Thursday, April 29, 2010

Iqra' untuk Kejayaan

 

Terlalu sedikit daripada umat ini yang membaca. Dan daripada sedikit yang membaca itu pula sedikit sahaja yang memahaminya. Daripada sedikit yang memahaminya, sedikit pula yang menguasainya. Dan daripada sedikit yang menguasai lebih sedikit yang mengamalnya (Pahrol Mohamad Juoi, 2010). Begitulah dipetik dari kupasan beliau dalam kolum Dari Editor Majalah Solusi, Isu No. 18, 2010.  

Majalah Solusi (No. 18) bertemakan  DI SEBALIK IQRA'   iaitu memperihalkan kepentingan iqra' atau membaca di kalangan masyarakat. Pembudayaan baca perlu ditanam bagi menyemarak ilmu sebagai suatu barang yang berharga. Maka, banyak halaman majalah yang berkait dengan topik baca dimuatkan dalam majalah Solusi terbaru ini. Kesemuanya, cantik sekali ditelaga ilmunya. 

Topik yang dimasukkan tersebut adalah:  
  • Di Sebalik Iqra' (Dari Editor) 
  • Kamu adalah Apa yang Kamu Baca  
  • Hidupkan Roh Iqra' Remaja, 
  • Bacalah Kisahmu dalam Al-Quran 
  • Banyak Baca Al-Quran Namun Jiwa Belum Berubah  
  • Didik Anak-Anak Mesra Buku 
  • Kemahiran Membaca  
  • Hadiah Senaskah Al Quran Sebagai Modal Dakwah  

Perkataan iqra' mengingatkan kita kepada wahyu pertama yang diterima junjungan besar Rasulullah S.A.W. ketika baginda bersendirian di Gua Hira', Makkah. Ia berbunyi:

“Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), Dia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah; Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan; Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (Surah Al-'Alaq 96: 1-5)

Melalui penurunan ayat ini, kepentingan baca merupakan intipati utama bagi umat menggarap lautan ilmu yang luas. Ilmu tak terjangkau besarnya. Ia takkan habis. Ia suatu milik Allah yang pasti dan jika ditimba ilmu-ilmu itu akan diri seseorang, tentu keberhasilannya memudah dan memanfaat tuan punya diri sehingga memberi sumbangan kepada orang-orang di sekelilingnya. Baca mengetengah umat berfikir, kreatif dan menjana perkembangan minda dari pengamalan ilmu yang dipelajari.

Persoalannya apakah bahan bacaan yang perlu dibaca bagi kita? Dalam majalah tersebut ada diperihalkan piramid baca melalui tajuk 'Kamu Adalah Apa Yang Kamu Baca'. Hirarki piramid ini menyatakan Al quran, hadis dan buku-buku syariah merupakan 3 priorti bahan bacaan perlu banyak dibaca. Seterusnya ia disusun peringkatnya dengan bacaan lain dengan tidak lari dari konsep yang bersifat pendidikan/pengajaran atau bemaklumat. Berikut merupakan piramid bacaan tersebut:

 
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjZ3iqRaUmVka3K1Hw48kTvDmqFmiD0cW9vK9jEgsTsyIYW605sdGehHKZcq7qqdX6YxhCNDsvR6LTBx2pOGg6l5Hr_42348Jsm0iXk-T02Dweh4mWV0yrAtOVAu94TxNMJBtzFZQr-ViaZ/s1600/Piramid+Bacaan.jpg

Sebenarnya membaca tidak sedikit rugi lebih-lebih lagi bahan bacaan yang dikhusus itu berbentuk ilmiah. Jika bacaan berbentuk santai tapi masih menekan elemen-elemen berpengetahuan tanpa menjejaskan kerendahan daya berfikir, maka bacaan ini juga disokong. Pembacaan secara langsung dan tidak langsung membuka kepada pemahaman yang lebih jelas melalui ruang diskusi, perkongsian dan pertukaran maklumat, analitik dan kritikal, kajian dan penyelidikan sehingga membuahkan keberhasilannya dalam lapangan ilmu yang didukungi. 
 
Umat yang membaca nanti bisa merubah kehidupan dari sifat jahil kepada berilmu. Penguasaan ilmu pada umat Islam itu pula akan menyebab umat ini disegani kawan mahupun lawan. Malah penggarapan ilmu yang berkesan melahirkan kepakaran dalam kepelbagaian lapangan. Kerana itu seringkali kedengaran sesebuah negara itu dijadikan hab/rujukan kerana kepakarannya. Lihatlah sahaja negara Jerman dengan kehebatan kejuruteraannya, Jepun (teknologi robot), Cuba (kepakaran perubatan mata). Manfaatnya sudah tentu tidak lain untuk dinikmati rakyat teramai.
 



No comments:

  © Powered by Blogger Theme ProBlogger, by Ourblogtemplates.com 2008

DAMAI SURIA