Wednesday, August 20, 2008

Ahlan Bikum

Assalamualaikum w.b.t. dan salam kedamaian utk Malaysia! Saya kebelakangan ini memikirkan suatu platform dalam penyampaian dan penulisan saya. Maka blog dijadikan alternatif untuk mengetengahkan fikrah. Menyentuh perkembangan dunia maklumat begitu cepat penyebarannya melalui medium internet, satelit, frekuensi dll. akhirnya meyaksikan masyarakat dunia berkongsi apa sahaja terdetik di mindanya. Betapa besarnya kuasa maklumat, dan begitu juga seiring besarnya kuasa medium teknologinya. Okay.. Mengenai blog - beberapa bidang yang saya sukai seperti buku, design, kembara, peradaban, addin dan beberapa perkara bersifat semasa bakal diisikan dalam blog ini, insya-Allah. Saya bukan di kalangan paling terbaik atau tokoh besar dalam suatu bidang tetapi sedikit ilmu dan pengalaman yang ada dikongsi yang mencenderung atau memungkinkan kepada kebaikannya. Blog ini diharap menjadi suatu wadah ilmiah dalam mewacana ilmu, pengetahuan, kemahiran dan pengalaman. DAMAISURIA@BLOGSPOT.COM

  © Powered by Blogger Theme ProBlogger, by Ourblogtemplates.com 2008

DAMAI SURIA