Friday, August 29, 2008

Membaca memang seronok!

Saya menelaah beberapa buah buku iaitu Syariah dan Undang-Undang – Suatu Perbandingan (Zaini Nasohah) dan terbaru Abu Bakar As-Siddiq – Khalifah Ar-Rasyidun Pertama (Talib Samat). Buku Syariah dan Undang-Undang – Suatu Perbandingan ini dibeli masa pesta buku di Arena Square, Kuala Kangsar. Buku tokoh Abu Bakar As-Siddiq saya beli baru-baru ini di Bandar Baru Bangi. Membaca ini memang seronok. Saya kalau boleh di masa terluang terisi dengan buku. Emm. menjadi teman ketika sepi. Sebelum ini saya telah menghabiskan buku Falsafah Sains dan Teknologi (Dr. Ramli Awang). Nasib baik di Malaysia ini ada kedai-kedai buku di merata tempat. Cuma kita kena ada sedikit inisiatif untuk ke kedai buku. Borders di Time Square tak kurang hebatnya. Begitu juga dengan Konikuniya KLCC. Borders mengingatkan saya ketika mendapatkan buku War on Terrorsim – Untold Truth yang menjadi simpanan saya sehingga sekarang.

No comments:

  © Powered by Blogger Theme ProBlogger, by Ourblogtemplates.com 2008

DAMAI SURIA