
Pada upacara itu, Abdullah dan isteri Jeanne Abdullah, masing-masing menerima Anugerah Darjah Kebesaran Persekutuan Seri Maharaja Mangku Negara (SMN) dan Seri Setia Mahkota Malaysia (SSM) kedua-duanya membawa gelaran Tun. Upacara seterusnya dikembalikan di Putrajaya bagi majlis penyerahan kuasa bagi jawatan tersebut. Sebagai tanda penyerahan tugas secara rasmi, Tun Abdullah menyerahkan fail meja kepada Najib yang akan memegang jawatan tertinggi dalam kerajaan.
Abdullah dilahirkan di Kampung Perlis, Bayan Lepas, Pulau Pinang dalam sebuah keluarga yang Islamik. Datuknya Tuan Guru Haji Abdullah Fahim merupakan ulama tersohor yang menjadi rujukan masyarakat ketika itu. Ayahnya pula merupakan seorang Ustaz. Abdullah mendapat pendidikan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Bukit Mertajam dan di Penang Methodist Boys School, Pulau Pinang. Beliau merupakan lulusan Universiti Malaya dalam jurusan Pengajian Islam.
Sepanjang dalam kabinet sebelum menjadi Timbalan dan Perdana Menteri, beliau pernah menjawat jawatan:
• Setiausaha Parlimen di Kementerian Wilayah Persekutuan (1978-80)
• Timbalan Menteri, Kementerian Wilayah Persekutuan (1980-81)
• Menteri di Jabatan Perdana Menteri (1981-84)
• Menteri Pelajaran (1984-86)
• Menteri Pertahanan (1986-87)
• Menteri Luar Negeri (15 Mac 1991 - Januari 1999).
Gagasan beliau yang menekankan pembangunan modal insan dalam setiap dimensi bidang ke arah Malaysia berdaya maju menyebabkan beliau dikenali sebagai Bapa Pembangunan Modal Insan.
No comments:
Post a Comment