Judul : Wanita Solehah (Al-Mar’atus Shalihah)
Penyusun : Majlis Ulama Afrika Selatan
Pengedit : Muhammad Qosim At-Timori
Penterjemah : Faridah Bt Mohamed Sani
Penerbit : Jahabersa
Tahun Terbitan : 2005
Halaman : 191
ISBN : 983-170-689-7
Genre : Wanita | Islam
Buku ini adalah kecil. Walaupun kecil ia padat dengan nasihat-nasihat untuk para wanita muslim. Saya menghabiskan bacaan buku ini selama dua hari. Ternyata ada iktibar yang diambil darinya. Buku ini banyak berkisar peranan muslimah bagi membentuk sikap yang lebih utamanya peranannya sebagai seorang isteri, ibu dan tanggungjawab diri kepada Rabbuljalil. Peranan seorang wanita terlalu besar - menunaikan tanggungjawab sebagai hambaNya, mendirikan solat, menjaga diri, menghormati dan melayan suami, melahir anak, mendidik anak, mengurus keluarga, menjaga harta suami, mengekal kerukunan rumah tangga dan begitu besar tugasnya jika dititip tidak ternilai ganjaran pahalanya yang menantinya.
Mengharungi bahtera rumahtangga kekadang dilanda badai di tengah perjalanan. Bagaimanapun buku ini memberi tip beserta erti kesabaran dan kebijaksanaan kepada para wanita di luar sana dalam melalui ranjau kehidupan berumahtangga. Jika dilihat penulisannya, kupasannya dominan tentang adab-adab, larangan serta nasihat wanita dalam melaksanakan ketaatan. Dalil quran dan sunnah nabi yang dimasukkan menguatkan nas dan sumber buku ini. Namun yang cantik bagi saya jika ayatul quran sendiri diletakkan berbanding terjemahannya sahaja.
Sesungguhnya sebaik-baik wanita yang solehah adalah yang meletak diri dalam ketakwaan pada Allah, yang berdiri teguh di belakang suami, yang memberi inspirasi ke arah pembentukan rumah tangga bahagia, yang menghiasi suami dan anak-anak tercinta dengan hikmah dan bijaksana. Maha suci mu Ya Allah yang menjadikan para wanita ini.

3 comments:
Kupasan yang menarik minat saya untuk mmbelinya. InsyaAllah saya akan cari!
Alhamdulillah, slmt menjalani ibadah umrah & Afida dah slmt pulang ke tanah air.
I really enjoyed reading this blog. These types blogs will encourage our self to get knowledge about this types. Thanks looking for more good techniques..and thanks for sharing this most important information..... . I want to let you know that I posted a link to your blog in Quran
Post a Comment