Tahap-tahap pembacaan seseorang berbeda-beda dan boleh berubah-rubah mengikut keadaan. Membaca berita di surat khabar mungkin berbeza dengan membaca novel. Menelaah buku mata pelajaran adalah berbeza dengan menelaah kertas kerja. Menekuni kitab Al Quran tidak sama menekuni buku perundangan. Dari kaca mata cendekiawan Islam, Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, beliau menyatakan terdapat empat tahap pembacaan iaitu:
- MEMBACA CEPAT (FAST READING).
- MEMBACA CERMAT (CAREFUL READING) iaitu membaca perkataan demi perkataan.
- MEMBACA ANALITIKAL (ANALYTICAL READING) iaitu membaca sambil menilai.
- MEMBACA KRITIS (CRITICAL READING) iaitu membaca dan menghujah.
Tahap-tahap ini jika digarapkan semuanya betul. Tingkah laku tahap membaca disesuaikan dengan tempat, masa dan kedudukannya. Apa yang penting persediaan dan keupayaan kita dalam mencerakin tahap-tahap pembacaan ini. Sebagai contoh dalam model membaca Al Quran, semua tahap ini boleh diaplikasikan iaitu membaca cara cepat, cermat, analitikal dan kritis.
Tatkala kita menghafal surah-surah Quran, tahap membaca cepat boleh dipraktikkan. Kebiasaannya seseorang itu sudah lancar dalam membaca Quran, maka bolehlah dia membacanya dengan cepat. Bagaimanapun apabila seseorang menggunakan tahap membaca cermat, dia sebenarnya mencermati baris-baris kalimah suci ini supaya tidak tersalah atau tersasau ketika membacanya.
Membaca secara analitikal Quran ialah seseorang menggunakan pendekatan menyusuri perkataan dan maksud tafsir Al Quran untuk mendapat penjelasannya. Manakala membaca secara kritis bukan bermaksud seseorang kritik kepada Quran. Ia merupakan tingkah laku seseorang mengkaji, membuat perbandingan, menghasilkan natijah dari Quran lalu melontar pandangan dan hujah berdasarkan nas / dalil quran. Ini kerana di dalam Quran terdapat banyak sumber bidang kehidupan.
No comments:
Post a Comment