Saya sepanjang Ramadhan, menelusuri sirah Nabi yang mengisahkan kehidupan dan perjuangan junjungan mulia Rasulullah S.A.W. Beberapa buah buku mengenai sirah ini saya dapatkan dari perpustakaan. Juga sebuah buah buku lama terjemahan dari Indonesia, saya fotostat menjadi bahan simpanan di pustaka rak buku. Hadis-hadis Rasulullah S.A.W. diteliti. Ternyata mengandungi manfaat dan kebijaksanaan. Sesungguhnya Rasulullah S.A.W. tetap menjadi suri teladan kita sepanjang zaman. Jasa dan pengorbanan baginda dikenang menjadi ikutan ummat manusia.
Terdapat ayatul quran yang menerangkan keprihatinan Rasulullah S.A.W. pada umatnya yang bermaksud "Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari kalangan kamu sendiri. Berat terasa olehnya penderitaan kamu, sangat mengambil berat akan ehwal kamu, amat belas kasihan dan penyayang terhadap orang-orang mukmin" (Surah At-Taubah:128)
Saya mengimbas profil Rasul-Rasul. 25 para Rasul yang wajib diketahui menjadi sumber ilmu yang menceritakan beberapa kisah yang dapat diambil pedoman dan iktibar. Kisah para Rasul banyak diceritakan di dalam Al Quran. Nabi Daud a.s. dengan suaranya merdu. Kepadanya diturunkan kitab Zabur. Nabi Sulaiman a.s. dengan kekuasaan ke atas makhluk jin, binatang dan serangga. Nabi Ayyub a.s. dengan cubaan iblis yang mengganggu keimanannya. Usaha iblis menggodanya terhadap harta, anak dan penyakit sedikit pun mengugat keimanan Nabi Ayyub a.s.
Kisah Nabi Yunus a.s. dengan penduduknya dijadikan iktibar. Nabi Yunus juga diuji ketika berada di dalam perut ikan besar sambil berdoa kepada Allah S.W.T. Doa Nabi Yunus a.s. diamalkan kita hari ini yang berbunyi: لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنتَ ، سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ (Tiada Tuhan melainkan Engkau (Ya Allah), Maha suci Engkau (Ya Allah), Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiayai diri sendiri. (Surah Anbiya':87) Nabi Zakaria a.s. dengan Maryam, wanita suci yang dijaganya juga diambil iktibar. Manakala Nabi Isa a.s. dalam menyampai dakwah ditemani oleh para sahabatnya yang terdekat seperti yang disebut dalam Al Quran dengan dikenali sebagai Al hawariyun. Nabi Isa a.s. diangkat ke langit, diselamatkan oleh Allah S.W.T. dari rencana jahat golongan munafiq.
4 Khalifah utama (Khulafa Ar Rasyidin) yang menerajui umat Islam di masa lalu mewarnai sejarah kita dengan pelbagai rintangan dan cabaran - Abu Bakar As-Sidiq r.a, Umar Al Khattab r.a, Usman bin Affan r.a dan Ali bin Abi Talib r.a. Saya juga meneruskan penelusuran saya pada sahabat-sahabat di zaman Nabi termasuk srikandi yang mendukung perjuangan Rasulullah SAW dalam menyebarkan Islam, membantu dalam peperangan, mendirikan kota suci Madinah & Makkah dan menyumbang tenaga, idea, masa, jiwa dan harta kepada agama Islam.
Nama-nama seperti Abdul Rahman bin Auf, Zaid bin Harithsah, Bilal bin Rabah, Saad bin Rabi', Mus'ab bin Umair, Saad bin Abi Waqqas, Summayah binti Khubbath, Umamah binti Abu Al-Ash, Ummu Sulaim, Nasimah binti Ka'ab, Anas bin Nadhr, Hamzah bin Abdul Muthalib (singa Allah), Ammar bin Yasir, Abdullah ibn Jahsy, Abu Dzar Al-Ghifari, Abu Hurairah, Anas ibn Malik al-Ansari, Suhail bin Amr, Khalid bin Al Walid (pedang Allah), Abu Talhah merupakan watak-watak realiti yang menyinari di jalan Allah S.W.T. Sumbangan mereka tidak terbayar dengan harga. Hanya pahala dan ganjaran disisiNYa menaung mereka.
Di kala bulan Ramadhan, kita menyaksikan pelbagai program agama muncul kembali melengkap santapan rohani ummah di negara dan serata dunia. Kita yang di Malaysia berpeluang menontoni program Jejak Rasul, Al-Risalah, Syahadah termasuk program yang disusun dari radio Ikim yang merupakan wadah menjejak semula kisah para Rasul, Anbia dan para sahabat. Program TV9 menyadurkan rancangan Ustaz Zamri Bercerita yang menceritakan kepada kanak-kanak mengenai kisah-kisah perjuangan Nabi-Nabi terdahulu. Semoga program seumpama ini berterusan seadanya. Emm..Ramadhan kali ini nampaknya menyajikan rohaniku dengan ilmu sirah Nabi dan para sahabat.

No comments:
Post a Comment