Judul: Rahsia Bisnes Orang Cina
Penulis: Ann Wang Seng
Mukasurat: 150
Penerbit: PTS Profesional
Buku Ann Wan Seng kali ini membawa pembaca kepada bukunya, Rahsia Bisnes Orang Cina. Buku ini memaparkan rahsia dan tip orang-orang Cina dalam menerajui perniagaan. Penjelasan mengenai budaya, falsafah, sistem, etika, petua, psikologi, pantang larang, matlamat, politik dan jaringan bisnes orang Cina menerangkan kita tentang selok-belok mengenai orang Cina. Saya mengkelaskan buku ini dalam kategori motivasi kerana penulisan beliau menjurus kepada tip, kata-kata semangat, dan kecenderungan gaya penyampaian beliau kepada nilai-nilai positif. Saya mengambil beberapa kata-kata dalam buku ini untuk dikongsi bersama:
"Bagi mendapatkan nasib yang baik dan supaya sentiasa didampingi tuah, peniaga digalakkan melakukan sebanyak mungkin kebajikan. Dengan memberikan derma, sedekah dan sumbangan, diharapkan perniagaannya akan mendapat keberkatan daripada tuhan. "
"Bagi masyarakat Cina, peniaga tidak dibenarkan menganggu perniagaan orang lain dan memburuk-burukkan perniagaan. Persaingan dibenarkan menurut nilai moral dan pertimbangan kemanusiaan."
"Orang yang berniaga selalunya dikenali ramai dan ini adalah pengiktirafan sosial kepadanya. Golongan peniaga menjadi tempat rujukan dan orang tengah bagi menyelesaikan masalah yang melibatkan keperluan masyarakat. Mereka juga menjadi penyumbang bagi segala aktiviti yang berkaitan dengan kebajikan, pendidikan, keagamaan dan persatuan komuniti."
Usai membaca buku ini, saya dapati orang Cina merupakan bangsa tekun dan rajin berusaha untuk mendapatkan sesuatu yang dapat memberi pulangan kepada diri dan keluarga demi survival di masa depan. Kepentingan bisnes dan ekonomi adalah seseuatu yang tidak dapat dipisahkan dalam kehidupan orang Cina.
Selepas ini, saya cuba untuk mendapatkan buku Rahsia Bisnes Mamak di pasaran pula, Insya-Allah. Saya melihat Orang Cina dan Mamak (India Muslim) kedua-dua etnik ini mempunyai potensi untuk terus hidup dalam perniagaan. Mereka masyarakat yang kukuh, rajin, punyai jaringan bisnes dan memberi servis terbaik dalam sosial masyarakat Malaysia. Mungkin dari sini, saya terfikir Melayu Kelantan, masyarakat Melayu di timur suatu yang lazim kita tahu kedapatannya dalam merantau ke negeri-negeri di Malaysia untuk berniaga. Mereka lazimnya mengorak langkah bisnes dalam pelbagai perusahaan. Mereka juga boleh dianggap sebagai peniaga yang rajin.

No comments:
Post a Comment