Ramadhan yang disambut di pelusuk dunia membawa sinar kemuliaan kepada umatnya. Insya-Allah esok, mulanya berpuasa. Malam ini terawihlah kita. Malam tadi saya mengerjakan solat Isyak dan Terawih di Surau Jubli Perak Al Ikhwan, Seksyen 4, Bangi. Hasrat untuk solat bersama abang ipar ditangguh pada waktu lain apabila dia yang punyai urusan kerja di Sarawak lewat tiba ke rumah, sementelahan pula flight delayed. Lalu saya pergi dahulu untuk terawih bersama jamaah.
Pada mulanya berhajat mendirikan solat di Surau Al Kauthsar, tetapi terlalu ramai umat berbondong-bondong ke Surau ini baik lelaki mahupun perempuan, menyebabkan segenap ruang masjid dipenuhi para jamaah. Seumpama ramainya datang untuk solat Jumaat atau bilangannya lebih lagi. Malah kelihatan jamaah yang baru tiba sabar menunggu jika ada ruang untuk solat atau kot-kot siak dapat menyediakan tikar di beberapa ruang. Surau Al Kauthsar juga diiktiraf sebagai tempatnya didirikan solat Jumaat. Saya bergegas ke surau berdekatan (Surau Jubli Perak Al Ikhwan, Seksyen 4). Lalu bersama-sama mendirikan Solat fardhu berjamaah dan diikuti solat Terawih. Surau ini mengerjakan 8 rakaat dan Witir 3 rakaat.
Pada mukadimahnya dimulakan tazkirah hadis untuk pedoman. Kelihatan juga Dato’ Hj Fadzilah Kamsah mendirikan solat di surau ini. Mukanya bersih seakan bercahaya ditambah jubah putih yang dikenakan pada diri beliau. Berkat malam Ramadhan! Begitu meriah suasana malam Ramadhan di Bangi. Saya merasakan Seksyen-Seksyen lain di Bangi turut meriah dengan terawihnya lebih-lebih lagi Bangi sinonim dengan penduduk Islam 95 peratus. Si anak-anak mengikut ibu bapanya mengerjakan Terawih manakala kanak-kanak lengkap berbaju Melayu tekun solat di belakang saf mengikut imam. Semoga semangat Terawih berterusan sehingga ke akhir Ramadhan. Juga.. semoga Rumah-Rumah Allah terus dimakmurkan. Allahu Akhbar!

No comments:
Post a Comment