Wednesday, April 15, 2009

Detik-Detik PBAKL '09 Semakin Terasa

Beberapa hari lagi pameran buku terbesar di Malaysia atau Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 akan berlangsung di PWTC, KL bermula Jumaat ini (17 - 26 April 2009). Dengan tema Buku: Lakaran Masa Depan akan menghimpunkan pecinta-pecinta buku tanah air ke PABKL '09 di Kuala Lumpur. Saya merasakan rakyat di Sabah Sarawak turut teruja untuk ke pesta buku kali ini. Bagi syarikat-syarikat penerbit buku di seluruh negara, inilah saatnya yang dinanti-nantikan mengetengahkan buku-buku mereka dengan judul-judul menarik dan harga yang berpatutan. Sudah pasti pelbagai program disaji sempena pesta buku ini. Para penulis, pemimpin dan ikon negara turut memeriahkan suasana ilmiah ini yang akan memberi peluang kepada masyarakat mendekati mereka. Semoga PABKL '09 menjadi kayu ukur tahap kecelikan membaca rakyat Malaysia!

No comments:

  © Powered by Blogger Theme ProBlogger, by Ourblogtemplates.com 2008

DAMAI SURIA