Wednesday, September 26, 2012

Ziarah dan Bual Buku di Sri Manjung


25 Sep, 12. Usai meraikan saudara keluarga saya di Ayer Tawar yang akan berangkat ke Makkah nanti, kami (saya, ibu dan ayah) menyambung perjalanan kami ke Sri Manjung. Di sana kami menziarahi sepupu kami sebelah ayah. Pasangan ini saya panggil Yong Wa dan Yop. Rupa-rupanya ketika kami sampai, mereka baru nak keluar. Ha..tu laa.. kedatangan kami mengejut.. telefonnya pun tidak.. mujur cepat sampai.. kalau tidak melepas jumpa la pulak!

Dari bicara keluarga perbualan kami memasuki dunia buku. Ini semua gara-gara saya apabila terlihat deretan buku berwarna hijau di rak. Rak itu berada di ruang makan.

"Kitab apa yang warna hijau tu Yong Wa?" tanya saya.
"Oh! Mari datang tengok buku apa" balas Yong Wa.

SubhanAllah.. pengkoleksian kitab Tafsir Azhar oleh Hamka segak tersusun di rak. Banyak sungguh buku-buku agama lain terhidang di rak. Saya baru teringat Yong Wa seorang yang minat agama. Beliau rajin menekuni ilmu dan menghadiri kelas pengajian. Yop pula seorang yang bermasyarakat. Orangnya tak lekang dengan keramahannya. Kalau diajak teman berkereta, agaknya tak ngantuk dibuatnya.

"Buku ini kami beli dapat diskaun masa kat Penang" sambung Yop sambil memegang buku sangat tebal berjudul Kisah Para Nabi dan Rasul.

Saya mengiakan sambil menyisip kandungan halamannya. Beberapa buah buku memenuhi di meja kopi. Resensi buku meriah terasa oleh kami sehingga menjengah sebuah ensiklopedia. Ensiklopedia Solat sangat cantik dihadam. Ilmiah dengan info dan berilustrasi! Buku itu terbaru dimilikinya sejak Ramadhan lalu.

Petang itu, kami menguzurkan diri dulu. Ada saudara lagi mahu diziarah di Lekir!


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgY-ONiI4hvrBlAUQfzTf_9WIC2r6m9AlWOAdJk-g5D31xilt2Pa4upcv1_oe1lpTkrORyU3qeK8FMNouDketJAU1z06-W65R3lcUg2e-Tr6pI-NmsjEg60-zTGu9uZVirScmU6sIzoXywk/s1600/faisal.png

3 comments:

Abd Razak said...

السلم عليكم ورحمة الله

Ya tafsir itu Buya tuliskan semasa dalam penjara..Subhanallah

Unknown said...

Assalamualaikum.

Koleksi buku yang sangat susah di cari kini. Btw bro, di seberang depan Billion Sri Manjung ada kedai buku terpakai. Buku dia murah - murah ;)

DAMAI SURIA said...

Abd Razak: Ustaz, sungguh saya kagum usaha Buya Hamka. Dipenjarakan masih mampu mengkaryakan kitab-kitab lalu ilmunya tersebar di daratan menjadi rujukan kita hari ini. Kata orang, penjara juga merupakan universiti Ilmu:)

Amirul Amin Aliasgar: Oh ya kah! InsyaAllah mahu juga ke sana. Terima kasih atas maklumbalas:)

  © Powered by Blogger Theme ProBlogger, by Ourblogtemplates.com 2008

DAMAI SURIA