Thursday, November 6, 2008

Thumbdrive - fizikalnya kecil, storannya besar


Semalam, saya singgah sekejap di kedai komputer, mencari dan mendapatkan thumbdrive. Nampaknya kerjaya saya yang melibatkan data-data mentah, dokumentasi dan multimedia bertambah besar. Justeru itu, kali ini thumbdrive berstoran besar perlu diperolehi. Mengimbas semula kronologi pemilikan peranti storan thumbdrive sejak beberapa tahun lepas, pada mulanya saya memiliki thumbdrive 128Mb, kemudian 256Mb dan selepas itu 512Mb. Tahun ini saya membeli 1Gb dan semalam 8Gb Kingston terus!  Sebelum ini, thumbdrive 128Mb dan 256Mb yang ada diberi langsung kepada adik-adik. Di kedai semalam, sebenarnya ada lagi setinggi 16Gb yang bernilai RM115 - RM125 mengikut spesifikasi dan jenama. 
Thumb drive sememangnya menjadi satu keperluan pada masa kini. Storannya besar, fizikalnya kecil, mudah dibawa ke mana-mana. Yup.. kecil dan senang di bawa ke mana-mana secara relatifnya turut menjadi masalah akhirnya – hilang, terjatuh dan tertinggal entah ke mana. Jadi untuk kecekapan, ikat tali pada thumbdrive atau guna apa sahaja yang membolehkan thumbdrive anda “berekor”. 

Di suatu ketika  ketika saya di IPT, dalam tahun 1998 thumbdrive tak wujud lagi, malah handphone yang baru nak mula digunakan pelajar sebesar lesung batu. Ketika itu, kami yang belajar memilih floppy disk bersaiz 1.44Mb sebagai storan assignment dan tugasan amali. Semua data disumbat dalam satu disket..yang tak muat ditambah disket kedua. Untuk storan-storan seterusnya sepanjang pengajian, kalau tak cukup jugak, pergi ke kedai alat tulis berdekatan, beli 1 pek yang mengandungi 10 keping disket. Begitulah kepayahan sebelum bermula era thumbdrive diperkenalkan. 

Di IPT juga, mengingatkan saya ketika berkhidmat di universiti, Iomega Zip sebagai suatu alternatif storan menggantikan Floppy Disk. Thumbdrive 1Gb di pasaran ketika itu mencecah ratusan ringgit. Mahal tu.. Kini anda boleh dapati ia harga dalam linkungan 20 ringgit (ketika artikel ini ditulis). Hari ini budak-budak sekolah rendah pun mudah memiliki thumbdrive sebagai sesuatu yang perlu. Tidak di masa-masa kami dulu.. zaman dah maju, dunia dah berubah..aha!


No comments:

  © Powered by Blogger Theme ProBlogger, by Ourblogtemplates.com 2008

DAMAI SURIA