
Beliau yang dimaksudkan tidak lain dan tidak bukan ialah Tuan Guru Dato’ Abdul Haji Nik Aziz Nik Mat, yang mewarnai konteks susur galur tanah air kita. Peribadi beliau boleh dirujuk melalui buku-buku biografi di pasaran atau tanyalah rakyat di negeri Kelantan di bawahnya mengenai beliau. Kelibat beliau dalam kemasyarakatan, menjadi imam, memberi ceramah, menyampai kuliah agama, memimpin murid-murid tahfiz, merasmi majlis / program di sana sini, menghasil pelbagai karya ilmu sehingga menjadi persoalan bagi kita, bagaimana sibuknya beliau masih ada luangan masa melakukan banyak perkara berkebajikan tersebut. Jawapannya, semua itu merupakan anugerah Allah SWT kepada hamba-hambaNYA terpilih.
Karya-karya beliau di pasaran menjadi inspirasi ilmiah bagi sesiapa sahaja yang dahagakan ilmu. Sudah tentu penulisannya dijadikan bahan rujukan untuk dimanfaatkan golongan pemimpin dalam pentadbirannya, golongan pendidik dalam pengajarannya, golongan pelajar dalam tesisnya dan orang ramai dalam memotivasi kehidupan mereka. Antara himpunan karya-karya beliau adalah seperti Bunga Kebahagiaan, Hidayah, Insan Ingatlah, Khusyuk Dalam Solat, Muhammad SAW - Insan Teladan Sepanjang Zaman, Nota Kepada Diri - 71 Nasihat Agama & Akhlak, Sirah Nabawiyyah, Taqwa, Telaga Budi, dsb. Kupasan ilmu beliau dalam segenap lapangan Islam amat mengagumkan untuk ditadahi ilmunya.








Baru-baru ini, Masjid Kota Damansara, masjid pertama di Malaysia telah menghimpunkan karya-karya Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat. Maklumat ini boleh ditelusuri di blog Anbakri Publika. Sememang buku-buku beragama dan bersifat ilmiah harus diperkembangkan di institusi surau-surau dan masjid-masjid. Khazanah ilmu ini seharusnya dijadikan bahan rujukan / bacaan di rak-rak masjid dan surau atau perpustakaan mini institusi tersebut.
Sesuainya masjid/surau sebagai tempat solat dan penyatuan umat, kesesuaiannya juga boleh digerakkan sebagai pusat perkembangan ilmu ketamadunan umat Islam. Pengkaryaan buku beliau boleh dinukil di laman Anbakri Publika , Nufairshop.
No comments:
Post a Comment