LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, August 21, 2009

Program Masjid Al Hasanah di Ambang Ramadhan

Usai solat maghrib di Masjid Al Hasanah, Bandar Baru Bangi tadi, solat Hajat dituruti bagi memohon keselamatan, kesihatan di samping untuk para pelajar yang akan menduduki peperiksaan UPSR tidak beberapa lama lagi. Beberapa program diatur jawatankuasa masjid malam ini seperti bacaan yasin dan sumbangan Ramadhan untuk surau-surau. Majlis ini disertai Y.B. Dr. Shafie Abu Bakar, Adun Bangi. Beliau menyampaikan mutiara ucapan dan penyampaian sumbangan Ramadhan kepada surau-surau sekitar Bangi. Malam itu, Pengerusi Majlis turut mengumumkan dari Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang mana hari berpuasa jatuh pada hari Sabtu ini bersamaan 1 Ramadhan 1430 H. Kelihatan para jamaah gembira dengan pengumuman tersebut. Turut hadir majlis ilmu ini pihak sekolah, guru-guru, para pelajar UPSR, ibu bapa dan para jamaah masjid. Sesudah solat Isyak, acara ini berakhir dengan jamuan makan nasi dan bubur lambuk (secara bungkusan).

No comments:

  © Powered by Blogger Theme ProBlogger, by Ourblogtemplates.com 2008

DAMAI SURIA