasama di antara satu sama lain. Tertegaknya penyatuan ini, maka tertegaklah sebuah negara (daulah) Islam yang kukuh berlandaskan syariat. Perkembangannya membawa agama Islam ke pelusuk dunia.  

Selepas ceramah, solat Isyak disafkan dengan beliau sendiri sebagai imam. Acara diteruskan dengan jamuan makan malam bersama.



Friday, December 18, 2009

Hijrah 1431



Hari ini umat Islam di seluruh dunia menyambut Ma'al Hijrah, hari kebesaran Islam dalam permulaan takwim Islam. Takwim hijrah ini mengambil iktibar sempena dalam sejarah Rasulullah SAW melakukan hijrah dari kota Makkah Al Mukarramah ke Madinah. Dalam hijrah agung ini terdapat banyak pengajaran dan panduan yang boleh diambil oleh kita sebagai ummah bagi membentuk sikap dengan mencontohi peribadi murni junjungan mulia Rasulullah SAW dan para sahabat.

Seperti yang disebut Datuk Abu Hassan Din Al Hafiz dalam ceramahnya di Masjid An-Nur, Ulu Kinta baru-baru ini, iaitu tiga watak mukmin yang hebat kerana keyakinan dan keberaniannya dalam peristiwa Hijrah.
  • Yang pertama Abu Bakar As-Siddiq sebagai orang dewasa menemani Rasulullah SAW sepanjang penghijrahan dari bumi Makkah ke Yathrib (Madinah); 
  • Yang kedua Ali bin Abi Talib sebagai orang muda yang menggantikan tempat tidur Rasulullah SAW ketika baginda dikepung pihak musuh di rumahnya dan 
  • Yang ketiga Asma sebagai orang perempuan yang menyediakan makanan dan khabar berita kepada Rasulullah SAW dan Abu Bakar sepanjang mereka bersembunyi. 
Tiga watak ini begitu besar perjuangan mereka dalam mengharungi cabaran dalam membantu hijrah Rasulullah SAW ke Madinah. Ia merupakan pengorbanan murni yang tidak dapat dinilai dengan wang dan harta. Hanya Allah SWT dapat menaungi mereka dengan ganjaran sebaik-baiknya.

Dalam kalangan kita hari ini masing-masing ada mempebaharui tekad, semangat dan azam di tahun baru ini. Tentunya azam ini membawa kepada transformasi dari kurang baik kepada baik atau yang baik kepada lebih baik lagi. Saya tak terkecuali bagi azam tahun ini yang antaranya mengekalkan pembudayaan membaca bagi meningkat ilmu untuk dunia dan ukhrawi, Insya-Allah. Takkan ku luntur nilai ilmu ini seperti yang ku garap sebelum ini.

Semoga tahun yang menyinari ini lebih bermakna buat diri kita, keluarga, masyarakat dan umat Islam seantero dunia. Juga, semoga semangat hijrah ini dapat dihayati falsafahnya. Selamat Tahun Baru 1431 Hijriah buat semua.

“Memantap ukhuwah, Memperkasa ummah”



Monday, September 28, 2009

'Idilfitri Around The World

Eid is an Arabic word meaning ‘festivity’, while Fitr means ‘to break fast’; and so the holiday symbolizes the breaking of the fasting period. It is celebrated after the end of the Islamic month of Ramazan, on the first day of Shawwal. Street vendors sell fresh Bangladesh currency notes during Ramazan in Dhaka, Bangladesh. Muslims buy bundles of fresh currency by paying an extra margin from these vendors and distribute the same among children as Eid

Pakistani girls showing their hands decked with traditional mehndi (henna)

An Egyptian worker makes traditional sweets ‘Kahk’ in preparation for the Eid al-Fitr festival, at a bakery in Cairo

A Kashmiri girl gets her hand decorated with henna ahead of Eid al-Fitr in Srinagar, Indian-Administered Kashmir

A Muslim woman shops for bangles in Hyderabad, India

Indonesian Muslim women take part in a lantern parade in Malang, East Java, late on September 19, 2009 to mark the end of holy fasting month of Ramazan

Pakistani Muslims climb onto a train as they head for their home towns ahead of the Muslim festival of Eid al-Fitr to celebrate along with their families, in Lahore

Palestinian Ahmed Ali, 15, plays with a homemade sparkler, during celebrations of Muslim holiday of Eid al-Fitr in the West Bank refugee camp of Al-Amari, near Ramallah

Saudis attend Eid al-Fitr prayers, marking the end of the fasting month of Ramazan in Central Riyadh

Afghans hug each other after offering Eid al-Fitr prayer in Kabul, Afghanistan

Indonesian Muslim women attend Eid al-Fitr prayers at Parangkusumo beach outside Yogyakarta, Central Java

A child stands amidst Muslims praying as they celebrate Eid al-Fitr at the Agora site of the Olympic Complex in Athens

Albanian Muslims attend prayers on Eid al-Fitr near the Et’hem Beu mosque in Tirana September 20, 2009

People pray in the open area of a mosque on the first day of Eid al-fitr in Cairo September 20, 2009

Filipino Muslim women embrace following prayers celebrating the start of the three-day Eid al-Fitr feast in Manila on September 20, 2009. About five percent of Filipinos are Muslim, making them the largest minority in the mainly Roman Catholic nation

source: The Current Affairs

Sunday, September 20, 2009

Salam Idilfitri 1430 Hijriah



MINAL 'AIDIN WAL FAIZIN , KULLU 'AM WA ANTUM BIKHAIR  

Maaf Zahir & Batin



Saturday, August 22, 2009

Terawih Pertama di Malam Ramadhan

Ramadhan yang disambut di pelusuk dunia membawa sinar kemuliaan kepada umatnya. Insya-Allah esok, mulanya berpuasa. Malam ini terawihlah kita. Malam tadi saya mengerjakan solat Isyak dan Terawih di Surau Jubli Perak Al Ikhwan, Seksyen 4, Bangi. Hasrat untuk solat bersama abang ipar ditangguh pada waktu lain apabila dia yang punyai urusan kerja di Sarawak lewat tiba ke rumah, sementelahan pula flight delayed. Lalu saya pergi dahulu untuk terawih bersama jamaah.

Pada mulanya berhajat mendirikan solat di Surau Al Kauthsar, tetapi terlalu ramai umat berbondong-bondong ke Surau ini baik lelaki mahupun perempuan, menyebabkan segenap ruang masjid dipenuhi para jamaah. Seumpama ramainya datang untuk solat Jumaat atau bilangannya lebih lagi. Malah kelihatan jamaah yang baru tiba sabar menunggu jika ada ruang untuk solat atau kot-kot siak dapat menyediakan tikar di beberapa ruang. Surau Al Kauthsar juga diiktiraf sebagai tempatnya didirikan solat Jumaat. Saya bergegas ke surau berdekatan (Surau Jubli Perak Al Ikhwan, Seksyen 4). Lalu bersama-sama mendirikan Solat fardhu berjamaah dan diikuti solat Terawih. Surau ini mengerjakan 8 rakaat dan Witir 3 rakaat.

Pada mukadimahnya dimulakan tazkirah hadis untuk pedoman. Kelihatan juga Dato’ Hj Fadzilah Kamsah mendirikan solat di surau ini. Mukanya bersih seakan bercahaya ditambah jubah putih yang dikenakan pada diri beliau. Berkat malam Ramadhan! Begitu meriah suasana malam Ramadhan di Bangi. Saya merasakan Seksyen-Seksyen lain di Bangi turut meriah dengan terawihnya lebih-lebih lagi Bangi sinonim dengan penduduk Islam 95 peratus. Si anak-anak mengikut ibu bapanya mengerjakan Terawih manakala kanak-kanak lengkap berbaju Melayu tekun solat di belakang saf mengikut imam. Semoga semangat Terawih berterusan sehingga ke akhir Ramadhan. Juga.. semoga Rumah-Rumah Allah terus dimakmurkan. Allahu Akhbar!




Friday, August 21, 2009

Program Masjid Al Hasanah di Ambang Ramadhan

Usai solat maghrib di Masjid Al Hasanah, Bandar Baru Bangi tadi, solat Hajat dituruti bagi memohon keselamatan, kesihatan di samping untuk para pelajar yang akan menduduki peperiksaan UPSR tidak beberapa lama lagi. Beberapa program diatur jawatankuasa masjid malam ini seperti bacaan yasin dan sumbangan Ramadhan untuk surau-surau. Majlis ini disertai Y.B. Dr. Shafie Abu Bakar, Adun Bangi. Beliau menyampaikan mutiara ucapan dan penyampaian sumbangan Ramadhan kepada surau-surau sekitar Bangi. Malam itu, Pengerusi Majlis turut mengumumkan dari Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang mana hari berpuasa jatuh pada hari Sabtu ini bersamaan 1 Ramadhan 1430 H. Kelihatan para jamaah gembira dengan pengumuman tersebut. Turut hadir majlis ilmu ini pihak sekolah, guru-guru, para pelajar UPSR, ibu bapa dan para jamaah masjid. Sesudah solat Isyak, acara ini berakhir dengan jamuan makan nasi dan bubur lambuk (secara bungkusan).

Thursday, July 2, 2009

Pusat Perubatan An-Nur Islamik

Alhamdulillah, kakak saya selamat melahirkan baby perempuan di malam Selasa bersamaan 7 Rejab 1430. Pusat Perubatan An-Nur, di tengah-tengah Bandar Baru Bangi tempatnya kakak saya bersalin. Bersama keluarga tercinta, kami bersilang menunggu kakak dan kehadiran cahaya mata lahir ke dunia disambut dengan perasaan syukur dan gembira. Anak–anak buah saya sibuk menamakan untuk baby baru ini :). 

Perubatan An-Nur ini nampaknya Islamik. Kakak saya yang dimasukkan di bilik khas tingkat 1 diperdengarkan bacaan Al Quran sebelum tibanya waktu bersalin. Sesungguhnya Al Quran itu penawar dan penenang hati. Di dalamnya terkandung tafsiran dan kaifiat yang bermakna. Staf dan nurse An-Nur berpakaian sopan dan bertudung. Layanannya baik. Tahap kerjanya nampak telus dan profesional. Taniah diucapkan! 

Walaupun beroperasi di deretan bangunan kedai, namun kelengkapan perubatan, kemudahan dan logistik ambulans disediakan agak baik. Baris bersebelahannya An-Nur terdapat sebuah lagi Pusat Perubatan Az-Zahrah. Kedua-dua pusat perubatan Islam bersebelahan ini melengkap fardhu kifayah untuk dimanfaat pelbagai lapisan masyarakat di sini. 

Dalam Islam, penyediaan pusat / klinik perubatan menjadi fardhu ain (wajib) jika tidak dapat sebarang seumpamanya dalam sesuatu kawasan/wilayah. Kemajuan Islam dalam pelbagai bidang relatifnya semakin berkembang. Ia harus dilihat secara positif dan usahanya perlu dipupuk secara berterusan bagi menjayakan satu peradaban yang profesional dan berdaya maju. Penghargaan dan terima kasih dituju kepada Dr. Fatimah dan kakitangannya dalam mengetuai perbidanan kepada kakak saya. 



Sunday, June 28, 2009

Agrofest '09, Sg. Siput

Semalam, cuti amnya program santai di Agrofest. Sg. Siput. Pada mulanya saya agak berat nak pergi sementelahan beberapa kerja yang perlu disiapkan. Tapi akhirnya mengalah setelah dipujuk ahli keluarga. Agrofest Perak 2009 berlangsung selama 4 hari bermula Khamis, 25 Jun hingga Ahad semalam. Walaupun tidak sebesar MAHA, karnival ini cukup memikat jumlah pengunjung yang ramai. Kami yang baru tiba, perlu sedikit bersabar untuk mendapat parking. Memang benar, kenderaan terlalu banyak sehingga diletak di tengah-tengah pembahagian jalan. Maknanya Agrofest dapat tempat di hati rakyat negeri ini. Saya dan keluarga akhirnya masuk. Produk pertama yang saya beli ialah teh peria. Barangkali sedikit teruja dengan produk teh yang agak baru dikenali..ha! Di Agrofest terhimpunnya usahawan-usahawan dan agensi-agensi kerajaan mempamerkan produk dan maklumat mereka. Rupa-rupanya khazanah bumi Tuhan ini luas. Sebahagian biodiversiti ini boleh didapati di karnival ini. Pelbagai herba, tumbuh-tumbuhan, buah-buahan, kekacang dan bijiran untuk tujuan pemakanan, kesihatan, perubatan dan tanaman hobi di rumah boleh didapati. Manakala produk berasaskan daging dan tenusu laku dibeli orang. Tak kurang juga pakai-pakaian, aksesori rumah dan barang mainan yang tiada kaitan dengan tema ini memenuhi ruang di Agrofest. Saya difahamkan pelbagai program menarik sepanjang karnival Agrofest ini. Kami paling seronok melihat anak-anak kecil bermain manja dengan arnab-arnab dalam ruang berpagar. Sebagai buah tangan balik, durian dan jagung tak lupa mengiringi jejari kami ke bonet kereta. Ada pun daging rusa dibeli, membuka selera di rumah nanti..aha!

Monday, April 13, 2009

Santai di Taiping

Sabtu dan Ahad, beberapa program santai diatur. Sabtu, sesudah Subuh, saya mengambil peluang untuk joging di waktu pagi. Ya, memang indah terasa menghirup udara pagi. Tenang dan sejuk menyegar minda. Beberapa orang kelihatan menggunakan trek bagi aktiviti senaman, berjalan dan beriadah. Bagi mereka, kesihatan perlu dijaga, manakala aktiviti riadah berkeluarga merapat hubungan silatulrahim sesama mereka. Habis saja berjoging saya terus balik ke rumah. Hari itu saya akan ke Taiping. Program bersama rakan telah diatur. Kami akan ke Taiping tengahari tersebut - melawat Muzium Perak dan melihat kelibat makhluk haiwan di Zoo Taiping.
Sampai sahaja di Taiping, program pertama kami adalah melawat Muzium Perak. Muzium ini terletak berdekatan dengan Penjara Taiping dan merupakan muzium tertua di Malaysia. Saya difahamkan idea penubuhan ini diasaskan oleh Sir Hugh Low, Residen Inggeris Perak dahulu. Tetapi beberapa bahagian sahaja dapat dilawat kerana bahagian-bahagian lain mengalami beberapa pengubahsuaian dan kerja naik taraf. Walaupun begitu, orang tetap ramai berkunjung di bangunan muzium ini sama ada bahan sejarah yang dipamer di sekitar bangunan mahu pun di dalamnya.  

Pada petang itu juga kami ke Zoo Taiping. Dengan menaiki keretapi mini yang disediakan, pelawat dibawa melihat hidupan haiwan dan habitat mereka. Perjalanan ini mengambil masa kira-kira 20 minit dengan diselang-seli penerangan tentang haiwan oleh juru pandu. Sebelum balik, kami singgah dahulu makan di bandar Taiping. Terasa tekak ini kering dan perut pula agak lapar, aha! Ahad petang semalam, berjumpa lagi kami. 

Bermula melihat seorang anak rakan di rumahnya, acara santai diteruskan dengan bermain bowling di Ampang Bowl Ipoh Parade. Sebelum itu, di sebuah kedai minum kami singah dahulu. Di meja minum, beberapa topik diskusi dibuka dari kerjaya sehingga ke medan politik. Yup, sebelum bermain bowling, kami solat Maghrib dahulu di masjid berdekatan!

Thursday, April 2, 2009

Berziarah Keluarga di Sri Kembangan

Sebentar tadi saya dan keluarga melakukan ziarah saudara kami di Sri Kembangan. Saya panggil pasangan ini sebagai Kak Pipah dan Abg Radzi. Turut serta di rumahnya bersama anak-anaknya. Kak Pipah dan Abg Radzi merupakan saudara terdekat kami yang begitu berat dalam hal kekeluargaan antara kami. Begitu juga, kagum saya akan kemurahan hati mereka sejak dahulu lagi. Pasangan ini akan berangkat ke Mekah pada minggu depan, insya-Allah untuk melaksanakan umrah. Kami sertakan iringan doa untuk kami sekeluarga di sini saat mereka di Mekah nanti. Semoga selamat pergi dan pulang dengan selamatnya. Amin. Selamat Menjalani Rukun Umrah!

  © Powered by Blogger Theme ProBlogger, by Ourblogtemplates.com 2008

DAMAI SURIA