Showing posts with label profil. Show all posts
Showing posts with label profil. Show all posts

Sunday, December 30, 2012

"Today a Reader Tomorrow a Leader" : Margaret Fuller (1810-1850)





 “Today a reader, tomorrow a leader.”
 Margaret Fuller (1810-1850)

Margaret Fuller holds a distinctive place in the cultural life of the American Renaissance. Transcendentalist, literary critic, editor, journalist, teacher, and political activist, ultimately turned revolutionary, she numbered among her close friends the intellectual prime movers of the day: Emerson, Thoreau, the Peabody sisters, the Alcotts, Horace Greeley, Carlyle, and Mazzini--all of whom regarded her with admiration and sometimes even awe.

Born in Cambridgeport, MA, on May 23, 1810, Fuller received an intellectually rigorous classical education, whose boundaries she challenged when she won admittance for herself to the male-only halls of Harvard's Library, where she continued her reading, research, and study of languages--(she was especially fond of French and German Romantic literature and an able scholar of German, French, Italian, Greek, and Latin.)

source: PBS


Monday, December 10, 2012

Bacaan Surat Khabar Negara Tertinggi




Surat khabar dalam definisi PRPM@DBP (atas talian) didefinisikan sebagai kertas bercetak yang menyiarkan berita dll. (umumnya diterbitkan hari-hari).  Cheyney (1992) mengajukan bahawa surat khabar sebagai bahan yang menghidangkan maklumat mengenai tempatan, negeri, kebangsaan, wilayah, hal ehwal dunia, informasi terkini dalam arena muzik, teater, televisyen, seni halus dan juga kolum dan komik untuk membuat orang ketawa. Surat khabar merupakan instrumen masyarakat dan peredarannya dalam komuniti sosial memberi kesedaran dan pendedahan kepada orang ramai mengenai berita baru yang keluar setiap hari.


Perkembangan surat khabar sejak dahulu sehingga sekarang menyaksikan apa saja sensasi, propaganda dan bahan hiburan boleh sahaja memasuki di akhbar. Ia juga boleh menjadi senjata hebat oleh golongan elit dan politikus sehingga berita yang disadur meningkat kepopularitian satu-satu pihak. Pengaruh surat khabar sentiasa ada kerana pembaca dahagakan maklumat seperti isu-isu semasa, bidang agama, sukan, hiburan, politik tanah air dan berita-berita tempatan. Bahagian pengiklanan di dada akhbar mempunyai signifikan tersendiri kerana ia merupakan sumber rujukan bagi mendapatkan pekerjaan, pendidikan, penajaan atau pengumuman penting.


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh8Zyeu6jInP-MVDjFvKz2-fqp6avqBNgY5HexcxaYTRe_xo7EyARwRDIIoe8R7z1PHOkevcD9m1auE6twux8X22gC1OUQ1_KJIRfgCtSeA9HlvQ07XeKfNjpFjo-a-KfuIQgjJ127blEGw/s1600/baca+berita.jpgDari kaca mata saya, perkara terbaik bagi naskhah-naskhah ini untuk berlegar di dalam komuniti ialah apabila ia berjaya menjadi medium didikan, kecelikan dan adil dalam menyampaikan berita kepada masyarakat. Kenyataan ini juga menyokong Babalola (2002) bagi melihat surat khabar di seluruh dunia, sebagai alat yang berguna untuk menggalakkan masyarakat celik.


Di samping itu terdapat kadar bacaan tertinggi terhadap surat khabar oleh penduduk sebuah negara berbanding dengan negara-negara lain. Keinginan terhadap maklumat pada media ini kemungkinan disebabkan latar belakang geografi tanah air dan taraf hidup rakyat di sesebuah negara semakin baik. Apabila taraf hidup penduduknya baik, kesedaran terhadap ledakan maklumat meningkat. 10 buah negara dalam kedudukan tertinggi bacaan surat khabar pada jadual di bawah menyaksikan negara-negara ini juga berstatus negara yang maju.


Kedudukan tertinggi bacaan Surat khabar di negara dunia

*K
NEGARA
Naskhah harian
per 1,000 orang
1
Iceland
551.62
2
Jepun
551.23
3
Norway
516.00
4
Sweden
480.57
5
Finland
431.07
6
Switzerland
420.04
7
Singapura
360.78
8
Denmark
352.77
9
Netherlands
307.50
10
United Kingdom
289.75
*K= kedudukan
Sumber: UNESCO dlm. Ash (2010)





Rujukan:

Ash, R.  2010. Newspapers & Magazines. Top 10 of Everything 2011. London: Hamlyn. Hlm. 114-115.

Babalola, E.T.   2002. Newspapers as instruments for building literate communities: The Nigerian experience. Nordic Journal of African Studies 11 (3), 403-410.

Cheyney, A. B.  1992. Teaching Reading Skills through the Newspaper. Newark: International Reading Association.



| cetusan Faisal |


Thursday, October 27, 2011

Kedudukan Universiti Dunia Terbaik Sidang 2011/12



Saya terbaca baru-baru ini  melalui artikel Yahoo! News mengenai KEDUDUKAN UNIVERSITI DUNIA TERBAIK SIDANG 2011/12.  QS WORLD UNIVERSITY RANKINGS 2011/12 dikeluarkan secara tahunan dan merekod institusi pengajian tinggi terulung dari pelbagai benua dalam kedudukan yang terbaik. Mengikut QS University Ranking, terdapat 8 kriteria yang diambil kira dalam meletakkan sesebuah universiti adalah pada kedudukan yang terbaik. Setiap kriteria itu masing-masing mempunyai indikator dan timbang nilai:
  • Kualiti Penyelidikan (Research Quality)
  • Kualiti Pengajaran (Teaching Quality)
  • Kebolehpekerjaan Siswazah (Graduate Employability)
  • Infrastruktur (Infrastructure) 
  • Pengantarabangsaan (Internationalisation) 
  • Inovasi dan Pemindahan Pengetahuan (Innovation & Knowledge Transfer) 
  • Misi Ketiga (Third Mission)
  • Bidang Kepakaran (Specialist Subject) 






    10  Universiti terbaik di dunia bagi sidang 2011 adalah seperti berikut:

    #1     University of Cambridge  (United Kingdom)
    #2     Harvard University  (United States)
    #3     Massachusetts Institute of Technology  (United States)
    #4     Yale University  (United States)
    #5     University of Oxford  (United Kingdom)
    #6     Imperial College London  (United Kingdom)
    #7     UCL (University College London) ( United Kingdom)
    #8     University of Chicago  (United States)
    #9     University of Pennsylvania  (United States)
    #10   Columbia University  (United States)


    Melihat kedudukan IPT MALAYSIA pada sidang 2011/12 tersebut, hanya sebuah universiti sahaja mewakili Malaysia iaitu Universiti Malaya (UM) yang mendapat status kelayakan pada 200 universiti terunggul. Manakala dalam siri 700 universiti  dunia yang dinilaikan, terdapat 5 buah IPTA MALAYSIA yang dinobatkan pada kedudukan Universiti Dunia Terbaik 2011/12.

    #167           Universiti Malaya (UM)
    #279           Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
    #335           Universiti Sains Malaysia (USM)
    #401-450    Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
    #451-500    Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
    #601+         Universiti Teknologi Mara (UiTM)







    QS World University Rankings 2011/12  juga mengkategorikan kedudukan Universiti Asia Terbaik. Sidang 2011 meletakkan 10 Universiti Asia yang terbaik adalah seperti berikut:

    #1     The Hong Kong University of Science and Technology  (China)
    #2     University of Hong Kong  (China)
    #3     National University of Singapore (NUS)  (Singapura)
    #4     The University of Tokyo  (Jepun)
    #5     The Chinese University of Hong Kong  (Jepun)
    #6     Seoul National University (Korea Selatan)
    #7     Kyoto University  (Jepun)
    #8     Osaka University  (Jepun)
    #9     Tokyo Institute of Technology  (Jepun)
    #9     Tohoku University  (Jepun)

    Universiti dari MALAYSIA yang dinobatkan dalam 100 Universiti Asia Terbaik 2011 adalah seperti berikut:

    #39    Universiti Malaya (UM)
    #53    Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
    #54    Universiti Sains Malaysia (USM)
    #57    Universiti Putra Malaysia (UPM)
    #76    Universiti Teknologi Malaysia (UTM)


    Perbandingan Kedudukan Universiti Malaysia Tahun 2011 dan 2010 
    pada Kedudukan Universiti Terbaik Dunia
    - ihsan dari The Star Online




    Tuesday, January 25, 2011

    Lensa Pustaka Muda

    PUSTAKA MUDA
    No. 14 & 16, Jalan Tun Abdul Razak (Jalan Maxwell),
    30100 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.
    Tel: 05-5274079

    • Percetakan dan Penerbitan
    • Toko Buku & Kitab-Kitab
    • Barang-Barang Keperluan Ibadat
    • Kaset dan CD Agama
    • Barang Keperluan Haji & Umrah
    • Barang Kelengkapan Jenazah
    • Alat tulis
    • Ubat-Ubatan Tradisional
    • Barang Perhiasan Agama

    https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjTZhsPOuWzUJq5tQP5BE2UsBUiGUokUO4GYjYxvT2Io4jQGyTgv-QB3pxk2e49OdLgMkmg1ryA2ghlfNebShbf-5YWlOLav0T8sr1vo9PTWiJaoAESYrELHcCR9SwzGy1BjHjf8Uk_QaoF/s1600/Pustaka+Muda+1.jpg

    https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjfXY8JD-I1c4hnoNfu2kSvCdO6uQG5O870libqI94Fc6YDzhVwA2wkGGw0XppDzLbYoDYP35lBkp4zWTgvhj3mg0jEdl030OGMTH9RQCv0jcTD7mrTl7yozoW8-vu2OUkhMg7ysy7Gd5Xp/s1600/Pustaka+Muda+2.jpg

    https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjDu0O7JlrhNKRy26J4-N_7doMdOtQA_Dp7Di2l2ogWkvc8jwmH5CdqXAGzS8TSxDlciRZXvMWzdTdbyOT1sEfVfOBL9SCPweNgsEbNCMYhUpGLwz8YBYTwEuFZDq0CSRrP4kE0FmtjlJfW/s1600/Pustaka+Muda+3.jpg

    https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi8rNn6tppWANG69WFt2KShomXg3gaUPRqf86UTLKW_mx74KATRxnpGNz6FZ0u6EUn3rTIWOMO2rCV8ZMQBBKlxZP-i1mlt-kqPHkcx2Wi8wHz8mZ6gRUiS-qqCoyjI4dhGr_wiKpDnnR80/s1600/Pustaka+Muda+4.jpg

    https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhpeSa4jJhdwxI8nWpCYnIb77vPA0S5Bsq9FY1S3gVvTSBTXxQyjjbl_oBPy9GnBHDkLi0z8j0Mvhs7pRrIof5LBzGVn3PEDbK38N7_5Xjl6iaPjWEyZmhwFn38M1SV9ndCXBq22QfGmxtt/s1600/Pustaka+Muda+5.jpg

    https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEivA5aC5bExDLIjSNB-JTNhVqdBH4XmDfGGwnJogFGOcHhR0C_6Z4pI54gzW_WzroRvknjiq4GieiD5-_qzxf481RSc1DB-tU7EVVFM-1_60NvweqWtIQMHIb66Yy9p7oinPQo3WKG_0UgE/s1600/Pustaka+Muda+7.jpg

    https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjm-SfV3yhMRGkTSaL6RtRsY-4LkrJ_c9q90leP8bf4VLozIG-WB2kfv_z9bpc190wkhNMLKXGQfLdQGmAAP0Ls6QwGCWvZExXvpmKsIHW2cyWiGiK-hynYEMGh9n0sqm3jgTILJTfIj8Sl/s1600/Pustaka+Muda+8.jpg

    https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEicxEqTXgGnwnC1O3l3xFibpTze0k07PqwZ8b0gL450sER7c1Le_y9c5cDcbQIaSC7iQujO7gatefmi60HtkbUwhXGFIRlNmu4MRGST2r6cUbe-tCNmeua6182uT-JHMuBt8_XfUNaWBJ9z/s1600/Pustaka+Muda+9.jpg

    https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjOV_bf9XeLQxi71kPHXSimK06EskmgdaHRffTDpFg4tlhWJpTf4GyvGEZzbW0jq8-ZXy7D6SNZghgua3_Z5ae4Nou8BkxKtk-dzIVQW7uSL0y8SZHuun7DfveHnQECbSeANoYlpOM7G_-Z/s1600/Pustaka+Muda+11.jpg

    https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhWtDm4nBgRNtgFdrgG7Xn5R7tq-NHxQ7rlTyQ8AtnTGocRffteb8KFFAfX8eIyxg_a4tmlMBGEXT9MoxFulXWfBnHjhtR8_lIl_jp3le-jkxKpwk4Jba_G_jiGcSmTvDtOuBmZqwyLvnB5/s1600/Pustaka+Muda+12.jpg

    https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjEetqFSE_G1J46tKclknWNrL6cp6Pzx1FosY26b5pgQ-Ts6bNCIO5Lx397SNAj6tWdbRElI8aMyk3KfitFdaNU7LX9C9pMsJJjCrYuzbnGhL8gJBcvon_KrUlDn7u71J7N1MLLc_xiawOn/s1600/Pustaka+Muda+14.jpg

    https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjU3DqhjrOxFc2zGWxxp_GNl3QBhQAwqJ8SK2R9zS0U9oTpmUl27ZcJp-akXcJmlSjjiNcffGcxABsrdrBOhppwE5PZBm9NmHNbL3H-2NDupBENi7PV2Nf9lIFkJrQbnoSTAJBau0JLeHzP/s1600/Pustaka+Muda+15.jpg

    https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjPTg6-rUpRJ-XGHvK4HMZzE7u7oIBy_hu6RLGEp6rcWodb6QTtmdzZo2HrjiGe0CSfzbwVZqfTXYcZ8bCcLNiTAayEzH52eVmoWLyAYheMX9OabkoRdkN6IPQTblEv2wiJKliaNJGe1tVs/s1600/Pustaka+Muda+16.jpg

    https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhVMBnObMsqV1FvDyCE-n6hv1oGc1Zc11GSIozQDyKRmspoHPQO53dZJqbf2F6sePUuK8ueUonQUKscAAXyNr_m6WBh6gVnAgB3rL6MxYPGu4UzQzdiTFaU0zrnHTodogj5vHgXP5Ih8TiN/s1600/Pustaka+Muda+17.jpg

    https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgv-oT1mAowXyS5Mj9JxF02woMBRm1x8h1BqE2IB_VfD-RjTT8F-ANz0FMo4Ou9x_0Gt0pnHRDbKlM3RLHvMkX9PiD5EkYeoJO2tnY9ruW96tABR8cMC4hC18rsi22pwNj1xJSJYeimE2uw/s1600/Pustaka+Muda+18.jpg

    https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhSFmQNPBxt9l4yMnWkz4ba0Lsj4RyMcZ8DwThudhd4z0PZ_9kDmM0hrOYPUOCSdnz2pnoNkk_hyphenhyphen8R3purxBeHeZZRQcZqX_gu-gpHvvXKhA99d8T-1dpH26lWqXECC7FJusRDgjd28tCWK/s1600/Pustaka+Muda+13.jpg

    https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiJz7gshOFSPTgbGgh3VMU-UZu6lwn_RB3bPB0c8qN7IEClX1bo3tsBI_B4kKNwurHRRic39vtPh5ISEeDYu4QEhyphenhyphenyI3kU5-rAIRUgUjNLMuVmzlytuYe8Xa8kMSt-kRLgp_-Loe3ytgl-V/s1600/Pustaka+Muda+19.jpg


    Friday, April 2, 2010

    20 Tokoh Ilmuwan

     















    Judul : 20 Tokoh Ilmuwan 
    Penulis : Siti Ezaleila Mustafa 
    Penerbit : Medium Publications 
    Tahun Terbitan : 2009 
    Halaman : 166 
    ISBN : 978-983-43874-1-9
    Genre : Ketokohan | Profil | Biografi | Pendidikan


    Buku yang bertajuk 20 tokoh ilmuwan bukan satu-satunya buku yang dikeluar oleh Penerbit Medium. Selain darinya, terdapat 29 siri tajuk lain dalam Siri Tokoh Malaysia yang menghimpun tokoh-tokoh dalam pelbagai bidang. Saya mula dengan mendapatkan 20 Tokoh Ilmuwan ketika menemuinya pada Pesta Buku Antrabangsa Kuala Lumpur tahun lepas. Senada gerak hati bagi mengikuti perkembangan biografi tokoh-tokoh tanah air, buku seumpama ini merupakan asas bagi saya mengenal jejak ilmuwan tersohor di Malaysia.

    Dengan memuat antara lima hingga sepuluh muka bagi setiap penceritaan profil tokoh, ia meletakkan buku ini sebagai suatu biografi ringkas yang diisikan dengan latar belakang, sumbangan dan penghargaan selain perjuangan tokoh dalam bidangnya. Antara yang dinobat oleh penulis sebagai 20 tokoh ilmuwan adalah:

    Professor Emeritus Tan Sri Ahmad Ibrahim (1916-1999)
    Aminuddin Baki (1926-1965)
    Profesor Emeritus Dato’ Dr. Asmah Haji Omar
    Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Awang Had Salleh
    Profesor Dr. Chandra Muzaffar
    Datuk Dr Hassan Ahmad
    Profesor Dr. Jomo Kwame Sundaram
    Profesor Emeritus Datuk Dr. Khoo Kay Kim
    Profesor Emeritus Datuk Dr. K.J. Ratnam
    Profesor Emeritus Dr .Mohamed Ariff Abdul Kareem
    Profesor Datuk Dr. Muhammad Kamal Hassan
    Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Mohd Taib Osman
    Profesor Muhammad Haji Salleh
    Profesor Dr. Muhammad Naquib Al-Attas
    Profesor Emeritus Datuk Dr.Osman Bakar
    Profesor Dr Syed Hussein Al-Attas (1928-2007)
    Profesor DiRaja Ungku Aziz
    Profesor Dato’ Dr Ungku Omar Ungku Ahmad (1931-1969)
    Profesor Emeritus Dr Wang Gungwu
    Pendeta Zainal Abidin Ahmad (Za’ba) (1895-1973)

    Secara peribadinya, saya gemar menyusur-galur karya yang dihasilkan oleh seorang tokoh / cendiakawan. Ini kerana seseorang yang hebat dalam cabang ilmunya, pasti kebiasaannya menghasilkan pelbagai penulisan, kajian dan bukunya. Ternyata penulis memasukkan pengkaryaan dan penerbitan tokoh tidak menghampa saya untuk dijadikan rujukan. Ia mencenderung diri saya mendapat buku-buku ilmiahnya. Menulis bagi menginfak ilmu kepada masyarakat dan negara merupakan salah satu sumbangan terbesar bagi menjunjung falsafah ilmu dalam pembinaan peradaban sebuah ketamadunan.

    Kerana paparannya berkisar ketokohan dalam pelbagai cabang ilmu, siri ketokohan merupakan asas untuk dicadangkan letak di rak pusat sumber dan perpustakaan di sekolah serta universiti. Sebarang bentuk biografi yang menjejak kejayaan seseorang dalam sumbangan dan pembinaan tamadun yang unggul adalah disokong dan kepentingan tidak bertepi bagi memaknai anak-anak kita dengan kisah kejayaan seseorang. Bacaan ini sebagai usaha menyubur pengenalan generasi untuk mengenal lebih dekat tentang sosok peribadi ketokohan, seterusnya memberi inspirasi untuk kita memodelkan kejayaan dalam lapangan kita ceburi.




    Friday, November 20, 2009

    Novel 'Menjadi Bintang'

    keratan akhbar Berita Harian - 13 November 2009 | 3 Zulhijjah 1430

    Friday, November 13, 2009

    Saturday, April 4, 2009

    Abdullah Ahmad Badawi Undur Diri

    Haji Abdullah Haji Ahmad Badawi mengundur dari jawatan Perdana Menteri Malaysia setelah memimpin negara sebagai ketua kerajaan. Beliau yang dikenali dengan pangilan mesra Pak Lah telah menerajui kerajaan selama 5 tahun 5 bulan yang menggantikan Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 31 Oktober 2003 sebagai Perdana Menteri yang ke-5. Peralihan kuasa tersebut diserah kepada timbalan beliau, Datuk Seri Najib Razak yang mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-6 di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara semalam.

    Pada upacara itu, Abdullah dan isteri Jeanne Abdullah, masing-masing menerima Anugerah Darjah Kebesaran Persekutuan Seri Maharaja Mangku Negara (SMN) dan Seri Setia Mahkota Malaysia (SSM) kedua-duanya membawa gelaran Tun. Upacara seterusnya dikembalikan di Putrajaya bagi majlis penyerahan kuasa bagi jawatan tersebut. Sebagai tanda penyerahan tugas secara rasmi, Tun Abdullah menyerahkan fail meja kepada Najib yang akan memegang jawatan tertinggi dalam kerajaan.

    Abdullah dilahirkan di Kampung Perlis, Bayan Lepas, Pulau Pinang dalam sebuah keluarga yang Islamik. Datuknya Tuan Guru Haji Abdullah Fahim merupakan ulama tersohor yang menjadi rujukan masyarakat ketika itu. Ayahnya pula merupakan seorang Ustaz. Abdullah mendapat pendidikan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Bukit Mertajam dan di Penang Methodist Boys School, Pulau Pinang. Beliau merupakan lulusan Universiti Malaya dalam jurusan Pengajian Islam.  

    Sepanjang dalam kabinet sebelum menjadi Timbalan dan Perdana Menteri, beliau pernah menjawat jawatan:  
    • Setiausaha Parlimen di Kementerian Wilayah Persekutuan (1978-80)  
    • Timbalan Menteri, Kementerian Wilayah Persekutuan (1980-81)  
    • Menteri di Jabatan Perdana Menteri (1981-84)  
    • Menteri Pelajaran (1984-86)  
    • Menteri Pertahanan (1986-87)  
    • Menteri Luar Negeri (15 Mac 1991 - Januari 1999).  

    Gagasan beliau yang menekankan pembangunan modal insan dalam setiap dimensi bidang ke arah Malaysia berdaya maju menyebabkan beliau dikenali sebagai Bapa Pembangunan Modal Insan. 
     



    Sunday, March 22, 2009

    Menjengah Karya Tuan Guru Nik Aziz

    Seorang yang berperawakan sederhana, mudah mendekatkan diri di khalayak masyarakat serta punyai fikrah yang hebat. Seorang yang disenangi golongan pentadbir dan penjawat awam sehingga ke golongan peniaga. Di kalangan pemimpin, beliau seorang politikus disegani kawan mahupun lawan. Sebagai seorang ulama, beliaulah tempat rujukan umat Islam. Sebagai pemimpin beliau adalah pemerintah negeri kepada rakyatnya. Sifat-sifat beliau yang telus, berwibawa, berprinsip tak lekang dengan raut wajah yang manis ketika tersenyum. Al Quran dan As Sunnah menjadi sumber pegangan dalam gaya pemerintahan dan barisan kepimpinannya sehingga menjadi Kelantan sebuah negeri berintegriti dan 'role model' corak pentadbirannya untuk diikuti.

    Beliau yang dimaksudkan tidak lain dan tidak bukan ialah Tuan Guru Dato’ Abdul Haji Nik Aziz Nik Mat, yang mewarnai konteks susur galur tanah air kita. Peribadi beliau boleh dirujuk melalui buku-buku biografi di pasaran atau tanyalah rakyat di negeri Kelantan di bawahnya mengenai beliau. Kelibat beliau dalam kemasyarakatan, menjadi imam, memberi ceramah, menyampai kuliah agama, memimpin murid-murid tahfiz, merasmi majlis / program di sana sini, menghasil pelbagai karya ilmu sehingga menjadi persoalan bagi kita, bagaimana sibuknya beliau masih ada luangan masa melakukan banyak perkara berkebajikan tersebut. Jawapannya, semua itu merupakan anugerah Allah SWT kepada hamba-hambaNYA terpilih.  

    Karya-karya beliau di pasaran menjadi inspirasi ilmiah bagi sesiapa sahaja yang dahagakan ilmu. Sudah tentu penulisannya dijadikan bahan rujukan untuk dimanfaatkan golongan pemimpin dalam pentadbirannya, golongan pendidik dalam pengajarannya, golongan pelajar dalam tesisnya dan orang ramai dalam memotivasi kehidupan mereka. Antara himpunan karya-karya beliau adalah seperti Bunga Kebahagiaan, Hidayah, Insan Ingatlah, Khusyuk Dalam Solat, Muhammad SAW - Insan Teladan Sepanjang Zaman, Nota Kepada Diri - 71 Nasihat Agama & Akhlak, Sirah Nabawiyyah, Taqwa, Telaga Budi, dsb. Kupasan ilmu beliau dalam segenap lapangan Islam amat mengagumkan untuk ditadahi ilmunya.

     
















    Baru-baru ini, Masjid Kota Damansara, masjid pertama di Malaysia telah menghimpunkan karya-karya Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat. Maklumat ini boleh ditelusuri di blog Anbakri Publika. Sememang buku-buku beragama dan bersifat ilmiah harus diperkembangkan di institusi surau-surau dan masjid-masjid. Khazanah ilmu ini seharusnya dijadikan bahan rujukan / bacaan di rak-rak masjid dan surau atau perpustakaan mini institusi tersebut. 

    Sesuainya masjid/surau sebagai tempat solat dan penyatuan umat, kesesuaiannya juga boleh digerakkan sebagai pusat perkembangan ilmu ketamadunan umat Islam. Pengkaryaan buku beliau boleh dinukil di laman Anbakri Publika , Nufairshop.



    Monday, March 9, 2009

    Wahdah Pemangkin Khaira Ummah

    Sempena Maulidur Rasul jom kita pi tengok beberapa buku mengenai Junjungan Mulia Rasulullah S.A.W. di pasaran Malaysia yang mengetengahkan biografi / sirah / hadis / sunnah / panduan untuk dihayati dan diikuti oleh kita semua.


    [40+Hadis+Imam+Nawawi+-+Rujukan+Pantas+Kehidupan+Islami+.jpg]
    Judul: 40 Hadis Imam Nawawi, Rujukan Pantas Kehidupan Islami
    Penulis: Imam Nawawi
    Penyusun: Ainon Mohd, Arieff Salleh Rosman
    Penerbit: PTS

     [121+Sifat+Utama+Nabi.jpg]
    Judul: 121 Sifat Utama Nabi 
    Penulis: Ustaz Safwan Fathy 
    Penerbit: Persatuan Ulama Malaysia / Intel Multimedia and Publication

    [And+Muhammad+is+His+Messenger+-+The+Veneration+of+the+Prophet+in+Islamic+Piety.jpg]
    Judul: And Muhammad is His Messenger - The Veneration of the Prophet in Islamic Piety
    Penulis: Annemarie Schimmel
    Penerbit: Islamic Book Trust

    [Apa+Itu+Ilmu+Hadis.jpg]
    Judul: Apa Itu Ilmu Hadis?
    Penulis: Hasnan Abu Bakar
    Penerbit: PTS

    [Berbicara+Cara+Nabi+-+Koleksi+Terpilih+Daripada+Kitab+Riyadus+Solihin+_Imam+Nawawi.jpg]
    Judul: Berbicara Cara Nabi, Koleksi Terpilih Daripada Kitab Riyadus Solihin
    Penyusun: Nabilah Hasan, Arieff Salleh Rosman
    Penerbit: PTS

    [+Beriman+Kepada+Rasul.jpg]
    Judul: Beriman kepada Rasul
    Penyusun: Abdul Hadi Awang
    Penerbit: PTS

    [Biografi+Muhammad+bin+Abdullah+-+Perjalanan+Hidup+Seorang+Nabi.jpg]
    Judul: Biografi Muhammad bin Abdullah, Perjalanan Hidup Seorang Nabi
    Penulis: Zulkifli Mohd. Yusoff, Noor Naemah Abd. Rahman
    Penerbit: PTS

    [Bukti-Bukti+Sains+dan+Sejarah+Kerasulan+Muhammad.jpg]
    Judul: Bukti-Bukti Sains dan Sejarah Kerasulan Muhammad
    Penulis: Dr. Danial Zainal Abidin
    Penerbit: PTS

    [Doa+Ajaran+Rasul+-+Himpunan+Doa-Doa+Yang+Dipetik+Daripada+Hadis+Nabi+Muhammad.jpg]
    Judul: Doa Ajaran Rasul, Himpunan Doa-Doa Yang Dipetik Daripada Hadis Nabi Muhammad
    Penulis: Anis Masyhkur
    Penerbit: PTS

    [Doa+Kesukaan+Nabi+Muhammad.jpg]
    Judul: Doa Kesukaan Nabi Muhammad
    Penulis: Imam Nawawi
    Penyusun: Ainon Mohd, Arieff Salleh Rosman
    Penerbit: PTS

    [Genius+Muhammad+bin+Abdullah.jpg]
    Judul: Genius Muhammad Bin Abdullah, Mengungkap Kepakaran Seorang Nabi dalam Pelbagai Dimensi Hidup
    Penulis: Roziah Sidik
    Penerbit: PTS

    [Hadith+and+Sunnah+-+Ideals+and+Realities.jpg]
    Judul: Hadith and Sunnah - Ideals and Realities
    Penyusun: P.K.Koya (14 esei dengan 11 penulis)
    Penerbit: Islamic Book Trust

    [Himpunan+Doa+Rasulullah.jpg]
    Judul: Himpunan Doa Rasulullah
    Penulis: H. Arsul Temenggung
    Penerbit: Jahabersa

    [Kududukan+Al-Sunnah+Dalam+Sintaksis+Arab.jpg]
    Judul: Kedudukan Al-Sunnah Dalam Sintaksis Arab
    Penulis: Badrul Munir Muhamad Nur
    Penerbit: Kolej Universiti Islam Malaysia

    [Men+Around+The+Messenger.jpg]
    Judul: Men Around The Messenger
    Penulis: Khalid Muhammad Khalid
    Penerbit: Islamic Book Trust

    [Muhammad+bin+Abdullah+-+Peribadi+Seorang+Pahlawan.jpg]
    Judul: Muhammad bin Abdullah - Peribadi Seorang Pahlawan
    Penulis: Abdul Hakim Ahmad
    Penerbit: PTS

    [Muhammad+SAW+-+Insan+Teladan+Sepanjang+Zaman.jpg]
    Judul: Muhammad S.A.W., Insan Teladan Sepanjang Zaman - Kisah Peperangan Di Zaman Nabi
    Penulis: Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat
    Penerbit: Anbakri Publika

    [Muhammad+SAW+-+Putera+Lembah+Bakkah.jpg]
    Judul: Muhammad S.A.W., Putera Lembah Bakkah
    Penulis: Zuraimi Ismail
    Penerbit: Galeri Ilmu

    [Muhammad+Seal+of+the+Prophets.jpg]
    Judul: Muhammad Seal of the Prophets
    Penulis: Syed Ali Ahsan
    Penerbit: Islamic Book Trust

    [Muhammad+The+Ideal+Prophet.jpg]
    Judul: Muhammad The Ideal Prophet
    Penulis: Sayyid Sulaiman Nadwi
    Penerbit: Islamic Book Trust

    [Muhammad+The+Prophet.jpg]
    Judul: Muhammad The Prophet
    Penulis: M R M Abdur Raheem
    Penerbit: Islamic Book Trust

    [Mukjizat+Nabi+&+Rasul+Menurut+Perspektif+Islam.jpg]
    Judul: Mukjizat Nabi & Rasul Menurut Perspektif Islam
    Penulis: Harun Arrasyid Hj. Tuskan
    Penerbit: Zebra Editions

    [Mutiara+Hadis+Nabi+-+Penawar+Jiwa+(Shifa+Ul-Qulub).jpg]
    Judul: Mutiara Hadis Nabi - Penawar Jiwa (Shifa Ul-Qulub)
    Penulis: As-Syeikh Muhiyuddin Acheh
    Penerbit: Jahabersa

    [Nabi+Muhammad+SAW+Menurut+Kitab2+Ag+Dunia.jpg]
    Judul: Nabi Muhammad S.A.W., Menurut Ramalan Kitab-Kitab Agama Dunia
    Penulis: Meor Ahmad Tajuddin Meor Mazlan
    Penerbit: Intel Multimedia and Publication

    [Pengajian+Al-Sunnah.jpg]
    Judul: Pengajian Al-Sunnah
    Penulis: Dr. Abdul Karim Ali, Mohd Noor Deris
    Penerbit: Intel Multimedia and Publication

    [Peperangan+Rasulullah+SAW.jpg]
    Judul: Peperangan Rasulullah S.A.W.
    Penulis: Hj Ahmad Adnan Fadhil, Hj Riduan Mohd Nor
    Penerbit: Jundi Resources

    [Sahih+Al-Bukhari,+The+Early+Years+of+Islam.jpg]
    Judul: Sahih Al-Bukhari, The Early Years of Islam
    Terjemahan: Muhammad Asad
    Penerbit: Islamic Book Trust

    [Sejarah+Perkembangan+Hadis.jpg]
    Judul: Sejarah Perkembangan Hadis
    Penulis: Rosli Bin Mokhtar, Mohd Fikri Che Hussain
    Penerbit: Jahabersa

    [Surat-Surat+Rasulullah+SAW.jpg]
    Judul: Surat-Surat Rasulullah SAW
    Penyusun: Sultan Ahmed Qureshi
    Penterjemah: Abu Abdul Rahman Radhi Al Khudri
    Penerbit: Jahabersa

    [Kisah+&+Peristiwa+Hijrah+Rasulullah+SAW.jpg]
    Judul: Kisah & Peristiwa Hijrah Rasulullah SAW
    Penulis: Habsyi Fathullah Al-Hafnawy
    Penerbit: Al-Hidayah

    [Zikir-Zikir+Selepas+Solat+Fardhu,+Sebagaimana+yang+Diajarkan+dan+Dilakukan+oleh+Rasulullah+SAW.jpg]
    Judul: Zikir-Zikir Selepas Solat Fardhu, Sebagaimana Yang Diajar Dan Dilakukan Oleh Rasulullah SAW
    Penulis: Hafiz Firdaus Abdullah
    Penerbit: Jahabersa


    ---------------------------------------------------
    "WAHDAH PEMANGKIN KHAIRA UMMAH"
     ---------------------------------------------------




      © Powered by Blogger Theme ProBlogger, by Ourblogtemplates.com 2008

    DAMAI SURIA