BUDAYA MEMBACA MASIH TIDAK SIGNIFIKAN
Amalan Membaca Rakyat Malaysia Masih Ketinggalan Berbanding Jepun, Korea
Juliza Mohd Saad, SHAH ALAM
Budaya Membaca di kalangan masyarakat di Malaysia mempunyai peningkatan tetapi masih tidak signifikan jika dibandingkan dengan negara Jepun dan Korea. Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Ir Dr Wee Ka Siong berkata, budaya membaca sekarang amat berbeza jika dibandingkan dengan dahulu yang ada peningkatan dari segi jumlah buku dan helaian yang dibaca.
“Jika hendak dibandingkan dengan masyarakat di Jepun dan Korea, masyarakat Malaysia masih lagi tidak boleh menandingi masyarakat di negara tersebut kerana masyarakat di sana lebih gemar membaca dan mereka banyak menghabiskan masa mereka dengan membaca.”
“Kerajaan juga berusaha dengan mengadakan beberapa program khusus untuk para pelajar seperti Program Nilai. Program tersebut bertujuan untuk menggalakkan budaya membaca,” katanya, semalam. Beliau berkata, amalan membaca ini boleh ditingkatkan sekiranya ibu bapa mendidik anak-anak mereka sejak kecil lagi dan bukan di sekolah, baru diterapkan budaya tersebut.
Menurutnya, keberkesanan budaya membaca ini akan berjaya sekiranya mendapat sokongan daipada ibu bapa dengan mengggalakkan anak-anak membaca di rumah. Sementara itu, kerajaan juga telah mengadakan beberapa inisiatif untuk menggalakkan rakyat Malaysia gemar membaca iaitu dengan mengadakan Pesta Buku pada setiap tahun.
Dipetik dari akhbar Sinar Harian (Edisi Perak)
Isnin 13 April 2009 | 17 Rabiulakhir 1430

No comments:
Post a Comment