Saya agak terlambat membaca novel Ayat-Ayat Cinta. Katanya, buku ini hebat dibaca orang! Laris di pasaran! Bestseller pula di Malaysia! Buku ini dikarang oleh Habiburrahman El Shirazy, seorang sarjana Universiti Al Azhar. Saya sedikit teruja dengan kata-kata teman, buku ini bagus dibaca. Cerita cinta agak lain dari yang lain. Cinta yang bukan biasa antara dua insan tetapi disulami nilai Islam.
Di MPH, saya terlihat buku ini segak dipamerkan di sudut rak. Warna buku kemerah-merahan, dihias wanita berpurdah menggamat di hati.. memendam rasa bila agaknya nak dibeli. Harganya RM23.90 sahaja. Edisi hard cover harganya RM32.90. Mungkin kekangan masa dan duit pada waktu itu bagi keperluan lain menyebabkan saya menangguh hasrat tersebut.
Sebenarnya dah lama saya tinggal novel cinta. Ditinggalkan ketika di sekolah menengah yang mengimbas kembali penulis-penulis novel seperti Ahadiat Akashah, Zuraidah Osman dan beberapa penulis lain. Kalau ada dibaca pun, novel inggeris berbentuk thriller atau misteri.
Tapi melihat kelibat novel ini di pasaran ada sedikit semangat nak baca. Lebih-lebih lagi setelah melihat sinopsis ceritanya. Kemudian adik saya pulang sewaktu cuti dulu membawa novel ini ke rumah. Namun adik membawanya buku ini balik setelah habis bercuti apabila saya mengetahui novel ini sebenarnya dipinjam dari rakannya.. Aduh!
Cuti Tahun Baru Cina baru-baru ini, adik saya pulang semula membawa karya Habiburrahman El Shirazy ini. Tapi kali ini bukan Ayat-Ayat Cinta. Sebuah karya terbaru beliau – Ketika Cinta Bertasbih. Saya mengikuti secara serius pembacaan novel ini sejak awal bulan ini. Akhirnya setebal 484 halaman habis dibaca baru-baru ini. Novel ini bersambung kepada Ketika Cinta Bertasbih 2. Emm.. Okay! Nampaknya tak kurang hebat. Idea dan penulisannya ada gah!
No comments:
Post a Comment