Sabtu dan Ahad, beberapa program santai diatur. Sabtu, sesudah Subuh, saya mengambil peluang untuk joging di waktu pagi. Ya, memang indah terasa menghirup udara pagi. Tenang dan sejuk menyegar minda. Beberapa orang kelihatan menggunakan trek bagi aktiviti senaman, berjalan dan beriadah. Bagi mereka, kesihatan perlu dijaga, manakala aktiviti riadah berkeluarga merapat hubungan silatulrahim sesama mereka. Habis saja berjoging saya terus balik ke rumah. Hari itu saya akan ke Taiping. Program bersama rakan telah diatur. Kami akan ke Taiping tengahari tersebut - melawat Muzium Perak dan melihat kelibat makhluk haiwan di Zoo Taiping.






Pada petang itu juga kami ke Zoo Taiping. Dengan menaiki keretapi mini yang disediakan, pelawat dibawa melihat hidupan haiwan dan habitat mereka. Perjalanan ini mengambil masa kira-kira 20 minit dengan diselang-seli penerangan tentang haiwan oleh juru pandu. Sebelum balik, kami singgah dahulu makan di bandar Taiping. Terasa tekak ini kering dan perut pula agak lapar, aha!



Bermula melihat seorang anak rakan di rumahnya, acara santai diteruskan dengan bermain bowling di Ampang Bowl Ipoh Parade. Sebelum itu, di sebuah kedai minum kami singah dahulu. Di meja minum, beberapa topik diskusi dibuka dari kerjaya sehingga ke medan politik. Yup, sebelum bermain bowling, kami solat Maghrib dahulu di masjid berdekatan!
No comments:
Post a Comment