Sebuah kamus punyai makna tersendiri sesuai menjadi rujukan lapisan masyarakat setiap saat di bumi ini. Bayangkan jika terdapat kepelbagaian bangsa di dunia ini sudah tentu tidak terbilang perkataan yang muncul di helaian kamus. Jika ditelusuri maksudnya pelbagai cabang definisi dinyatakan. Himpunan kata-kata dan ilmu ini menjadi turun-temurun sejak nenek moyang sehingga diwarisi kita generasi hari ini. Sudah lama saya tunggu untuk dapatkan kamus DBP Edisi Keempat, namun atas kekangan wang, saya tangguhkan hasrat itu. Kamus yang bewarna merah itu agak mahal sehingga RM60 sebuah. Sebenarnya di rumah, keluarga saya memiliki Kamus Edisi Ketiga (1994) namun bagi memperkayakan perkataan-perkataan baru, kamus edisi terkini diperlukan. Kamus Edisi ketiga, istilah sains dan teknologi banyak ketinggalan. Di suatu kedai buku, saya ada terpandang harga promosi kamus edisi keempat ini pada harga 45 ringgit. Pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL ’09) harganya jatuh sehingga 42 ringgit. Saya tak juga beli kerana banyak duit dah habis ke buku-buku lain.
Tapi semalam, akhirnya saya tetap dapatkannya jua di kedai buku Novelhut, sebuah kedai buku terpakai di Ipoh Parade. Ada dua kamus DBP Edisi Keempat di kedai itu. Satu harganya RM30 dan satu lagi RM20. Saya pilih yang murah. Kulit tepi buku ini ada sedikit rosak namun halamannya masih cantik. Saat ini saya memikirkan ilmu di dalamnya jika dibandingkan rupa kulitnya. Jika ke Novelhut selain buku dan majalahnya, banyak kamus boleh didapati dalam pelbagai versi bahasa seperti Melayu, English, Arab, Francis, Tamil, Jepun, Cina dan sebagainya. Ia digayakan dalam bentuk saiz kecil dan besar. Saya juga turut mendapat sebuah ensiklopedia Britannica (1943-1973) yang dijual dengan kadar yang rendah. Bagi saya, kamus ini agak penting bagi meningkat perbendaharaan kata dari masa ke semasa. Oleh kerana seseorang itu sering menelaah bahan bacaan, besar kemungkinan perkataan-perkataan baru muncul sehingga memerlukan pemahaman jelas bagi menguasai bahasa, penulisan dan pengucapan. Maka kamus 90 peratus jawapannya!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment