Sunday, May 23, 2010

Kedai Buku UiTM Shah Alam


Istiadat Konvokesyen UiTM Ke-72 menyadur banyak acara gemilang dianjurkan pihak universiti di Shah Alam. Sementelahan pula kali ini abang saya berkonvokesyen di UiTM bagi Ijazah Sarjananya baru-baru ini, kesempatan diambil untuk ke Kedai Buku UiTM (Galeri UPENA). Kedai ini terletak sebelah bangunan Menara Sultan Abdul Aziz Shah (MSAAS) dan berhadapan dengan Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM.

Arkitektur bangunan ini nampak moden distruktur dengan besi dan kaca sebagai komponen reka bentuknya. Ianya direka oleh NNA, firma arkitek yang tidak kurang hebatnya. Sesuai dengan sebuah universiti popular dengan jurusan program yang banyak dianjurkan di negara ini, maka begitulah jua banyak buku pelbagai genre termasuk buku ilmiah yang dipamer segak kedai ini. Buku-bukunya diterbit UPENA, sebuah badan penerbit Universiti UiTM di samping buku-buku dari penerbit tempatan dan luar negara. Selain buku-bukunya, kedai ini turut menjual keperluan alat tulis, kelengkapan uniform di samping majalah dan akhbar.

Tiada apa-apa yang dibeli ketika saya di kedai ini. Menguit helaian beberapa buah buku menjadi satu kegemaran manakala menikmati suasana dari kedai buku ke kedai buku merupakan juga suatu cara mentafsir sosiobudaya dunia perbukuan. (Emm.. menjadi kesukaan saya untuk terus menyusuri kedai buku).





4 comments:

Afida Anuar said...

Menjadi kegemaran saya juga menguit helaian buku di samping mencium bau helai buku... ada aroma tersendiri..cubalah;)

DAMAI SURIA said...

Dah dicuba. Tapi helaian buku-buku lama ada aromanya tersendiri. Cubalah ;-)

FARI said...

Ada baiknya kalau saudara turut menyelitkan informasi tentang waktu urusniaga kedai-kedai buku yang telah dilawati. Ianya mungkin berguna kepada sesetengah pelawat ke blog saudara. Sekadar satu cadangan, bukanlah gesaan.

DAMAI SURIA said...

Terima kasih atas cadangan.

  © Powered by Blogger Theme ProBlogger, by Ourblogtemplates.com 2008

DAMAI SURIA