Saturday, January 31, 2009

Lagu Perak Darul Ridzuan


Ketika menyusuri internet bagi mendapat maklumat sempena Jubli Perak Pemerintahan Sultan Perak Darul Ridzuan, saya singgah ke laman web perak.gov.my jika ada apa-apa maklumat mengenainya. Di laman web tersebut, saya menelusuri ruang audio & visual yang mengetengahkan senarai beberapa lagu rasmi & patriotik. Antaranya adalah Lagu Perak Darul Ridzuan yang menjadi kebanggaan rakyatnya. Lagu ini cukup popular ketika saya dibangku sekolah. Klip lagu ini segar dimainkan di tv dan menjadi siulan di kalangan rakyat suatu ketika dahulu. Kalau tak silap saya, lagu ini acapkali dipertontonkan kerana Sultan Perak menjadi YDP Agung Malaysia ketika itu. 

Sempena ulangtahun Jubli Perak pemerintahan baginda yang disambut pada 3 Februari 2009 ini, dengan penuh hormat dan takzimnya menyembah ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku, sempena genap 25 tahun pemerintahan Tuanku, Paduka Seri Sultan, Sultan Azlan Shah dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Bainun. Semoga rakyat negeri Perak dapat bernaung dibawah pemerintahan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku yang bijaksana lagi adil. Daulat Tuanku!  


LAGU PERAK DARUL RIDZUAN 
Perak Darul Ridzuan 
Negeri indah permai 
Penduduknya hidup aman damai 
Dinaungi keadilan sultan 

Kuala Kangsar Bandar Diraja 
Iskandariah istana ternama 
Tempat bersemayam 
Baginda Paduka Seri 
Menjadi lambang tunggak negeri 

Bukit Larut Waktu malam... berkelipan 
Udaranya sejuk nyaman menyegarkan 
Indahnya ciptaan Tuhan 

Di tengah samudera biru 
Pulau Pangkor dengan pantai yang bersih 
Tempat bersukaria tumpuan para pelancong 
Pemandangan indah yang terbentang 

Lihat padi menguning 
Menambah seri Daerah Kerian 
Di Hilir Perak 
Nyiur melambai-lambai 
Oh sungguh subur tanah airku 

Kinta daerah tengah 
Hasilnya bijih timah 
Batu Gajah bandar yang bertuah 
Tempat keputeraan seri sultan 

Hulu Perak nun di utara 
Kaya dengan sumber hasil hutannya 
Megahnya tersergam 
Empangan tinggi menjulang 
Segagah wira di perbatasan 

Pasir Salak bersejarah dan berdarah 
Dato Sagor Dato Maharajalela 
Gugur pertahankan bangsa 

SITC maktab tertua 
Gedung ilmu bakti suluh budiman 
Lahirkan cendekiawan 
Pejuang bangsa negara 
Kekal abadi sepanjang zaman 

Perak makmur bahagia 
Dengan sembilan daerah yang ada 
Betapa indah tanah air tercinta 
Sejahteralah Perak oh negeriku 
Perak… Perak… oh negeriku. 


No comments:

  © Powered by Blogger Theme ProBlogger, by Ourblogtemplates.com 2008

DAMAI SURIA