Friday, April 2, 2010

20 Tokoh Ilmuwan

 















Judul : 20 Tokoh Ilmuwan 
Penulis : Siti Ezaleila Mustafa 
Penerbit : Medium Publications 
Tahun Terbitan : 2009 
Halaman : 166 
ISBN : 978-983-43874-1-9
Genre : Ketokohan | Profil | Biografi | Pendidikan


Buku yang bertajuk 20 tokoh ilmuwan bukan satu-satunya buku yang dikeluar oleh Penerbit Medium. Selain darinya, terdapat 29 siri tajuk lain dalam Siri Tokoh Malaysia yang menghimpun tokoh-tokoh dalam pelbagai bidang. Saya mula dengan mendapatkan 20 Tokoh Ilmuwan ketika menemuinya pada Pesta Buku Antrabangsa Kuala Lumpur tahun lepas. Senada gerak hati bagi mengikuti perkembangan biografi tokoh-tokoh tanah air, buku seumpama ini merupakan asas bagi saya mengenal jejak ilmuwan tersohor di Malaysia.

Dengan memuat antara lima hingga sepuluh muka bagi setiap penceritaan profil tokoh, ia meletakkan buku ini sebagai suatu biografi ringkas yang diisikan dengan latar belakang, sumbangan dan penghargaan selain perjuangan tokoh dalam bidangnya. Antara yang dinobat oleh penulis sebagai 20 tokoh ilmuwan adalah:

Professor Emeritus Tan Sri Ahmad Ibrahim (1916-1999)
Aminuddin Baki (1926-1965)
Profesor Emeritus Dato’ Dr. Asmah Haji Omar
Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Awang Had Salleh
Profesor Dr. Chandra Muzaffar
Datuk Dr Hassan Ahmad
Profesor Dr. Jomo Kwame Sundaram
Profesor Emeritus Datuk Dr. Khoo Kay Kim
Profesor Emeritus Datuk Dr. K.J. Ratnam
Profesor Emeritus Dr .Mohamed Ariff Abdul Kareem
Profesor Datuk Dr. Muhammad Kamal Hassan
Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Mohd Taib Osman
Profesor Muhammad Haji Salleh
Profesor Dr. Muhammad Naquib Al-Attas
Profesor Emeritus Datuk Dr.Osman Bakar
Profesor Dr Syed Hussein Al-Attas (1928-2007)
Profesor DiRaja Ungku Aziz
Profesor Dato’ Dr Ungku Omar Ungku Ahmad (1931-1969)
Profesor Emeritus Dr Wang Gungwu
Pendeta Zainal Abidin Ahmad (Za’ba) (1895-1973)

Secara peribadinya, saya gemar menyusur-galur karya yang dihasilkan oleh seorang tokoh / cendiakawan. Ini kerana seseorang yang hebat dalam cabang ilmunya, pasti kebiasaannya menghasilkan pelbagai penulisan, kajian dan bukunya. Ternyata penulis memasukkan pengkaryaan dan penerbitan tokoh tidak menghampa saya untuk dijadikan rujukan. Ia mencenderung diri saya mendapat buku-buku ilmiahnya. Menulis bagi menginfak ilmu kepada masyarakat dan negara merupakan salah satu sumbangan terbesar bagi menjunjung falsafah ilmu dalam pembinaan peradaban sebuah ketamadunan.

Kerana paparannya berkisar ketokohan dalam pelbagai cabang ilmu, siri ketokohan merupakan asas untuk dicadangkan letak di rak pusat sumber dan perpustakaan di sekolah serta universiti. Sebarang bentuk biografi yang menjejak kejayaan seseorang dalam sumbangan dan pembinaan tamadun yang unggul adalah disokong dan kepentingan tidak bertepi bagi memaknai anak-anak kita dengan kisah kejayaan seseorang. Bacaan ini sebagai usaha menyubur pengenalan generasi untuk mengenal lebih dekat tentang sosok peribadi ketokohan, seterusnya memberi inspirasi untuk kita memodelkan kejayaan dalam lapangan kita ceburi.




1 comment:

Rintusir cuttack said...

Thanks looking for more good techniques..and thanks for sharing this most important information..... . I want to let you know that I posted a link to your blog in Quran

  © Powered by Blogger Theme ProBlogger, by Ourblogtemplates.com 2008

DAMAI SURIA