Showing posts with label pendidikan. Show all posts
Showing posts with label pendidikan. Show all posts
Monday, August 12, 2013
Ulasan Buku: Lembah Sintok Mengorak Langkah
Judul: Lembah Sintok Mengorak Wajah
Editor: Azlina Murad Sani
Penerbit: Universiti Utara Malaysia
Tahun Terbitan: 1994
Halaman: 202
Genre: pendidikan | fotografi | sejarah | penempatan
Sintok terletak di hujung utara (9 km dari Changlun) pada waktu yang lalu ialah sebuah kawasan komunis. Ia merupakan tempat Tentera Anti Jepun Rakyat Malaya (MPAJA) bersarang kegiatannya. Tatkala Jepun menyerah kalah pada Ogos 1945, Parti Komunis Malaya (PKM) mengambil kesempatan untuk menakluki beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia. Sintok tidak terkecuali ditawan kerana komunis melihat ia sebagai pekan kecil yang terpencil dengan terdapat hutan tebal di sekelilingnya. Kekejaman komunis tidak dapat dinafikan dan amat digeruni oleh masyarakat setempat pada waktu itu.
Namun dengan kekuatan pihak berkuasa, polis, tentera dan kerajaan Malaysia, kawasan ini dapat dikekang semula dan kembali aman pada tahun 1975. Kerajaan ketika itu dipimpin oleh YAB Dr. Mahathir Mohamad melihat Sintok yang asal kawasan hitam berpotensi sebagai wilayah penyebaran ilmu. Mengapa perlu ditakuti dari sebuah lembah gelap mampu disinergikan kepada sebuah lembah ilmu yang dapat membina masa depan kecemerlangan anak-anak bangsa. Maka idealisme menubuh Universiti Utara Malaysia (UUM) tercetus, IPTA ke-6 ditubuhkan dengan Y.Bhg. Tan Sri Dato' Prof. Dr. Awang Had Salleh sebagai Naib Canselor UUM pertama.
Buku ini menggamit banyak kenangan dengan siri lensa di halaman-halaman yang memperihalkan penubuhan awal sedekad UUM yang bermula di Jitra yang kemudiaannya secara rasmi berpindah di kampus induk Sintok pada 15 September 1990. Kegiatan para pelajar hari itu melalui ranjau becak tanah dan berbatu dalam kehidupan seharian antara asrama kediaman ke kampus/kuliah apabila kerja-kerja pembangunan institusi masih tetap dijalankan. Manakala siswa tatkala itu memakai pakaian yang kemas dan bertali leher sambil berbasikal dilihat bagaikan unik. Hari ini, penerusan pemakaian tali leher dengan seragam yang kemas diteruskan sebagai satu etika dan identiti UUM.
UUM mempunyai 3 buah Kolej Pengajian (setelah dikecilkan daripada 13 buah fakulti) dengan 15 Dewan Penginapan Pelajar (asrama kediaman pelajar). Apa yang istimewa pada UUM berbanding dengan IPTA lain adalah kelazimannya menyediakan perkhidmatan kediaman pelajar yang memboleh penuntut-penuntut kekal menginap dari semester permulaan dengan semester akhir tanpa mengira latar belakang, jurusan dan warganegara. Kelebihan ini suatu yang fleksibiliti bagi kemudahan para pelajar merancang pembelajaran, mobiliti keilmuan dan aktiviti kampus setiap hari. Walaupun Sintok penempatannya terdapat banyak ladang getah tetapi di sebalik pertanian yang diusahakan ini, munculnya sebuah Universiti di bahagian utara tersebut memberi penjenamaan semula Sintok hari ini.
Tatkala penulisan ulasan ini dibuat, saya juga sedang menyediakan diri dengan pengajian UUM di Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa.
| cetusan Faisal |
Sunday, March 10, 2013
Pupuk Minat Membaca Yang Mampu Memberi Makna Kepada Kanak-Kanak
Klik di sini: "keratan akhbar" untuk diperbesarkan.
Rencana PUPUK MINAT MEMBACA ini ditulis oleh Dr Mastura Badzis.
Berita Harian. Selasa, 15 Mei 2012 bersamaan 23 Jamadilakhir 1433.
Sunday, January 20, 2013
Universiti, Ilmu dan Penyuburannya
Muqadimah
Ilmu mempunyai makna yang luas. Profesor Dr. Syed Muhammad Naquib Al-Attas dalam membicarakan ilmu memberi takrifan "... ia (ilmu) adalah ketibaan makna sesuatu ke dalam diri seseorang". Inilah pengertian seorang cendiakawan tersohor bahawa ilmu yang ada pada seseorang itu dapat menjana diri seseorang dengan bidang yang diceburinya. Ia seterusnya bagaimana seseorang memaknai kehidupan dengan ilmu yang dibawanya. Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri dalam bukunya, Kuasa Iqra memberi makna “Ilmu dalam konteks semangat iqra' selamanya berorientasi tauhidik, bertolak daripada motivasi imanik dan bergerak mencapai objektif mengenal, mengagumi dan mengabdi kepada Ilahi.” Dari kaca mata saya, ilmu itu terus unggul apabila sentiasa dipelajari dan diamalkan untuk kebaikan diri dan kemaslahatan ummah.
Dalam mengungkapkan motivasi pula, ia suatu yang tidak dapat dipisahkan dalam proses pemantapan ilmu dan pembelajaran. Motivasi yang disuntik oleh guru-guru sebenarnya membangkitkan hati-hati manusia daripada terus layu. Guru adalah pembimbing terbaik. Guru bukan sahaja bersifat akademik tetapi mendorong anak-anak buah mencuba eksperimen diri itu dan ini supaya anak-anak buahnya terus mencipta potensi diri. Selebihnya murid-murid mengemudi diri bagaimana mengadapatasi dengan kehidupan yang pelbagai ini. Buat guru-guru UUM, terima kasih diucapkan kerana mendewasakan diriku dengan ilmu dan memotivasikan pengalaman berharga. Kelak, semoga cekal selalu!
Universiti
Hari ini adalah hari terakhir saya berada di UUM sebelum bercuti semester. Perjalanan semester saya di sini sentiasa dicatatkan sebagai proses mengarap pendedahan, mencerakin ilmu dan menimba pengalaman berguna. Lebih daripada itu, peluang-peluang yang ada di kampus seharusnya dimanfaat dengan bijaksananya. Pembukaan semester berikut adalah pada 13 Februari 2013. Di kampus, para pelajar sibuk memunggah barang ke dalam beg dan kotak, satu tanda bahawa mereka akan pulang ke kampung halaman. Kedatangan penuntut-penuntut ke gedung ilmu membawa misi pengharapan. Dalam periode ini mereka mencipta peluang, membina diri dengan aktiviti kampus dan apa yang lebih penting mendalami pengetahuan. Misi pengharapan ini nanti ditukar kepada misi kejayaan apabila tamatnya pembelajaran mereka di IPT. Selepas itu penuntut akan berkerjaya dan menyumbangkan apa yang dipelajari, sama-sama membantu mengangkat negara kepada kemajuan.
Universiti adalah gedung ilmu. Peranannya dalam menjanakan keintelektualan jangan dipandang sepi. Mengambil peristiwa yang berlaku di dalam sebuah seminar mahasiswa UUM baru-baru ini, nilai keintelektualan perlu dijana bukan dinafikan semata-mata ideologi dan politik sempit. Kita tidak mahu mahasiswa disekat kerana pandangan dan ideanya. Kita tidak mahu mahasiswa digelar pendidikannya kurang tanpa periksa dan bukti. Janganlah dihina sebegitu rupa kerana kita perlu mencermin diri apakah kita benar-benar telah sempurna ilmu dan mendapat pendidikan terbaik. Universiti adalah suatu tempat persinggahan sebelum mahasiswa pergi jauh ke hadapan. Ia umpama musafir di padang pasir yang minum air bagi menghilang dahaganya. Kemudian dia akan bertolak meneruskan perjalanannya. Persinggahan di unversiti adalah mengambil ilmu yang tercicir dan seseorang terus-menerus menimba ilmu apabila dia keluar universiti nanti. Tiada siapa dapat menafikan bahawa ilmu adalah pembelajaran sepanjang kehidupan.
Sebagai sebuah gedung ilmu, apa yang kita dambakan mahasiswa bersama-sama kepimpinan, pensyarah, panel, moderator, staf dan warga kampus saling merencanakan gagasan percambahan idea. "Kita perlu kembali kepada roh universiti", itulah kenyataan yang dibawa Dato' Saifuddin Abdullah dalam Forum Penyuburan Amalan Demokrasi di Malaysia di UM pada 3 tahun lepas. Dalam menncerminkan mahasiswa hari ini, Saifuddin Abdullah melihat bahawa suara mahasiswa perlu didengari, peranan mereka diiktiraf dan isu yang diketengah mereka ditangani.
Di khalayak ramai, saya lontarkan pandangan bahawa universiti ialah pusat keilmuan masyarakat. Di dalamnya ada manusia yang sentiasa mengajar dan terus belajar. Pemupukan daya keintelektualan, kajian penyelidikan, nilai-nilai keilmiahan perlu dibaja selalu. Menghargai peranan dan pandangan adalah teras membudayakan demokrasi yang matang di universiti. Membenarkan universiti berfungsi sebagai tempat penyuburan ilmu harus dipersempatkan dengan berkesan. Janganlah kecenderungan atau tekanan pihak berkepentingan menyebabkan universiti-universiti Malaysia terus jumud ketinggalan ke belakang. Ini kerana universiti yang akal budi dan bebas merupakan faktor membawa kegemilangan bangsa di persada dunia.
| cetusan Faisal |
Friday, August 3, 2012
4 Tahap Membaca

Tahap-tahap pembacaan seseorang berbeda-beda dan boleh berubah-rubah mengikut keadaan. Membaca berita di surat khabar mungkin berbeza dengan membaca novel. Menelaah buku mata pelajaran adalah berbeza dengan menelaah kertas kerja. Menekuni kitab Al Quran tidak sama menekuni buku perundangan. Dari kaca mata cendekiawan Islam, Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, beliau menyatakan terdapat empat tahap pembacaan iaitu:
- MEMBACA CEPAT (FAST READING).
- MEMBACA CERMAT (CAREFUL READING) iaitu membaca perkataan demi perkataan.
- MEMBACA ANALITIKAL (ANALYTICAL READING) iaitu membaca sambil menilai.
- MEMBACA KRITIS (CRITICAL READING) iaitu membaca dan menghujah.
Tahap-tahap ini jika digarapkan semuanya betul. Tingkah laku tahap membaca disesuaikan dengan tempat, masa dan kedudukannya. Apa yang penting persediaan dan keupayaan kita dalam mencerakin tahap-tahap pembacaan ini. Sebagai contoh dalam model membaca Al Quran, semua tahap ini boleh diaplikasikan iaitu membaca cara cepat, cermat, analitikal dan kritis.
Tatkala kita menghafal surah-surah Quran, tahap membaca cepat boleh dipraktikkan. Kebiasaannya seseorang itu sudah lancar dalam membaca Quran, maka bolehlah dia membacanya dengan cepat. Bagaimanapun apabila seseorang menggunakan tahap membaca cermat, dia sebenarnya mencermati baris-baris kalimah suci ini supaya tidak tersalah atau tersasau ketika membacanya.
Membaca secara analitikal Quran ialah seseorang menggunakan pendekatan menyusuri perkataan dan maksud tafsir Al Quran untuk mendapat penjelasannya. Manakala membaca secara kritis bukan bermaksud seseorang kritik kepada Quran. Ia merupakan tingkah laku seseorang mengkaji, membuat perbandingan, menghasilkan natijah dari Quran lalu melontar pandangan dan hujah berdasarkan nas / dalil quran. Ini kerana di dalam Quran terdapat banyak sumber bidang kehidupan.
Wednesday, April 25, 2012
Membangunkan Masyarakat, Kerja yang Terpuji
If you want enjoy and be happy
for a day, organize a party,
If you want enjoy and be happy
for a week, go for a vacation,
If you want enjoy and be happy
for a year, grow a graden,
If you want enjoy and be happy
for a lifetime, develop human beings
Kalau saudara hendak seronok
dan bahagia untuk sehari, adakan parti,
Kalau saudara hendak seronok
dan bahagia untuk seminggu, pergilah bercuti,
Kalau saudara hendak seronok
dan bahagia untuk setahun, berkebunlah,
Kalau saudara hendak seronok
dan bahagia sepanjang hayat, majukan manusia
Ungkapan ini saya ambil tatkala terpandang sebuah buku di Perpustakaan UUM, Cerita-Cerita Motivasi Untuk Guru (Hamedah Wok Awang. 2004. Kuala lumpur: PTS). Ayat "If you want enjoy and be happy for a lifetime, develop human beings" cantik sekali pada susunan baris akhir. Ia menggambarkan bahawa tiada pekerjaan yang paling mulia selain membantu, mendidik, membangun dan memberi sumbangan kepada pembinaan masyarakat serta peradaban manusia.
Hari ini jika ada doktor berhasil mendapat penawar bagi mengubati penyakit, dia telah menyelamat nyawa manusia. Hari ini jika ada seorang pemimpin negara menaik taraf hidup rakyat, dia telah menjaga kebajikan warganya. Hari ini jika ada seorang perintis IT mencipta pelbagai teknologi dan inovasi, dia telah memudahkan orang ramai menikmati kemudahan dalam kehidupan seharian. Hari ini jika ada ulama yang terus-menerus mengajarkan agama, dia telah memandu umat ke jalan kebenaran. Hari ini jika ada ramai tokoh-tokoh dunia lahir dalam segenap bidang, ia bermula dari didikan insan bernama guru kerana merekalah yang mengajar ilmu, membangun insan, memajukan manusia.
Wednesday, February 29, 2012
Kita Bukannya Suka Membaca Sangat
Keratan akhbar Sinar Harian
28 Februari 2012 | 6 Rabiulakhir 1433, halaman 41
Klik di sini untuk diperbesarkan.
Thursday, October 27, 2011
Kedudukan Universiti Dunia Terbaik Sidang 2011/12
Saya terbaca baru-baru ini melalui artikel Yahoo! News mengenai KEDUDUKAN UNIVERSITI DUNIA TERBAIK SIDANG 2011/12. QS WORLD UNIVERSITY RANKINGS 2011/12 dikeluarkan secara tahunan dan merekod institusi pengajian tinggi terulung dari pelbagai benua dalam kedudukan yang terbaik. Mengikut QS University Ranking, terdapat 8 kriteria yang diambil kira dalam meletakkan sesebuah universiti adalah pada kedudukan yang terbaik. Setiap kriteria itu masing-masing mempunyai indikator dan timbang nilai:
- Kualiti Penyelidikan (Research Quality)
- Kualiti Pengajaran (Teaching Quality)
- Kebolehpekerjaan Siswazah (Graduate Employability)
- Infrastruktur (Infrastructure)
- Pengantarabangsaan (Internationalisation)
- Inovasi dan Pemindahan Pengetahuan (Innovation & Knowledge Transfer)
- Misi Ketiga (Third Mission)
- Bidang Kepakaran (Specialist Subject)
10 Universiti terbaik di dunia bagi sidang 2011 adalah seperti berikut:
#1 University of Cambridge (United Kingdom)
#2 Harvard University (United States)
#3 Massachusetts Institute of Technology (United States)
#4 Yale University (United States)
#5 University of Oxford (United Kingdom)
#6 Imperial College London (United Kingdom)
#7 UCL (University College London) ( United Kingdom)
#8 University of Chicago (United States)
#9 University of Pennsylvania (United States)
#10 Columbia University (United States)
Melihat kedudukan IPT MALAYSIA pada sidang 2011/12 tersebut, hanya sebuah universiti sahaja mewakili Malaysia iaitu Universiti Malaya (UM) yang mendapat status kelayakan pada 200 universiti terunggul. Manakala dalam siri 700 universiti dunia yang dinilaikan, terdapat 5 buah IPTA MALAYSIA yang dinobatkan pada kedudukan Universiti Dunia Terbaik 2011/12.
#167 Universiti Malaya (UM)
#279 Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
#335 Universiti Sains Malaysia (USM)
#401-450 Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
#451-500 Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
#601+ Universiti Teknologi Mara (UiTM)
QS World University Rankings 2011/12 juga mengkategorikan kedudukan Universiti Asia Terbaik. Sidang 2011 meletakkan 10 Universiti Asia yang terbaik adalah seperti berikut:
#1 The Hong Kong University of Science and Technology (China)
#2 University of Hong Kong (China)
#3 National University of Singapore (NUS) (Singapura)
#4 The University of Tokyo (Jepun)
#5 The Chinese University of Hong Kong (Jepun)
#6 Seoul National University (Korea Selatan)
#7 Kyoto University (Jepun)
#8 Osaka University (Jepun)
#9 Tokyo Institute of Technology (Jepun)
#9 Tohoku University (Jepun)
Universiti dari MALAYSIA yang dinobatkan dalam 100 Universiti Asia Terbaik 2011 adalah seperti berikut:
#39 Universiti Malaya (UM)
#53 Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
#54 Universiti Sains Malaysia (USM)
#57 Universiti Putra Malaysia (UPM)
#76 Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
Perbandingan Kedudukan Universiti Malaysia Tahun 2011 dan 2010
pada Kedudukan Universiti Terbaik Dunia
pada Kedudukan Universiti Terbaik Dunia
- ihsan dari The Star Online
Sunday, May 23, 2010
Kedai Buku UiTM Shah Alam
Istiadat Konvokesyen UiTM Ke-72 menyadur banyak acara gemilang dianjurkan pihak universiti di Shah Alam. Sementelahan pula kali ini abang saya berkonvokesyen di UiTM bagi Ijazah Sarjananya baru-baru ini, kesempatan diambil untuk ke Kedai Buku UiTM (Galeri UPENA). Kedai ini terletak sebelah bangunan Menara Sultan Abdul Aziz Shah (MSAAS) dan berhadapan dengan Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM.
Arkitektur bangunan ini nampak moden distruktur dengan besi dan kaca sebagai komponen reka bentuknya. Ianya direka oleh NNA, firma arkitek yang tidak kurang hebatnya. Sesuai dengan sebuah universiti popular dengan jurusan program yang banyak dianjurkan di negara ini, maka begitulah jua banyak buku pelbagai genre termasuk buku ilmiah yang dipamer segak kedai ini. Buku-bukunya diterbit UPENA, sebuah badan penerbit Universiti UiTM di samping buku-buku dari penerbit tempatan dan luar negara. Selain buku-bukunya, kedai ini turut menjual keperluan alat tulis, kelengkapan uniform di samping majalah dan akhbar.
Tiada apa-apa yang dibeli ketika saya di kedai ini. Menguit helaian beberapa buah buku menjadi satu kegemaran manakala menikmati suasana dari kedai buku ke kedai buku merupakan juga suatu cara mentafsir sosiobudaya dunia perbukuan. (Emm.. menjadi kesukaan saya untuk terus menyusuri kedai buku).
Arkitektur bangunan ini nampak moden distruktur dengan besi dan kaca sebagai komponen reka bentuknya. Ianya direka oleh NNA, firma arkitek yang tidak kurang hebatnya. Sesuai dengan sebuah universiti popular dengan jurusan program yang banyak dianjurkan di negara ini, maka begitulah jua banyak buku pelbagai genre termasuk buku ilmiah yang dipamer segak kedai ini. Buku-bukunya diterbit UPENA, sebuah badan penerbit Universiti UiTM di samping buku-buku dari penerbit tempatan dan luar negara. Selain buku-bukunya, kedai ini turut menjual keperluan alat tulis, kelengkapan uniform di samping majalah dan akhbar.
Tiada apa-apa yang dibeli ketika saya di kedai ini. Menguit helaian beberapa buah buku menjadi satu kegemaran manakala menikmati suasana dari kedai buku ke kedai buku merupakan juga suatu cara mentafsir sosiobudaya dunia perbukuan. (Emm.. menjadi kesukaan saya untuk terus menyusuri kedai buku).






Monday, May 17, 2010
Terima Kasih Cikgu!

Terima kasih Cikgu!
Selamat Hari Guru
kepada cikgu-cikgu yang ajar daku
kepada cikgu-cikgu yang ajar daku
waktu ku dambakan curahan ilmu,
didik daku saat ku dambakan bimbingan akhlak
bimbing daku ketika ku dambakan pedoman hidup
pandu daku tatkala ku dambakan jalan kejayaan
dan tak terhitung ku dibantu dan terus dibantu
sehingga daku terus berdiri
keranamu cikgu,
kau terlalu istimewa untuk ku.
kau terlalu istimewa untuk ku.
Faisal Hj Mohamed
untuk Hari Guru di Malaysia
Dedikasi khas untuk guru-guru ku ketika ku di bangku sekolah sehingga kepada guru-guru ku di menara gading.
Thursday, April 29, 2010
Iqra' untuk Kejayaan
Terlalu sedikit daripada umat ini yang membaca. Dan daripada sedikit yang membaca itu pula sedikit sahaja yang memahaminya. Daripada sedikit yang memahaminya, sedikit pula yang menguasainya. Dan daripada sedikit yang menguasai lebih sedikit yang mengamalnya (Pahrol Mohamad Juoi, 2010). Begitulah dipetik dari kupasan beliau dalam kolum Dari Editor Majalah Solusi, Isu No. 18, 2010.
Majalah Solusi (No. 18) bertemakan DI SEBALIK IQRA' iaitu memperihalkan kepentingan iqra' atau membaca di kalangan masyarakat. Pembudayaan baca perlu ditanam bagi menyemarak ilmu sebagai suatu barang yang berharga. Maka, banyak halaman majalah yang berkait dengan topik baca dimuatkan dalam majalah Solusi terbaru ini. Kesemuanya, cantik sekali ditelaga ilmunya.
Topik yang dimasukkan tersebut adalah:
- Di Sebalik Iqra' (Dari Editor)
- Kamu adalah Apa yang Kamu Baca
- Hidupkan Roh Iqra' Remaja,
- Bacalah Kisahmu dalam Al-Quran
- Banyak Baca Al-Quran Namun Jiwa Belum Berubah
- Didik Anak-Anak Mesra Buku
- Kemahiran Membaca
- Hadiah Senaskah Al Quran Sebagai Modal Dakwah
Perkataan iqra' mengingatkan kita kepada wahyu pertama yang diterima junjungan besar Rasulullah S.A.W. ketika baginda bersendirian di Gua Hira', Makkah. Ia berbunyi:
“Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), Dia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah; Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan; Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (Surah Al-'Alaq 96: 1-5)
Melalui penurunan ayat ini, kepentingan baca merupakan intipati utama bagi umat menggarap lautan ilmu yang luas. Ilmu tak terjangkau besarnya. Ia takkan habis. Ia suatu milik Allah yang pasti dan jika ditimba ilmu-ilmu itu akan diri seseorang, tentu keberhasilannya memudah dan memanfaat tuan punya diri sehingga memberi sumbangan kepada orang-orang di sekelilingnya. Baca mengetengah umat berfikir, kreatif dan menjana perkembangan minda dari pengamalan ilmu yang dipelajari.
Persoalannya apakah bahan bacaan yang perlu dibaca bagi kita? Dalam majalah tersebut ada diperihalkan piramid baca melalui tajuk 'Kamu Adalah Apa Yang Kamu Baca'. Hirarki piramid ini menyatakan Al quran, hadis dan buku-buku syariah merupakan 3 priorti bahan bacaan perlu banyak dibaca. Seterusnya ia disusun peringkatnya dengan bacaan lain dengan tidak lari dari konsep yang bersifat pendidikan/pengajaran atau bemaklumat. Berikut merupakan piramid bacaan tersebut:

Sebenarnya membaca tidak sedikit rugi lebih-lebih lagi bahan bacaan yang dikhusus itu berbentuk ilmiah. Jika bacaan berbentuk santai tapi masih menekan elemen-elemen berpengetahuan tanpa menjejaskan kerendahan daya berfikir, maka bacaan ini juga disokong. Pembacaan secara langsung dan tidak langsung membuka kepada pemahaman yang lebih jelas melalui ruang diskusi, perkongsian dan pertukaran maklumat, analitik dan kritikal, kajian dan penyelidikan sehingga membuahkan keberhasilannya dalam lapangan ilmu yang didukungi.
Umat yang membaca nanti bisa merubah kehidupan dari sifat jahil kepada berilmu. Penguasaan ilmu pada umat Islam itu pula akan menyebab umat ini disegani kawan mahupun lawan. Malah penggarapan ilmu yang berkesan melahirkan kepakaran dalam kepelbagaian lapangan. Kerana itu seringkali kedengaran sesebuah negara itu dijadikan hab/rujukan kerana kepakarannya. Lihatlah sahaja negara Jerman dengan kehebatan kejuruteraannya, Jepun (teknologi robot), Cuba (kepakaran perubatan mata). Manfaatnya sudah tentu tidak lain untuk dinikmati rakyat teramai.
Tuesday, January 5, 2010
Suara Mahasiswa Perlu Didengari
Sebentar tadi saya menyaksikan program Suara Siswa (TV1) yang dihoskan oleh Dr. Fazley Yaakob. Pada kali ini, Dato’ Saifuddin Abdullah, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi ‘turun padang’ bersama-sama dengan mahasiswa di studio hari ini. Saya tertarik dengan
pendekatan Y.B. Datuk Saifudin Abdullah dalam memacu kementeriannya hari ini. Beliau dilihat cendiakawan, bersifat terbuka dan optimis dalam membawa agenda perubahan pendidikan dan mahasiswa mutakhir ini.
Pemimpin seperti ini yang diperlukan hari ini dalam mengangkasakan pengajian tinggi dan mengerak kepimpinan mahasiswa ke lapangan yang berdaya saing. Seperti kata-kata beliau, tiga perkara yang diperlukan mahasiswa hari ini, suara mereka didengari, peranan mereka diiktiraf dan isu yang diketengah mereka ditangani.
Pembukaan tirai 2010 membawa Suara Siswa kepada tajuk ‘Politik Baru’. Diskusi ini segar dengan tiga panel - YDP Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM), Muhamad Ridzuan Muhamad, YDP Universiti Putra Malaysia (UPM), Mohd Syamsul Salleh dan YDP Universiti Teknologi Mara (UiTM), Mohd Murshidi Mohd Diah serta Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifudin Abdullah sebagai pandangan sisi.
Program yang direncana ini perlu terus disuburkan bagi membentuk mahasiswa dengan perkongsian idea, penjanaan kreativiti dan pengolahan hujah secara ilmiah. Di samping itu orang ramai dapat mengikuti fikrah kepimpinan mahasiswa hari ini dengan isu yang dibawakan. Saya sedikit kecewa di hujung perbincangan yang bersifat intelektual ini apabila seorang pengacara perempuan Selamat Pagi Malaysia tiba-tiba muncul di bagi menyanyikan lagu. Pakaiannya tidak sesuai dan pementasan nyanyiannya juga kurang tepat di gelanggang bicara bersifat ilmiah ini. Aduhai..
pendekatan Y.B. Datuk Saifudin Abdullah dalam memacu kementeriannya hari ini. Beliau dilihat cendiakawan, bersifat terbuka dan optimis dalam membawa agenda perubahan pendidikan dan mahasiswa mutakhir ini.Pemimpin seperti ini yang diperlukan hari ini dalam mengangkasakan pengajian tinggi dan mengerak kepimpinan mahasiswa ke lapangan yang berdaya saing. Seperti kata-kata beliau, tiga perkara yang diperlukan mahasiswa hari ini, suara mereka didengari, peranan mereka diiktiraf dan isu yang diketengah mereka ditangani.
Pembukaan tirai 2010 membawa Suara Siswa kepada tajuk ‘Politik Baru’. Diskusi ini segar dengan tiga panel - YDP Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM), Muhamad Ridzuan Muhamad, YDP Universiti Putra Malaysia (UPM), Mohd Syamsul Salleh dan YDP Universiti Teknologi Mara (UiTM), Mohd Murshidi Mohd Diah serta Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifudin Abdullah sebagai pandangan sisi.
Program yang direncana ini perlu terus disuburkan bagi membentuk mahasiswa dengan perkongsian idea, penjanaan kreativiti dan pengolahan hujah secara ilmiah. Di samping itu orang ramai dapat mengikuti fikrah kepimpinan mahasiswa hari ini dengan isu yang dibawakan. Saya sedikit kecewa di hujung perbincangan yang bersifat intelektual ini apabila seorang pengacara perempuan Selamat Pagi Malaysia tiba-tiba muncul di bagi menyanyikan lagu. Pakaiannya tidak sesuai dan pementasan nyanyiannya juga kurang tepat di gelanggang bicara bersifat ilmiah ini. Aduhai..
Monday, January 4, 2010
Tahun Baru, Pelajar dan Persiapan
Hari ini di tahun baru 2010 para murid dan para pelajar melangkah baru di alam persekolahan. Tentunya azamnya baru dan semangatnya pun baru. Bagi para pelajar di negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu, semalam merupakan hari mereka ke sekolah setelah bercuti sebulan lebih. Mengikut statistik Kementerian Pelajaran Malaysia (Januari, 2010), terdapat 9,844 sekolah di negara ini iaitu 7,655 bilangan sekolah rendah dan 2,189 sekolah menengah dengan enrolmen pelajar sehingga hampir lima juta setengah para pelajar.
Di kedai-kedai buku, saya pasti hari ini ramai di kalangan rakyat Malaysia bertandang untuk membeli buku di tahun baru ini. Masa-masa inilah disempatkan untuk membeli judul apa yang tertinggal. Manakan tidak, persekolahan bermula, anak-anak perlu dititikberatkan manakala ada saja buku baru yang disyor oleh guru atau pihak sekolah untuk kegunaan para pelajar/murid di tahun ini.
Bagi tuan punya kedai buku, musim ini merupakan buku-buku teks, latihan dan alat tulis serta barang bantuan mengajar paling mendapat sambutan selain diri mereka sibuk mendapat stok baru dari pembekal. Manakala Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) yang disediakan oleh pihak kerajaan seharusnya disyukuri dan dihargai bagi meringan beban kewangan keluarga. Apa-apa pun selamat belajar kepada adik-adik sekalian. Semoga mengapai cita-cita murni!
Di kedai-kedai buku, saya pasti hari ini ramai di kalangan rakyat Malaysia bertandang untuk membeli buku di tahun baru ini. Masa-masa inilah disempatkan untuk membeli judul apa yang tertinggal. Manakan tidak, persekolahan bermula, anak-anak perlu dititikberatkan manakala ada saja buku baru yang disyor oleh guru atau pihak sekolah untuk kegunaan para pelajar/murid di tahun ini.
Bagi tuan punya kedai buku, musim ini merupakan buku-buku teks, latihan dan alat tulis serta barang bantuan mengajar paling mendapat sambutan selain diri mereka sibuk mendapat stok baru dari pembekal. Manakala Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) yang disediakan oleh pihak kerajaan seharusnya disyukuri dan dihargai bagi meringan beban kewangan keluarga. Apa-apa pun selamat belajar kepada adik-adik sekalian. Semoga mengapai cita-cita murni!
Thursday, December 17, 2009
PPSM di Ipoh
Baru-baru ini saya menghadiri suatu majlis ringkas penyerahan kunci bangunan baru PPSM di Jalan Dato’ Shaari, Ipoh. Majlis penyerahan kunci itu diserahkan oleh En. Jeffryl Azniel dari Pejabat Pembangunan Negeri Perak kepada Tuan Haji Mohamed Haji Abdullah selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengolala Penubuhan PPSM. PPSM merupakan akronim Pusat Pintar Sains dan Matematik yang ditubuhkan Kesatuan Pelajar-Pelajar Islam Perak (KPIP) yang menjadi entiti pendidikan Kesatuan bagi membudayakan kecintaan Sains dan Matematik di kalangan pelajar-pelajar di negeri ini. Turut hadir di majlis tersebut ialah barisan kepimpinan KPIP iaitu Cikgu Rahman Najib, Sdr. Ahmad Shah, Sdr. Lokman, Sdr. Musa dan En. Nasir (kontraktor) disamping beberapa staf.
Sebelum ini PPSM mengalami kerja pembersihan dan baik pulih bangunan yang disewa dengan kerajaan negeri melalui suatu pemeteraian perjanjian. Dengan penyerahan kunci ini kepada KPIP, bermakna PPSM boleh mengorak langkah bagi merancang dan membentuk programnya. Justeru itu, penyediaan peralatan & kelengkapan bangunan dan menyuntik dana PPSM merupakan jalan seterusnya sebelum PPSM dapat beroperasi secara rasminya. Tertubuhnya PPSM membawa ia ke arah penyuburan ilmu, pembinaan motivasi serta pembentuk akhlak bagi mewadah generasi pelajar yang cemerlang. Insya-Allah.
![[PPSM4.jpg]](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh7B7VW1b1qPYFoOxOyYV-Xwd0wIX5S7aRqtDmXgYDmxOyi-zij3yZXt-ft8XYozJdgweniR_jncwyblmybcu3UNzbnywlk8NIB3ia5WptSTxX40jolAKzPpU6unlgH_OXCcOXfY7Ye7qe1/s1600/PPSM4.jpg)
![[PPSM3.jpg]](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh72trpDbpSsWjpgpiG0C6BA5tNGvKrdLfuyMTe9OQ8WikhtoHG5Pg8ZhyphenhyphenoniH1ddAcDXPHOOMlj2vxPmMBAkYQlRoZsH-csXMeqYw8vku5FNF-sa3LdvaiJssAsEX_iXhS8hxONnntODiL/s1600/PPSM3.jpg)
![[PPSM1.jpg]](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiDgRQ1Vxb1eYXKLF6wSGquyncoM3nbO2HFQyOSlhKrZQnpDlr1Buv5YhXxLB9Ih2_Tgf0bXZ7OZhfQhmyImhvyHyESJqRKzgp83Fl5DUxW-TsOOiZsJ6EJrqpaM1TaQW72Xi3jI6dWVQiX/s1600/PPSM1.jpg)
![[PPSM5.jpg]](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjVt53qqKSeo1OyxO2I-mBQdnCtl2TZWOW1Y65FBrlpi4zuutT0y0ncXfFYwUbRweMkkklKD4vwBRhnXx7tXMqeUvJMHvCLwdZ0OUFt-lL22xLjFSoRGoAOI07dP3cjAalj-z7OdHg3g-Te/s1600/PPSM5.jpg)
![[PPSM6.jpg]](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhXGSbyvFt7Exa52m8dGXaAxoJt0CxGb1VJwk0KmJlK0UMnmLO4gueV0hlmkEhBfYaPRAPoreq-A3pnEppUON8-iRH_U453LmrV0dQ9V2goitEozgx83_ZIP3IJUP8T5G-P2U8Z4iSzYpXv/s1600/PPSM6.jpg)
Sebelum ini PPSM mengalami kerja pembersihan dan baik pulih bangunan yang disewa dengan kerajaan negeri melalui suatu pemeteraian perjanjian. Dengan penyerahan kunci ini kepada KPIP, bermakna PPSM boleh mengorak langkah bagi merancang dan membentuk programnya. Justeru itu, penyediaan peralatan & kelengkapan bangunan dan menyuntik dana PPSM merupakan jalan seterusnya sebelum PPSM dapat beroperasi secara rasminya. Tertubuhnya PPSM membawa ia ke arah penyuburan ilmu, pembinaan motivasi serta pembentuk akhlak bagi mewadah generasi pelajar yang cemerlang. Insya-Allah.
![[PPSM4.jpg]](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh7B7VW1b1qPYFoOxOyYV-Xwd0wIX5S7aRqtDmXgYDmxOyi-zij3yZXt-ft8XYozJdgweniR_jncwyblmybcu3UNzbnywlk8NIB3ia5WptSTxX40jolAKzPpU6unlgH_OXCcOXfY7Ye7qe1/s1600/PPSM4.jpg)
![[PPSM3.jpg]](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh72trpDbpSsWjpgpiG0C6BA5tNGvKrdLfuyMTe9OQ8WikhtoHG5Pg8ZhyphenhyphenoniH1ddAcDXPHOOMlj2vxPmMBAkYQlRoZsH-csXMeqYw8vku5FNF-sa3LdvaiJssAsEX_iXhS8hxONnntODiL/s1600/PPSM3.jpg)
![[PPSM1.jpg]](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiDgRQ1Vxb1eYXKLF6wSGquyncoM3nbO2HFQyOSlhKrZQnpDlr1Buv5YhXxLB9Ih2_Tgf0bXZ7OZhfQhmyImhvyHyESJqRKzgp83Fl5DUxW-TsOOiZsJ6EJrqpaM1TaQW72Xi3jI6dWVQiX/s1600/PPSM1.jpg)
![[PPSM5.jpg]](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjVt53qqKSeo1OyxO2I-mBQdnCtl2TZWOW1Y65FBrlpi4zuutT0y0ncXfFYwUbRweMkkklKD4vwBRhnXx7tXMqeUvJMHvCLwdZ0OUFt-lL22xLjFSoRGoAOI07dP3cjAalj-z7OdHg3g-Te/s1600/PPSM5.jpg)
![[PPSM6.jpg]](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhXGSbyvFt7Exa52m8dGXaAxoJt0CxGb1VJwk0KmJlK0UMnmLO4gueV0hlmkEhBfYaPRAPoreq-A3pnEppUON8-iRH_U453LmrV0dQ9V2goitEozgx83_ZIP3IJUP8T5G-P2U8Z4iSzYpXv/s1600/PPSM6.jpg)
Sunday, March 15, 2009
Tiada yang Mengembirakan Ibu Bapa Melainkan Kejayaan Anak dalam Pelajaran
Subscribe to:
Posts (Atom)








![[PPSM7.jpg]](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgiLd0LSmIXPgqPryptUV03IbEJSgGjjtkB7W8OuOh5ZsvhA8CzNAksiVFjSUsXJpJ_bXo1D6qtzV3XWMiF5Yavyhl-iAdS4VZYcHhHnsFtp2gR6PgALPjePJsEfi7Vh2M8ijCOZagFD7BF/s1600/PPSM7.jpg)









