Saturday, April 4, 2009

Prof Zulkifli Muhammad dari Sudut Bahasa dan Sastera (buku)

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiJmjv5rYyA4wLnspIcAlLyvJvZ2ySfxLxwWckxEjes8EFi-Ile83gcT3DOfYD5nMmZgIPWHzAnhB3fAUvkNmeANCWPUTl8PppMudj-3GY54Vysivo-wfBXGQA7lWErWZAoas_RhZ3JKdwU/s1600/Pemikiran+Bahasa+%2526+Sastera+Zulkifli+Muhammad+dari+Perspektif+Islam.jpg Tatkala meneliti buku-buku di segmen rak perpustakaan, mata ini tertumpu pada nama Zulkifli Muhammad dicelah-celah baris buku. Saya mengambilnya lalu mengamati. Tertulis tajuknya Pemikiran Bahasa & Sastera Zulkifli Muhammad dari Perspektif Islam (Talib Samat, 2002). Saya terus mengamati helaian di dalamnya. Di samping beberapa buah buku lain, saya mengambil keputusan untuk meminjam hari ini juga 

Allahyarham Prof. Zulkifli merupakan seorang tokoh tidak asing bagi sejarah tanah air kita. Walaupun bukan sezaman dengan beliau, kerana ketika itu saya belum lahir lagi, tetapi ketokohan dan fikrah beliau sempat saya perhatikan melalui saluran media tertentu dan dari lidah masyarakat. Beliau merupakan tokoh ulama, akademik, politik, masyarakat, kebangsaan yang menyerlah yang bagi saya tiada gantinya. 

Bapa saya pernah berkata, Prof. Zulkifli digeruni lawan, amat dihormati dan dikagumi rakyat ketika itu. Hujah beliau sukar ditolak kerana pemikiran dan kata-katanya yang bernas. Beliau mampu mematikan lidah lawannya dan seorang pemidato hebat amat mengesankan. Memang agak sukar mencari buku mengenai beliau. Tetapi buku yang ditulis Talib Samat sekurang-kurangnya mampu menterjemahkan mengenai pemikiran dan karyanya.




No comments:

  © Powered by Blogger Theme ProBlogger, by Ourblogtemplates.com 2008

DAMAI SURIA