Buku boleh menjadi suatu seni apabila dicetuskan dalam susunan yang unik dan menarik. Dari objek bernama buku ia menghasilkan kreativiti apabila diambil dari suatu bentuk asal lalu dijelma kepada bentuk kreatif.
aMAZEme ialah projek buku diinspirasikan artis Marcos Saboya and Gualter Pupo sempena Festival London 2012 yang berlangsung di Royal Festival Hall. Projek ini merangsangkan "PERASAAN INGIN TAHU, PENGETAHUAN DAN KREATIVITI" di kalangan pengunjung. Bagi menjayakan projek ini, sebanyak 250,000 buah buku disusun secara berlorong membentuk struktur spiral. Dinding-dinding buku ini dibina dengan ketinggian 2.5 meter, ditimbun dengan ribuan buku dan mengambil sekitar luas 500 meter persegi.
Melalui penyusuran lorong buku ini, pengunjung akan melalui pengalaman imej, tekstur dan emosi. Projek ini juga mengilhamkan orang ramai keterujaan terhadap perkataan dan idea, desain dan corak (words and thoughts, designs and patterns). Pameran projek tersebut bermula pada Julai lalu dan akan berakhir pada 26 Ogos bulan ini.
difoto oleh: Wired
difoto oleh: Eleanor Ford
difoto oleh: My Modern Met
difoto oleh: Creative Review
difoto oleh: Metro
2 comments:
Allahu Akhbar...indah sekali aturannya..
Aturannya tersusun mewarnai kegemilangan buku:)
Post a Comment