Wednesday, April 15, 2009

Surat-Surat Rasulullah SAW

 
















Judul: Surat-Surat Rasulullah SAW
Penyusun: Sultan Ahmed Qureshi
Penterjemah: Abu Abdul Rahman Radhi Al Khudri
Halaman: 168
Penerbit: Jahabersa
Tahun Terbitan: 2008
ISBN: 978-967-308-008-3
Genre: warkah | diplomatik | Islam | dakwah



Buku ini menghimpunkan surat-surat, perjanjian dan penulisan Rasulullah SAW kepada raja-raja, pemerintah, wazir dan pelbagai individu. Melalui surat-surat ini, dakwah baginda dapat diteruskan kepada raja-raja atau para pemerintah. Baginda mempersiapkan utusannya untuk membawa surat tersebut bagi menyebar dakwah Islam ke segala pelosok tempat. 

Apa yang menarik, surat-surat dakwah yang dituju kepada raja atau ketua kabilah mempunyai ertinya tersendiri. Ia membawa sasaran kepada ketua bagi sesebuah pemerintahan. Jika ketua memeluk Islam dan mengamalkan ajaran-ajaran Islam serta menerapkan akhlak mulia, akhirnya kebaikan teladan yang ditonjol oleh seseorang ketua ini akan sampai kepada rakyat di bawah naungannya. Dengan makna yang lain, jika raja-raja itu menerima kebaikan Islam, maka sudah pasti kebaikan Islam itu disemarakkan kepada rakyat seluruhnya. 

Surat-surat yang diutuskan oleh Rasulullah mengandungi cop mohor sebagai tanda rasmi dan protokol. Cop rasmi tersebut berbentuk cincin yang diperbuat daripada perak. Di permukaannya terukir kalimah tiga baris:
Allah 
Rasul 
Muhammad
 
Buku ini dibahagi kepada 4 bahagian kandungan:
  • Bahagian 1 Perjanjian, Persetujuan dan Piagam   
  • Bahagian 2 Surat-Surat kepada Maharaja-Maharaja, Raja-Raja, Pemerintah-Pemerintah, Wazir-Wazir, Gabenor-Gabenor dll.  
  • Bahagian 3 Surat-Surat dan Perintah yang Dihantar kepada Amir, Pemimpin dan Ketua-Ketua Pelbagai Kabilah dan Individu  
  • Bahagian 4 Perintah-Perintah, Suruhan-Suruhan, Arahan-Arahan, Amalan-Pemberian dll. yang dikeluarkan oleh Nabi SAW kepada Pelbagai Ketua Kabilah dan Individu
Bersama dengan helaian buku ini, dilampirkan gambar-gambar Surat Rasulullah SAW iaitu:
- Surat kepada Negus (Najasyi Habsyah) 
- Surat kepada Kisra Perwez (Kisra Parsi)
- Surat kepada Muqauqis (Raja Mesir)  
- Surat kepada Munzir bin Sawa (Gabenor Bahrain)


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjL_0aoJGYNcb-gYkII-o7jTwQc_mqHU2gnWBKBh7ifFJrgLaisHxYf8pQkIEe5VMtgA8NRZ7pcDpCRNC1b7wCk78OZDZXAtKUAasScLmridkhXAVINCChVQOpBiZ0P3TvzJS3cQpBDbwR5/s1600/Surat+Muhammad+SAW+kepada+Munzir+bin+Sa%27wa.JPG
Surat Rasulullah SAW kepada Munzir Bin Sa'wa, Gabenor Bahrain.



No comments:

  © Powered by Blogger Theme ProBlogger, by Ourblogtemplates.com 2008

DAMAI SURIA