Minggu ini saya mengemaskan buku-buku saya yang di bilik. Saya mengambil keputusan mengubah posisi rak supaya tampak sedikit kekemasan. Buku-buku ini disusun mengikut genre agama, politik & sosial, biografi, peradaban, reka, novel, jurnal, komputer, teks rujukan termasuk ensiklopedia. Manakala majalah diatur pada suatu tempat khas. Ada juga sebahagian buku dan majalah saya letak di ruang tamu supaya ruang tersebut tidak kosong dengan ilmu. Selepas ini kerja mempustakakan data buku ke komputer bakal dijalankan pula. Memang seronok rasanya jika punyai kutubkhanah (mini) dengan pelbagai bahan ilmiah.
Sunday, December 6, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment