Suasana tahun baru Cina mula dirasai minggu ini oleh masyarakat Cina. Lebuh raya ke utara dan selatan dipenuhi kereta, masing-masing balik bertandang ke rumah keluarga. Kaum Melayu dan India turut mengambil peluang bercuti, lebih-lebih lagi kebetulan minggu ini musim cuti sekolah. Rumah-rumah kaum Cina meriah bewarna merah. Tanglung digantung. Lampu kelip-kelip bernyala. Manakala kedai-kedai banyak ditutup bermula di siang hari. Petang tadi saya yang basuh kereta di kedai turut mengucapkan selamat tahun baru kepada orang Cina di kedai tersebut. Di kala singgah sebentar mengisi minyak, saya turut bersapa dengan stafnya, mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina. Malam ini katanya, mereka makan besar. Beliau turut menambah tahun lembu yang merupakan tahun ini diharap semuanya berjalan dengan baik dan lancar.
Sempena dengan perayaan ini, keluarga kami insya-Allah akan menghadiahkan sebuah hamper kepada kenalan keluarga Cina sebagai tanda silatulrahim. Gong Xi Fa Cai ! Semoga muafakat dan perpaduan antara kaum terbina dalam negara kita.
*Aha..Saya turut mengambil kesempatan mendapatkan buah-buah limau pada kadar yg rendah di musim perayaan ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment