Sabtu dan Ahad kelmarin dan semalam, banyak masa diluang bersama keluarga. Kelmarin bersantai bersama keluarga di bandar. Ada pun Ikea di Damansara, kami makan dulu di sana. Dari barang dalam rumah sehingga laman rumah tersedia di Ikea dan dari barang perabot sehingga barang elektrik boleh didapati. Pelbagai perabot dari negara luar memperhebatkan lagi reka bentuknya. Bahan dari kaca, kayu, besi, plastik dan bahan-bahan dari sumber semulajadi diaplikasi dengan baik menjadi suatu reka bentuk yang cantik. Begitulah diakui industri reka bentuk produk dan perabot dah maju. Tak kurang barang2 pelik tapi menarik mencuri perhatian..aha! Yang diminati dibeli, tak pun operasi window shopping dilakukan.
Kemudian rehat sebentar untuk mendiri solat di surau Ikea. Orang ramai memenuhi segenap ruang dalam surau menunai kewajipan lebih-lebih lagi di waktu puncak maghrib. Surau pulak tidak beberapa besar yang barangkali dah masanya, pihak pengurusan mengambil perhatian terhadap pembesaran surau tsb. Ahad, kami jalan-jalan ke Mid Valley Mall. Saya ingatkan kepada abang untuk turut singgah MPH. Kemudiannya makan, sembang2, shopping ala kadar dan solat di sana. Walaupun sedikit letih, aktiviti bersama keluarga memperatkan ukhuwah antara kami.
Sebelum balik singgah kejap di MPH. Saya ambil kesempatan untuk 'scan' buku-buku menarik. Akhirnya buku Aisyah Ummul Mukminin - Keanggunan Sejati (Sulaiman An-Nadawi) dan The 100, A Ranking Of The Most Influential Persons In History (Michael H. Hart) dibeli. The 100, membariskan tokoh-tokoh yang penting dalam sejarah ketamadunan dunia. Dalam buku ini, Muhammad S.A.W. diangkat pada ranking 1 daripada 100 tokoh dunia. Begitu menakjubkan..subhanallah! Antara barisan tokoh-tokoh lain dalam buku ini seperti Aristotle, Martin Luther, William Shakespeare, John Locke, Umar ibn Al Khattab, Julius Caesar, Lao Tzu, Vasco Da Gama, Queen Elizabeth dsb. Buku biografi Aisyah ketika ini kalau dibeli ada 25% off di MPH sempena musim sambutan Hari Wanita Sedunia!
No comments:
Post a Comment