Sunday, August 16, 2009

Borong Buku di Bangunan Pusanika UKM

Baru-baru ini saya ke expo buku UKM, mendapatkan beberapa tajuk buku yang diminati. Expo buku ini berlangsung di bangunan Pusanika UKM dari 10 - 19 Ogos 2009. Expo ini memedankan penerbit Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menyaji terbitannya terdahulu dan terbaru. Saya memborong sebanyak 7 buah buku dan 5 buah majalah. Buku-buku yang saya beli bergenre sosial, sains & teknologi, politik, agama dan biografi. Kesemuanya berjumlah 31 ringgit saja. Agak murah dan memang berbaloi rasanya! Buku-bukunya juga diberi diskaun dari 20%-70% bergantung tahun terbitan. Harus diakui terdapat buku-buku lama yang dijual serendah 1 dan 2 ringgit. Manakala majalah-majalah lama pelbagai genre keluaran DBP mudah didapati dengan harga RM1. Saya tak lepas dapatkan 5 keluaran majalah Kosmik 2008. Minggu depan berakhirnya expo buku ini. Kesempatan sempena konvokesyen UKM yang berlangsung 15 -19 Ogos ini merupakan peluang yang bijak untuk para ibu bapa dan keluarga turut serta dalam memeriahkan pesta buku ini.
Buku-buku serendah RM1 Sudut novel Borong buku Majalah Kosmik 2 buah buku bergenre politik

No comments:

  © Powered by Blogger Theme ProBlogger, by Ourblogtemplates.com 2008

DAMAI SURIA